Saturday, February 6, 2010

Puteri Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kreisya Reisya
Puteri Cinta
Penulis: Kreisya Reisya
Terbitan Alaf 21
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789831244784
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM20.00
427 mukasurat


"Akan kugenggam semilir malam agar namamu sentiasa di hati"


Baru aku perasan yg aku telah membaca kesemua karya Kreisya Reisya dgn Alaf 21. Sebab aku memang suka sangat dengan Kisah Kasih. Tengok jer nama KK memang terus rasa nak baca :)


Kisah Melur dan Kristal dalam Puteri Cinta ini aku rasakan tersangat lah hambar sehinggalah muncul penyeri dan penggegar kisah ini iaitu Farish Daniel a.k.a Alberto yg kadang2 macam org yg tak berapa nak betul. Aku tak tau la sapa yg bagi kat dia gelaran Datuk Seri tu. Aduih. Memang tindakan dia tak terduga. Paling outstanding adalah gaya nyanyian dia lah yg pasti akan menyentuh jantung (dan jiwa) para pendengarnya. haha... Kalau dia normal sikit, mungkin aku akan suka dia, dan aku sangat2 berharap Melur dan Kristal tak jatuh hati ngan mamat mengong ni. haha.. tapi he is very entertaining. ;)


Kisah ini tentang Kristal. Pernah menyintai seorg Farish Daniel tapi cinta mereka putus di tengah jalan. Meredah hidup sbg wanita di penghujung usia 20-an merupakan cabaran buat dirinya. Kemunculan Farish Daniel yg tak ada kena mengena dgn Farish Daniel bekas kekasihnya, (kebetulan saja nama sama) mengubah rentak hidup Kristal yg hambar. Entah berapa kali Farish muncul dlm mimpi Kristal mimpi indah pun buleh jadi ngeri kalau mamat ni masuk. dan entah brapa kali jugak Kristal pengsan disebabkan mamat ni. hehe. Kadang2 citer ni rasa mcm tak der hero lah plak.


Melur pulak, dia ada konflik tersendiri, walaupun dari keturunan DiRaja, hidupnya hanya bahagia bersama sahabat seperti Kristal. Cintanya pada Noel mendapat tentangan kerana Noel suami org.


Hodgkin's lymphoma. Pestaim aku baca frasa ni. aku tak tau ni penyakit apa and i kinda hoping the writer elobrate menda ni. Ada gak aku selak kat ruangan belakang sbb biasa nya kan ada ruangan info, tapi tak der mention pulak mende ni. So esok la aku search kat internet utk tau lebih lanjut mengenai penyakit ni.


Tahniah KK atas kelahiran novel ke5. nanti ada majlis pertabalan sbg Penulis Prolifik Alaf ker?


sinopsis/blurb:


Semusim telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yg tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah utk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi.


Persahabatan yg dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur Bahagia dgn takdir yg tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yg mengerti betapa berat usikan dan sindiran yg diterima lantaran usia yg semakin ditelan masa.


Menemukan keindahan warna2 cinta sememangnya satu perjalanan yg jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yg tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.

No comments:

Post a Comment