Thursday, May 24, 2007

Cinta Sang Ratu

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlee Awang Murshid
Cinta Sang Ratu by Ramlee AWang Murshid

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji TUHAN. Pabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan."

Sambungan Bagaikan Puteri ni memang menarik, best! :) seronok dpt baca
kisah mistik yg mcm nih, ada kepuasan. Macam ada sambungan jer, kasih
Dani belum bersambut, ala.. Haryani tu ego sangat la.. tapi ada
signal2 positif, kira ok la tu :)

Cara penulisan yang berterusan dari 'Bagaikan Puteri', watak Saifudin
masih kekal teguhnya, watak Ratu Sulaman memang menarik (nama sulaman
ni sebab mak angkat dia a.k.a maharani tu suka sulam-sulaman ke?
hehe). Ada perkara yang mudah diteka dan ada juga yang tak dijangka
langsung hingga bisa membuat pembaca tersentak. And tht element is
good in a story. Tak sangka watak Dani pun ada terlibat dalam
'crossline' antara abad ke 15 dgn abad sekarang sama macam Haryani
dulu cuma bezanya dia tak koma, dia jadi hilang ingatan dan tidak
siuman. Lepas Dani terselamat dari tsunami tu ada tak ek dia or
Haryani terserempak dgn Carra Lina yg pi cari Ichlas kat Acheh? hehe..
ter cross over masuk citer 'Bahtera kasih' la pulak.

Kisah kali ni

Di abad ke 15.

Saifudin yg cedera selepas terkena panah sihir Ratu Sulaman memang dlm
keadaan parah. Ratu masih teringat2 wajah suci SAifudin yg mengucapkan
sebagai insan dia sayangkan ratu. RAtu tu siap pi skodeng SAifudin and
tak sangka2 dia jatuh cinta dgn SAifudin, siap ushar2 lebih2 lagi
sampai kena tegur. Dia turut terpikat dengan kesabaran dan sifat lemah
lembut saifudin hingga membuka hatinya utk meminta saifudin ajar dia
ilmu yg saifudin guna. Kebijaksanaan dan kesabaran Saifudin menjadikan
Ratu rela memeluk Islam dan selepas melafazkan kalimah Syahid seluruh
sihir di badannya terlepas, masa rawatan tu aurat Ratna (nama asal
ratu) dgn saifudin diragui lalu saifudin sudi memperisterikan Ratna.
syokla Ratna tu, pucuk dicita ulam mendatang. Ratna jadi muslimah
sejati tapi ibu angkatnya Maharani yg maha jahat tetap mahukan waris
takhtanya kembali, Ratna dikidnap hingga memaksa Saifudin belayar ke
Pulau Utara utk menyelamatkan isteri tersayang. Maharani tak dapat
melembutkan hati Ratna so dia gunakan ilmu sihir utk mengembalikan
Ratu Sulaman yang kejam. Part yg ternanti nanti adalah pertarungan
antara Ratu Sulaman dgn Saifudin. Err masa SAifudin dpt kalahkan
Maharani tu kan dia ukirkan kalimat alif-lam-lam-ha di dada Maharani
utk membuang sihir, hehe masa tu terus teringat masa kecik2 dulu kalau
ada barang kesayangan mesti nak tulis alif lam lam ha tu diikuti
dengan lafaz 'sapa amik berdosa'.. *sambil tulis alif-lam-lam-ha kat
kulit buku Cinta Sang Ratu* :p

Zaman sekarang...

masa tsunami, Dani diselamatkan oleh Pak Mustakim serta anaknya
Saliha. Dani ni macam mereng sikit. Ntah rasa apa membawa Haryani ke
Aceh utk mencari Dani tapi dalam perjalanan, dia terrrrrrrrrsinggah di
Manggala, kampung yg hampir pupus dan didiami oleh manusia serigala.
Pak Mustakim, Saliha dan DAni pegi ke Manggala utk memulihkan Saliha
yg disyakki masih mempunyai darah Manggala kerana Pak Mustakim ni
sebenarnya keturunan Manggala yg sudah insaf dan beriman dgn ALLAH.
Kehadiran Haryani tepat pada masa jasad Dani di abad 15 ditikam
Saifudin (ni kena baca sendiri kalau nak tau kisahnya). Dani terus
jadi siuman semula dan perjalanan mereka di Manggala tu memang penuh
debaran la. Haryani tu calon perawan ke 100 utk menghidupkan semula
baka awal Manggala. Kalau ikut nak cerita kat sini memang la banyak,
exciting.. tapi kena baca sendiri lah :) thanks Ramlee Awang Murshid.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat
ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila
melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan
teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih
ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu
kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat
tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya
kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan
menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada
mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari.
namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata
mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta.

Sinopsis di website Alaf21

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca
Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani?
Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat
ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila
melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan
teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih
ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu
kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat
tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya
kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda
sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana
ceritanya semakin PANAS!!!

Harga : RM 19.90
Halaman :572

6 comments:

  1. Sebuah cerita islami yang benar-benar berkesan...sebuah novel PENBANGUN JIWA...10 BINTANG!
    SESUNGGUHNYA MANUSIA TAKKAN BISA MENIKMATI SYURGA TANPA IKHLAS DI HATINYA...

    ReplyDelete
  2. betul tu.... masa baca ketiga3 buku ni saya rasa terlalu banyak dosa yang tersembunyi yang kita x perasan. Hmm lagi satu yang saya persan Kalau kita ikhlas mencintai Allah dan rasul pasti ada hati yang ikhlas mencintai kita. Tapi jangan terkejut kalau saya cakap antara Ratu, Haryani, Sanggara, Laksmana Sunan saya paling jatuh hati pada Ratu. Rasanya teringin nak jadi macam dia.

    ReplyDelete
  3. hmm memang tiap2 watak putih, gelap, kelabu dalam novel ni ada kekuatan tersendiri.

    ReplyDelete
  4. Dah baca.. Erm, i think Haryani patut ngan Laksmana sunan cause laksmana sunan hero n haryani heroin... so they should be together... Betul tak?
    Anyway, Laksmana Sunan berkemungkinan wujud... disahkan oleh jabatan Arkib Negara di Indonesia...

    ReplyDelete
  5. i like the chemistry between Saifudin ngan Ratu Sulaman tu. :)
    Dani ngan Haryani pun ok whattt. hehe

    ReplyDelete