Rating: | ★★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Religion & Spirituality |
Author: | Noor Suraya |
Penulis: Noor Suraya
Terbitan JS Adiwarna
Editor Mohd Rosdi bin Mohd Zin
263 mukasurat
Cetakan Pertama 2011
RM17.00
sabah/sarawak RM19.00
9789670201139
"Duha, pandanglah mataku yang berbisik..."
Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Allah boleh mengambil haknya itu pada bila-bila masa sahaja. Membaca kisah ini membuat kita muhasabah diri. Rasa rendah diri itu perlu supaya kita tidak menjadi riak. Riak dan takbur hanya milik ALLAH (yang maha besar) semata-mata.
Duha Hafa menyembunyikan kisah sedihnya di sebalik purdah hitam yang hanya menyerlahkan matanya yang sangat cantik. Umair sudah lama jatuh cinta pada Duha Hafa yang berdarah campuran Melayu-Gujerat. Dia akhirnya meluahkan perasaan hati yang minta disampaikan kepada Duha melalui kenalan rapatnya. Duha Hafa membuat keputusan utk menyingkap purdahnya supaya Umair dapat menatap kisah sebenar. Umair tidak lagi dapat memandang wajah itu dengan rasa cinta walaupun cinta itu masih ada tetapi dia tidak lagi dapat memandang wajah itu dengan rasa cinta. Dia terlalu ingin terus jatuh cinta pada Duha Hafa tetapi wajah itu membuatkan dia tidak sanggup untuk memandang wajah itu dengan rasa cinta walaupun dia amat sayangkan Duha Hafa. Umair tidak mahu menjadi lelaki yang mempermainkan hati perempuan kerana setelah meluahkan hasrat utk mengikat Duha Hafa, barulah dia melihat wajah sebenar Duha Hafa. Dia cuba menyemai rasa cinta namun wajah campuran 'Melayu+Gujerat+kesan kebakaran' itu kini membuat dia mendapat mimpi ngeri. Sepasang mata yang sangat cantik itu pun sudah hilang keindahannya di mata Umair. (memang sengaja ayat mcm berulang ulang sebab aku geram dengan Umair yang menyintai wajah Duha Hafa berbanding budi pekerti Duha Hafa)
Umair.
Dia lelaki yang sangat baik. Cintanya dari zaman kanak-kanak terus mekar sehinggalah ke alam dewasa. Duha Hafa yang dikenalinya sangat cantik. Walaupun belajar di luar negara, cintanya buat Duha Hafa tidak pernah goyah. Comel sungguh cara Umair cuba menarik perhatian Duha Hafa yang sudah berpurdah itu. Apabila Duha Hafa akan berangkat mengerjakan umrah selama tiga minggu, Umair resah kerana bimbang Duha Hafa yang cantik jelita itu akan disambar jejaka lain. Sebab itulah dia segera meluahkan hasratnya. Umair adalah jejaka sempurna yang sering diketengahkan dalam novel-novel melayu. Jatuh cinta pada heroin yang cantik jelita. Walaupun dugaan melanda, dia akan memastikan gadis yang dicintainya diperisterikan. Tapi bagaimana kalau yang dahulunya cantik sudah tidak akan cantik lagi? Mampukah dia terus menyinta sepanjang hayat tanpa rasa jijik? Umair jenis yang tidak dapat menyembunyikan perasaannya.Dia menceritakan keadaan perasaannya kepada Duha Hafa dan berjanji akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru Duha Hafa. Umair sendiri benci dengan perasaannya ketika itu. Tetapi dia tidak dapat mengawal perasaannya.
Ahmad Muhsin.
Bakal peguam syariah yang cantik budi pekertinya. Hatinya terpaut pada Duha Hafa ketika sama-sama mengerjakan umrah. Duha Hafa terpaksa membuka hijabnya ketika beribadah di sana. Rasa terkejut ada tetapi hatinya tetap sejuk memandang wajah itu. Risikan pertamanya ditolak tetapi dia mencuba sekali lagi setelah mendapat tips 'teknik-teknik berbicara dengan berkesan dengan Duha Hafa' dari Tok Habsah ;)
Dua jejaka ini mempunyai dua persepsi perasaan yang berbeza terhadap rasa cinta dan kecantikan. Kedua-dua cinta Umair dan Ahmad Muhsin terhadap Duha Hafa adalah 'dari mata turun ke hati'.
Duha Hafa.
Kemalangan yang menimpanya membuat dia sedar betapa takburnya dia dengan kecantikan dahulu. Dia tak dapat lari dari perasaan rendah diri lalu menutup wajahnya dengan purdah. Dia tidak mahu menyusahkan ayahnya dengan pembedahan plastik (tambahan pula pembedahan pertama kurang berjaya). Lagipun keinsafan menyedarkan dia bahawa keadaan wajahnya yang sekarang ini menjadikan dia lebih baik dari dahulu dan terhindar dari rasa riak.
Cara Noor Suraya melayarkan kisah ini membuat Duha Hafa kelihatan sangat cantik dan indah orangnya walaupun kita sering diingatkan tentang keadaan wajah sebenar Duha Hafa. Hanya orang indah dan cantik peribadinya seperti Ahmad Muhsin dan keluarganya sahaja dapat melihat keindahan Duha Hafa. Mereka sekeluarga jatuh cinta dengan pekerti Duha Hafa sehingga kekurangan di wajahnya tidak langsung merubah perasaan mereka kepada dia. Rasa rendah diri membuat Duha Hafa menolak hasrat Ahmad Muhsin, dia tidak mahu Ahmad Muhsin memperisterikannya hanya kerana wasiat (atau mungkin kerana dia masih mengharap Umair yg berjanji untuk mencuba menerima dia seadanya?). Duha Hafa nak Ahmad Muhsin kata 'I love you' kot. haha... mampus. Jejaka pendiam dan pemalu macam Ahmad Muhsin nak buat macam tu? Gaya bahasa melayu yang tersusun indah membuat karya yang penuh pengisian ini sangat istimewa. (buat aku rasa segan pula dengan gaya penulisan aku yang macam ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ kena bom, bersepah, bersepai. Boleh nangis cikgu BM aku.)
Rasa terkilan Umair yang digambarkan di bab-bab akhir membuat aku rasa puas hati. Dia berkehendakkan isteri yang cantik, maka dapatlah dia seorang isteri yang sangat cantik. Anak-anak penyeri hidup pun tidak dapat menjadikan dia seorang suami yang bahagia. Kata-kata yang paling sesuai ketika itu untuk Umair adalah "ambik kau!"
Cinta Ain Najwa pada Adam sangat utuh. Dia gembira menyintai Adam tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Buat aku rasa nak baca semula Keranamu Ain dan Kebun Mimpi.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/novelcinta@multiply/blurb
Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.
Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.
--------
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta cerita-ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1994) dan Hadiah Penghargaan Cerpen Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).
Citer macam best nih.Hari tu tgk dlm siri Adiwarna terus x jadi beli sbb ingat citer budak na..
ReplyDeleteSekarang ni tak semua novel kita boleh sua kepada anak-anak untuk baca. kena tapis. Setakat ni dua buah buku Si Manis 17 yang aku baca, sesuai la utk bacaan pelbagai peringkat umur walaupun budak sekolah rendah :)
ReplyDeleteAduss memang berdesupp bacer citer nih.Mengalir-ngalir air-mata insaf yg kurniaan Allah tu boleh bila-bila masa ditarik-Nya.Ya Allah cukupkah aku bersyukur selama nih. Lepas bacer cerita ni buat kita berazam untuk jadik hamba Allah yang lebih baik. Amin. Sampaikan Terima Kasih yg x terhingga pada Kak Su (my peberetttt author) sebab mengamalkan -- berpesan-pesanlah kita walaupun dengan sepotong ayat :)
ReplyDelete:) dah la best NIPIS pulak tu :) pilihan utama utk dibaca bila mood membaca hilang.
ReplyDelete