Bini Aku Tomboy Ke?
Penulis:Arisa Eriza
HARGA SEMENANJUNG : RM19 AHLI KN: RM15
SABAH/SARAWAK : RM22 AHLI KN: RM18
Terbitan Kaki Novel
Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?
Mencari Jalan Ke Syurga
Penulis: Hasliza Ismail
Terbitan Kaki Novel
HARGA SEMENANJUNG : RM19 AHLI KN: RM15
HARGA SABAH/SARAWAK : RM22 AHLI KN : RM18
Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.
TANPAMU DI SISI
RABIHAH NUR RIDHUAN
buku Prima
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-39-6
464 muka surat
Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.
Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.
SEANDAINYA KAU ADA
KAMSIAH ABU
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-40-2
480 halaman
Buku Prima
Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac. Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.
Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?
Ilusi Hati
Penulis: Haiza Najwa
ISBN: 978-983-124-522-4
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Alaf 21 Sdn. Bhd
Sinopsis: TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain.
Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang.
Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing.
Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya.
Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.
Rindu Tercipta
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-539-2
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Alaf 21 Sdn. Bhd
Sinopsis: SAAT Anis mengumpul se juta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.
Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.
Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.
Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.
Wangian Kasih
Alaf 21 Sdn. Bhd
Penulis: Mahmud Eddie
ISBN: 978-983-124-524-8
Harga: RM18.00
Halaman: 496
Sinopsis: Amin pasrah siapa dirinya. Anak angkat kepada sepasang suami isteri yang baik hati yang telah banyak mendidiknya menjadi insan yang bertakwa.
Akibat desakan hati yang mahu mengenali ibu bapa sebenar, dia nekad menjejaki mereka di bandar. Mencari pekerjaan hanyalah alasan untuk membaiki ekonomi diri.
Bekerja di syarikat pembinaan, milik datuk jamalul telah mengajarnya erti kehidupan, kemanusiaan dan cinta. Kejujurannya yang tulus telah membuatkan amin di-amanahkan bekerja sebagai pemandu peribadi kepada lelaki itu.
Namun, kehadirannya di dalam keluarga datuk jamalul telah menerbitkan rasa benci di hati safika. Hati gadis itu sakit kerana dialah yang hampir melanggar amin. Dianggapnya lelaki itu sengaja menempah maut, sedangkan amin sebenarnya mahu menyelamatkan seorang wanita tua daripada dilanggar oleh gadis itu.
Bulan berganti bulan, amin mengalami jalan buntu mencari ibu bapa kandungnya, sedangkan dia sudah banyak termakan budi dengan datuk jamalul dan dirinya terus dibenci oleh safika.
Haruskah dia berhenti berharap dan menganggap bahawa mereka sudah tiada di muka bumi ini? Dan, perlukah dia kembali ke pangkuan keluarga angkatnya yang mengharapkan kepulangannya? Namun, wangian kasih terhadap insan-insan ini masih mekar di hatinya.
wah wah wah
ReplyDeleteuh....bnyknye novel baru. bini aku tomboy tu enovel. tq rinn. kawin paksa takde hik..hik..
ReplyDeleteKN nyer novel mostly dari enovel kaN? dah byk eNovel yg dipublish sekrg ni. tak nampak pulak buku cite rkawin paksa ;)
ReplyDeletemencari jalan ke syurga tu nampak cam best lahh....cm ctr bnci jdi cnta plk..shukerrrrnyerrr.....:))
ReplyDeleteMencari jalan ke syurga memang best. HIghly recommended! Skrg tengah hangat dipasaran...
ReplyDeletethanks aina :)
ReplyDeletemak ai byk nya novel baru... jenuh ni..... kena tengok yg betul2 best je baru beli kot
ReplyDeletebaru beli Illusi Hati > Haiza Najwa...
ReplyDeletesuka read psl "telephatic dream"...
walau org kata mimpi hanya mainan tidur...but sometimes dreams do come true kn??...
Ti suka cara HN melakarkn citer dia... :))
Saya pun ingat nak cari buku tu. Buku dia yg dgn alaf semua dah baca. Yg kalimah jiwa tu saya suka walaupun tak logic. heh heh. memang ada kelaianan.
ReplyDelete