Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Dedalu di Hati (Improved Version)

Akhirnya dapat juga buku yg ditunggu-tunggu :) 
Antara buku Anita Aruszi yang popular. 
kalau sapa-sapa berminat nak beli, boleh contact anita aruszi terus di emel nya arr_nita@yahoo.com
kalau nak cari kat kedai, insyallah takkan jumpa ;)




maklumat lanjut, sila ke laman web anita aruszi :)


Also saja nak nyelit. kalau ada yg berminat nak bli buku "Twilight Companion: The Unauthorised Guide to the Series" , boleh emel sure_fine_whateverr@yahoo.com. ada satu copy saja tinggal. harganya RM16 saja termasuk pos ekspress. Buku baru, bukan 2nd hand.

Wednesday, September 14, 2011

Yuna di Alamanda 16 Sept 2011

haaaa... nak tengok yuna live? Boleh pegi jumpa dia and say 'hi' personally :) she'll be in Alamanda Putrajaya Jumaat ni promoting Olay.

Monday, September 5, 2011

Drama Adaptasi dari Novel: Keimanan Cinta di TV9

jom tengok di tv9. Novel ni bakal diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Drama bersiri ni ada 10 episode sahaja yang disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.30 hingga 9.30 malam :)

dapat poster dari website ni:

http://photoimagepics.blogspot.com/2011/09/gambar-poster-drama-keimanan-cinta.html

Tuesday, February 22, 2011

NB Kara di MPH Mid Valley




Sabtu yg lalu aku sempat ke Mid Valley utk menghadiri sesi pelancaran dua novel Norhayati Berahim dan novel Terbaru Nora Ismail (a.k.a Rose Harissa). Majlis ni sangat santai dan penulis2 mendekati pembaca2 mereka secara santai dan dalam suasana 'borak2' yang tidak kosong. Those yg hadir bebas melontarkan pendapat dan soalan kepada penulis. Ada juga yang bertanya kenapa novel2 Norhayati Berahim sekarang sudah kurang unsur romantis. Kak yati mengakui novel2nya kebelakangan ni lebih matang seiring dgn usianya. Beliau tak mahu pembaca2 terus khayal dengan cerita2nya. Dia mahu menerapkan unsur yg lebih keagamaan dan lebih positif dan realistik kepada pembaca2 setia novelnya.

dapat cokalt sedap! nyumm nyummm. Turut hadir penulis Lily Haslina Nasir dan Iejay Zakaria :)

Monday, February 21, 2011

Majlis Pelancaran Juara Carta Cinta

Ada sapa2 free weekend ni? Lynn Dayana menjemput rakan2 pembaca ke majlis pelancaran novel terbarunya yang akan diadakan di MPH Subang Parade pada 26 Februari 2011 dari jam 2.00 hingga 4 petang. Semangat tengok dia menyediakan goodies bags utk peminat2 yg datang nanti. Jgn lupa bawa your JCC utk ditandatangan ya? :)

 

JIKA BENAR CINTA, pastikan HAK CINTA TERPELIHARA kerana tiada TARIKH LUPUT CINTA dalam CINTA EDISI TERHAD yang sentiasa menjadi JUARA CARTA CINTA ini.

Great titles! Makes me think "WHAT'S NEXT?"

 

Sunday, February 20, 2011

Event Kaki Novel Mac 2011

keputusan undian fb kaki novel. :)

Dah lama aku tak buat kerja2 meronda blog2 publisher. Tadi aku tengok kat blog KN ada beberapa event yg menarik. hmmm nak pegi yg mana satu ya? Aku pun dah lama tak buat event report. ada jugak la beberapa yg aku dah pegi tapi tak sempat nak buat report kat sini. Nanti la aku korek2 balik koleksi foto. rasanya last event yg aku up kan kat sini adalah pelancaran novel RAM - Rayyan Fantasi.

 

Tuesday, November 23, 2010

Ervan Prima Sakti!

 

Dah lama aku baca nama ni. Rasanya nama ni akan sangat familiar di kalangan pengunjung setia blog Rose Harissa :) Poster di atas pernah di post kan oleh Rose harissa di blognya :) yang kat bawah ni adalah cover utk versi novel kisah jejaka ini.

TAJUK: ...dan cinta pun tersenyum...
by Nora Ismail a.k.a Rose Harissa
Penerbit NB Kara


Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati...


blum ada blurb cerita. tapi citer ni dah laaaaaaaaaaaaaaaama ditunggu2 :) akhirnya dibukukan juga... yeah!!! kalau sapa yg pernah baca entry2 Rose Harissa berkaitan Ervan Prima Sakti, jangan lupa dapat kan novel ni nanti. Sekarang ni blum ada di pasaran. kita tunggu lah updates dari NB Kara dan Rose Harissa sendiri.


tahniah rose! :)

ni prolog yg pernah rose post kan kat blog nya sekitar november 2008


Namanya Ervan Prima Sakti. Usianya 27 tahun. Anak tunggal pasangan Mahendra Gunawan – Zurina Ahmad. Mahendra keturunan Indonesia-Belanda, sang konglomerat terkemuka. Zurina, wanita Melayu dari Pahang, pereka barangan kemas ternama di Indonesia.
Ervan Prima Sakti, kacak lagi bergaya. Apatah lagi bila memandu kereta sport Evolution 9.
Tapi dia tidak sakti pun seperti namanya!
But I am Indonesia’s Most Eligible Bachelor.
Ya, Ya… Most Eligible Bachelor yang makanan kegemarannya Ayam Penyet dengan sambal belacan!
Well, I just graduated from Harvard University with a degree in Architecture.
Ya, tapi dia hanya tahu berposing di depan kamera dan membina badan di gym.


Would you please mind your words?

Ya, dan dia anak tunggal yang hanya tahu menghabiskan duit ibubapanya!
Watch out your mouth! Kamu jangan omong sebarangan sih! Dasar bawel!

Ya, bila bercakap bahasa Inggeris, bersepuh American’s slang. Tapi bila bercakap Melayu, ledut loghat Indonesia!
Hey! Mind your own business!

Benar-benar sakit jiwa cewek satu itu! Kayak otaknya harus dioperasi! Norak banget!

Sunday, February 14, 2010

Aku tak tau dah nak bubuh tajuk apa...

kalau buku2 ni masuk dlm list aku pun, aku terpaksa tunda beli hingga book fair kat pwtc nanti lah... budget tight.. karang nanti ada yang makan sup buku ngan air masak.



Tajuk Buku : Galau Di Hati Seri [526 m/s]
Penulis : Kusyi Hirdan
Harga : Semenanjung RM 21.50
Sabah / Sarawak RM 24.50
ISBN : 978-967-5229-13-8
DAPATKAN segera di pasaran!

----SUDAH TERBIT - FEBRUARI 2010----


Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yang lebih baik. Sesuai sebagai imej sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohmah dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kealpaannya yang sedikit, menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.


Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.


Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut.

-------------------

Tajuk: Ingin Hati Melukis Kata
Penulis: Ebriza Aminudin & Bikash Nur Idris
Terbitan Fajar Pakeer

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.

-------------

Tajuk: Tika Hati Kata Cinta
Penulis: Aryn Arianis
Terbitan Fajar Pakeer
2010

Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka. 

Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya.



Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinya hanya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya. 


Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan.



Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira. 


Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?
-----------------------

Tajuk: Madah Berzikir
Penulis: Eisya Aqila
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2010



Puteri Aisyah Aqilah melalui episod penuh duka sepanjang kehidupannya. Tersingkir dari sekolah lantaran kes disiplin, tekanan atas deraan ayah tiri, membuatkan dia terdampar ke lembah penuh noda dan dosa.


Namun memori madah berzikir ayah kandungnya, menjadi penguat untuk dia kembali ke pangkal jalan. Namun jalan itu juga terlalu banyak liku dan cabaran. Aisyah juga terperangkap dalam satu lagi sindiket berbahaya. Mujurlah dia bersemuka Fikri, yang kemudian berazam menyelamatkannya. Dalam masa yang sama Fikri menaruh hati terhadap Aisyah tanpa disedari gadis itu. 


Aisyah tidak sanggup pulang ke pangkuan keluarga, bimbang bakal jadi mangsa amarah ayah tiri, namun hati memendam rindu tidak putus kepada ibu. Dia tahu dia gadis yang pernah gagal dalam hidup, diberi gelaran oleh masyarakat, namun Aisyah tidak mengalah. Dia bangkit, memperjuangkan cita-cita serta terus mengikut jalan diredai Allah. Biar hina di mata manusia, namun bukan di samping Allah.
 


Tapi, mampukah Aisyah bangkit daripada keruntuhan? Bolehkah Aisyah menerima liku demi liku di depannya, untuk mencapai makna diri?

------------
Tajuk: Bukan Tak Sudi
Penulis: Mimie Afinie
KarnaDya Solutions
2010


"Kau bukan yang pertama
Namun kalaulah yang terakhir"

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.


Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.


Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.


Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.


Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.

---------------
Tajuk: Cinta Antara Kita
Penulis Nur Hidayah
terbitan: KarnaDya Solutions
2010

"Saya sanggup meninggalkan segala sandang dan gelaran demi kasih saya terhadap dia..."

Sinopsis:
Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bererti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinta terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinnie sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinnie memilih satu di antara dua?...

“Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya.
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya”

-----------------

Tajuk: Pada Angin Aku Berpesan

Penulis : Adileah

Penerbit : Jemari Seni

Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 5 Mac 2010)



perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?



Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!



Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?



Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.



Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?



Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.



Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?



Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.



Atau... cintakah itu?

* * * *


Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: “Aku benci kepadamu,” dengan caranya yang tersendiri.