Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Lily Haslina Nasir |
Terbitan alaf 21 sdn bhd
"Bila panah arjuna menikam sukma, api asmara pun bernyala menyerlah sinar."
This is one of the book yang beli kat pesta buku baru2 ni, siap ada signature penulis lagi. I love the way the writer menceritakan 3 kisah cinta dari sebuah keluarga 3 keturunan. Bermula dari kisah cinta Daeng Amid dgn Karmini yg berkahwin di zaman Jepun, sentiasa menerima tomahan dan cacian berapi dari ibu Karmini yang tak berkenan langsung dengan Daeng Amid. Kelahiran Karmila bukannya menjernih kan keaadaan tetapi dituduh membawa keburukan kerana tak
sabar2 nak lahir masa zaman darurat begitu. Karmini amat tertekan hingga sikapnya terhadap anak pertama itu agak keras berbanding anak2nya yg lain yg lahir bertahun-tahun berikutnya. Karmila lah anak yg paling penyabar dan menurut kata. Cinta antara Karmila dan Aidit mendapat tentangan dari Karmini yang mahu mila berkahwin dgn anak kepada saudaranya, Fakri. Aidit pergi membawa diri dan Mila disulam derita hidup di samping Fakri yg tak menghiraukan kebajikan Mila malah tak malu hidup atas harta isteri.. Mila dilemparkan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati oleh Fakri sekeluarga. Mila dituduh mandul dan membawa sial, Karmini mula menyesal memaksa Mila berkahwin dgn Fakri. Mila masih mampu bersabar. Keinginannya memiliki anak membuat dia ingin mengambil anak angkat dari keluarga sebelah ayahnya tetapi anak itu meninggal dunia selepas dilahirkan.
13 tahun kemudian barulah lahir Adilla, sinar hidup Mila. Fakri masih seperti dulu. Langsung tak menghiraukan Adila dan Mila, tahu2 saja Adila sudah dewasa dan Mila hidup memendam derita.
Adila jadi model utk menampung hidup di kolej. Sikap ayahnya menjadikan Dilla pendendam terhadap lelaki dan sudah banyak hati lelaki yang dilukainya sbg balas dendam. Kehadiran Hizairi menyentuh hati Dila tetapi dia tetap berdegil, bagi nya lelaki suka bermuka-muka, sebelum kawin baik lepas kawin jadi macam bapanya, hidup atas penat lelah isteri. Tanpa pengetahuan Dila majlis bertunangannya dgn Hizairi diatur dan Dila tak berani menolak kerana memikirkan ibunya yang disahkan mengidap masalah jantung, mungkin kerana terlalu
tertekan dgn sikap Fakri yg gila nak menikah lagi satu.
Tiga kisah yang bertali arus ini ada tarikan tersendiri. Sepanjang pembacaan saya diselubungi rasa sebu dan geram, ada yg sedih tapi tak sampai menangis namun endingnya memang sangat emosional dan akhirnya termenangis jugak. A good read!
Sure fine whatever
Rinn
Synopsis belakang buku
Cinta umpama pelangi. Cantik dipandang tapi tidakmungkin dapat dipegang. Namun bagi aidit, cinta karmila ibarat dewi yang bercahaya dan menikam sukma. Dia rasa lebih indah jika cinta mereka menjadi rahsia dirinya.
Tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. Cinta aidit dan karmila terhalang kerana darjah dan keturunan. Mereka Cuma ada sekeping hati, satu jiwa dan perasaan. Jadi di manakah pintu yang harus diketuk?
"Mila, tahu tak… saya separuh gila mendengar cerita Mila dipinang orang! Kenapa Mila hancurkan hati saya?"
Jiwa Aidit penasaran. Biarlah dia berterus terang. Itu lebih baik dari saban malam tidurnya tidak lena.
"Saya sendiri separuh mati Aidit! Awak cuma mendengar tapi saya yang menanggung semuanya!"
Karmila pula bagikan rentung dibakar duka. Terasa dirinya yang tidak setia pada janji kasih mereka. Sedangkan dia dipaksa mengahwini lelaki yg hanya akan diserahkan Cuma jasadnya.
Aidit terasuh dilambung gelombang, sedangkan Karmila dewasa dilukai kerikil. Apakah erti nama itu disebut-sebut jika dua jiwa terpisah jauh. Mengapa cinta tidak bersama mereka?
"Aidit, kasih awak menjadi roh jiwa saya."
"Di antara jantung dan hati ini, di situlah Mila saya simpan."
Inilah cinta terhalang yang pernah dihadapi oleh Daeng Amid dan Karmini, adakah Cempaka Adilla Zahira juga akan menempuh cerita yang sama bersama Hizairi? Doa dan berdoalah!
Sedih baca citer ni, lebih-lebih lagi bila baca tentang kisah Karmila. Boleh buat saya sebak. Jahat betul adik dia yang nama Khairiah tu. Kalau saya jumpa orang macam tu, dah lama saya cili2kan mulutnya. Suka menyibuk hal orang. Mulut laser pulak tu. Tak tahulah kenapa Karmini sayang sangat dengan anak perempuan dia yang sorang tu. Kesian... Karmila.
ReplyDeleteMenyampah dengan Fakri. Kesian dengan Aidit (Datuk Eddie)...
citer2 yang ada byk watak macam ni baru la buat pembacaan jadi berencah. macam2 watak yang ada tu yang buat emosi pembaca di stimulasi sikit... ha amik kau ayat, stimulasi gitu.. sabo jer aku.
ReplyDelete