Sunday, February 3, 2008

Cinta Mekar Di Hati

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Cinta Mekar di Hati by Rose Harissa
Terbitan alaf 21

“sayangmu mengalir rasa
Kaulah cinta terakhirku”

Nyesal pulak lambat baca buku ni, semuanya sbb prolog nya! Huh! Rasa macam baca muka surat terakhir saja.. arghhh.. saya tak tau mcm nk buat saya lupa apa yg saya dah terbaca. Penat jer ngelak baca kulit belakang buku nih. saya lebih byk abis kan masa membelek kulit hadapan buku ini sbb masa jumpa Lynn, Rose, Sue & Lily Haslina tempoh hari isu ini ada dibangkitkan.. pergh isu tu! Saya ni jenis tak reti sangat nak komen cover buku tapi biler orang dah sebut dan kita dah membelek, ada saja la yg nak diluahkan. hmm saya rasa tulisan tajuk tu ok dan cukup besar utk menangkap mata pembaca. Gambar pasangan sejoli duduk berdua-duaan siap pegang2 tangan tu menarik mata lah jugak. Tapi pada pendapat personal saya, saya lebih suka cover yg tak der gambar orang, kalau ada kawasan perairan, biarlah orang tu tengah menyelam baru amik gambar. Macam cover Berikan Cintamu. Kalau ada gambar orang pun kalau bleh muka dia tak nampakla so tht i can leave it to my imagination. Yg gambar bunga tu nampak mcm bunga lavender, saya rasa kurang sesuai dan selalunya bila sebut mekar, mesti la teringat bunga yang jenih kembang-kembang kan? Kan? Kan?

Prolog mcm menunjukkan citer ni set2 citer Kudamba Bahagia, Rahsia Hati, Bertakhta di Hati, dan lain-lain lagilah yg sewaktu dgnnya yg kisah percintaan yg mendapat peluang kedua bila mula2nya terpisah dan kemudian bertemu dan peluang utk bersama semula terbuka. Aduh.. nak baca tak baca, nak baca tak baca? Last2 saya baca jugak! Haha.. padan muka aku, never judge a book by its prolog. Haha.. bleh ker pakai pepatah tu? Dah la dekat2 tengah malam baru nak start, nak tido mata aku tak bleh lelap sebab hati meronta2 nak tau apa akhirnya buat Fasha ngan Ady Rafizal. Sudahnya pagi ni masuk opis macam zombie ha.. macam panda pun ada jugak. Hehe.

Awai pagi baru la aku tutup buku ni dgn senyuman puas! Nak terkucil pun ku tahan Jebat! Haha.. Kesemua konflik yang ditimbulkan oleh penulis dalam novel ini dilakarkan dengan baik dan ditutup dengan ending yang amat memuaskan hati. Saya tak peduli apa jadi pada Julia yg hampeh tu. Dia adalah di antara watak kecil dalam CMDH yang saya geram rasa macam nak tenyeh2 dgn bola tumit kaki kanan. Rupa2nya bukan Julia watak hitam utama dalam kisah ni.. kita ada Tengku Kamsiah dan Tengku Alis! (*clap clap clap!!!) ish.. saya memang suka la baca buku yang jenis2 nak bagi orang beleter sorang2 lepas tu baling buku jauh2. Peh tu kutip balik dan sambung baca.

RH improved a lot dlm 2nd book ni dan dapat lari dari bayangan buku pertamanya, Berikan Cintamu. Saya suka konsistensi watak dan character build. Dan saya sangat2 senang dengan watak Ady Rafizal. Memang terasa Ady Rafizal watak utama dlm citer ni dan bukannya Fasha. Emosi Ady Rafizal diceritakan dgn baik oleh Penulis kerana kadang2 biler ada penulis yang cuba menceritakan emosi watak2 lelaki, akan kelihatan seolah-olah lelaki tu tak lelaki (paham ke?) mcm citer tentang seseorang yg ada ciri2 feminin. hehe.. Emosi Ady Rafizal dilakarkan dgn baik tanpa mengganggu ciri-ciri Ady Rafizal sbg lelaki sejati yang romantis, penyayang dan setia. Saya lebih kesian dan simpati dengan Ady Rafizal lantaran peristiwa2 yg menimpa dirinya dalam kisah ini. Yer la sebelum ni kalau baca buku mesti mengutamakan luahan emosi wanita, betapa hebat pengorbanannya.. betapa hebat siksaan yang diterima. Tapi rupa2ya Ady Rafizal lebih2 tersiksa dari segi fizikal dan rohani. Dia bertemu Fasha semula dlm keadaan yang menimbulkan keraguan yg munasabah tetapi segalanya ditolak ke tepi kerana dia amat yakin dgn cinta Fasha.

Kereta wira diesel tu dah mcm saya kenal sangat2. Rose byk jugak menggabungkan pengalaman peribadinya ke dalam watak Ady Rafizal dan Fasha.

Tak tahu lah apa yang nak saya citer serba sedikit tentang cerita ini sebab rugi rasanya kalau tak baca sendiri. Dapatkan segera di pasaran! Harap2 RH akan melakarkan lebih banyak lagi kisah cinta yang sebelum ini kita anggap tipikal tapi sebenarnya mengandungi keistimewaan tersendiri. Terima kasih Rose Harissa for Cinta Mekar di Hati.

Sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.

Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.

Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.

Tengku Alis Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!

Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Khalil Gibran

RM19.90
566 muka surat.

22 comments:

  1. Betullah...... nyesal xbaca awal2. Betul spti rinn kata sbb prologlah
    akak lmbt beli sib baik rinn kata buku ni best. Mmg best betul. Tahniah buat
    Rose Harissa.

    ReplyDelete
  2. haaa. taste kita sama lah.. lepas ni boleh aar bertukar-tukar rekemen buku.. hehe..

    ReplyDelete
  3. citer nie memang best giler...
    baca pagi tadi pas subuh dah tak leh nak tinggal, dah habis baru boleh buat keja lain...
    rugila klu sapa yang tak beli novel nie...
    sesuai tuk dijadikan koleksi...

    ReplyDelete
  4. memang best... saya juga suke dia punya blog. tak borink... really hepi dengan kak rose. tahniah kak rose! :)

    ReplyDelete
  5. a ah... hehe. tapi tak dapat p jumpa dia kat BF. sedeyhhhh huaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. kalau pegi ahad 6-4-08 tu memang rose tak der.. dia ada hari sabtu. nanti kalau sempat saya uploadkan gambar2 yg sempat disnap masa pesta buku 5-4-08 tu

    ReplyDelete
  7. hehehehe... al kisah saya tengah study kat kelantan. tak dapat ke sana. really busy 4 this 2 weeks... sebab 26th ni my first paper final exam. lately banyak pula presentation+test and quizes... kak rose pon dah tahu saya tak dapat ke sana. but tak dapatla souvenir eksklusif tu huaaaaaaaaaaaaaaaa :'( sobb sobbb

    ReplyDelete
  8. alamak kesiannya.. :( kena wat novel kisah dini nih.. mesti sedih. ala nanti akak tangkap gambar and emel kat dini.. hehe.. boleh? gi cuci gambar tu.. kira dah dapat la tu. hehe. btw.. gambar2 masa pesta buku akak dah upload, kalau nak tengok wajah2 kak rose kesayangan awak tu, ada kat dalam photos.

    ReplyDelete
  9. hehehe... akak send kat dini k. amni_shiro@yahoo.com. kak rinn, dini pon tengah siapkan novel actually but then terbengkalai sejak 2 bulan nak final exam ni. fikiran dini bercelaru sikit. kalau ada masa free dini rehat2. jenguk2 gitu je novel tu. banyak spend time memain+ study. tak sempat nak updatekan dia. minta tunjuk ajar kak rose juga... dia tu malu2 rimau lak nak bagi tunjuk ajak hehehehe... kak rose! nanti bg tunjuk ajar tau. kasi tips kat dini. jadi cekgu dini. kak rinn pon boley jadi cekgu juga. dialu2kan:)

    ReplyDelete
  10. hoh? akak nak ajar apa? errr cara2 nak travel around KL naik tren boleh aar.

    ReplyDelete
  11. wei... sinopsis ni lawak ler......tp seronok....

    ReplyDelete
  12. cam xcaya jerk nvel ni bes! ilustrasi cver mmg xmenarik perhatian langsung...isk2x

    ReplyDelete
  13. tu lah.. never judge a book by its cover. baru2 ni ada member pesan mintak belikan novel ni.. melilau cari kat mph alamanda tak ada.. rasanya last month cari pun tak ada.. diorang ni tak order ker buku yg dah habis stok? *garu pala* kena cari org tolong beli kat alaf 21 lah nampak nya :) hehe

    ReplyDelete
  14. mmg xboleh jadi nie. weekend nie saya nk try carik kat ppular snway. mana taw kot ada lagie., hehe.thanx sume...

    ReplyDelete
  15. i buy this book bcoz rinn bgi 5 stars..but i dont really like it...still okay sebab abiskan gak cite ni...x tau la x suke watak fasha ..die mcm x appreciate kat fahrin..mase die jumpe rafizal balik lepas 5 years nak nangis rasenye cian kat fahrin...sedih bace mase fahrin nak pisah dgn adri..fasha mcm x rase hutang budi kat fahrin yang dah jaga die ngan adri for 5 years..may be that's why i don't like her...first time tak suke heroin..hehe...tp mule2 cite nie agak kelakar mase rafizal masakkan kue tiaw sup utk fasha pastu die decorate carrot jadi heart shape..si fasha pelik je mase makan..huhu..tegelak aku sorang2

    ReplyDelete
  16. like i always said, lain org lain citarasanya. bagi saya citer ni cukup semua rasa. Rasanya Fahrain tu memang layak dilayan begitu oleh fasya sbb dia yang menjadi punca dan menyembunyikan perkara sebenar dari Fasya. Bagi saya, what happen to Fahrin adalah hukuman bagi tindakannya sebelum ni. menyimpan yang bukan hak dia.

    scene kuetiaw sup tu memang kelakar :)

    ReplyDelete
  17. novel ini memang bez la. sy suka sgt jln ceritanya. bencila kat watak Tengku Alis Marina tu!!! kenapa tak habiskan jer wataknya.... baru lega saya.... sukanya novel kak Rose Harissa!!

    ReplyDelete
  18. ha'ah Tengku Alis tu memang psyco semacam, geram rasa mcam nak tenyeh2 der dia tu.

    ReplyDelete
  19. erm..sy pun mcm tak berminat sbb cover dia..hihi...and bila baca komen2 kat atas ni mcm ada je watak pmpuan gedik y suka merampas..sy skrg mcm xsuka baca novel2 y ada watak2 cmtu..buat sakit ati sbb bila dah baca novel, dah rs mcm real lak..:P
    sakit ati pun rs real :D

    ReplyDelete
  20. salah satu citer yg paling saya suka. cukup rasa semuanya. yg penting, yg jahat dpt balasan setimpal, baru puas hati. heh heh. Never judge a book by it's cover. Cover best tak semestinya ceritanya best, cover tak best, tak semestinya cerita tu tak best. kan? kan kan?

    ReplyDelete