Thursday, December 20, 2007

Kopi Susu Sepatu Biru

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ruby Hazri
Kopi Susu Sepatu Biru by Ruby Hazri


Antara buku yang saya tak sabar2 nak menunggu tarikh jualannya awal Disember 2007. Nama Ruby Hazri sudah cukup untuk membuat saya suka dengan buku ini sebab saya amat tertarik dgn gaya penulisannya dalam "Percayalah..." masih ingat lagi kisah cinta di antara Atiqah dan Danial Wolfgang? *sighs*


Thanks kaksu sbb susah-susah aja dptkan buku dan tandatangan utk buku ini. Terbayang-bayang catatan tangan Kak Ruby yang dipetik dari isi buku ini yang patut dipegang sebagai motto hidup:
"orang yang paling kerap mendapat kesusahan adalah mereka yang memiliki lidah terlepas dan hati yang tertutup." (ahli sufi)


Novel ini berasal dari e-novel yang bertajuk "Mengapa Ada Rahsia?" oleh Ruby Hazri. dari citer jiwang sentimental dalam 'Percayalah...' Kak Ruby membawa pulak citer yang berbentuk romantik-komedi dalam karya terbarunya. Romantik-komedi memang saya suka... :) siap ada resepi laksa johor lagi ha di beberapa helaian terakhir novel ini.


Dah banyak kali saya baca sinopsis belakang buku ini yang tersiar di website Jemari Seni, sedikit sebanyak memberi background story mengenai medan perang yang wujud di antara Mat dan Emy. I kinda wish I know nothing semasa mula membaca buku ini sbb kalau dah ada spoiler tu dah kurang la sikit thrill semasa membaca. Ternyata masih banyak lagi yang menanti pembaca yang mengikuti novel ini.


i think ruby hazri ada sentuhan yg special utk menjadikan cerita biasa begitu special di mata saya.. seperti "percayalah..." jugak, saya baca citer tu tanpa expektasi yang tinggi and i end up liking it so much. same goes to KSSB ni. kak ruby knows how to make me jatuh sayang kat main characters and feel very close to them. cover buku ni, sekali tengok macam buku kisah budak2 lah pulak sebab wajah2 di cover tu mcm wajah budak lelaki dan budak pompuan. and kucing dlm pelukan budak pompuan tu mesti bobo kan? :)


Kisah ni tentang Mat dan kawan2 serta Emilia dan kawan2 yang saling berjiran tetapi sentiasa ada saja perkara yang mencetuskan peperangan di antara mereka. Sudah ada yang warning diorang, membenci biar berpada-pada, jangan lebih sebab benci boleh bertukar menjadi cinta..


bagi saya, paling kelakar part Emy pi makan ngan adik dia, dia terserempak ngan Mat ngan sorang makwe, beria dia nak ushar muka makwe tu sampai straw dikacau dalam pinggannya yg ada nasi dan lauk, and masa dia ngan Sofea gi rumah Zahim utk diperkenalkan dgn ibu bapa Zahim.. dia sakan dressing ngan kebaya merah sedangkan mak zahim pakai kaftan saja! haha.. lawak lawak. Hubungan antara Roslinda dan Emy memang tak disangka dan mengejutkan. Identiti MrLapok seolah-olah awal2 lagi sudah dapat diteka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!


Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!


Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....


Rumah No. 11

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.


Rumah No. 9

Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.


Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:


* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi


Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.


Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?


Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza.


RM21.00
570 mukasurat

24 comments:

  1. this is different from Percayalah..Yg ini santai sekali. I read it with no "degap-degup" kat jantung! cerita yg mudah, digarap penuhi santai, menjadikan ia satu cerita yg indah dibaca...I like it cos its near to us..very typical setting, tak ada yg plastik

    ReplyDelete
  2. cisticola, kalau ada online pun, mungkin ditutup buat sementara waktu utk memberi laluan kepada jualan yg semakin laris!

    ummihanna! salam perkenalan :) kadang2 kita hanya mahu senyum dan ketawa :)

    ReplyDelete
  3. citer nie memang lawak giler...
    ringan dan tak memeningkan kepala...
    so far so goodla citer nie...
    best2...

    ReplyDelete
  4. Seronok...mase memula gadoh, last2 kawen gak...

    ReplyDelete
  5. yeshh...i agreed..
    mmg besh sgt222 cite ni,,,
    tah brape kali aku ulang2 bace..ehehhe

    ReplyDelete
  6. haha.. sama la.. akak pun ulang baca last week tapi part2 yang selepas Mat dapat kad jemputan kahwin palsu tu.. hehe.

    ReplyDelete
  7. tp kan..x ske laa..mat ngan emi tu gadoh sket jeee..
    klo laa mat ngan radio malaya tu yg becinte bru besh
    sbb dorg gado gile2...

    ReplyDelete
  8. haha.. kalau ngn radio tu.. bukan kasut biru yang kat atas tiang.. silap2 radio tu yang dok kat situ.

    ReplyDelete
  9. hahahaha...tp rasenye lg besh klo dorg yg bcinte..
    bru la rs ade feel..ehehhee..
    tp ok laa gak emi ngan mat..

    ReplyDelete
  10. yes...suke sangat part Mat dapat kad jemputan palsu..baru tau frust menonggeng..hahaha. kira terror jugak kawan MAT main2kan dia..
    as usual beli buku ni pasal tertarik tengok cover dia..blum tau citer pasal apa pun..hehehe

    ReplyDelete
  11. hehe..dont judge a book by its cover~~

    ReplyDelete
  12. budak2 tu comei sangat..tak boleh resist..hehehe

    ReplyDelete
  13. aiyoh..tu bkn ke mat ngan pompuan tu..spe ek name..lupe laks

    ReplyDelete
  14. aiyoh..tu bkn ke mat ngan pompuan tu..spe ek name..lupe laks

    ReplyDelete
  15. hahaha..confirm spek dlm bilik kat rumah!!!!

    ReplyDelete
  16. mula-mula beli buku ni x budjet la cerita di boleh sesedap tu coz tgk cover cam x menarik sangat.
    tapi saya sentiasa percaya don't judge the book by it's cover.
    so saya tak menyesal pun malahan rasa sayang sangat...
    sampaikan dah cair dialog kat dlm novel tu. release stress.... congratulation kak ruby!

    ReplyDelete
  17. kan? kan? saya beli novel ni without 2nd thought sbb saya suka sgt dgn karya pertama penulis ini bertajuk "Percayalah" :)

    ReplyDelete
  18. bought this novel sbb tajuk nyer... baca review kat sini makin teruja nak baca... hehehe... dah beli cuma belom baca sebab takde masa

    ReplyDelete
  19. mmg kelakar citer nie... usik-mengusik anatara emylia n mat tu mmg kelakar hahahhahah

    ReplyDelete
  20. tp dye x bnyk sgt adegan gadoh antara emy tu...kalo bnyk lg bru lg sy0k

    ReplyDelete
  21. cite nie mmg best...tp part last tu cam pendek semacam je...nak tau gak reaksi housemate emi dan mat-especially izah,razlan dan muiz bile dpt tau yg mat dan emi nak kawin?

    ReplyDelete
  22. nampaknya, kita kena imagine sendiri lah apa reaksi diorang tu :) apa2 pun kisah ni memang menghiburkan.. part kacau straw kat pinggan nasi tu kelakar betullah.. hehe

    ReplyDelete