Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Aisya Sofea |
(Kesinambungan Lima Novel Aisya Sofea)
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
"Kuserahkan jiwa untuk bersamamu merentasi horizon ke hari esok"
What to say, sambungan yang memang memuaskan hati. Puasla bila tau apa
perkembangan watak2 kesayangan kita. Mereka tak sepi dari dugaan,
kasih mereka sentiasa diuji. Walaupun setiap cerita diperuntukkan dlm
lingkungan 100++ muka surat tapi memang puas hati baca. Tak rugi pulun
baca 5 buku earlier :) Sebenarnya saya ni lebih suka cerita pendek,
tapi masalahnya susah nak jumpa cerita yang tak tebal sangat bukunya
tetapi best ceritanya. Well Aisya Sofea did it! instead of 5 books, we
got one good book. Thank you. Ekcili i started reading dari short
stories la especially books by Jeffery Archer. Memang best giler citer
dia.. yg membuatkan saya paling tertarik adalah the way he ended his
stories, memang unpredictible, even cerita yang less than one page pon
he still can give you a surprise. amboi, cakap omputeh pulak. Well
kalau nak baca buku2 short stories jeffery archer, i strongly suggest
A Twist in A Tale, A Quiver Full of Arrows dan Long Story Short.
dlm 'buatmu kekasih', saya paling sedih masa baca kisah Semusim
berlalu dgn Cahaya hatiku.. nangis wo.. *sob*sob...
Sedikit sneek peek into the stories.. Cerita yang pertama: Semusim
Berlalu (sambungan novel Jauh)
Kisah Shafikah dan Fikri yang sudah mencecah belasan tahun berumah
tangga, dikurniakan 3 cahaya mata, yg sulung dah masuk skolah menengah
pon. Fikri makin bosan bila Ika byk menumpukan masa kepada anak-anak
walaupun dia surirumah sepenuh masa. Fikri mula tergoda dengan
kemanjaan Suraya, menjadikan Ika kecewa. Dia redha dgn keputusan Fikri
utk berkahwin lagi tetapi dia mahu dibebaskan. Ika setuju menerima
tawaran kerja dari majikan lamanya kerana memikirkan dirinya yang akan
menjanda nanti. SEmentara nak cari orang gaji, dia minta (ada unsur2
cabaran jugak) Fikri menjaga anak2 (Fikri ni baru jer tak kerja
selepas dpt pampasan dari tempat kerja nya). Melayan anak-anak dan
duduk di rumah seperti suri rumah tangga telah membuka mata Fikri
tentang rutin sebenar Ika. Isterinya bergaya ke ofis menimbulkan
kebimbangan di hati Fikri. Tapi Ika sudah sukar utk dipujuk and Fikri
is not going to give up the love of his life that easy.
Cerita kedua: Cahaya Hatiku
(Sambungan Jendela Hati)
Kesinambungan kisah Farah Waheeda dgn Abg Lukman. Selain dari Zahin,
mereka dikurniakan kembar Aina& Aida dan baby baru berusia 3 bulan,
Laila. Konflik timbul bila Zahin diberitahu yg mummy Farah bukan ibu
kandungnya, dia sebenarnya anak Sarah, kembar Farah. Zahin mula
menyisihkan dirinya dari keluarga. Farah susah hati dan rindukan
kemesraan Zahin. Zahin plak makin tak terkawal dan Farah cuba sedaya
upaya utk menyembunyikan hal sebenar dari Abg Lukman yang pastinya
akan menggunakan kekerasan utk menghukum Zahin. Satu hari kebenaran
terbongkar dan Abg Lukman mengamuk marahkan Zahin. Kayu hoki yg
dihayun mengena kepala Farah yang cuba melindungi Zahin.. Masa tu baru
lah Zahin sedar betapa besarnya kasih mummy Farah kepadanya.
Cerita ketiga: Itulah Sayang
(Sambungan Kau Untukku)
Kisah cinta yg tak berpenghujung antara Nurul Umairah dgn Fuad.
Kelahiran Iman berjaya memujuk hati mertua Mairah, tetapi semakin hari
Iman semakin lasak dan bila ada jam mahal yang pecah, pasu mahal yang
berderai, Iman dipersalahkan dan ini menimbulkan rasa kurang senang di
hati ibu Fuad. Mairah tak berani nak melukakan hati ibu mertuanya,
tetapi Fuad nekad, mereka mesti pindah. Mairah dalam dilema, nak jaga
hati mertua ke, hati suami ke, hati sendiri ke? Walau apapun Iman
tetap tersenyum riang...
Cerita keempat: Kasihku Bagai Dulu
(sambungan Sehangat Asmara)
ni kira my favourite couple lah. Good to see them back :) Watak kay
memang paling berani la antara semua watak dlm buku ni.. tetap
penggoda macam dulu. Dia walau bagaimana pun sensitif sikit bila ramai
mula meluahkan pendapat yg dia makin chubby, tambah2 lagi Zainal
memang suka sangat menyakat isterinya. Kay sanggup menelan pil
pelangsing dan hampir2 mengambil suntikan kecantikan supaya kelihatan
muda dan langsing. Zainal mengamuk sakan bila rahsia itu pecah. Dia
tetap mahukan Kay yang dikenalinya, chubby pon chubby lah. Seronok
tengok Misya yang semakin matang dan suka mengusik ibunya, macam
Zainal jugak. Munir anak bongsu mereka pon sama naik jer montelnya
macam mak dia la kot. hehe.
Cerita Kelima: Keabadian Kasih
(sambungan Gelora Jiwa)
Hanif Ashman, Intan Azureen dan Alia hidup bahagia bersama tetapi
Intan sudah 4 kali keguguran. Dia kecewa kerana tak dapat memberi
zuriat kpd Hanif dan ibu mertuanya sudah mula menjeling tak puas hati.
Dia juga dituduh menjadi punca Hanif berduka dan eksiden, kononnya
kerana memikirkan masalah dgn Intan. Buah pinggangs Hanif cedera teruk
dan perlukan penderma kerana buah pinggang Intan tak sesuai untuknya.
Ibu bapa Hanif cuba memujuk rayu adiknya, Azman (bekas tunangan Intan)
tetapi Azman menggunakan peluang itu utk membalas dendam. Akhirnya
Azman bersetuju mendermakan buah pinggangnya tetapi dengan syarat...
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis Belakang buku:
Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna.
Tiada Lukman, betapi sepinya hati Farah.
Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
Meski bertahun berpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.
Dan cinta suci Hanif adalah memori terindah Intan Azureen.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti
alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan
kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati
yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba
diatasi sebaik-baiknya.
Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak
dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup
udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga
berlampukan sinaran bulan yang satu. Khusus untuk pembaca tersayang,
saya titipkan khabar terkini pasangan-pasangan yang pernah saya
ilhamkan. Semoga dengan kisah yang saya lakarkan ini dapat memberi
ikhtibar untuk kita meniti hidup seharian.
Sinopsis di website Alaf21:
Novel yang memuatkan lima novel terdahulu beliau ini merupakan titik
sambungan dengan melakarkan sebahagian watak-watak yang pernah dicipta
oleh Aisya Sofea.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti
alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan
kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati
yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba
diatasi sebaik-baiknya.
Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak
dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup
udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga
berlampukan sinaran bulan yang satu.
Harga : RM 19.90
Halaman :588
Sambungan cerita novel 'Kau Untukku' yang paling best dan yang paling hampeh tu sambungan cerita 'Jauh'...
ReplyDeletesaya plak paling suka sambungan citer 'Jauh' tu.. and oso sambungan citer 'Jendela Hati'.. ni terus saya capai buku tu and start baca lagi sekali :) thanks for visiting here ;)
ReplyDeleteHehehehe...memasing punya citarase. Saya sebenarnya tak suka cerita pasal lelaki yang beralih kasih. Pastu ada hajat nak kawen lain. Sakit hati la....
ReplyDeletesaya lak suka part ika plak kenakan fikri.. haha.. yg penting he has fallen in love with his wife all over again. ;)
ReplyDeleteThat's true. Lepas Ika kenakan Fikri balik, baru la hati saya lega. Elok kalau Ika kenakan dia teruk2 sikit...hehehehe...teremosi pulak...keh keh keh
ReplyDeletehaa.. saya suka citer2 yang buat emosi saya rasa bercampur campur macam ni, baru thrill biler membaca walaupun kadang2 kisah itu kisah cinta biasa sahaja.
ReplyDeleteyesssssssss!!! berbaloi betul beli buku collection ni.....tabik pada Aisya Sofea for these beautiful endings...
ReplyDeletepaling suka sangat mesti lah Farah/Lukman/Zahin punya ending...sedih sangat part Zahin berjauh hati waktu keluarga meraikan harilahir Farah but tak sedekahkan Fatiha buat arwah mummynya...also part Farah terkena talipinggang Lukman while defending Zahin dari kemarahan Lukman...
ending untuk Umairah & Fuad pun OK...Iman >> comel betul!!
Buatmu kekasih ni a good marketing idea lah.. dengan terhasilnya buku ni akan menjadikan peminat2 novel especially those yang baru berminat membaca novel utk mencari balik kelima-lima novel bagi menghayati sambungannya dalam 'buatmu kekasih' ni. termasuklah saya ni :)
ReplyDeletesaya beli novel ni masa pesta buku antara bangsa 2007. tu la pestaim jumpa pn. Aisya Sofea in person. Mesti la tak lepas peluang beli novel terbaru dia utk dptkan tandatangan. tapi sebelum baca novel tu, korek la kelima-lima novel tu utk menyegarkan kembali ingatan terhadap watak2 dalam 5 novel tu :) memang puas hati :)
Geram dengan Fikri... sampai hati dia...
ReplyDeleteFikri tu mcm lupa diri... memang gerammmm!
ReplyDeleteKasihan Wanita.. begitulah realiti..
ReplyDeleteSesekali fikir wanita lebih kuat dari lelaki...
TABAH mengharungi segala..
Walau kekadang janji sering di alpa..
Saya pun suka novel ni terutama Jauh, betapa tergamaknya Fikri alpa dengan cinta Suraya dan betapa tabahnya Ika demi anak-anak.Memang best
ReplyDelete