Terasa seperti baru semalam aku melambai kepada Ramadhan yang lalu. Kini dia kembali bersama hadiah-hadiah pengubat rindu. Penantian yang tidak pernah merugikan.
Hari pertama Ramadhan berlalu dengan tenang. Memandangkan Ramadhan kali ini jatuh pada hari Isnin, aku ambil cuti 2 hari supaya dapat bersahur, berpuasa dan berbuka puasa bersama ibu dan adik-adik di kampung. Hari pertama Terawikh, kali pertama aku merasa bersolat terawikh jemaah di masjid dalam keadaan gelap gelita. Terasa capang telinga mencari suara imam dan fokus berkali ganda berbanding biasa kerana sound system juga tidak berfungsi. hmmm sesuatu untuk dikenang sampai bila-bila. Walaupun dalam keadaan gelap, para muslimin muslimat tetap datang membanjiri masjid, tidak mahu ketinggalan mengucapkan selamat datang kepada Ramadhan dan merebut tawaran istimewa yg dibawanya di malam pertama Terawikh.
aku perhatikan di ruang solat muslimat, saf sekarang tak serapat dahulu. dulu kita berdiri rapat, menggenggam tangan saudara di kiri kanan. tahayyat akhir saling bertindan kaki. jangan biar ada ruang... tapi kini, tersentuh kaki sedikit, orang sebelah sudah mengecutkan diri, menjauh. kemesraan bersolat jemaah di masjid sudah tidak seindah dulu. Aku mempelawa org belakang memenuhkan saf, masing2 tunduk mengangkat takbir, memulakan solat. Entah kenapa aku rasa kecik hati. Diorang tak nak dekat dengan aku ke? telekung aku dah buruk ke? bila ada jemaah yg sudah balik, jemaah yg tinggal masih bersolat mengikut imam tetapi saffnya sudah hancur, luluh. tak tau kenapa aku rasa sedih, sebak.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang menyambung saf.” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Kitabnya Sahih at-Targhib wa at-Tarhib)
terima kasih kepada yg sudi mengirim ucapan selamat brpuasa melalui emel dan sms. terharu kerana kalian masih ingat padaku. semoga Ramadhan ini kita dapat merebut bonus terhebat berbanding ramadhan2 yg lalu. aminnn.
sure fine whatever
rinn
Inilah realiti sekarang. Saya pun jadik camtu gak sbb nak rapatkan saf alih tempat duduk banyak kali, tu saf paling depan--org belakang buat dono jer bila soh penuhkan saf depan..senyum pun tidak cik kiah oiii..
ReplyDeletekita kena lebihkan senyum masa mempelawa tu kot. Terawikh kat surau lagi best. Kelompok kecil lebih mesra dan surau lebih kecil so, kalau ramai memang kena sumbat dan saf rapat giler. :)
ReplyDelete