Wednesday, March 17, 2010

Promo PWTC: Novel Baru Jemari Seni


click gambar utk imej yg lebih besar.
boleh terus ke website jemari seni utk maklumat lanjut ya?


Tajuk: Tiga Ceritera dalam Sebuah Damai...
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 19-28 Mac 2010.
Pesanan melalui pos hanya boleh dibuat mulai 1 April 2010.
Penulis: Saidatul Saffa, Noor Suraya & Syud

Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa
“Kamu orang mana?” “Malaysia.” Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas. “Panas ke?” ‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang? Kemudian...Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu. Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya
“Terima kasih,” kata Piyan.“Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri.Piyan membaca catatan dia...
Sophan Sophian,Selamat memasak! ~ Syuhada
“Formalnya.”“Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.”Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan.Cinta rahsianya!

Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud
Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya.Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...jika ada awan yang meliputinya?tika remang oren menjengah setiap senja?Entahlah.... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

 
----------------
Versus
Penulis: Hlovate
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 19-28 Mac 2010. Pesanan melalui pos hanya boleh dibuat mulai 1 April 2010.

Bukan mudah untuk berubah...
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud
menghadap Tuhan...

I
“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”

“Huh?”“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.

You what?”

"No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.

Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni."

Enough of your tricks, AO.”

“Minn, I’m dead serious.”Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.

“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II
“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.

“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”

“Back. Off.”

Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.

“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”

Hujan masih belum berhenti.

Lihatlah bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus berubah 180 darjah. Bacalah jikalau anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!

--------------------
Tajuk: Yuda di Padang Maya
Penulis: Xarine
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/
RM23.00 (Sabah/Sarawak)

tiada manusia yang berseorangan ...
Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil.

“Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil.
Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta?

 

Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu?

Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARINE!
-=-------------------


Bidadari Hujan
Penulis: Noor Azzahra
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)
RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Kasihan itu salah satu cabang cinta!

I
Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
“Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.

II
Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
“Macam mana saya nak pulangkan?”
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
“Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”

Apa jawab hati aku pada saat ini?

Tulisan NOOR AZZAHRA buat yang mahu mentafsir cinta dari sudut yang lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dalam menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang buat kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarkan dia yang menjawab semua persoalan anda itu!



Promo PWTC: Buku Baru NBKara


"Cinta itu seperti masakan yang ada macam-macam rasa"


Resepi Hati
Penulis: Iejay Zakaria
Terbitan NBKara
RM21.50
522 mukasurat

ni blurb dari blogspot iejayzakaria :)


Ramai yang fikir cinta datang semula jadi. Cukup kalau kita mencintai seseorang dan orang itu mencintai kita. Ada pula orang rasa cinta memerlukan petua dan harus diikuti supaya orang yang bercinta tidak kecewa.

Bagi Adriana, cinta itu seperti resipi. Perlu diikuti dengan peraturan tertentu dan cinta itu akan menjadi seronok dan sesedap resipi yang sering dicubanya.

Namun selepas berkahwin Adriana barus edar cinta dan resipi itu sebenarnya tidak sama. Resipi boleh diubah sesuka hati oleh yang menciptanya. Tetapi cinta memerlukan dua orang yang berlainan jiwa dan rasa bekerjasama.

Pelbagai dugaan rumah tangga menyedarkan Adriana persamaan resipi masakan dan resipi rumah tangga hanyalah satu... iaitu kesabaran.

------------

 

 

ni blurb dari kak Suraya NB Kara. Thanks kak! Nanti saya gi serang booth. hehe.


 
Novel terbaru Norhayati Berahim ni boleh dapat di booth NB Kara di Pesta Buku Antarabangsa PWTC dari 19 Mac - 28 Mac ini.


LAYANG-LAYANG BERTALI KACA
Penulis Norhayati Berahim
RM29.90
922pages


"Sakit tangan digerit kaca, sakit lagi hati yang terluka"


Sinopsis/Blurb


Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang-layang sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dengan bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati. Sesekali dia melihat layang-layang itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang-layang bukanlah mudah. Tidak bijak menganggar, layang-layang akan terjunam. Tidak pandai memegang tali, layang-layang akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang-layang. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran. Bagi Manja, bermain layang-layang adalah satu kebebasan yang hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan... di situlah dia bertemu cinta sejati.

---------
Petikan dari blogspot norhayatiberahim:

Tidak tahu kenapa apabila mahu menggetus sampul surat tersebut, hatinya sedikit berdebar.
Lantas gerakan tangannya yang mahu menggetus kad itu, terhenti. Dirabanya kad tersebut. Kad apakah ini? Seperti keras sahaja?
“Takut saya nak bukanya.”
Dia merenung Adli yang berdiri di hadapannya.
“Kenapa?”
“Entahlah. Saya tak pernah menerima kad seperti ini. Ditulis tangan pulak tu. Mungkin bukan untuk saya tak?”
Sedikit teragak-agak Tengku Shariman. Adli ketawa kecil. Sudah nyata di sampul surat itu ditulis nama Tengku Shariman.
Adli menghulurkan tangannya. Tanpa meminta izin daripada Tengku Shariman, kad sudah bertukar tangan.
“Saya bukak, ya?”
Pertanyaan itu menyebabkan Tengku Shariman menganggukkan kepalanya. Dengan perlahan Adli sudah menggetus sampul surat tersebut dan menarik kad yang terkandung di dalamnya.
“Oh… Kad hari jadilah, Tengku…”
“Kad hari jadi?”
Berkerut dahi Tengku
Shariman mendengar ucapan yang keluar daripada pembantunya itu dan matanya pantas sahaja tertancap pada kad yang sedang dibuka oleh pembantunya itu.
“Hmm… Dari Manja ni…”
Adli meletakkan kad tersebut di hadapan Tengku Shariman. Orang kaya memang mudah risau dan takut tidak tentu fasal.
Agaknya Tengku Shariman berasakan ada racun di dalam kad tersebut untuk membunuhnya. Sebab itu dia takut untuk membukanya.
“Manja bagi saya kad hari jadi?”
Entah mengapa hati Tengku Shariman seperti ada perasaan yang sukar untuk diucapkan. Perasaan tidak percaya, sedih dan mahu menangis, berbaur menjadi satu.
“Hmm… Bukankah hari jadi Tengku dua hari lagi?”
Walau Tengku Shariman tidak pernah mahu mengingati hari jadinya, tetapi Adli selalu ingat. Tengku Shariman tahu, satu-satunya manusia yang sering mengucapkan selamat hari lahir kepadanya adalah pembantunya itu.

“The greatest gift from ALLAH and I call him papa…”

Terbuka sahaja kad tersebut, Tengku Shariman sudah terbau wangi bunga mawar. Walau tidak kuat, tetapi masih sempat ditangkap hidungnya.
“Manja buat sendiri…”
Suara Tengku Shariman sedikit menggeletar. Ada rasa hiba yang membalun dadanya dan seperti tidak boleh disorok lagi.
Hatinya berulang kali membaca ayat-ayat yang ditulis tangan oleh Manja dengan hati separuh tidak percaya.
“The greatest gift from ALLAH and I call him papa…”
Tanpa sedar, Tengku Shariman menyebut bait-bait kata yang berada di dalam kad tersebut.
“Manja yang bagi...”
Adli dapat mengesan perasaan tidak percaya Tengku Shariman itu.
“Cantik!”
Ada terselit perasaan bangga di sudut hati Tengku Shariman. Bangga seorang ayah yang mendapat kad hari jadi buatan tangan anaknya sendiri.
“Memang cantik, Tengku. Agaknya dia rindukan Tengku.”
“Mana dia tahu hari jadi saya?”
“Seorang anak pasti tahu hari jadi ibu
bapanya sendiri, Tengku.”
Balas Adli. Dia melihat mata Tengku Shariman berkaca. Kasihan lelaki ini… mempunyai segalanya tetapi kurang kasih sayang. Bagaimana tidak kurang kasih sayang kalau susah mahu mempamerkan kasih sayang… getus hati Adli.
“Cantik…”
Sekali lagi kata-kata itu keluar daripada mulut Tengku Shariman yang akhirnya tidak dapat menahan perasaan. Diletak kad tersebut di dadanya dan dipeluknya dengan rasa hiba yang kemudian menghasilkan sedikit tangisan.



Promo PWTC: Novel Baru Alaf


Hari ni aku akan jadi pengepos bersiri. haha. Yer la for those yang nak cari buku baru, boleh la ronda2 cari buku2 ni. Ni yg first aku post buku2 alaf dulu ya? Ada yg ada blurb dan ada yg belum ada blurb tapi dah boleh beli kat booth alaf21.

 

gambar tu boleh click utk tengok yg lebih besar. Kalau tengok baek punya boleh terus ke website Alaf 21 :)


Anugerah Cinta
Harga: RM 19.90
Halaman:512
Penulis:Nurmi Syakimi (penulis ni akan ada di booth alaf nanti, sila semak jadual penulis ya? )
ISBN: 978-983-124-510-1

 

Sinopsis:
NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati.


Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh.


Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.


Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!


---------------
Sanubari Pujaan
Harga: RM 19.90
Halaman: 512
Penulis: Afni Sari
ISBN: 978-983-124-496-8

 

Sinopsis

Perhatian yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.


Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi , Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati. Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi.


Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih.


Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.

 

-------------

Penulis ada mention di blognya yg  kuar masa pesta buku nanti :) Tahniah Lynn Dayana, semoga terus mewarnai dunia novel malaysia :)

 
Cinta Edisi Terhad
Penulis: Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21
9789831245262
RM19.90
Sabah /Sarawak: RM22.90
Cetakan Pertama 2010


"Cintamu membawaku ke langit biru..."

sinopsis/blurb:


Di bawah timbunan batu bata mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang namun mereka sedar, kaki mereka terantai di bumi.


Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah hidup. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekal untuk masa hadapan yang sempurna.


Sebaliknya bagi Julia Hana, terperangkap di bawah timbunan batu bata menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri dari terus terbelenggu!


Rasa kasih, sayang malah setitis cinta… sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada hanya kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri malaikat Maut, dia merasa kerdil dan terpinggir.


Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha. Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?



Saturday, March 13, 2010

Menarik di pesta buku nanti :)

kalau nak beli buku kat pts, download dan print kupon2 diskaun ni.
http://pts.com.my/pestabuku/download/kupon_PTS_PBAKL_2010.pdf


Jadual Penulis Alaf 21
Hani Fazuha 20 & 21 Mac
Wana AMani 20 & 21 Mac
Erin Zehana 28 Mac
Bikash 27 Mac
Elin Nadia 20, 21 & 27 Mac
Ayu Emelda 20, 21 & 27 Mac
Hasreeyati Ramli 26, 27 & 28 Mac
Liza Zahira 24, 27 & 28 Mac
Aleeya Aneesa 20, 21, 27 & 28 mac
Salina Ibrahim 20 & 21 Mac
Nurmi syakimi 19 & 24 Mac
Ilani Mysara 19, 20, 21, 22 & 23 Mac
Rozita Wahab 20 & 21 mac
Lynn Dayana 20, 21, 27 & 28Mac
Nuriz Aida 20 & 21 Mac
Ramli Awg Murshid 27 & 28 Mac
Anis Ayuni 18, 19, 20 , 21, 27 & 28mac
Norzailina Nordin 19, 20, 21, 23, 25, 27 & 28 Mac
Amy Janz 20 Mac 3ptg
Dr HM Tuah 23 & 24 Mac
Baharin Samah 20, 21, 26, 27 & 28 mac
Sri Diah 27 & 28mac


Jadual Penulis Jemari Seni


19 mac Pingu, Ruby Hazri, Imaen, Noor Azzahra,


20 Mac Rnysa, Noor Azzahra, Iman Xara, Adileah, syud, Nazawati, nazurah Aisyah, Xarine, Manjlara


21 Mac Noor Azzahra, Ruby Hazri, Rnysa, Noor Suraya, Adileah, Xarine, Nazurah Aishah, Syud


26 Mac Noor Suraya, Imaen


27 Pingu Toha, Adileah, Syud, Mazni Darwisya, Xarine, Noor Azzahra, Nazawati


28 Mac Iman Xara, Adileah, Noor Suraya, Mazni Darwisya, Imaen, Xarine, Syud


Buku Prima
Indah Hairani, Siti Rosmizah, Siti Nur Dhuha, Dyza Ainun , Nurul Syahida, Mia Khaidina


Kaki Novel
- akan mengadakan majlis pelancaran 2 novel terbarunya
2x5 (Areila Sahimi)
Hadirmu Takdirku (Alina Haizar)
Pada 20 Mac 21 tgahari di Dewan 2, Gerai D10

 

maklumat lanjut sila ke website penerbit2 ya?

Enigma

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Nasron Sira Rahim
Enigma
Penulis: Nasron Sira Rahim
Terbitan: Buku Prima
Cetakan pertama 2008
9789833669684
343 mukasurat
RM15.90


"Masa seperti berhenti. Seolah-olahnya semua hidupan rimba takut utk bersuara, jika bersuara mungkin mereka akan mati!"


Memang mendebarkan lah baca novel ni. Aku ni bukannya apa, kalau ada citer mistik2 ni memang meresap ke kalbu hingga meremang bulu roma, so bila menjelang tengah malam aku terus tutup buku ni, "sambung esok lah!" terus aku tarik selimut dan paksa diri tido. haha. Walaupun masa tu memang tengah kemuncak cerita... memang tengah terduduk elok ar masa baca tu... sekali dia kuar pontianak dok atas pokok terbang2 ala.... lomah mak cik nak baca. Tu yg aku postpone pagi tu... hehe


Nasron Sira Rahim memang ada cara tersendiri menyampaikan kisahnya. Mistik yg menyulam dalam ekspedisi ini kadang2 kelihatan seperti satu informasi rujukan yg benar dan boleh dijadikan panduan. Baris-baris ayatnya seperti fakta yg boleh dipegang.


Kisah ini tentang sekumpulan anak muda dalam sebuah ekspedisi ke Tasik Pedu. Hajat mereka gi jungle trekking menjadi penentu hidup mati diorang. Ahli2 kumpulan ni ada 7 org, Lokman (pemandu arah), Razif, Syukri, Zilla, Rina, Aisyah dan Suria. Malam pertama diorang bermalam di hutan itu sudah mengundang misteri yg mengerikan apabila Razif dijumpai mati dalam keadaan yg amat amat amat mengerikan. MEmang ramai org mati lah dalam citer nih.


Mereka terus membuat keputusan utk keluar dari hutan hari itu juga. Namun mereka tersesat (atau disesatkan!). Perjalanan mereka diperhatikan suatu makhluk mistik dari jauh. Selain makhluk tu, cik ponti pun ada jugak dok menyusup kot atas2 dahan pokok. Salah seorg ahli ekspedisi tu jenis ada saka, so dia boleh nampak la cik ponti dok mencangkung atas pokok, sampai kena histeria budak pompuan tu.


Bila Rina terpisah dari group aku ingat ka wasalam la makcik tu. Tapi rupa2nya dia yg paling selamat sekali kerana gunting dalam lipatan ada di kalangan ahli-ahli yg masih dalam satu kumpulan tu... fuh tak sangka betul!


Sepanjang ekspedisi melarikan diri tu, kita dihidangkan dengan pelbagai kisah menarik di sebalik setiap watak yg terlibat dlm ekspedisi berdarah itu. SEtiap mereka boleh disyakki sbg berpotensi membunuh dan ada motif2 tersendiri. Pembunuh tu mungkin human kerana telefon Syuk (yg satu2nya berfungsi) telah hilang seolah2 sengaja memutuskan hubungan diorang dgn dunia luar. Takkanla cik ponti ngan makhluk hutan tu nak curi handphone selepas/bunuh orang yer tak?


Yg dalam group tu ada yg ada sejarah gila, ada yg mengidap masalah sleepwalking and pernah tertikam ibu sendiri ketika sleepwalking, ada jugak yg diburu saka keluarga, ada yg drug dealer, ada yg ada pakcik yg guna santau angin, aper lagi ek? ermm baca sendirilah. ;)


Tiada kisah cinta, penuh misteri dan temuilah ending yg sangat mengejutkan! Jeng jeng jeng...


ishhh entah brapa hari la aku akan terbayang2 cik ponti yg tak cantik tu.. aduih... ni yg aku segan nak baca buku2 mcm ni nih... edeh la... Aku memang suka gak la baca kisah2 mistik ni, dia nyer energy lain macam, tapi kalau aku takut nanti sapa yg susah? akuuuu jugak. Sbb tu la aku tak baca sangat. haha... nak wat camner memang dasar penakut. *tengok kiri, tengok kanan (tengok atas? tak payah la, sbb cik ponti dlm citer ni suka bertenggek atas pokok ngan uniform putih menggerbang dia tu)


sinopsis / blurb:


"Mungkin hutan ini ada 'benda' yg menjaganya macm yg saya cakapkan tadi?" celah Syukri sekaligus menyemarakkan lagi kebimbangan di jiwa semua ahli lain.


Adakah dia akan turut mati tidak berkubur di dalam hutan itu? Turut mati dibunuh makhluk yg entah apa?


Mereka terus tertanya-tanya mengenai persoalan itu. Selagi mereka tidak dapat keluar dari hutan berpuaka itu, selagi itulah mereka tidak terlepas daripada buruan makhluk yg masih tidak dikenal pasti itu. Makhluk yg masih tidak menonjolkan diri tetapi hanya mengintai dan memburu dalam kelalaian mereka.


Diburu makhluk yg kejam dan dahagakan nyawa mereka, dihantui dengan pelbagai perkara mistik dan keadaan diri yg semakin hilang kewarasan membuatkan episod di dalm hutan itu semakin azab buat mereka semua.


Kebingungan terus menyelubungi kumpulan ekspedisi itu dlm usaha memecahkan misteri identiti sebenar pembunuhan Razif. Adakah manusia spesis makhluk aneh yg memburu mereka atau makhluk halus yg mendiami belantara itu?


--------
Kita berpapasan dgn wajah-wajah asing setiap hari, seorg lelaki yg baru melintas, tidak kita ketahui asal-usul atau sejarah silamnya. Seorang wanita yg baru tersenyum kepada kita, siapa sangka dia mungkin seorg yg 'menakutkan'. Kata Zilla kpd saya, setiap kita ada rahsia silam tersendiri. Kata org2 lama pula, rambut sama hitam, hati siapa tahu. Siapa sangka seorg yg kelihatan baik, sebenarnya tersembunyi niat jahat dan hati yg busuk jauh di lubuk jiwanya. Seorg yg kelihatan jahat pula siapa sangka niat perlakuannya terlalu suci utk difahami. Inilah inspirasi novel ini, kisah mengenai rahsia-rahsia manusia yg tersembunyi di sebalik wajah yg kelihatan biasa.
~Nasron Sira Rahim~

Tuesday, March 9, 2010

Nak Bertemu Penulis2 KarnaDya?


Popular Bookstore mengadakan sesi bertemu Penulis2 KarnaDya di lokasi2 berikut:

Sesiapa yg ada ksempatan dan kelapangan, jangan lupa rebut peluang ni ya?

 

 

Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Aina Emir & Mimie Afinie

Tarikh: 12 Mac 2010 (Jumaat)

Masa: 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat: 2nd Concourse Area, Berjaya MegaMall Kuantan, Pahang.

 

---------------------- 

Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Dalila Sabri & Alfi Mohd

Tarikh: 13 Mac 2010 (Sabtu)

Masa: 4.00 pm – 5.30 pm

Tempat: Concourse Area, Terminal 1 Shopping Centre, Seremban

 

---------------

Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Autograf Bersama Hasif Hamsyari & Balqis MZ


Tarikh: 14 Mac 2010 (Ahad)

Masa: 2.00 pm – 3.30 pm

Tempat: Concourse Area, Terminal 1 Shopping Centre, Seremban 
 



Sunday, March 7, 2010

Sepupuku Suamiku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Allyna
Sepupuku Suamiku
Penulis: Lynn Allyna
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan pertama: 2010
9789675067389
RM19.00
Sabah /Sarawak: RM22.00


"Larilah hingga ke hujung dunia, berenanglah hingga ke dasar lautan, terbanglah hingga ke langit ke tujuh. Kalau sudah jodoh, pasti bersatu jua"


Tajuknya saja menunjukkan kisah ini seperti sangat santai dan covernya membuat kita menyangka ini kisah romantik komedi dari mula sampai habis. Well, never judge a book by its cover ya. Kisah ini memang mempunyai gaya santai yg membuai perasaan di awal2 cerita. Tambah2 di saat Nana berangan nak kawin dn sepupunya Hisyam yg sudah menjadi tunangan orang. Memang gatai nak menikah dah si Nana tu. hehe.


Tetapi dalam rentak santai itu, penulis membawa kita ke penceritaan yg lebih serius dan berat apabila badai mula melanda rumahtangga Hisyam dan Nana. Diorang memang tengah cintan cintun habis, sekali ada la dua badigol datang mengganggu. Johan tu mulanya kelihatan lebih psyco tambah2 dengan pengalaman masa kecilnya yg sering melihat ibunya didera hingga dia sendiri menghentak kepala ayahnya supaya ibunya dpt diselamatkan. Tapi rupa2nya si Hani tu lagi dahsyat. Dia sanggup merancang perangkap utk mendapatkan Hisyam. eh, baik aku citer dari mula kan?


Citer dia camni... Nana ni sebenarnya dah lama jatuh hati dgn sepupunya, Abg Hisyam dia yg hensem tu, doktor pulak tu. Sejak umur doblas tahun memang dia syok dah kat Hisyam (skrg umur dia 22). Skali tu dia dpt news yg Hisyam akan bertunang dgn pilihan hati. Memang frust menonggeng sorang2 la minah tu bila first love dia bakal jadi milik orang. Dia tak dpt membayangkan idup dia tanpa Abg Hisyam di sisi.


Then satu hari tu Hisyam ngan Maklong dtg ke rumahnya. Lepas diorang balik, dia diberitahu yg tunang Hisyam dah lari sedangkan pernikahan mereka lagi dua minggu saja. Demi menjaga nama baik keluarga, Mak Long minta Nana menggantikan tempat Hani dan Hisyam sudah menyatakan persetujuan. Wah! Ingat ker nak bagi jadi pengapit, tapi lebih baik dari itu dia ditawarkan menggantikan tempat pengantin perempuan! dalam teruja tu dia terfikir jugak, belajar pun tak abis lagi dah tergedik2 nak kawin. Tapi kang kalau dia menolak, mak long dia gi offer kat pompuan lain, lagi la dia frust. So, apa lagi.. cekau!!! So dapat la suami idaman kalbu malbu dia tu.


Hisyam memang seorang lelaki yg bertanggungjawab. Dengan sabar dia melayan kerenah Nana yg manja. Seluruh perasaan cintanya dicurahkan buat Nana. Mereka tidak mengambil masa yg lama utk saling memahami dan saling jatuh cinta. Kepulangan dari bulan madu di Bali menemukan Hisyam dgn Hani yg sudah ditinggalkan kekasih hati. Padan muka kena tipu. Hani jatuh cinta sekali lagi dgn Hisyam dan cuba menggodanya semula tapi tak jalan. Hisyam sudah ada cinta baru. Tambah2 isterinya yg muda remaja tu tengah mengandungkan anak pertama diorang.


Yang aku perasan, Nana ni dialog dia selalu ada double. Apa yg dilafazkan secara zahir tak sama dgn apa yg tersirat dalam mindanya. Tapi kadang2 dia sangat berterus terang.


Masa Nana gi report duty kat sekolah tu kelakar lah. Bersemangat betul dia nak mengajar. Masa 1st day tu, Pukul 6.30 pagi dia dah terpacak kat skolah tu. sapa pun tak sampai lagi. haha.


Bahagia mereka memang dicemburui Johan & Hani. Johan tu kawan kolej Nana. Dia dah lama syok kat Nana tapi Nana tak layan. Dia tak pernah putus asa nak ngorat Nana walaupun Nana dah kaiwn. Johan tu perwatakan dia kadang2 macam the male version of Hani. Tapi as the story goes, Hani tu memang dah mencapai tahap psyco ngilai sorang2. Dia sanggup menggelapkan wang syarikat utk mengupah orang memerangkap Hisyam malah utk membunuh Nana!


Hani tu berjaya perangkap Hisyam supaya ditangkap basah dgn dia. Hisyam tu mudah sgt percaya yg Hani tu sedang dlm kesakitan. Naper la dia gi sorang2. Bawak la ambulans skali. aduih... Sepatutnya kes dia ngan Hani tu selesai dgn mudah. Dia boleh prove apa yg dia sebenarnya dihentak di kepala smpai pengsan dan diperangkap. Benda2 tu boleh dibuktikan melalui medical report. Dia kan doktor? Malah pengakuan Hani tu pregnant pun dia boleh sahkan sendiri atau pun guna access dan kelebihan sbg doktor utk mendapatkan bukti saintifik. Part ni memang aku rasa agak kurang logik dalam cerita ni. Part2 lain tu aku sangat suka, tapi part ni memang rasa mcm mengganggu sedikit cerita ini. Lagi la geram bila Hisyam terpaksa berkahwin dgn Hani dan menceraikan Nana yg masa tu sudah keguguran. Hisyam seperti terbodoh. Mak dan ayah dia sendiri tak percayakan dia. Hani tu memang pura2 pregnant, dia bubuh belon apa ntah bawah baju dia bagi nampak buncit. Hisyam tak pernah melayan dia sebagai isteri.


Aku suka dengan cara penulis menggarap cerita Hani dan Johan. Tapi Hani mendapat tumpuan lebih penulis ini. Mula2 tu ingat Johan tu la yg paling jahat, tapi rupa2nya Hani lagi menang. Johan tu insaf jugak akhirnya kerana lepas bercerai pun Nana tak nak terima dia.


Hani kantoi dgn Hisyam semasa menguruskan pembayaran pada seorg pembunuh upahan dan Hisyam menjatuhkan talak 3. Hani ditahan di airport semasa cuba melarikan diri ke luar negara. Tapi pembunuh upahan masih di luar sana mencari Nana... Jeng jeng jeng...



sinopsis/blurb:


Siapa kata kahwin dgn sepupu sendiri tidak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing & kucing pun boleh hidup bersama. nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yg disemai semakin hari semakin segar mewangi.


Si Kekasih dtg menuntut janji. Nana tak dpt bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.


Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya pada si isteri.


Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tidak dpt disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makiin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.


Johan juga begitu, dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.


"Abg, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat org tu. Nana harap abg mengerti."


Mampukah mereka menepis segala rintangan yg mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yg diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.


Andai kau tercipta utkku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.