Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Antasya Balqis |
Terbitan Buku Prima Sdn. Bhd.
bagi saya, garapan Antasya Balqis dalam Citra Cinta (CC) lebih menarik hingga menjadikan saya tertarik utk mencapai buku ini yang turut tertulis nama 'Antasya Balkis' pada kulit bukunya.. i kinda wish i've read 'bila hati berbicara'(BHB) terlebih dahulu sebelum membaca citra cinta. BHB seperti satu dunia kecil yang wataknya tak dapat berlari ke mana-mana. Bagi peminat2 novel yang mencari kisah romantis percintaan tapi 'in denial' memang sesuai membaca buku ini yang memutarkan kisah cinta jutawan dgn gadis miskin yg terperangkap dalam dunia orang kaya.
Tania Katsura dikatakan gadis yang outspoken, sinis dan berdikari, tetapi cara watak ini ditonjolkan tidak menunjukkan sangat dia ni seorang yg begitu, dia lebih kepada seorang yang sopan, lemah lembut, mudah terperangkap dan mudah memakan pujuk rayu. Watak Emir Qasya lebih outspoken dan sinis sentiasa menyakitkan hati Tania. hmm macam Dwen dlm CC pulak, lelaki yang jatuh cinta dalam tafsiran Antasya Balqis, akan sentiasa menyakitkan hati wanita yang dicintainya. kalau yg tu betul, Emir Qasya dan Dwen ada persamaan :) Lelaki yang mahu wanita yang dicintainya melafazkan sayang padanya terlebih dahulu sebelum dia meluahkan segala perasaan hatinya kepada wanita itu.
rasanya nama antasya balqis pada kulit buku silap ejaan, kerana buku citra cinta ejaannya huruf 'q' pada balqis bukannya balkis. kalau tengok kat bahagian dalam buku dieja dgn Q pulak.
Kisah ini tentang cinta mata bertemu mata antara Tania dgn Emir. Tania menjadi idaman ramai jejaka manakala Emir menjadi idaman ramai wanita. Kerana tak mahu kehilangan Tania, Emir memerangkap Tania. Dia menggunakan popularitinya di kalangan pihak media untuk membuat Tania terpaksa menerima dirinya sebagai suami.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Emir Qasya adalah seorg lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawai kerana dia dikenali sebagai salah serg selebriti yang paling popular di Malaysia. Hidupnya sentiasa dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dgn model dan perempuan cantik.
Sejak Emir Qasya mewar-warkan akan mencari seorang perempuan utk dijadikan calon isteri, kehidupannya sentiasa diintip oleh wartawan setiap masa. gosipnya dgn Babe, seorg model cantik berwajah kacukan menjadi intipan lensa kamera wartawan.
Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dgn kedudukannya. dalam masa yg sama, Emir Qasya berjumpa dgn seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.
Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorg perempuan yg istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dgn Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya yg paling baik ingin memikat Tania Katsura utk dijadikan teman istimewa.
Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.
'Dua mata saling bertatapan
Tiada kemesraan tetapi mengapa hati
berbicara sesuatu yang amat sukar
ditafsirkan oleh hati sendiri?'
RM18.90
490 muka surat
dah dlm personal libry....citer yg menghiburkan..kadang2 rasa nak ketuk2 kepala si Emir..hahaha... kesian Bad, terpaksa mengalah kerana sayangkan sahabatnya.... suka sangat dgn Tania, yg sedar & tidak malu dgn asal-usul dirinya... hmmm
ReplyDeleteGeram la kalau baca kisah lelaki yang suka menunjukkan rasa kasih dengan buat benda2 yg nyakitkan hati si perempuan. orang boleh paham ker yang tu sebenarnya nak menunjukkan cinta? aduss.. mcm2 yer cara manusia nak menunjukkan perasaan.
ReplyDeletehahaha...lelaki selalu cakap orangpompuan nisusah sangat nak faham...tapi lelaki BERIBU KALI lah susahsayanak faham..ooops..nanti ada org marah..he3
ReplyDeletekesimpulannya sama jer laki pompuan dua2 susah nak paham. hehe.
ReplyDeletenovel ni sangat santai sesuai dibaca bila tengah stress.
ReplyDeleteya betul dan itulah trademark cerita2 antasya balkis :)
ReplyDeletecitra cinta tu saya belum baca rasa nak beli.
ReplyDelete