Sunday, February 14, 2010

Aku tak tau dah nak bubuh tajuk apa...

kalau buku2 ni masuk dlm list aku pun, aku terpaksa tunda beli hingga book fair kat pwtc nanti lah... budget tight.. karang nanti ada yang makan sup buku ngan air masak.



Tajuk Buku : Galau Di Hati Seri [526 m/s]
Penulis : Kusyi Hirdan
Harga : Semenanjung RM 21.50
Sabah / Sarawak RM 24.50
ISBN : 978-967-5229-13-8
DAPATKAN segera di pasaran!

----SUDAH TERBIT - FEBRUARI 2010----


Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yang lebih baik. Sesuai sebagai imej sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohmah dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kealpaannya yang sedikit, menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.


Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.


Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut.

-------------------

Tajuk: Ingin Hati Melukis Kata
Penulis: Ebriza Aminudin & Bikash Nur Idris
Terbitan Fajar Pakeer

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.

-------------

Tajuk: Tika Hati Kata Cinta
Penulis: Aryn Arianis
Terbitan Fajar Pakeer
2010

Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka. 

Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya.



Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinya hanya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya. 


Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan.



Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira. 


Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?
-----------------------

Tajuk: Madah Berzikir
Penulis: Eisya Aqila
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2010



Puteri Aisyah Aqilah melalui episod penuh duka sepanjang kehidupannya. Tersingkir dari sekolah lantaran kes disiplin, tekanan atas deraan ayah tiri, membuatkan dia terdampar ke lembah penuh noda dan dosa.


Namun memori madah berzikir ayah kandungnya, menjadi penguat untuk dia kembali ke pangkal jalan. Namun jalan itu juga terlalu banyak liku dan cabaran. Aisyah juga terperangkap dalam satu lagi sindiket berbahaya. Mujurlah dia bersemuka Fikri, yang kemudian berazam menyelamatkannya. Dalam masa yang sama Fikri menaruh hati terhadap Aisyah tanpa disedari gadis itu. 


Aisyah tidak sanggup pulang ke pangkuan keluarga, bimbang bakal jadi mangsa amarah ayah tiri, namun hati memendam rindu tidak putus kepada ibu. Dia tahu dia gadis yang pernah gagal dalam hidup, diberi gelaran oleh masyarakat, namun Aisyah tidak mengalah. Dia bangkit, memperjuangkan cita-cita serta terus mengikut jalan diredai Allah. Biar hina di mata manusia, namun bukan di samping Allah.
 


Tapi, mampukah Aisyah bangkit daripada keruntuhan? Bolehkah Aisyah menerima liku demi liku di depannya, untuk mencapai makna diri?

------------
Tajuk: Bukan Tak Sudi
Penulis: Mimie Afinie
KarnaDya Solutions
2010


"Kau bukan yang pertama
Namun kalaulah yang terakhir"

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.


Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.


Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.


Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.


Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.

---------------
Tajuk: Cinta Antara Kita
Penulis Nur Hidayah
terbitan: KarnaDya Solutions
2010

"Saya sanggup meninggalkan segala sandang dan gelaran demi kasih saya terhadap dia..."

Sinopsis:
Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bererti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinta terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinnie sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinnie memilih satu di antara dua?...

“Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya.
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya”

-----------------

Tajuk: Pada Angin Aku Berpesan

Penulis : Adileah

Penerbit : Jemari Seni

Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 5 Mac 2010)



perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?



Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!



Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?



Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.



Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?



Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.



Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?



Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.



Atau... cintakah itu?

* * * *


Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: “Aku benci kepadamu,” dengan caranya yang tersendiri.

15 comments:

  1. hehehe... sib baik dua je yg sangkut.

    ReplyDelete
  2. hehe.. ada saja yg bekenan di hati ya? tajuk novel2 Mimie AFinie memang memikat lah sejak Masih Ada Jodoh, Bila dah Suka and now Bukan Tak Sudi, tajuknya simple tapi sweet :) Buku yg ada nama bikash tu rasa nak bli :)

    ReplyDelete
  3. rinn nak tanya sikit publisher ibook tu wujud ke lagi payah nak dpt buku dri penerbit ni.

    ReplyDelete
  4. wahahahahaha... gile btul, punya la byk novel baru. ni kena korek poket ayang skali ni huhuhu

    ReplyDelete
  5. alamak tajuk buku2 baru nih kene rujuk kamus ler..eh galau tuh aper yer?

    ReplyDelete
  6. nak cuba PADA ANGIN AKU BERPESAN.... macam best je... so far penulis jemari seni ni ok je gan jiwa saya...

    ReplyDelete
  7. sayapun nak beli yg tu pastu ada lgi baru penulis baru kat js. novel js selalunya best.

    ReplyDelete
  8. has: iBook masih wujud publisher nya rasanya. Cuma syarikat jarang2 republish buku2nya. macam terbit sekali jer. Kalau demand tinggi baru diorang republish kot macam buku 'Sentuhan Kasih' Halina Kamarudin tu rasanya ada republish.


    Niera: :) Alahai apalagi, beli ler hehe.


    Airina: owh yeah yeah yeaaaa hehe.


    misscun: yep belanja dgn behemat, poket sendiri simpan utk bookfair pwtc bulan depan :)


    rossa: haha.. cari la kamus! Bagi saya biler sebut galau ni ia merujuk kepada fikiran yg tak menentu, perasaan yg kacau bilau. jiwa kacau? hehe. Satu perasaan yg membuat kita rasa tak sedap hati. Mungkin dlm keadaan nak buat keputusan yg kita tak pasti yg mana satu terbaik? ni pendapat jer, kena cari kamus dewan nih. hehe.


    fzzh: Masuk list la, boleh hunt kat pwtc nanti :)


    alya: memang tertunggu Pada Angin Ku Berpesan ni, cover dia cantik lah.


    has: Nanti beli kat pwtc lah... js biasanya bg diskaun 20% Lia pun ada pa masa tu, bleh amik sain! hehe.

    ReplyDelete
  9. has nak beli buku dedalu dihati...ibook. dah tanya kat anita dia kata payah nak dpt dah..

    ReplyDelete
  10. dedalu di hati tu kiter beli kat kedai buku yg di pertama kompleks tu. yg kat tangga tu. buku ni pun dia letak rak atas2. tak tau la ada lagi ker tidk kat kedai tu. kat kedai buku 2nd hand kiter ada la nampak buku nih.

    ReplyDelete
  11. rinn antara dedalu di hati ngan tiada sepertimu mana yg lgi best

    ReplyDelete
  12. dedalu di hati ok what! hehe.. tiada seperti mu belum beli and belum baca. nanti lepas book fair lah :)

    ReplyDelete