Monday, June 7, 2010

Pesta Buku: Read Malaysia 2010


Salam All,

Aku pun tak perasan book fair read malaysia ni. Semalam dpt sms dari kaksu NB kara, barulah aku tau. Mcm tak der promotion sangat lah pulak. tapi NBKara ada release buku baru! Join venture penulis Norhayati Berahim ngan Anuar Kamarudin, diorang kira berduet la kot dlm satu novel ni. hihi. Boleh dapat kan kat Read malaysia 2010 ni yang diadakan di MIECC, Mines Resort City.

Sabtu Ahad lepas aku tak tau yg pesta buku ni dah berjalan, kalau tak boleh la jugak jengah2. Weekend akan datang ni ada lagi, kalau ada sapa2 nak jengah. aku tak bleh pi lah, aku balik kampung, ada program baek punyaaaaa dgn famili ;)


boleh ke http://www.readmalaysia.my/ untuk maklumat lanjut :)



Saturday, June 5, 2010

Drama Kau Laksana Bulan

Episod pertama telah ke udara pada 31 Mei yang lalu. Ada sesiapa yg tengok? Citer ni setiap hari isnin dan akan ke udara pada 8.30 malam di tv2. Wah sekarang ni ada reason la utk tengok tv malam isnin. Break sat dari baca novel :)

 

Ulangan Dari Mata Arisa

Haaa tadi aku jengah blog Bikash Nur Idris. Ada promo ulangan drama adaptasi novel alaf 21: Kau Sayangku atau versi on screen nyer bertajuk 'Dari Mata Arisa". Bagi those yg dulu miss tengok citer ni, boleh la tengok ulangan nya dari hari Isnin hingga Khamis jam 11.05 pagi.

Pesta Nasi Lemak 1Malaysia

haha selalunya aku promo pesta buku, kali ni pesta Nasi Lemak pulok! Perasmiannya adalah petang ni tapi aku tak pegi pun. Dah letih la gi jalan2 pagi tadi. pukul 1 tghari baru aku balik rumah. Byk gerai nasi lemak ler ngan gerai nasi campur. so kiter makan early lunch lah. Byk booth yg ada. Ada yg juai bunga tiruan, kain cantik2, tudung la paling banyak. Untuk budak2 ada gak pertandingan mewarna. Sempat gak la aku tengok pertandingan karaoke. Esok ada pertandingan pakaian 1Malaysia utk kanak2.

Esok 6/6/2010 adalah hari terakhir pesta nasi lemak ni. So kalau sapa2 nak gi jengah, boleh lagi la gi esok or petang ni. Pesta tu sampai pukul 12 tgh malam. Ada gak booth juai buku kanak2 dan novel. tapi satu booth jer la.

Friday, June 4, 2010

Dengan Sepenuh Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Qaseh Qaisara
Dengan Sepenuh Hati
Penulis: Qaseh Qaisara
Terbitan Fajar Pakeer
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90
cetakan 1: 2009
483 mukasurat
isbn 9789833880799


"Sekali jatuh cinta, selamanya kekal cinta."


Kisah bagaimana sebuah persahabatan berubah menjadi cinta sejati tanpa kedua-dua menyedarinya. Masa zaman skolah Ashiqah dan Harris bukanlah set2 pelajar genius. SPM pun diorang kantoi. Namun mereka mempunyai semangat yg sama utk meneruskan hidup dan saling menyokong.


Mereka mula bersahabat sejak zaman skolah tambah2 setelah Harris menjumpai surat 'salam perkenalan' dari Ashiqah utk abg tirinya, Fahmy. Harris menjadikan surat itu sbg modal utk mengusik Ashiqah. Harris yang sering disalah tafsir oleh semua org di sekolah menjadi orang yang paling disenangi Ashiqah. MEreka serasi walau sering bertekak.


Fahmy sekadar mengenali sahaja Ashiqah yg turut digelar bini popeye oleh Harris kerana saiz Ashiqah yg macam papan plywood.


sedih la part Harris kena libas ngan tali pinggan bapak dia tu. Fahmy tu la kaki report. Lepas kena libas tu Harris makan dgn lahap nya. Seharian dia tak makan. huhu... memang sedih kalau org lapar kena pukul.


Disebabkan tak cemerlang SPM Harris mengajak Ashiqah sama2 bekerja dengannya di Chalet milik ibu tirinya (ibu Fahmy). Di sana persahabatan mereka semakan akrab dan cinta berbunga dlm diam di hati masing2. Dua2 tak berani meluah perasaan. Ashiqah pun tak perasan sejak bila Harris sangat suka pakai baju t-shirt yg ada gambar popeye. Bg Harris tu mungkin cara nak menunjukkan pada Ashiqah kalau Ashiqah bini popeye, dialah popeye nya. haha dua2 mengong!


Setelah 5 tahun bahagia bekerja bersama, Fahmy kembali dari luar negara. Keangguhan makin terserlah seiring dengan kematangan usianya. Ashiqah yang tak dipandangnya dulu sudah menjadi wanita yg cantik jelita. Dengan perasan nya dia menganggap Ashiqah masih lagi syok kat dia macam zaman skolah2 dulu. Ashiqah ni set2 minah blurr yg lambat tangkap. dia tak perasan langsung dgn perasaan Fahmy kepadanya. Fahmy siap bgtau mak dia yg Ashiqah dah setuju nak kawin dgn dia.


Harris frust giler. Gadis yg dipuja2 bertahun2 lamanya nak disambar abang tiri sendiri. Tula awai2 takmau luah perasaan. Hampir2 dia menggigit jari. Nasib baiklah mak Fahmy tak berkenan dgn Ashiqah yg dianggap tidak layak utk Fahmy kerana tidak berpendidikan tinggi. Baginya Ashiqah lebih layak utk Harris.


Hampir2 Harris nak membawa hati yang luka balik ke KL. Nasib baiklah dia terdengar sesi luahan perasaan antara Ashiqah dan Sutinah. Bahagianya dia tak terkata rupa2nya Ashiqah pun syok kat dia jugak. Bahagia Harris berganda2 apabila ibu tiri yg tak penah bercakap elok dengan dia tiba2 jer datang dan sudi menguruskan pernikahan antara dia dan Ashiqah sesegera mungkin. Bukan tu saja, Chalet tu telah diserahkan sepenuhnya kepada Harris dan Ashiqah. Sebenarnya ibu tiri dia tu nak pastikan Fahmy melupakan Ashiqah sbb dia nak kawinkan Fahmy dgn Umairah, anak saudaranya yg kaya raya supaya Fahmy buleh mewarisi harta mereka kelak.


Memang la kesian kat Fahmy tapi memandangkan sikap dia yg eksyen dan perasan bagus tu, biaq pi padan muka dia. heh heh.


lawak la NAjwa Hartini, kawan baik Ashiqah dari zaman skolah tu. Dia memang sejak azali tak bekenan Harris kawan dgn Ashiqah. Yerla mamat tu set2 muka yg selalu kena rotan kat depan perhimpunan. Dia beriya gi cari Harris utk warning jgn dekat dgn Ashiqah. Skali lepas penat beleter tu tengok2 Ashiqah dah mengandung pun. haha... lambat betui bertindak.


pg. 475

"Bye, bye, aunty. Jangan selalu datang sini. Ayah saya tak suka..." Harris mengajuk suara budak-budak.

"Bukan aku cakap. Ini anak aku yg cakap," kata Harris sambil tergelak kecil.


sure fine whatever


sinopsis / blurb


Ashiqah sukakan Fahmy, seorg pelajar tingkatan enam. Lantas sepucuk surat berwarna merah jambu berpindah tangan. Namun surat itu juga lah buat Ashiqah tidak serupa orang buat beberapa ketika. Kerana tidak serupa orang itu, akhirnya Ashiqah terlibat dengan satu insiden. Dia terlanggar Harris, pelajar tingkatan 5 yang juga merupakan adik tiri Fahmy.


Episod pelanggaran itu buat Harris mula terkenang-kenang akan Ashiqah. Membawa pula pertemuan kepada surat merah jambu di bilik Fahmy. Harris menggunakan surat merah jambu sbg alasan utk mengusik Ashiqah dan akhirnya mereka mula menjadi sahabat yang paling akrab.


Persahabatan yg bermula dari zaman persekolahan membuahkan rasa cinta namun cinta itu hanya kekal menjadi sebutan dalam hati kerana setia keapda persahabatan, sehinggalah Fahmy muncul semula. Ashiqah yang tidak pernah dipandang awalnya, mula mencuri perhatian Fahmy sekali gus menggugat kasih Harris terhadap Ashiqah.


Sebenar-benarnya, siapakah yg paling layak menerima cinta Ashiqah? siapa pula mahu Ashiqah dengan sepenuh hati?

Berteman Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Qaseh Qaisara & Sarnia Yahya
Berteman Rindu
Penulis: Qaseh Qaisara & Sarnia Yahya
Terbitan Fajar Pakeer
Dwilogi Cinta
RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
isbn: 9789833880942
493 mukasurat


Kisah pertama dalam 'Berteman Rindu' ini adalah karya Qaseh Qaisara. Aku rasa penulisan QQ lebih berkesan dalam menulis cerita pendek. kisahnya yg biasa2 jadi menarik dengan sentuhan nya yg tersendiri. Kisah ini tentang Amal, gadis dari kampung yg ingin mencuba nasib mencari kerja di kota. Pekerjaan yg diterimanya menemukan dia dgn bos muda yg garang, eksyen dan bongkak, Hakim. Hakim ni jenis masuk kerja ikut suka hati. Dia ni macam tak minat nak kerja sbb dia tengok tak de point pon kerja berat-berat, kaya raya tetapi hidup kosong. Hakim lebih senang meluahkan perasaan dgn pakcik Ehsan yg lebih bertolak ansur dan melayannya spt seorg anak berbanding ayahnya sendiri yg lebih banyak mengarah itu ini.


Memang first time jumpa Amal, dia dah tersuka tapi tak reti macam mana nak menunjukkan perasaan dia. Dia lebih suka menarik perhatian Amal dgn cara marah2. Hanya dgn cara tu dia dpt berdepan dgn Amal. Kesabaran Amal menjadikan Hakim jatuh cinta dan berubah sedikit demi sedikit sebelum betul2 berani mendekati dan meluahkan perasaan kepada Amal.


Hakim ada tarikan tersendiri dan sikap Hakim yg semakin berubah menarik perhatian Amal. Semasa mereka mula menyulam cinta, Emma pulak muncul mengacau. Emma ni sepupu Hakim yg mahu dijodohkan dengan Hakim. Bapa Hakim tak nak harta mereka jatuh ke tangan org luar. Mak Hakim memang cukup tak bekenan dgn Emma yg perasan bagus dan bangga dgn kecantikan sendiri tu. Yg best tu mak Hakim siap galakkan dia lari dari rumah dan pegi cari Amal daripada dok rumah dan berkawin dgn Emma. Lepas tau Amal tu ada hubungan cinta dgn Hakim, bapak Hakim terus pecat dia dan dia balik kg, kerja kat chalet ibunya.


Percutian tak terancang Pakcik Ehsan ke cherating menemukan dia dgn Amal sekaligus dengan isterinya yg telah lama menghilangkan diri angkara fitnah. Penantian dan pencarian Pakcik Ehsan berakhir dan amat membahagiakan dan dia nekad tidak mahu nasib yg menimpa dirinya dan isterinya tak akan berulang pada Amal. Dia akan pastikan Hakim akan berkahwin dgn Amal.


Rupa2nya dalang pemisah antara Ehsan dan isterinya adalah Salina, ibu Emma. Salina tu syok kat Ehsan tapi Ehsan memilih utk berkahwin dgn sorang model jelita. Fitnah telah memisahkan mereka namun kesetiaan kedua2nya tidak sia2 apabila mereka bertemu semula setelah hampir 24 tahun terpisah.


Bapak Hakim sudah tak keberatan nak menerima Amal kerana Amal tu anak kawan baiknya. Hakim suka ar sampai tak sabar2 nak menikah malam tu jugak. Malam tu saja dua kali dia kena sekeh ngan mak dia sbb gatai semacam.
----------------

Kisah kedua dalam 'Berteman Rindu' adalah karya Sarnia Yahya :) antara penulis fajar pakeer yg terkenal. Sentuhannya dalam kisah jiwang-manis masih ada tarikan seperti karya2nya yg lain. Peminat2 Sarnia jgn ketinggalan membaca karyanya yg ini ya.


Kisah kali ni tentang Najla yg kecewa apabila Anas memutuskan pertunangan mereka 7 tahun yg lalu kerana berkahwin dgn perempuan lain ketika belajar di luar negara. Kepulangan Anas mengganggu ketenteraman hidup Najla yg masih bersendirian. Anas percaya dia masih berpeluang menebus kesalahannya terhadap Najla sekeluarga. Tetapi cabaran buat nya kerana terpaksa berhadapan dgn keluarga Najla yg telah dipalit malu seumur hidup.


Anas makin bersemangat bila ada saingan dari Hanif. Najla memutuskan utk menolak lamaran dari kedua2 jejaka itu. Anas tidak berputus asa, dia yakin keputusan Najla utk hidup sendirian adalah kerana masih ada perasaan cinta utknya cuma dia sudah serik utk ada sebarang hubungan dgn Anas lagi. Anas semakin berani mendekati Najla, tambah2 apabila mendapat sokongan dari ibunya yg memang dah anggap Najla seperti anak sendiri dan Najla sendiri tidak dpt menolak hakikat yg dia sayangkan ibu anas sebagaimana dia sayangkan ibu sendiri.


Lawak la part Anas kat spital lepas eksiden tu. Dia selubung sampai kepala sbb susah nak tido siang2 yg si Najla ingat dia dah mati. Penat jer nangis. hehe.


Peluang itulah yg digunakan oleh Anas utk merebut kembali hati Najla. Macam2 trick dia buat. :)

sure fine whatever






sinopsis/blurb


Sejauh mana pun mereka membawa diri, Najla dan Amal tidak mudah melupakan segala yang pernah menjadi milik mereka. Bukan mudah melupakan segala yang pernah menjadi milik mereka. Bukan mudah juga untuk mereka merelakan perpisahan. Bukan juga mudah melupakan kepergian.


Amal tahu dirinya hanya gagak di rimba dan Hakim umpama merak kayangan. Sudah ditakdirkan Hakim itu tidak untuknya. Namun bukan salahnya apabila kasih setia tercipta utk lelaki itu. Najla sedar cintanya kepada Anas Salihin tidak pernah pudar walau jarak dan waktu memisahkan mereka. Namun, Najla tidak sanggup untuk terus berharap apabila terbukti cinta itu tidak berpihak untuknya.


Apakah benar Amal dan Hakim tidak berhak untuk bersama hanya kerana dunia mereka berbeza? Dan, selama mana pula Najla dan Anas terdaya menyembunyikan rahsia hati? Selama mana mereka rela berteman rindu sedang di hati ada cinta menemani?

Tuesday, June 1, 2010

Diari Mat Despatch

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bahruddin Bekri
Diari Mat Despatch
Penulis: Bahruddin Bekri
RM9.90
Sabah/Sarawak: 10.90
9789675406522
155 mukasurat
PTS O.N.E Sdn. Bhd.


Bersedialah untuk tersenyum dan tergelak. Penulisan ini mungkin kelihatan sangat polos dan innocent tetapi bagi aku ianya sangat sarat dengan kata2 sinis yang penuh teguran dan kata2 penguat semangat. Banyak kata2 peniup semangat yg sesuai dijadikan pegangan hidup. Ayat2 mudah yg dipersembahkan dalam naskah ini mempunyai maksud yg mendalam dan jadikan ia penanda aras dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah cerita biasa yg kita sendiri laluinya, cuma ia mengajak kita berfikir sambil melalui nya.


Kisah ini tentang seorg mat despatch yg mempunyai ijazah. Dia tidak memilih kerja lantas menerima kerja sbg mat despatch. Pada masa yg sama dia cuba2 mencari kerja sampingan utk menambah pendapatannya. Dia menaruh harapan utk diterima sbg editor sambilan, dia perlu mengambil ujian Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Lalu dia mengambil keputusan utk menulis diari harian kisah hidupnya dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi utk menajamkan lagi penggunaan bahasa melayunya dan membantunya lulus dalam ujian BMT itu nanti. Setiap hari dlm catatannya dimulakan dengan Tip2 Bahasa Melayu Tinggi yang mudah tetapi kita tidak ambil tahu mengenainya walaupun kita dulu pernah mempelajarinya.


Mat despatch ni adalah lelaki biasa yg mudah jatuh hati. Kisah hariannya dihiasi kehadiran wanita2 yg dipujanya dalam diam tapi dia sendiri tidak tahu apakah itu cinta. Kawan2 dan orang2 yg ditemuinya turut memberi nasihat mengenai wanita. Susah juga bagi lelaki biasa sepertinya utk memahami wanita2 yg kompleks. Kisah biasa yg membuat kita berfikir tanpa kita sedari.


antara petikan2 menarik:

page 73
"Betullah malas itu tanda tidak amanah kerana tubuh manusia ini adalah tubuh yang rajin. Bayangkan sahaja sekiranya jantung malas berdenyut dan darah malas mengalir. Pasti tubuh celaka. Jadi apabila malas, aku bukan sahaja tidak amanah kepada bos aku, malah aku tidak amanah kepada tubuh aku yang rajin ini."


page91
"Hidup ini umpama jalan. bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa."


Banyak lagi yg menarik yg dikongsikan penulis dalam naskah 'buku laporan sains' yang lain dari yang lain ini :)



sinopsis/blurb:


Peringatan:


Kepada sesiapa yg menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu membeli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi apa yg aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.


JADI TOLONGLAH JANGAN BACA.