Monday, August 10, 2009

Floria 2009: ORKIDLAH! Part 1




Sakan betul pesta Floria tahun ni. aku pi sampai 4 kali! huhu memang sakan. Yg aku upkan gambar sebelum ni tu kali pertama lah pegi. Then aku amik cuti hari jumaat 7/8/09 sbb nak bawak mak aku jalan2 kat situ. Mak aku ni tak bleh jalan lama2 sbb dah sakit2 kaki. So aku pilih Jumaat la sbb orang tak ramai dan dia boleh boleh berenti rehat kat mana2. Jumaat tu ujan sikit... kena jugak la hujan tu walaupun tak kuyup. Sakan jugak mak aku shopping orkid.

 

8/8/09 tu aku pegi plak ngan kucc n ahli2nya :) ha yg ni memang sakan jalan. abih semua kami round. Yg mana aku tak round hari jumaat tu, aku pi round abis masa 8/8/09 nih. Siap ada belon udara panas lagi ha. tapi mcm sekejap jer sbb masa kitorang balik tengahari tu belon2 tu semua dah terbang pi mana ntah dah tak nampak dah.

 

 

9/8/09 tu aku pi ngan adik n baby dia. rasanya panas betul hari ahad tu. Mak akupun dah tak larat nak jalan dah. Aku bli t-shirt pesta flora jer, dah tak beria sangat nk meronda sbb rasanya semua ceruk dah jengah kat area situ :).

 

 

Aku rasa bunga yg paling banyak sekali kat situ adalah bunga orkid. Setiap kali snap bunga2 tu nampak lain, dan memang lain2 pun bentuk nya, nampak macam sama tapi tak serupa. Aku suka gambar2 close up orkid2 nih. Ada haluih cinonet, biler dah amik gambar close up tu semua nampak lebih kurang sama besar jer :)

 

 

Ni aku up kan part 1 of the orchids. Aku rasa orkid la yg aku snap ni sbb dah masuk zon orkid kan? hehe... Buat kak Sofia, tatap lah orkid2 ni hehe.. nanti saya upload kan part2 pulak. Orkid jugak.

 

 

sure fine whatever

rinn

 

 



Sunday, August 9, 2009

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa ke51




Majlis Tilawah Al Quran
Peringkat Antarabangsa Kali Ke-51
1430H/2009M


Dewan Merdeka PWTC
5-12 Ogos 2009/ 14-21 Sya'ban 1430H


"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"

 


Tak sangka pulak aku dapat join rombongan ke Majlis Tilawah ni. Ni kira pestaim la tengok Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa ni secara live. Kalau tak, tengok tv jer lah. Aku pi tengok yg 8/8/2009. Ramai jugak, penuh lah dewan Merdeka tu. aku ingat ka ramai gi nengok concert Jamal :p

 


Aku ngan rombongan sampai PWTC elok2 jer masa maghrib. Kitorang blasah jer solat kat tingkat 5 blakang partition sbb kalau tak kena jalan ke arah bank sana nun n naik ke tingkat 3. Tempat solat tingkat 5 tu diorang sedia partition utk lelaki jer, tapi biler tengok pompuan ramai, barulah diorang carikan partition utk separate kan jemaah lelaki dan perempuan.

 


Goodie bag tilawah ni siap ada nasi kandar ngan air mineral. hehe.. ntah biler la nak makannya. last2 bawak balik, tu pun biler sampai rumah pukul 11 mlm dah tak selera dah nak makan pun. Elok lagi nasi tu the next day pun. Katering bagus ni, jaga kebersihan :)

 


Aku sempat tengok 5 org jer ngaji, yg dari Zambia, Yaman, turki, India, Iran and Thailand. Yg Qari dari Turki tu bacaan dia ada mcm slang English sikit. hehe.. menarik pulak mendengar nya. Yg paling best dari Iran n Thailand lah. Mamat Iran tu nafas dia panjang betul.

 


Kitorang gerak balik ke Putrajaya semasa break pukul 10 mlm tu.

 


So sapa2 yg ada kelapangan dan kesempatan tu, sila-sila lah meramaikan Dewan Merdeka PWTC tu. Tilawah ni akan berlangsung sehingga 12 Ogos 2009.


 

sure fine whatever
rinn





Wednesday, August 5, 2009

Floria 2009 Putrajaya: Celebration of Colours




Floria 2009 Putrajaya: Celebration of Colours


Aku pi hari selasa lepas. 4 Ogos 2009. Sebenarnya nak gi pasar tani.Alang2 dah dekat tu aku singgah la sekejap, memang sekejap benar! tak puas jalan2 tapi tak leh la lama2 sebab dah pukul 6ptg. tupun ada dlm seratus gak gambar yg aku snap. huhu... Plannya weekend ni nak mai lah. maybe bawak my mom sekali.


Aku terus masuk dlm kemah putih yg kat laman seni tu.. sejuk dan gelap sikit tapi bunga2 dia cantik. tapi sayang ada gak bunga2 yg dah layu. Sudut suasana dasar laut tu aku suka... ada ikan la, tapak seleman la... yg kat luar aku tak sempat lagi round2.. nanti next visit bleh ar aku jelajah! :)

 


sure fine whatever
rinn



Tuesday, August 4, 2009

Wo Ai Ni ALLAH Terbitan PTS


Aku terlupa nak post ni earlier, lepas airina tanya dalam post cover bijik mata tu baru aku perasan yg aku tak post lagi promo utk buku nih. so here it is.. kot2 la sapa nak gi cari :) Saya tak bli lagi lah.. slow slow.. nanti tak terhabis yg dok ada ni pun.

 

 

Tajuk: Wo Ai Ni ALLAH

Penulis: Vanny Chrisma W.

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
RM 16.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-39-6;
Tarikh Terbit: 30 June 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 304 halaman



Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi.

Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan.

Wo Ai Ni, Allah… aku cinta Allah… tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya.



Novel Islamic = Cover Novel Sepasang Mata?




Masa ronda2 kat pesta buku Selangor weekend minggu lepas, aku ternampak satu rak yg bersusun novel2 yg diletakkan dlm genre Islamik. Lagi buat aku tersengih biler tengok covernya hampir semua memaparkan wanita bertudung litup dan nampak bijik mata saja. Nampak simple tapi sebenarnya cover yg macam ni ada tarikan yg tersendiri. Tapi bila dah banyak sangat aku pun dah confuse which is which.




Ada jugak la cover yg menampakkan seluruh wajah, tapi yg nampak bijik mata tu kadang2 macam haunting lah pulak. hehe..


sure fine whatever

Rinn



Saturday, August 1, 2009

Pesta Flora Putrajaya 2009

Start:     Aug 1, '09 09:00a
End:     Aug 9, '09
Location:     Presint 2, Putrajaya
LAst aku pi pesta flora rasanya tahun 2007. memang excited giler amik gambar. Bunga bunga bunga di merata rata tempat! hehe.. sapa yg nak pi, lokasinya kat presint 2 PUtrajaya, dekat2 dgn area kementerian kewangan dan tapak pasar tani putrajaya. aku pi harini kot. tapi tak confirm lagi.. aduih.

NOvel bonus Alaf21: Doa Buat Suamiku

Doa Buat Suamiku
Penulis: Sri Diah
Terbitan Alaf 21
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244524
RM19.90
sabah sarawak: RM22.90


sinopsis belakang buku:


Hazwani, gadis berkarier yg memiliki segala-galanya. Namun ada satu yg kurang, dia gagal memeluk cinta seorg lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi terlalu leka dgn kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagiaan teman seusia.


Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu uga dgn layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yg saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yg dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, Iran membuka pintu hatinya.


Namun prinsipnya tetap sama, dia tidak mahu terburu buru, bimbang ada hati yg terluka. Kerna itu, di setiap suudnya doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorg daripada mereka ataupun perlukah dia menanti lagi?