Monday, May 28, 2007

Atas Nama Cinta - Lily Suriani

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Suriani
Atas Nama Cinta by Lily Suriani

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Aku penunggu cinta yang tegar... menanti di mana-mana sampai bila-bila"

Lepas baca buku ni Yam terus pass to me, so masa weekend tak dak buat
apa, terus la baca tanpa henti. memang susah nak stop bila dah start
buku ni.. rasanya cara penulisan Lily Suriani memang menepati citarasa
saya lah.. sebab masa "Pelabuhan Kasih" dulu pun saya sangat2 suka
cara penyampaiannya. Atas Nama Cinta ada keistimewaan sendiri dari
segi jalan cerita dan cara penceritaan. kata2 lucu yg diselitkan
sangat mencuit hati dan memang tekekeh kekeh gelak, patut la Yam macam
tak betul jer masa baca buku ni, asyik terlepas saja gelaknya.

Mengisahkan Ardini yg sgt rapat dgn Abg Zahin yg merupakan sepupu dan
saudara sesusuannya. Zahin kehilangan ibu bapa sejak kecil dan dijaga
oleh ibu saudaranya yg memberi kasih sayang tak berbelah bagi.
Keakraban Ardini dan Zahin sering disalahertikan. Firas sudah terpikat
bila pertama kali bertemu ARdini. Macam2 usaha dibuat utk memikat hati
ARdini. ARdini tak suka dikacau oleh jejaka 'gorila' tu tapi dari hari
ke hari dia dah pandai rindu rinduan kalau tak diusik oleh Firas.
Zahin kelucuan bila jejaka yag paling dibenci tu lah yg menjadi
pilihan hati Ardini. Masa zaman2 usik mengusik ni la best baca. Mereka
akhirnya berkahwin dan melayari alam suami-isteri yg bahagia tapi ada
yg cuba mengikis kekayaan Firas dgn cara ilmu hitam hingga menyebabkan
Firas tak dapat mengawal perasaan sendiri, dia sentiasa keliru dgn
keadaan dirinya. ARdini yang disayanginya disepak terajang. Ada
masanya dia sangat menyesal dan ada masanya dia sangat menyayangi
Ardini. Dini tetap tabah walaupun Firas meminta utk berkahwin lain.
Tapi rupa2nya selepas Firas menyerahkan share nya kepada Najihah,
Najihah membatalkan perkahwinan dan meninggalkan firas yang kehilangan
segala gala yg diusahakannya. Firas tertekan dan terpengaruh dgn
pengambilan pil dadah (ni pun sbb ada orang bencikan Firas-Dini dan
cuba merosakkan Firas).

Dini tetap tabah dan cuba menggunakan kekuatan cintanya utk memujuk
Firas, walaupun mengambil masa, Firas akhirnya akur dan masuk "Rumah
Penyayang" supaya dia dapat dipulihkan dan cinta mereka dapat
dipulihkan juga. Firas nekad utk tidak bertemu isterinya sepanjang
tempoh pemulihannya.. dari sehari dua berlanjutan sehingga dua tahun.
Di dalam, Firas tabah menghadapi siksaan gian mahukan dadah manakala
di luar Dini tabah menepis kata2 kasar dan pandangan serong orang
terhadapnya. Dini berenti kerja dan menggunakan kuasa 60% share nya
dalam syarikat Firas dan memajukan perniagaan itu. Keengganan Firas
besemuka dgnnya amat memilukan hati Dini tapi kasihnya tetap utuh utk
Firas sehinggalah muncul semula Haikal, rakan seuniversitinya yg
memang menaruh hati pd Dini, dia melamar Dini, Dini membuat sembahyang
istikharah dan membuat keputusan utk terus menunggu Firas. Haikal kecewa.

Pertemuan semula setelah 2 tahun berlalu mengejutkan Dini kerana Firas
telah berubah fizikalnya.. dari jejaka montel kepada jejaka bertubuh
sasa.. hampir2 saja dia melesing Firas. Firas menjadi lebih
bertanggungjwab dan sanggup berhadapan dgn keluarga Dini yg sudah
hilang kepercayaan kpd Firas sehingga pernah memaksa Dini bercerai dgn
Firas.

Zahin ada kisah cintanya yg tersendiri dgn gadis idamannya.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

"Firas... saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan
segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga
ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. biarpun
menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk
memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang ku agungkan, aku
rela..." ~ Ardini

"Ardini... kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu.
Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan
indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas
kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang
bersemadi di hati ini." ~ Firas.

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara
dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi.
Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan
kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di
bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika
disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui
keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang
mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...

Sinopsis di Website ALAF:

NOVEL terbaru beliau bertajuk 'Atas Nama Cinta' kini sedang menanti
anda di kedai-kedai buku. Dapatkannya segera sebelum kehabisan.

Kepada anda yang inginkan kelainan jalan cerita daripada beliau,
inilah masanya anda dapatkan novel kedua beliau.

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara
dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi.
Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan
kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di
bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika
disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui
keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang
mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...

RM 18.00
476 mukasurat

2 comments:

  1. Judul pun " Atas nama cinta" dah tentu cerita tentang cinta . Tapi jalan cerita lain dari yang lain di mana hero mengambil dadah dan dimasukkan dalam pusat pemulihan . Sungguh dalam pengajaran yang kita boleh dapat.Hero pula digambarkan seorang lelaki yang cubby....jarang ada dalam novel yang lain.However memang best.........

    ReplyDelete
  2. ya betul!! saya pun dah terpikat dgn gaya penulisan lily suriani sejak novel alaf pertamanya '"Pelabuhan Kasih" she made a simple story jadi interesting.

    ReplyDelete