Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Ma Lee Chuswan |
"Dalam soal hati... benarkan perempuan tidak pernah dewasa?"
-Daripada penulis 'Best Seller' Permata Hati
Saya tak fikir panjang masa mula2 nampak buku ni di rak buku dalam
MPH sebab memang ramai yang rekemen saya untuk baca buku ni.
kebetulan pulak bajet cukup so dapat lah beli.. sebaik saja abis
exam, buku nilah yang pertama saya capai setelah 2 minggu menahan
diri dari membaca novel2 sebab kena study la for exam.
Latar cerita seorang gadis 'the ugly duckling' yang bertukar
menjadi 'swan' disulami kisah cinta selepas kawin memang pasti akan
memikat hati pembaca-pembaca novel yang sukakan kisah cinta genre
seperti ni.. Bagi saya cinta di antara Puteri dan Hakim lebih kepada
tarikan seksual. tak terasa pulak cinta mereka berputik dari hati,
lebih kepada tarikan fizikal antara lelaki dan perempuan.
Dee suatu masa dahulu adalah seorang gadis tomboy yang tak pedulikan
penampilan diri sbg wanita. Khabar sedih yang dibawakan kepada Hakim
membuat Hakim menangis sendu dalam dakapan Dee dan mereka terlanjur.
Kerana bimbang Dee akan mengandung, mereka bernikah, tetapi Dee malu
bila mendapati dirinya tidak mengandung lalu membawa diri. Beberapa
tahun kemudian mereka ditakdirkan bertemu dalam satu syarikat yang
sama, yg kini dimiliki Hakim. Dee yg kini dipanggil 'Puteri' jauh
berbeza dari Dee hingga Hakim langsung tidak mengenalinya. Manakala
bagi Puteri, Hakim tetap bertakhta di hatinya dan tak dapat mengawal
perasaan terhadap Hakim hingga mengganggu prestasi kerjanya. Sedikit
demi sedikit Hakim mula menyedari yang Dee adalah Puteri. Rasa cinta
yang amat mendalam kepada Hakim menjadikan Puteri berani dan
meluahkan perasaan kepada Hakim. Ntah la kenapa Hakim berat nak
menerima Puteri sedangkan Puteri tu isterinya dan memang sah2 dia nak
kat Puteri tu. Dia meletakkan syarat, sekiranya Puteri dapat menakluk
hatinya dalam masa 6 bulan, barulah dia akan menjadi milik Puteri
sepenuhnya. Rasanya Puteri amik masa 6 minit saja utk 'menakluki'
Hakim. Hakim serba salah kerana ugutan bapanya supaya dia berkahwin
dengan anak rakannya, kalau tidak masa depan adik kesayangannya pulak
akan menjadi taruhan sbb kalau bukan Hakim, adiknya pulak yg akan
dikahwinkan dgn anak lelaki rakannya tu yang terkenal dgn sikap buaya
daratnya.
sure fine whatever
rinn
Sinopsis belakang buku:
Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun...
cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian
puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng
zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu
kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang
kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur,
terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab
yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka
bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus
bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tak bertali...
Rm20.90
440 mukasurat
best sgt...!!! sedih gak masa Hakim luahkan isi hatinya ketika Puteri koma..tindakan puteri dgn m'jaukkan diri dr Hakim 2 mmg b'baloi. yelah nak buat apa m'hrp benda yg x pasti..Niera mula dpt memahami knp Hakim cuba mengelak dr Puteri, sbb ego 2 mmg ada tp sebnrnya tindakannya itu lbh kpd t'kilan, sedih, kecewa bila Dee mengglkan dia 5 thn dulu sdgkan ketika itu dia dah t'niat utk meneruskan p'nkhan itu...!!! ishhh...knp ler Niera x pnh tahu ada Novel best mcm ni lama dulu...betul2 ketinggalan keretapi....!!!!
ReplyDeletenama penulis menarik. Buat kiter nak baca buku. bagi yg suka citer cinta lepas kawin, memang gerenti suka abissss la nganciter nih
ReplyDeletetp novel dia yg b'tjk Lamaran Kedua tu, bosan la..!! Niera tgh cr novel penulis ni yg b'tjk Permata Hati.. awk pnh baca x..?? agak2 best x citer tu..??????
ReplyDeletetak pnah baca lagi novel2 dia yg lain. Ntah ler.. tapi Ma lee chuswan ni pun ada ramai gak yg suka novel2 dia.
ReplyDeletepermata hati best gak crita tu.... lagi satu mencintai mu penulis nas alina noah cuba la baca...
ReplyDeletePermata Hati x pnah baca pown lagi. Nass Alina Noah tk pnah lagi.
ReplyDeletekat pwtc baru ni cari la Selamat Tinggal Sayang.. x de la pulak.. dapat Lamaran Kedua beli je la 50%....
ReplyDeleteSTS mcm penah nampak kat MPH alamanda, eh tapi dah lama x gi alamanda. hehe.
ReplyDeleteaduh mak... jauh la nak nak gi alamanda... i ni one utama jer... paling dekat..
ReplyDeletekat bookfair hari tu tak nampak lah buku ni.. kedai buku 2nd hand mgkin ada kowt. good luck hunting :)
ReplyDeleteade sape2 yg ade novel GELORA karya ma lee chuswan jugak??? penat cr tp x penah jumpe..citer ni penah di kluakan dlm mjalah remaja dalm tahun 1997 kalau sy x salah..kalau ade sape2 yg tau kat maner boleh dpt,bgtau sy..
ReplyDeletesuka cerita2 ma lee chuswan..permata hati is one of the best. sape yg tak baca lagi, kena cari novel ni, tp mesti ssh nak cari skang ni, kan..lama dah sy beli, dlm tahun 96 ke 98..tak ingat dah.. smpai skang, masih teringat2 watak ikhmal hisham @ ariana tu.. best:)..ma lee chuswan, nape tak menulis lagi? rugi la...
ReplyDeletesalah..ikhmal hisham & ariana. salah letak simbol, kang org ingat dorg org yg same plak..hehe
ReplyDeletesalam....
ReplyDeleteanyone yang ade novel ni boleh tak u all jual dekat i???
or kalau u all tau kat mane i boleh cari novel ni please text me at this email
aayisahabdullah@yahoo.com of facebook A'ayisah Abdullah
Novel ni best sangat! Ada satu lagi novel cinta lepas kahwin yang rasanya lagi best: AKU YANG KAU TINGGALKAN. Bacalah novel tu, seronok... Selamat membaca.
ReplyDelete