Weekend terakhir sebelum balik kampung aku sempat bertemu pandang dengan rakan2 jiwangans yang sejiwa-jiwa :) kami berbuka di SABAK Steamboat. Berasap-asap! haha.. first time aku solat kat surau yang tempat amik wuduk dia unisex. sabo jer.. satu row pili air share laki pompuan. tak sesuai! apa2pun makannya best. sedap.. lepas solat, sambung lagi makan dan sembang2 sampai kat situ tinggal pekerja2 saja.. kitorang la yang last sekali pi kaunter (sekitar pukul 10 mlm).. tu pun sbb tiba2 jer rasa kitorang ketawa bergema.. sora org lain tak der dah.. haha. Disebabkan tak puas bersembang.. kitorang cari port lain. Kitorang pergi menyemak dan buat bising pulak kat Secret Recipe yang tak jauh dari situ.. Aku spt biasa amik gambar minuman dan makanan.. and oh! seperti biasa ada saja benda yang aku tertertertepis.. like my drinks.. haha habis separuh. nasib baik tadi dah minum puas2. Kakliza sempat balik rumah kirim makanan kak mak dia and then patah balik utk sambung sesi bersembang :) Kak mai, thanks for the cenderahatis dari london. Kak mona thanks tumpangkan tido satu malam... diana thanks sudi transportkan akak :) Nuha, cemana leh lupa ni??? tak per, nanti open house jiwang united datang tau!
ha.. a day before berjumpa Jiwangans, plan utk berbuka dgn Sue ai lee di rumahnya berjalan dengan lancar. Shopping sakan barang2 utk dimasak.. n then terus mula operasi masak sebelum ke UiTM to pick up my sister. Sue thanks so much for the hospitality.. jangan serik jemput aku ye? ha.. kat atas ni juadah special yang disediakan oleh Sue.. nyummy!!!
26hb.. aku dah tak sabar nak balik kampung.. nak ke puduraya memang penuh dugaan. perghhh manusia ramai betul.. tak kira lah berapa kali lrt berlanggar, manusia tetap ramai berpusu-pusu ke lrt station utk ke puduraya.. Adik aku dgn dua kawannya join kitorang balik sekali.. Buka posa kat surau puduraya jer.. solat peh tu baru lah pegi cari makanan yg berat sikit sementara menunggu jam 11 malam utk balik kampung. tahun ni lega sikit sbb tak perlu bergegas ke Jalan Duta kerana perjalanan ke utara di Puduraya.. Alhamdullillah sekitar jam 4 pagi kitorang dah sampai ke kampung halaman..
Persediaan raya tahun ni agak memenatkan.. kitorang sambung sikit kerja2 mengecat bilik2 yang masih belum sempat di cat. dan memang kerja2 yg memengsankan. angkut barang kuar masuk.. sapu sawang, pasang tikar.. alhamdulillah rezeki tahun ni murah kami adik beradik. 2 hari berturut turut memang aku mcm terpengsan on the 3rd day. Tapi seronok la buat keja ramai2 peh ramai2 kena marah n kena beleter dgn mak kalau ada benda yang dia tak setuju.
Selamat hari raya buat semua pengunjung multiply saya yang tak seberapa ini. Terima kasih kerana menjadi kawan2 saya. SEkiranya ada terlanjur bicara, tertulis perkara yang mengguris rasa.. perlakuan yang menyakitkan hati, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.
sure fine whatever
rinn
muahahhahaha gmbo Puding Roti Berhati-Hati Sesejuk Hati tajuknyer
ReplyDeleteAmboi nama puding! Anyway, thanks ya for the Puding Roti Berhati-hati Sesejuk Hati tu.
ReplyDelete