Rating: | ★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Kusyi Hirdan |
Terbitan NHF Media
"Kau tanya aku, antara gadis-gadis di sawah itu siapakah yang pemalu?
Akulah yang lebih pemalu!"
Kisah Ami yang cintakan sahabat pena (Mazlan) yang 6 tahun (mungkin
lebih) lebih tua dari dirinya yang baru lepas SPM. Sahabatnya, Amir
menyintai dirinya. Pertemuan dgn Mazlan melerai rindu dendam tetapi
mereka hanyut dalam arus nafsu. Pada ketika itu Mazlan tdk dapat
berfikir, dia lebih mementingkan maruah dirinya. Ami mengandung,
keadaan dirinya yang masih muda dan naif menjadikan dia buntu. Amir
mahu mengahwininya tapi tak lama selepas itu Ami keguguran. Ami
berdegil mahu berkahwin dgn Amir walaupun Amir disahkan ada barah
otak.
10 tahun Lan mencari Ami. Ami yang ditemui semula sudah keras hati
dan tidak seperti dulu. Ami pernah dipinang Ika utk DAto' Malik,
suaminya sendiri bagi mengganti dirinya sebagai ibu kepada anak2nya,
namun Ami menolak. Ami mahu terus dirantai dgn cinta Amir, namun
kehadiran warkah usang dari arwah Amir utk Mazlan melembutkan hati
Ami utk menerima Mazlan.
Gaya penceritaan yang sekata, tiada naik turun. Tak terasa climax
cerita di mana dan tak dapat nak kongsi kesedihan Ami. Walau
bagaimanapun saya rasa isi cerita ini menarik. Saya sangat2 mahu
berkongsi kesedihan Ami, mahu menangis bersama-sama Ami, namun 'rasa'
itu tidak sampai dan saya sekadar membaca sekali lalu.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Pelbagai perkara berlaku pada Ami. Kerana usianya baru belasan tahun,
masih hingusan, dia rasa sang lelaki yang dicintai mengambil
kesempatan. Namun dia kesal, semua terjadi kerana salahnya sendiri -
berbohong dgn orang tua.
Dia membawa diri pada yang lebih mencintainya. Diharap itu
penyelesaiannya, pengakhir kisah dukanya. Tetapi semuanya baru
bermula. Dia dirantai kenangan, cinta dan rasa bersalah. Dosa yang
menghantui, walau saban hari dia bertaubat, dia gagal utk lupa.
Dia bukan lagi seperti dulu, bukan lagi gadis ceria yang manja.
Sepuluh tahun menjadikannya wanita perahsia, menyendiri dan pendiam.
Dirinya masih dihantui kenangan, setiap malam mimpinya berganti-
ganti. Dua-dua mengikatnya pada kenangan lalu. Terus merantainya.
Adakah lagi bahagia?
RM12.00
299 muka surat
No comments:
Post a Comment