Saat Kau Kata Cinta
Penulis: Anis Ayuni
Penerbit: Alaf 21 Sdn. Bhd
'hatiku telah lama tertinggal dalam lipatan duka lara'
Tajuk : SAAT KAU KATA CINTA
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf21
Apa sebenarnya pengertian kasih dan rindu bagi seorang lelaki bernama Mohamed Hijaz kalau sekadar menjadi pengucapan yang terlalu murah harganya hingga sesuka hati diucap kepada sesiapa sahaja?
‘Mengapa jadi begini? Mengapa tak setia dalam berkasih?’ Kesal dan terkilan mengongsi seluruh ruang dalam hati.
Dalam sendu, aku menghitung langkah kaki Hijaz mendapatkannya. Bertaut Jari-jemari dan mereka berjalan seiringan. Aku meraung di dalam hati mengenangkan sepatutnya akulah yang berada di situ seperti yang Hijaz janji. Namun, aku tiada upaya mengubah kehendak takdir. Impian bersanding dengannya hanya mampu aku hadirkan dalam bayangan.
‘Dirikan mahligai kasih, bina jangan sampai runtuh. Hanya satu pesan dan doaku, ALLAH jangan kau lupakan ...’ bisik hatiku meminjam lirik lagu yang pernah aku dengar suatu masa dahulu.
Darwina: Aku tahu, Hijaz sedang berbahagia kini. Hatiku pula masih bergelandangan. Masih tercari-cari dahan kasih untuk berpaut.
“Cinta yang menyakiti, sewajarnya dihindari.”
Darwina: “Mengapa suami-suami selalu begini? Mengapa tidak setia dan suka bermain kayu tiga? Dah tak ingat agaknya, sumpah setia dan janji yang dilafaz sewaktu memadu cinta sebelum akhirnya melangkah ke alam rumah tangga?”
-----------------
Sepupuku Suamiku
Penulis: Lynn Allyna
Semenanjung: RM19 ahli KN RM15
Sabah/Sarawak RM22 ahli KN RM18
Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.
Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.
Tiada Sepertimu
Penulis: Anita Aruszi
S/M AHLI : RM 20 bukan ahli ~ RM 24
S/S AHLI : RM 23 bukan ahli ~ RM 27
Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.
Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.
Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.
Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?
Tajuk: Dingin Salju Indiana
Penulis: Nurulsham Saidin
Terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
RM19.50
Sabah/sarawak: RM21.50
isbn: 9789830977459
"Oh Tuhan, mampukah aku mencari dahan berpaut di bumi nan rapuh ini..."
sinopsis/blurb:
"Sebuah novel tentang kekeluargaan, persahabatan, kesabaran, harapan dan dugaan hidup di perantauan"
"Dengan kemahiran penukangan cerita, isu agama yg sensitif dikupas dari perspektif naratif yg memukau dan mempersona. Jgnlah ditahan air mata anda menitik, kerana apa yg ditulis dari hati penulis ini pastilah menyentuh hati!"
~Dr Amida Abdulhamid, Ketua Hakim Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil
~~~~~
3 gadis Melayu dgn latar asuhan berbeza memilih Indiana Amerika Syarikat utk menyambung pengajian. Jannah, Murni dan Nana tertampan juga dgn permasalahan yg mencabar ego, kewibawaan dan keimanan. Jannah pernah mengaku kalah di tengah jalan. Masih adakah harapan buat seorg sahbat utk diselamatkan?
Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya tentang signifikannya watak aneh ini di bumi Allah. Kehadiran kak Zai mengundang rencah rasa, dan memberi semacam katarsis dlm jiwa yg berserabut mazmumah.
2 jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dgn surat2nya yg membaca semangat dan Matthew, pemuda Kristian yg mencari kebenaran. Jannah memilih utk setia tetapi takdir Allah mengubah segalanya.
~~~~
Merasai sendiri kehidupan yg amat mencabar sbg pelajar di Indiana Amerika Syarikat, Nurulsham Saidin terpnggil untuk mendedahkan pelbagai dugaan yg dialami oleh anak2 Melayu Islam yg menuntu di sana. Melihat ada rakan yg tewas dalam asakan kejutan budaya, maka ramai lagi yg berjaya mempertahan kan jatidiri Muslim, timbul dorongan kuat utk menghasilkan Dingin Salju Indiana.
"Bibir tak bisa berbicara bahasa rasa"
Tajuk : Ruang Rindu
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Rozita Abdul Wahab
ISBN: 978-983-124-514-9
RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.
Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
-----------------
Novel Islamik Alaf 21: Setenang Cahaya Hati
Harga: RM17.00
Halaman: 432
Penulis: Salina Ibrahim
ISBN: 978-983-124-502-6
Sinopsis:
AIDA NURANI - Dia cuba menjadi perempuan yang mengerti dan memahami, sekali gus menghayati makna sebuah kehidupan. Dia mencari tenangnya sebuah cinta dalam mengejar cinta yang hakiki.
ALIF HUSSEIN - Janji ini membelenggu, memburu dan melontarnya ke dalam segara keliru. Terkadang prinsipnya goyah, hatinya bergoncang dan sukmanya terdera dikejar sebuah harapan. Tetapi tenang cinta itu juga terasa membahagiakan. Namun layakkah dia untuk menerima?
DR. BUDI - Dia lelaki yang terlewat. Mencintai dalam diam. Andai inilah hukuman bagi orangyang terlewat, maka dia harus reda. Dan itu juga buat dia sedar; dia harus pandai bawa diri.
Tajuk : Panggil Aku Najiha
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ana Balqis
ISBN: 978-983-124-511-8
Novel kategori Pena Jiwa yang mengenengahkan isu anak tidak bernasab. Garapan dan teknik penulisan Ana Balqis membuatkan kita tertanya-tanya tentang persoalan yang mahu diketengahkan. Namun, pembaca akan menemui jawapannya. Mereka yang meminati novel sastera, inilah pilihan yang anda cari. Terokailah novel ini dengan rasa teruja dan anda akan menemui satu kepuasan di titik akhir…
Catatan Ana Balqis
Panggil Aku Najiha (PAN) cerita tentang kita. Tentang peristiwa yang pernah terjadi di sekitar kita manusia marhaen. Cerita kita yang pernah jatuh kasih kepada seseorang dan tidak berbalas atau kita yang pernah melukakan atau dilukai. Dikhianati, dimusuhi atau mungkin disayang. Dan, juga tentang insan-insan yang mempunyai pandangan yang jauh dan tersendiri.Yang sanggup mengenepikan hal-hal peribadi yang dianggap kecil dan remeh demi menyempurnakan cita-cita dan idealoginya. Dalam PAN tiada watak jahat kecuali kenakalan-kenakalan kecil kerana bagi saya semua manusia baik. Jika ada perbuatan yang agak ‘di luarduga’ itu mungkin disebabkan sesuatu yang menekan mereka. Yang jika diurus dengan baik tentunya boleh dikawal.
Itu juga sebahagian dari sisi-sisi kehidupan, seperti kata Najiha kepada Wan Azmi suatu waktu,hidup bukan medan pertarungan tetapi tempat manusia jadi manusia. Membijaksanakan akal dan diri.” Untuk jadi cerdik pula tidaklah semudah bersiul atau memetik jari. Banyak dugaan dan ujian perlu dilalui agar akal kita tajam menangkap kemungkinan dan tepat membuat keputusan memandangkan hanya keputusan yang tepat sahaja akan menatijahkan kemurnian.
"Cinta itu bukan utk didusta. Hadirnya utk memberi dan menerima... Hangatnya mendamaikan, dinginnya melemaskan"
Jatuh Cinta Lagi
Hanny Syazwany
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-15-0
~602 hlm
Tarikh Terbit: 25 Feb 2010
Sinopsis
Percintaan membawa sejuta kebahagiaan tetapi percintaan juga membawa kepada derita dan penantian. Wishal Halifi merupakan seorang yang periang dan nakal telah jatuh cinta pada gadis yang sentiasa disakatnya di sekolah iaitu G-Na namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan persahabatan mereka terputus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.
Wishal kecewa sehingga membawa dirinya ke Amerika namun dia kembali semula ke Malaysia dengan karakter yang berubah dingin tidak ceria seperti dahulu. Pertemuan pertama membuatkan Rozy ingin meraih perhatian pemuda itu namun segalanya sia-sia kerana kenangan silam membuatkan Wishal memusuhi insan yang bernama perempuan.
Kehadiran gadis bernama Shayna Carmilla yang bekerja di syarikatnya membuatkan hari-hari yang dilalui Wishal berubah menjadi memori indah. Pada mulanya dia tidak menyedari hakikat bahawa dia telah jatuh cinta namun setelah tiga bulan bersama gadis itu barulah dia akui yang dia sudah jatuh cinta lagi. Hal itu membuatkan Rozy menyimpan dendam.
"apakah erti cinta andainya tidak boleh memiliki?"
Cinta Hatiku
PITTERIAH ABDULLAH
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-14-3
~672 hlm
Tarikh Terbit: 20 Feb 2010
Sinopsis
Arissa Putri ditukarkan dengan Syazwan Hafizi kerana ayah Arissa iaitu Tan Sri Badrol inginkan seorang anak lelaki bagi mewarisi empayar keluarganya. Tanpa pengetahuan Tan Sri Badrol, Puan Sri Sharifah tega menukarkan anak sendiri dengan Hamzah dan Puan Latifah. Arissa dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun hakikatnya Arissa sudah diberitahu dia hanya anak angkat dalam keluarga Hamzah. Manakala Syazwan pula hidup dalam kemewahan dan kebahagiaan tetapi tidak dimaklumi dia hanyalah anak angkat Tan Sri Badrol. Rahsia ini hanya Puan Latifah, Puan Sri Sharifah dan Arissa saja yang tahu setelah Hamzah meninggal dunia.
Arissa yang jatuh cinta dengan Megat Rafiqin terpaksa menolak lamarannya kerana tidak mahu rahsia ini terbongkar. Wali adalah penting dalam penikahannya sedangkan wali yang sebenar tidak tahu dia mempunyai seorang anak perempuan. Arissa terpaksa berkorban demi orang lain sedangkan jiwanya sudah terseksa setelah berpisah dengan Megat Rafiqin yang membawa hati ke negara Dubai.
--------------
aduhhh... duhhh..duhhh.... apasal semua masuk senarai nakkkk ni???...
ReplyDeletetakleh save bajet lagi la bulan ni jawabnye... aduuuuuuhai...
tau tak per. list tak buat, tapi kalau jumpa jer, sambarrrr. hehe.
ReplyDeleteteruk tau Rinn ni. ada jer buku yg jd p'goda...ha...ha...!!
ReplyDeleteskang tgh m'hunting buku dr crative. semua buku lama. x tau la ada ke tidak stoknya..!!
hai pening kepala. semua best2. Anis Ayuni favourite author, Rozita pun best, Anita Aruszi pun suka. hai senang2 beli semua lah tak payah pening kepala.
ReplyDeleteaduyaiiiiiiiii
ReplyDeletekalau nak hunt buku2 Creative, paling sesuai dan paling murah adalah masa kat pwtc bulan 3 nih.. rambang mata wo kalau masuk booth cesb.
ReplyDeletebetul tu fzzh, haha. Kali ni author semua best best.
ReplyDeletehi rinn has ni dah tak sabar nak gi pesta buku tpi skrg ni pun stok bnyk lagi tak bca.. tamak btoi. Antara buku dah beli PAM (dah baca), suamiku sepupuku, tiada sepertimu, aku mahu kamu, rumput masih hijau, jauhari hatiku, dan 3 buku creative yang lama dapat beli 50% less. Ada sembilan buku nak baca tapi 1 baru habis. Nak beli cinta kepala batu kat minerva tapi dah habis....tamak..tapi seronok bangat ahaks kenyang tgk buku tu blum bca lgi....baru siap balut semua bku.
ReplyDeletePAM kiter baru abis baca masa on the way balik kampung. Sebelum baca rasa buku tu tebai giler, tapi biler baca, sedar2 jer dah abis!
ReplyDeletesemua buku yg has list kiter dah ada cuma 'tiada sepertimu' jer tak beli lagi.
PAM tu mmg tebal has ni mmg suka buku tebal2 tapi separuh drpd ketebalan buku tu ceritanya has dah baca kat penulisan2. rumput masih hijau tu has baca review rinn so dah tau happy ending beli le seronok bila tau dia tak kawin ngan mamat duda tu watpe nak bermadu yg bujang ada keh..keh emosi le pulak. Suamiku sepupukupun has dah baca kat penulisan2u so kira nak tau sambungannya le... Anyway tq rinn rajin bagi review has mmg hari2 bukak blog rinn.
ReplyDeleteuih, rajin gak has baca enovel ya? tapi kat penulisan2u tu memang byk betul enovel dia. sapa2 yg nak baca novel online, memang sesuai ronda2 kat situ. Mcm saya ni, tak bleh la nak baca enovel, tak bleh nak concentrate, kira saya ni pembaca old fashion, nak bahan bacaan yg boleh pegang dan baca sekaligus habis. :)Thanks has sudi jengah kat sini, tak der la saya syok sendiri plak kat sini. huhu... memang asalnya blog syok sendiri pun. huhu..
ReplyDeletemcm mana tau Wafa dlm 'rumput' tu tak pilih Naim? Bini Naim tu baik tau, dia bagi tawaran yg menarik kat wafa. Dah la bakal mak mertua baik, anak Naim pun baik. hehe.
ReplyDeletehas dah baca review sapa punya tak ingat. Tawaran tak menarik lgsung rinn baik cari rumput yang blum kena ragut drpd rumput yg dah dah dua kali tebas kah,,kah pastu kena kongsi mkn kalu realiti entah le tpi dlm novel no way.
ReplyDeletehas ni asalkan novel lantakle enovel ke apa ke semua bleh telan. Cuti bulan 12 thun lepas download 4 novel twilight yang baru baca breaking dawn ngan twilight. novel remaja maleh nak beli kita ni remaja tua. naik sakit biji mata mengadap komputer berjam-jam.
ReplyDeleteyep bila baca novel, kita mengharapkan yg terbaik utk heroin, :)
ReplyDelete