Sunday, September 7, 2008

Minggu Pertama Bulan Puasa 2008

Minggu Pertama Bulan Puasa 2008


Busy pulak balik kampung ujung bulan Ogos yang lalu. Alhamdulillah kenduri doa selamat yg dirancang berjalan dengan lancar. Walaupun adik aku masak sendiri, tak der lah kalut2 sangat. Kitorang buat buffet jer so tak payah la hidang2. Hajat nak bersahur dan berbuka puasa di kampung termakbul. Alhamdulillah.

 

 

Aku risau jugak minggu tu sbb adik balik ke shah Alam sorang2. Hari Selasa kelas dia packed, so tak sampai hati nak tuang kelas. Bas Naik Selalu yang selalu dinaikinya utk balik ke Shah Alam rosak lagi kat KL. Lagi lah aku risau. Tapi nasib baik dah beberapa kali kitorang balik kampung dan dia sudah familiar dgn jalan di situ. Bas ni lebih sesuai dgn nama Rosak Selalu. Sabo jer aku.


Kali pertama adik berpuasa di sini dan weekend yg lalu adik bertandang ke Putrajaya. Puasa tahun ni aku lebih suka berbuka di rumah. kali pertama aku berbuka di luar adalah semalam (Ahad 7/8/2008), tu pun sebab nak berjumpa dgn rakan2 sekepala masa kat ITM dulu. Bulan puasa adalah perjumpaan setahun sekali kitorang.


Aku lebih rela memasak daripada berebut2 ke pasar ramadhan putrajaya nih walaupun aku lewat sampai ke rumah. Penat berimpit rimpit satu hal, makanan ntah apa2 rasa akan menambah sakit hati jer.

 

 

Pagi2 Sabtu aku, ami, adik and kak mar pergi ke Mydin Putrajaya yang baru dibuka. Nasib baik la pi awai.. orang bleh tahan ramainya. Selepas selesai cuci bahan2 mentah utk masak, aku ngan adik gi Alamanda sbb nak tengok WALL-E. Dah lama citer ni tapi aku tak bersempatan nak tengok sbb busy dan asyik balik kampung jer :) Citer ni memang best tapi hati dah tawar masa menontonnya sbb minah yg kat kaunter GSC tu kerek semacam. Dia suruh pilih seat pastu biler dah pilih dia marah2 pulak sbb kitorang pilih seat yg dekat dgn screen. "Apa pasal pulak pilih yang dekat screen, kan kat atas banyak lagi. Ni hall kecik tau!" Aku ngan adik memang suka pilih seat yang lebih kurang 4 baris dari screen, kitorang memang jenis suka tengok mendongak dan tersandar kat seat. Aku heran betul apa hal minah tu nak marah2. Tau la dia posa, aku pun posa jugak.


 

Sempat collect novel JBC kat pizza hut for a friend yg akan berpindah tak lama lagi :) thanks ya Lynn Dayana sbb autograf buku tu. And also, TAHNIAH LYNN DAYANA atas cetakan keempat JIKA BENAR CINTA. Memang best. And also TAHNIAH kerana HAK CINTA TERPELIHARA dah nak masuk cetakan kedua and semoga novel ketiga (tahun depan) akan mengulangi kegemilangan JBC dan HCT.


last saturday bukak posa makan mee kari air tangan Ami and ikan siakap yg sempat aku kukus. Sahur pun kitorang blasah mee kari. hehe.


Pagi Ahad tu aku ngan adik pegi ronda2 kat Times Square & Kota Raya. Rasanya aku dah buat byk pilihan transport yg salah semalam. Instead of Rapid KL aku naik metro yg berenti kat puduraya. Utk ke Times Square kena amik STAR dan turun kat Hang Tuah and tukar ke Monorel dan turun kat Imbi. STAR kat puduraya lebih dekat, aku pi menapak sampai ke Masjid Jamek. Kalau aku naik Rapid KL, sampai KL Sentral, terus jer amik Monorel ke Imbi. Naper la pala hotak aku tak bleh proses benda2 macam nih. Aku mcm blank jer pagi tu.

Di Kota Raya sempat la pegi DVD hunting. Akhirnya aku berjaya mendapatkan DVD complete set Tru Calling & juga Sakura Card Captor 1st & 2nd movie yang memang dah lama aku cari. Yay! Adik tu biasala cari citer hantu korea. Sabo jer aku, tak leh aar aku tumpang tengok sbb aku ni jenis takut hantu Asia. Kang nanti ada pulak yang tido dgn lampu terpasang.

BOHEMIAN

 

Aku ngan adik split kat KL Sentral lepas solat Asar. Masa lepak kat luar Niles Book tu aku sambung baca Bohemian. Sempat jugak habis separuh buku. Around 6.30 Mak ina amik aku kat Asia Jaya. Lokasi Restoran Muhibbah bertukar ke Restoran Ismail kerana last minit tukar hari, tempat dah penuh la pulak. Seronok dpt jumpa Lin, Mak Ina dan Zila. Lin makin berseri lepas kawin. Mak Ina pulak, aish.. jgn la overworked sgt, dah nampak kurus la Mak Ina. Zila! Zila! Zila! Tahniah, dah 6 bulan pregnant. Aku sangat10x gembira utk hang dan Abe Lan hang tu. Yer lah, lepas 12 tahun akhirnya mereka akan menimang cahaya mata pertama insyallah bulan doblas nih.

 

Thanks kengkawan yang sudi menjemput aku utk majlis berbuka puasa. Ribuan ampun dn maaf kerana jemputan minggu akan datang (13 & 14 Sept) tak dapat aku penuhi sbb nak balik kampung.


sure fine whatever
Rinn

No comments:

Post a Comment