Friday, May 28, 2010

Jom Cari Novel Baru!

Prince Charming
Penulis:Ratu Bulan
Terbitan Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-016-3
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90


"Dia memang tak romantik, tetapi bila dia jadi romantik, orang lain pun boleh jadi angau"


Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.


“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”


Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.


Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!


Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Melur Bunga Ivy
Penulis: Nazurah Aishah
ISBN: 978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 10 Jun 2010)


Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.
 
Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

* * *

NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!
 

 

 

Kasihku Airina
Terbitan : Buku Prima
karya : Mazni Aznita @ Anita Aruszi
Harga : RM25.90
Genre : Thriller+sci-fi+ fantasy love story


Aku kehilanganmu... Aku mencarimu... Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu...

 

Sinopsis


Kehilangan adiknya di Mandaluyong Filiphina membuatkan Arina nekad mahu mencari Chayi. Namun pertemuannya dengan Alwiz, lelaki yang menculik adiknya telah mengubah perjalanan hidupnya.


Dia terpaksa membawa Alwiz pulang ke rumahnya dan membenarkan lelaki itu mengugutnya dengan alasan mahukan sesuatu dari ayahnya Fahrin Toh. Tapi tanpa diduga, kedatangan Alwiz dalam hidupnya lebih dari sekadar apa yang difikirkannya. Dia mula mengenali kisah silamnya yang telah dimomokkan oleh ibunya sendiri, Magdalena Anna. Lebih menyukarkan apabila dia mendapati dirinya mula jatuh cinta pada Alwiz.


Siapakah Alwiz yang sebenarnya dan kenapakah lelaki itu menculik adiknya? Apakah dia mampu menahan dirinya dari jatuh cinta pada penculik adiknya sendiri?Apakah rahsia yang menyelubungi hidupnya sehingga mengorbankan nyawa orang-orang yang disayanginya?

Jodoh Atau Cinta
Penulis: Iman Nizrina
HARGA
SEMENANJUNG:RM19
AHLI KN : RM15
SABAH/SARAWAK : RM22
AHLI KN : RM18


"Tak perlu berteka teki... jika benar jodoh ini takdir Nya... hiasilah aku dengan cinta itu"


Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara.

Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.


Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

 

 

Jingga Selepas Hujan
Penulis: Mira Muskam
Terbitan KarnaDya


"Kehadiranmu mengubah warna hidupku"


Sinopsis:


Wahai awan, bawalah aliran air matamu pergi dari sini, kerana pelangi sudah datang untuk menceriakan kehidupan dan menghidupkan semula sebuah harapan.


Aryana- pelajar yang hadir dengan pakej tersendiri. Namun di sebalik kecemerlangan yang dikecapinya, tidak ramai yang tahu hidupnya diselubungi kesunyian. Dia tidak pernah merasa apa itu kasih sayang mama dan papa. Dia hilang keyakinan diri dan hidup di dalam dunianya yang tersendiri.


Haikal- dia anak muda yang digilai ramai. Menempuh setiap masa dengan positif dan sempurna. Dia jujur dalam berkata-kata. Dia tenang dalam bicara dan dia juga setia kepada persahabatan yang dibina. Pendek kata, dia ciri jejaka sempurna.


Haikal dan Aryana bertemu dan mengikat janji sebagai sahabat sehidup semati. Namun perasaan yang mula bertunas menjadikan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dalam ketawa ada duka, dalam senyuman ada derita. Liku persahabatan yang dilalui bagai mimpi yang sempurna dan tiada cacat celanya.


Dugaan itu ibarat perisa dalam kehidupan setiap insan. Sempurnanya mimpi Aryana bertukar menjadi igauan yang menakutkan. Mengapa Haikal mahu pergi begitu sahaja tanpa mempedulikannya? Tidak kasihankah Haikal melihat dia mengalirkan air mata duka. Di mana janji persahabatan yang dibina? Hilangkah nyanyian cinta yang didendangkan saban masa? Aryana perlu untuk mengerti, semuanya adalah takdir dalam kehidupan yang realiti.

Datang Dengan Indah
Penulis: Sarnia Yahya
Terbitan fajar pakeer


"Setelah berkurun menjemput rindu, haruskah kumenunggu..."


Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.


“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”


“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”


Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.


Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

 

Tak Secantik Husna
Harga: RM19.90
Penulis: Ainul Hazrah
Halaman: 504
ISBN: 978-983-124-551-4
Penerbit: Alaf 21


"Setiap kali kulihat wajahmu, bergetar seluruh sukmaku"


Sinopsis: LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.


Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.


Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman Hariez

Kau Cipta Kasih
Harga: RM16.00
Penulis: Azilah Wahab
Halaman: 416
ISBN: 978-983-124-559-0


Sinopsis: Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.


Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya.
Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.


Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!


Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...


Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

 

Dengar Kata Hati
Harga: RM19.90
Penulis: Iffa Zalia
Halaman: 544
ISBN: 978-983-124-565-1


Sinopsis: ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.


Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.


Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...


 

2 comments:

  1. alahai rinn..nape la semuanya cam best2 jer..
    tangan ni dah gatal, kaki pun rasa laju jer nak melangkah..
    xpe la sabarkan hati. tggu awk review dulu. ha...ha...:p

    ReplyDelete
  2. tau tak per... tambah2 tengok ada nama2 mazni aznita, sarnia yahya and nazurah aishah. tu dah masuk senarai must buy tu.. edeh... dah la aku ni kena posa beli buku sebab yg kat rak dah cecah 20 buah yg blum baca. nanti ada sorang tu sms kat aku 'ko bedosa dgn buku2 yg ko tak baca lagi'. CEH! haha.

    ReplyDelete