Sunday, February 3, 2008

Madu Impian

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Matt Romeo
Madu Impian by Matt Romeo
terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

"Aku boleh jatuh cinta pada sesiapa, pada bila-bila masa..."

Buku ni sudah lama saya tengok tapi tak berkesempatan utk membacanya. ntah dari mana datangnya saya pun tak pasti. mungkin salah seorg adik2 saya yg punya. Secara ringkasnya.. hah! citer syok sendiri! haha aduih.. tapi kisah ini seperti dialunkan dengan naluri sebenar kehendak lelaki. segala tipudaya dan keinginan lelaki bernama mat ini dicerita satu persatu. Memang sesuai sgt2 tajuk Madu Impian sbb bayangkan 3 wanita rela dimadukan demi cinta pada mat!! err betul ker nama watak utama ini Matt sebab seingat saya tidak sekali pun disebut nama watak utama ini. memandangkan penulis menggunakan ganti diri 'aku' dalam kisah ini dan nama penulisnya matt so, hero ni nama mat lah!

Cerita ini disulam dengan penuh komedi dengan mengudang tawa serta senyum sinis (mungkin bagi perempuan saja yg membaca kisah ini). Matt bukan seorang yang jahat, dia cuma nakal dan mudah jatuh cinta namun setiap wanita yg dicintainya akan dijaga sebaik mungkin. Tak sangka ada juga kejutan yang mampu disulamkan dalam kisah ini.

Syerie yang disayangi tiba2 diberitakan membunuh diri kerana dia tidak mahu mengahwini wanita setelah sekian lama hidup macam laki bini. Kematian itu membawa dirinya ke dalam pelukan Mia yang menyimpan misteri kematian Syerie. Sewaktu melayari cinta berahi dgn Mia ni Rozita, wanita idaman di tempat kerjanya tiba2 meluahkan perasaan cinta padanya... Matt tidak menghadapi masalah atau dilema utk memilih kerana dia mahu semuanya termasuk Syerie yang 'hidup kembali' dan merayu cintanya.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

"You tak takut?"
"Nak takut apa? Takkan you nak apa-apa kan I."
"Kalau I apa-apakan you?"
"I jerit..."
Huh.. gurau jenis inilah yang paling aku menyampah. Ajak aku tidur, lepas tu nak jerit-jerit. Kalau hendak dikira statusnya, samalah dengan mengajak orang naik kereta, lepas tu matikan enjin.
"Kalau you jerit, I pekup mulut you..."
"Really? Well... kalau macam tu, I biarkan ajalah you buat apa yg you nak..."

RM15.90
295 muka surat

No comments:

Post a Comment