Sunday, February 3, 2008

Melodi Kasih

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hezzy Azra
Melodi Kasih by Hezzy Azra
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.


"Bisikan senandung rindumu menemaniku di kala sunyi"


Terdengar juga desas desus di kalangan penggemar novel melayu yang senang dengan kisah yang disulam oleh Hezzy Azra ini. Antara sebab2 mengapa saya mendahulukan utk membaca buku ini. Tentu ramai yang tak nak ketinggalan mendapatkan novel ini di pasaran!


Watak utamanya seorang gadis yang ego setelah dikecewakan seorg lelaki dan lelaki2 yg rapat dgnnya semua tak boleh diharap, menjadikan dia seorang wanita yang berdikari. Semakin banyak pulak watak begini diletakkan sebagai main character dalam novel melayu sekarang ini. Sehingga menjadikan ianya agak stereotype. Namun, tak dapat disangkal watak2 begini yang dicari pembaca2 novel yg taknak watak utama dianggap 'easy'. watak yang dalam 'denial' yg mcm nilah biasanya menjadikan cerita lebih berperisa bila berhadapan dgn lelaki yang betul2 nakkan dia. Fariq adalah watak yg sempurna sbg lelaki biasa dalam dunia ini. hensem, berharta, berbudi bahasa dan sanggup mengejar cinta wanita idamannya. Kemunculannya di awal cerita seolah2 tiada signifikasi tapi pertemuannya dgn Zaha menjadikan dia tumpuan pembaca. Perjalanan kisah Zaha-Fariq memang menarik tetapi predictible hingga ke part 'krisis' pun dapat diagak lah.


Saya lebih tertarik kepada pasangan EJ-Taj, EJ yang penuh kejujuran dan Taj yang penuh putar belit. Saya suka perwatakan EJ yang manja dan kedegilannya bertempat. Mengejutkan juga cara Laila diselit dalam kisah EJ-Taj. ntah kenapa saya mcm tak terfikir lah pulak. Mungkin sbb saya sangka Taj tu mandul kot.. haha. Saya suka the way kisah EJ-Taj dilakarkan dan apa yang sepatutnya berlaku telah dilakarkan dgn baik dan we can see where it will go.


Iman-Huzir, cinta mereka tetap kukuh walau liku2 hidup byk menguji kesabaran mereka.


Ntah mengapa saya kurang tersentuh dgn scene2 sedih sbb saya ni jenis yang look forward to stuff tht can make me rasa sebak bila membaca.. tak der la sampai meraung. hehe.. apa2pun, Melodi Kasih yg dialunkan oleh Hezzy Azra ada nilai komersil. Karya pertama yang tidak menghampakan :) terima kasih Hezzy Azra & alaf21



sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah dilahirkan pada bulan yg sama tetapi menerima takdir yang berbeza-beza. Warna2 cinta mereka jg tidak sejernih titisan embun.


Zahara yg pernah dikecewakan lantas mengunci jendela hati, tidak mahu bayu cinta berhembus lalu meniupkan taufan duka. Baginya hidup ini tetap berputar tanpa insan bernama lelaki. namun sampai bila?


Setiap cinta Edrina tidak pernah kesampaian. Oleh itu dia akur pd percaturan keluarga, menerima Taj sbg suami walau tiada perasaan cinta di jiwa. Malangnya, Taj sisipkan duri hingga tercalar pedih hatinya.


Istana cinta yg Iman bina bersama Huzir memekar bunga2 sayang bersama si cahaya mata. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai. Hanya pd cinta yg ikhlas mereka berpaut. Teguhkan cinta itu?


Ah.. sukarnya mengungkapkan kata cinta. tatkala ucapan cinta dilafazkan, bisa bergetar jiwa dan bergelora perasaan. Kalimah sakti ini jika mudah meniti di bibir, mudah juga dipersendakan. Lantas, tegakah insan2 ini berhadapan dgn kemelut cinta masing2? Dlm benci ada sayang. Akan ketemukah kebahagiaan yg didambakan?


RM18.00
470 muka surat

6 comments:

  1. Sebagai pembaca novel-novel Inggeris, saya kagum dan dapat ‘appreciate’ keupayaan Melodi Kasih (MK) mengetengahkan character seperti Zaha yang memang ‘real to life’ tetapi jarang dilakarkan dalam novel melayu (mungkin novel Arca Kasih Norzailina ada sedikit persamaan). Kekuatan MK terletak kepada ‘consistency’ dan ‘lucidity’ watak-watak yang dicipta sehingga meyakinkan kewujudan mereka. Walaupun ‘storyline’ MK tidaklah ‘thrilling’ namun penceritaan dan gaya bahasanya tidaklah meleret seperti yang sering dikaitkan dengan novel-novel melayu. Tahniah kepada Hezzy dan Alaf21…at last we’ve found a writer who has the potential to attract English novel readers to read and enjoy Malay novels as well…

    ReplyDelete
  2. saya stuju.. MK tidak membosankan dan sangat lancar penceritaannya. tak sangka ianya lahir dari seseorang yang baru menulis buku pertama.. kalau taksilap saya watak Norashikin dalam Arca Kasih adalah sorang yang tak suka lelaki hensem. Dia akan prejudis terhadap semua lelaki hensem.

    ReplyDelete
  3. best giler citer ni sbb banyak characters yang menarik minat saya..
    kisah paling saya suka mestilah zaha-fariq. hehe..mula-mula memang boring gaklah baca novel ni sbb tak tahu jalan citer nyer. tapi saya tabik kat hezzy azra sebab buat novel melodi kasih ni sampai saya menangis dan termimpi-mimpi..

    ReplyDelete
  4. waaa.. sampai termimpi2 tu kira mendatangkan kesan yg mendalam tu!

    ReplyDelete
  5. cerita ni bes sangat2! kisah 3 cerita...paling suka kisah fariq dengan zaha!

    ReplyDelete
  6. yg saya perasan, kebanyakan org yg suka buku ni adalah readers yang suka baca novel english.

    ReplyDelete