Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Fazie Hanna |
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd.
"Akan kutunggu biarpun penantian ini berakhir dengan kenangan"
aduih sedih nyer rentetan peristiwa yang menimpa Nia Karmila dlm
"RIndu yg Pergi" ni. Tambah2 lagi biler tau yg penulisnya telah
meninggal dunia menderita penyakit yg mcm ni jugak. Memang sayu lah..
Penceritaan cerita ini adalah dlm bentuk "aku", selepas 'aku'
meninggal dunia cara penceritaan masih lagi hampir sama.
Cerita ini mengisahkan Nia yg berkahwin dgn Hisyam yg berjanji utk
menjaganya tapi dia memungkiri janji tambah2 setelah Nia menghidap
penyakit kronik yg memaksanya tinggal di hospital. Susah payah Nia tak
dipedulikan malah dia difitnah oleh suami sendiri hingga ibu mertuanya
membencinya. Dia akhirnya dibebaskan dari ikatan perkahwinan, walau
bgaimanapun seorang Doktor, Dr Rashdan sudi memperisterikan Nia dan
mengizinkan Haikal menjadi anak Nia. Nia bahagia hingga jangkaan
doktor yg dia hanya ada 6 bulan utk hidup meleset, dia hidup bahagia
dgn keluarga kecilnya, setahun kemudian kebahagiaan itu diragut dan
Nia pasrah. Kemelesetan kesihatan yg sebegini menemukan Nia dgn
pelbagai kerenah manusia, ada yg bertanggapan buruk, ada yg simpati,
ada yg jatuh kasih.
Rasanya Fazie hanna byk berkongsi pengalaman nya di hospital dalam
buku ini. Kerjayanya sebagai guru juga diselitkan dalam watak Nia yg
begitu tabah menempuh dugaan fizikal dan mental yg hebat. Memang
sedih, maybe terpengaruh dgn berita pemergian Fazie Hanna juga.. masa
baca opening credits pon dah rasa sebak. Marilah kita sama2 sedekah
kan al Fatihah buat Arwah Fazie Hanna yg telah meninggalkan kita kira2
sebulan yg lalu, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg
beriman.. Amin... Al Fatihah.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan
dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia.
Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh
ia pergi.
Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang
dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan
yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang
tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak
gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang
tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang
menerjah.
Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama
kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup
menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia,
membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari
ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap
hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang
mendatang.
Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat
nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di
hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang
yang diberi....
Harga : RM 13.00
Halaman :352
one of my favourite novel...tak cukup tisue while reading cerita ni...menginsafkan...hmmm,,,,nangis lagi...
ReplyDeletepenulis menceritakan apa yang sebenarnya kesakitan yg dia lalui sepanjang hidup dia kan? al Fatihah..
ReplyDelete