Thursday, May 3, 2007

Dakapan Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatin Nabila
Dakapan Rindu by Fatin Nabila

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Seksa rindu menjadi indah jika kutahu kau jua merinduiku."

Lepas berhari-hari mengadap buku2 utk exam, lepas selesai jawab soalan.. balik rumah terus capai novel ni and i finished reading it right before midnight! hehe baru berapa hari tak baca novel rasa gian semacam.. huhu.. kan yam kan? kira saya buat pilihan yg baik la dgn membaca buku ni.

Mengisahkan Suraya yg menyintai Ezahar tapi terpaksa berpisah kerana Ezahar melanjutkan pelajaran ke Australia. Mereka berjanji akan menunggu 2 tahun dan sekiranya Ezahar tidak muncul, Suraya bebas membuat pilihan lain. Suraya terpaksa berusaha utk setia apabila Norman hadir dan atas kehendak keluarga mereka bertunang. Suraya terpaksa kerana ayahnya yg berada dlm keadaan tertekan dengan sikap anak2 nya yg lain. Norman seorang yg penyabar dan memahami masalah Suraya. Dia tahu tentang Ezahar dan menghormati pendirian Suraya. Dia berjanji akan melepaskan Suraya apabila Ezahar kembali nanti. Suraya diburu rindu yang menyesakkan tapi bukan kepada nun yg jauh di mata, dia rindu orang yang dekat padanya.

Konflik cerita ini bukan saja sekitar janji Ezahar-suraya, ada juga diselitkan konflik yg wujud antara Suraya dan kakaknya Shakira. Shakira semakin bencikan Su apabila tunangannya seperti menyimpan perasaan terhadap Su.

Watak Suraya ni terlalu banyak mengalah dan berkorban, dia sangat setia dan sukar meluahkan perasaan. Apabila Ezahar kembali, dia perlu lakukan sesuatu utk menguji cinta Suraya ada pada siapa sebenarnya...

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang buku:

Suraya seindah nama, secantik pekertinya. Disisih, dicaci dan dihina, namun dia tetap tabah mengharungi dugaan. Mengenali Ezahar, membuatkan kasih sayangnya tertumpah pada lelaki itu. Baginya Ezaharlah pengubat lara, penyembuh derita.

Pemergian Ezahar ke luar negara memberi kesan kepada Suraya. Namun, siapalah dia untuk menghalang. Janji dimeterai; selagi ada hayat, selagi it setia takkan goyah. Tinggalkah dia memegang teguh janji yang terpahat, menghadapi onar sendirian.

Bulan berganti tahun... namun, khabar berita yang dinanti-nantikan tidak kunjung tiba, Suraya terkapai-kapai keseorangan, membuat pelbagai telahan dan andaian. Apakah akhirnya nanti?

"Cinta itu wujud apabila kita mula merasainya. Bila kita dah merasainya, ungkapan cinta itu sudah tidak perlu lagi."

Benarlah, hadirnya cinta tidak diduga. Hadirnya kasih tidak dipinta. Suraya sesungguhnya tidak pernah meminta hatinya dibahagi dua. Kehadiran Norman di saat hati terguris luka memberikan semangat baru untuknya.

Haruskan dia terus berlaku setia andai diri seolah dipersia? Haruskan dia membutakan mata dan hati, mengharap pada yang tak pasti? Tergamakkah dia melerai janji yang ditaburi sendiri? Di mana pendiriannya?

Dia perlu yakin pada kata hati! Yang pasti, dia tidak mahu tewas untuk kesekian kali!

Sinopsis dari website Alaf 21:

Cerita yang membuai perasaan anda ini mampu membawa anda menyelami kisah seorang gadis bernama Suraya yang dihina dan dicaci oleh kakak sendiri.

Dalam diam, dia bercinta dengan seorang pemuda bernama Ezhar tanpa diketahui oleh ayahnya yang menentang keras anak-anak bercinta ketika masih belajar. Namun, untuk mengejar cita-cita Suraya merelakan pemergian Ezhar ke luar negara yang ingin melanjutkan pelajaran.

Bulan berganti tahun, namun dia tidak mendengar khabar berita dari lelaki itu. Dia akhirnya terpaksa menurut keputusan ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan Norman walaupun hatinya masih menunggu kepulangan Ezhar.

Haruskah dia terus berlaku setia andai diri seolah dipersiakan? Haruskah dia membutakan mata dan hati, mengharap pada yang tidak pasti? Tergamakkah dia meleraikan janji yang ditaburi sendiri? Di mana pendiriannya?

Dia perlu yakin pada kata hati! Yang pasti, dia tidak mahu tewas untuk kesekian kalinya!
Harga : RM 18.00
Halaman :476

2 comments: