Wednesday, April 8, 2009

Novel Baru KarnaDya: Takdir Yang Terindah


Seterusnya... novel terbaru dari KarnaDya solutions... tambah lagi hunting list dan pegi serbu booth karnaDya :). Ramai plak member pesan buku "Kalau Ada Jodoh". So booth KarnaDya memang wajib kena pegi lah :)

 

Takdir Yang Terindah by Nana Faiz
Terbitan KarnaDya Solutions
Tahun 2009


"Andai itu takdir buatku,
Kuterima seadanya..."


Qistina Diyana, gadis manja ini hidup penuh ceria di samping Lynda dan Juraita, teman baiknya yang bermula di alam persekolahan. Namun, setelah meningkat awal dewasa, Qistina terpaksa melalui satu kehidupan yang tidak pernah terlintas di fikirannya.

 

Tatkala kasih yang dibajainya sedang berbunga terhadap Izwan Firhan, Qistina dipaksa supaya melupakan jejaka yang telah lama bertakhta di hatinya. Rahsia keluarga yang selama ini tersimpan rapi akhirnya tersingkap dan memaksa dia akur untuk memenuhi satu permintaan saudara kandungnya, apatah lagi apabila ianya berkaitan pengorbanan yang pernah dihulurkan Haikal Hakimi, sahabat baik abangnya itu.

 

Pertemuan semula di antara Haikal menjadi satu kejutan buat Qistina kerana tidak disangkakan mereka pernah bertemu dalam satu kejadian salah faham.

 

Perancangan keluarga Qistina untuk menyatukannya dengan Haikal telah memulakan dan menimbulkan konflik dalaman di dalam dirinya. Apakah rahsia dan pengorbanan yang telah dilakukan Haikal Hakimi terhadap keluarga Qistina itu sehinggakan dia dipaksa menerima lelaki itu?

 

Mampukah dia melalui kehidupan bersama lelaki yang tidak dicintainya itu malah untuk berkongsi kasih dalam satu ikatan di antara suami dan isteri? Benarkah rasa cinta itu dapat dipupuk setelah terbinanya mahligai yang dia sendiri tidak pasti akan bahagianya?



Monday, April 6, 2009

Dari Mata Arisa: Makin Best




Seronok melayan drama Dari Mata Arisa ni :)

Ramai pulak yang meninggalkan pesanan bertanyakan novel drama ni

Bagi yang masih dok tanya tanya tu, Drama ini diangkat dari Novel hit "Kau Sayangku" karya Bikash Nur Idris Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

Saya tak pasti pulak sama ada novel ni akan dipasarkan atau tidak masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti.

Kalau terserempak tu, rembat jer sebab memang agak susah dah nak dapat novel ni di pasaran.

Bagi yg berkesempatan melayan citer ni kat tv, jangan lupa tune in to tv2, 11.30 pagi dari hari Isnin hingga Khamis.

Yang tak berkesempatan mcm saya ni, layan online saja lah. Tapi yg kat website RTM tu macam sangkut2 then baru lepas sikit lagu tema dah jump ke episode lain. terpaksa la cari alternative lain ;)

 

 

sure fine whatever

rinn



Sunday, April 5, 2009

April: Novel Baru Alaf 21 dan Kaki Novel


Ni saya tempek kan sinopsis utk novel baru Anita Aruszi dan 3 penulis alaf 21. Wah, productive betul Anita Aruszi. Sakti Cinta pun baru jer beberapa hari kat pasaran, ni kuar pulak Rembulan Berdarah. Tahniah Tahniah.


Penulis2 Alaf21 utk keluaran april ni bertuah lah! buku baru kuar masa pesta buku. mesti laris nanti nih. Ketiga-tiga penulis ni sudah mempunyai novel dengan alaf 21. Kalau Fatin Nabila tu memang la saya tertunggu-tunggu novel baru beliau. Bagi yg tak tau, novel2nya sebelum ini adalah Dakapan Rindu dan Bahagia Kasihmu.


Intan Arnida, rasanya baru jer beberapa minggu lepas saya baca karya pertamanya yg bertajuk "Kuutus Rindu". Ni kira setahun satu buku lah. Makin meriah la buku2 baru kat pasaran.


Leeya Myra pun saya dah penah baca kedua2 karyanya sebelum ini yg diterbitkan alaf21. Bagi yg nak collect novel2 Leeya Myra, novel2nya sebelum ini adalah Mencari Cinta dan Izinkan Kubahagia.


for more details jgn lupa ke website kaki novel dan alaf 21. Kat gengkicap pun ada jugak updates nya :)


Tajuk : Rembulan Berdarah
Penulis : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM24.00


REMBULAN BERDARAH adalah buah tangan terbaharu daripada Anita Aruszi, yang pernah bekerjasama dengan KN dalam penerbitan BUNGA SYURGA tahun lepas. Kisah Rembulan Berdarah menceritakan komplot ahli keluarga sendiri untuk membolot harta kekayaan secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan cinta.

Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?


-------------------------


Syurga di Hati by Fatin Nabila
512 mukasurat

RM19.90
ISBN: 978-983-124-431-9


"Kaulah ratu hati yang bertakhta di sanubari ini"

 

 

Sinopsis:

AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.

Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

Sebagai lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan ma ruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumah tangga yang bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yang terlalu banyak likunya.


---------------------------


Syair Cinta by Intan Arnida
RM19.90
512  mukasurat
ISBN: 978-983-124-424-1


"Kupendam rasa dan kutelan nista demi kasih kita"


Sinopsis:

CINTA antara Dayang Sabrina dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah. Namun, bermulalah suatu episod duka di mana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke suatu majlis.

Di situlah, Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu. Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan sematamata kerana kedudukan dan kemewahannya. Dia turut diselar dengan kata-kata nista yang benar-benar merobek jiwanya. Hati Dayang tercalar bagai dihiris sembilu. Siapa yang mahu diri dihina sedemikian rupa? Lantaran, dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasaan yang hiba sehingga terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur, nyawanya masih panjang. Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah.

Lima tahun berlalu... Dayang bangkit dengan suatu tekad. Dia mesti membalas dendam. Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan. Namun, niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang. Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.


---------------------------


Ceritera Rindu by Leeya Myra
512 mukasurat
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-430-2


"Rindu itu adalah mimpi ketika jaga"


Sinopsis:

IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.

Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.

Perasaan sayang bertukar benci. Namun, Imanina bertindak menerima lamaran Amin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Amin yang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri.

Sejak itu, Imanina rasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yang nanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masih adakah ruang di hati Amin buatnya?



Thursday, April 2, 2009

Kaki Novel: Biarlah YM Berbicara...


Menarik jer tajuk novel ni. Terus rasa nak gi beli :)

 


Tajuk: Biarlah YM Berbicara...
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel
Harga Semenanjung: RM20.00
Harga Sabah/Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675067211
www.kakinovel.com
www.kakionline.blogspot.com


 

"Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi.
Andai bibir kelu utk hujani bicara indah pada kemarau hati...
Aku rela jemari menjadi pengganti, menarikan irama indah cinta kita.
Biarkan saja YM yang terus berbicara..."

 


sinopsis belakang buku:

 

 

Abang Kamal…


Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

 

 

Encik Firdaus…


Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

 

 

Charming…


Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

 

 

Aku…


Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…

 

 

untuk update yang terkini, sila ke website kaki novel atau ronda2lah kat gengkicap ;)

 

 





PTS: Bidadari-Bidadari Syurga


Tajuk: Bidadari-Bidadari Syurga
Penulis: Tere-Liye
Terbitan: PTS Litera Sdn. Bhd
Harga Semenanjung: RM25.00
Harga Sabah/Sarawak: RM28.00
isbn: 9789833892280
Tarikh Terbit 3 April 2009
400 mukasurat

 

 

Bidadari-Bidadari Surga bercerita tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta) di Lembah Lahambay agar adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka, meski ia harus bekerja diterik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta dimalam hari menganyam rotan, meski pada dasarnya keempat adik-adiknya tersebut berasal dari darah yang berbeza dengan dirinya.

 


Satu sisi Laisa digambarkan sebagai kakak yang galak dan tegas, mengejar-ngejar adiknya yang bolos sekolah dengan rotan dan ranting kayu. Di sisi lain, kontradiktif dengan fizikalnya yang gempal, gendut, berkulit hitam, wajah yang tidak proporsional ditambah dengan rambut gimbal serta ukuran tubuhnya yang tidak normal, lebih pendek, Laisa sesungguhnya tipikal kakak yang mendukung adik-adiknya, rela mengorbankan diri untuk keselamatan ‘dua anak nakal’ Ikanuri dan Wibisana dari siluman Gunung Kendeng, serta mati-matian mencari ubat bagi menyembuhkan adiknya Yashinta yang diserang demam panas hingga kejang pada suatu malam.

 

untuk maklumat lanjut dan lebih banyak senarai novel2 baru, boleh ke website PTS :)

 

 



Wednesday, April 1, 2009

Novel Bakal Terbit Pekan Ilmu


2 Novel baru terbitan Pekan Ilmu Publising Sdn. Bhd bakal muncul. Untuk tengok lebih banyak novel2 baru dan novel2 terbitan pipsb, sila ke blognya http://senaraibukupipsb.blogspot.com


Tajuk : Liana
Penulis : Deana Yusuf
Tahun : 2009


Sinopsis : Dia bangkit dari alam persemadiannya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi akibat percintaan yang tidak kesampaian. Liana, gadis malang yang terkorban akibat percintaan yang terlarang. Bangkitnya bukan untuk melunaskan dendam tapi untuk memindahkan semula 'rumah' persemadiannya yang telah disalah tempatkan. Apakah Liana berjaya dalam usahanya dengan bantuan seorang pemuda, Cikgu Azim yang keliru dengan kehadiran Liana. Manakala pihak Polis pula mencari siapakah pembunuh Liana yang sudah lama tidak kembali ke kuliahnya.


--------------------

 

Tajuk : Rejim Mahkota
Penulis : Nurul Aini Bakar
Tahun : 2009
m/s : 367


Sinopsis : Yui Ito, merupakan seorang gadis kawaii yang berhati besi. Dalam mencari erti hakikat kehidupan, dia menjejakki seseorang yang telah lama hilang dari dalam hidupnya. Jauh berkelana dari negara matahari terbit dan memulakan alam persekolahannya di SMT Mahkota. Di situlah bermulanya rintangan dan cabaran yang menjadikan gadis ini lebih cekal dan tabah. Dia tidak pernah kenal erti payah dan perih, dan tidak pula mudah mengalah dengan kesakitan yang datang menerjah. Yui Ito - gadis berhati waja, berpendirian tegas, tetapi agak lucu. Cuba untuk mengubah jalur sejarah yang silam, sekaligus kehadirannya menyebabkan orang lain turut berubah dalam kehidupan mereka.

 



Tuesday, March 31, 2009

Tak Kuduga

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlah Rashid
Tak Kuduga by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
Tahun 2006


Lagi buku Ramlah Rashid. Tak sangka saya makin kerap membeli karya2 penulis ini. Setiap kali membaca karyanya membuat saya mahu membaca karya2nya yang lain. Termasuklah novel yg bertajuk "Tak Kuduga" ni.


Siti Atilia tidak pernah menyangka pelariannya ke KL mebuka lembaran kelam hidupnya apabila terperangkam dalam sendikit pelacuran. Namun dia berjaya melarikan diri sebelum menjadi mangsak. Dalam pelarian ini dia bertembung dgn Datuk Firzat. Terbinalah ikatan tidak bernama antara dia dan Datuk Firzat. Setelah ditimpa kemalangan, Atilia terpaksa menerima ikhsan Datuk Firzat dan tanpa sedar mereka makin akrab. Nak akta macam bapa dengan anak pun ada, macam pasangan kekasih pun ada. Namun kedua2 perasaan itu tidak terluah antara mereka.


Kehadiran jejaka romantis, Farami dalam hidup Atilia membuahkan cemburu di hati Datuk Firzat, namun, segalanya dipendam dan dia cuba membetulkan iman diri serta membimbing isterinya yg turut hanyut dalam kemewahan dunia.


Atilia cuba memberi hati pada Farami namun ingatan terhadap Datuk Firzat makin kuat dan membuat dia rindu.


Bagi saya ending kisah ini nicely placed, walaupun ada rasa serba salah jugak. Kadang2 rasa mcam Atilia patut mengikut kata hatinya, namun Atilia memilih utk mengikut akal fikiran yang waras. Tapi tula Farami tu anak angkat Datuk Firzat. Tentu awkward utk Atilia dan Datuk Firzat bertemu lagi selepas itu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kerana mengikut akta hati, siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur. Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendptkan pekerjaan di kota yg penuh mencabar itu. Pada hari yg telah dirancang, Siti Atilia telah meninggalkan kampung menuju ke Kuala Lumpur.


Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Berjam-jam lamanya Siti Atilia menunggu di Pudu Raya. Akhirnya dia bertemu dgn Nayli. Nayli telah bermurah hati membawanya ke rumah.


Di sini Siti Atilia telah bertemu dgn Marry yg juga menumpang di rumah Nayli. Marry telah menceritakan kepada Siti Atilia tentang Nayli. Rupa2nya, Nayli adalah ibu ayam kpd sarang pelacuran.


Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dgn tindakannya itu. apakah yg terjadi kpd Siti Atilia? dpt kah dia melarikan diri dari sarang pelacuran itu? Dan apa pula tindakan Nayli?


RM18.90
490 mukasurat
9789833669069