Thursday, August 26, 2010

Cinta Tak Beralih

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hezzy Azra
Cinta Tak Beralih
Penulis: Hezzy Azra
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
484 mukasurat


"Untuk apa utara, selatan, timur dan barat jika kompas cintaku menghala ke arahmu"


Aku tak ingat pulak sama ada aku penah baca tak citer yg heronya jenis berkira atau penulis ni lebih suka merujuk Shaq sebagai lelaki yg 'kalkulatif'. Setiap sen memang dikiranya. Mgkin sikap kalkulatifnya menjadikan dia seorg yg berfikiran waras dan tidak bertindak melulu.


Larra dan Shaq sama2 jatuh cinta tapi timing diorang tak betul kerana mereka bertemu setelah Shaq bertunang dgn gadis pilihan ibunya. Memandangkan masa tu dia tak ada pilihan hati, lagipun usia dia sudah melangkau angka 30, dia berstuju saja dgn pilihan ibunya. Siapa sangka selepas itu barulah dia bertemu dgn gadis yg berjaya mencuri hatinya.


Walaupun dah bertunang, Shaq seperti melengah-lengahkan utk berterus terang dgn Larra sedangkan Larra sudah mula jatuh cinta dgn Shaq. Larra terkilan kerana bukan Shaq sendiri yg bgtau dia tentang perkahwinannya yg bakal menjelang. Larra bertindak menjauhkan diri dari Shaq tapi susah la sbb diorang keja kat area yg sama. Larra tidak mahu menjadi punca keruntuhan rumahtangga Shaq.


Selepas berkahwin, Shaq bersetuju menerima kenaikan pangkat dan ditukarkan ke Miri. Dia cuba menerima dan membahagiakan Balqis tetapi Balqis tu memang tipikal menantu pilihan dlm novel yg perangai ntahapahapa. Kebanyakan mak mentua dlm novel bekenan dgn perempuan2 yg macam nih. Aku pun tak tau kenapa.


Kedinginan Balqis semakin terserlah setelah beberapa bulan diorang berkahwin dan ada sebab tersembunyi mengapa Balqis menerima Shaq. Tanpa disedari, Shaq menjadi mangsa keadaan. Walaupun rumah tangga terumbang ambing, Shaq cuba memperbaiki keadaan tetapi Balqis tak pernah memberi kerja sama dan lebih mementingkan diri sendiri. Kesian pulak kat Shaq.


Aku menghargai cara penulis separate kan Larra dari isu keberantakan hubungan Shaq dgn Balqis. Tiada yg perasan langsung dgn kewujudan Larra di hati Shaq.


Larra ni bersahabat baik dgn Razlan sekeluarga. Kematian isteri Razlan mengeratkan hbungan Larra dgn anak2 Razlan sehingga menimbulkan hajat di hati keluarga Razlan utk menyatukan mereka. Walaupun aku sgt tak suka character Amin, tetapi sikap dia tak merestui hajat Razlan buat aku lega, sbb ada chance la utk Shaq ngan Larra. Bukannya apa, Larra tu setuju terima Razlan sbb yakin tak der sapa2 lagi selepas Shaq berkahwin dgn Balqis. Towards the end tu memang tak bleh la lepas novel ni, memang excited nak tau Larra end up ngan sapa.


sure fine whatever
alongside


sinopsis/blurb


Bila hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yg sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dgn rasa indah yg dimilikinya itu.


Menatap Shaqril yg sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup utk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja utk dicuci.


Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dlm dilema. Kasihnya melimpah utk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yg diatur keluarga tidak mampu dibanah.


Hari yg dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.

isbn: 978 983 124 562 0

Saturday, August 21, 2010

Biarkan Ia Pergi

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Liza Nur
Biarkan Ia Pergi
Penulis : Liza Nur
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009
Cetakan Kedua 2010
RM19.90
Sabah/Sarawak: Rm22.90
583 mukasurat


"Hapuskan derita yang menghambat bahagiamu..."



Penulis ini mempunyai gaya sentuhan menarik melagukan cerita ini dalam nada berat dan menyentuh perasaan. Pada masa yg sama, Liza Nur juga membuat kita ketawa. Dlm scene sedih kita masih boleh tertawa dgn lagak atau dialog pendokong watak2 dlm novel ini. Watak2 yg mula2 buat aku tergelak masa scene sedih giler adalah Tok Amin ngan Nek Jah. Sweet old couple.


Tunjang utama cerita ini adalah Alissa yg melahirkan anak luarnikah tanpa kerelaannya. Dia amat mengasihi Ameen Zaquan, anaknya.


apa yg menjadi misteri bg Alissa adalah dia sendiri tidak tahu siapakah yg bertanggungjawab meragut maruahnya. Yg pasti peristiwa itu meragut segala kebahagiaannya termasuk disingkir keluarga tersayang. Mgkin sebab terlalu marah kot tu yg bapak dia tak nak dengar penerangan Alissa.


Hanya selepas melahirkan Ameen Zaquan barulah dia seperti melepaskan kemarahan dan dpt menceritakan kisah sebenar tapi tu pun kat jirannya yg awal2 lagi sudah salah sangka dan menyebarkan cerita yg buruk2 tentang dirinya. Aku suka pulak bila Alissa meninggalkan tempat itu dan membiarkan rasa bersalah bersarang dlm diri jiran dan maksu dia tu.


apa yg jadi sebenarnya? Well, citer dia cenggini. Banyak org yg terlibat secara tak sengaja sehingga membawa kepada nasib malang Alissa. Zaquan Zachery berdendam dgn Elina, perempuan yg disangkanya telah menyebabkan abgnya Aqash hampir2 meragut nyawa sendiri. Zaq dan sahabatnya Haris merancang utk memberi pengajaran kpd Elina. Haris mengaturkan supaya Elina diculik dan dihantar ke sebuah hotel utk ditakut2kan oleh Zaq. Malangnya ketika itu Alissa yg ada di situ utk hantar baju Elina spt yg diminta sahabatnya, Fara. Haris ngan Zaq dua2 tak pernah kenal Elina.


Sebelum pergi ke tempat Elina dikurung Zaquan terminum air yg mengandungi pil khayal yg disediakan oleh Badry utk Fara. Bila jumpa 'Elina' (yg sebenarnya Alissa), Zaquan hilang pertimbangan gara2 pengaruh pil khayal dan meragut kehormatan Alisa. Walaupun Zaq dan Haris tu bukanlah lelaki paling baik di dunia dan agak nakal, mereka bukanlah yg jenis yg meniduri wanita sesuka hati. Kedua2 mereka berasa bersalah atas keterlanjuran yg telah berlaku. 'Elina' tidak sedarkan diri sepanjang kejadian tersebut. Haris bertindak mulangkan Alissa di tempat Alissa ditemui. Dia masih menyangka itu Elina.


Setelah pemikiran Zaq semakin stabil, dia nekad menjejak Elina. Tetapi apabila Aqash baik semula dgn elina, dia mendapati Elina sama sekali bukan perempuan yg dia tiduri di hotel tu. Ini membuatkan rasa bersalah Zaq dah Haris semakin menggunung.


Semasa majlis persandingan Fara dan Iz, Zaq ternampak gambar Alissa dan di situlah pencariannya bermula secara serius. Fara jahat la, dia fitnah kata Alissa tu curang. Tanpa berfikir panjang Iz percaya bulat2 cerita Fara dan menerima Fara sbg pengganti Alissa. Di situlah rahsia sebenar tersingkap dan Fara diceraikan di atas pelamin yg indah. Ni lg satu perkara yg membuat aku tertarik dgn cerita ini. aku rasa puas hati dgn 'balasan' segera yg diterima org yg aku tak suka dlm citer ni, hehe. Penulis tidak melengah2kan isu dan menyelesaikan benda2 mcm ni as the story goes. Tak perlu simpan sampai ujung2 utk huraikan semuanya.


ok sambung balik citer... Sejak itu gambar Alissa menjadi peneman hidup Zaq. Dia menjejak ibu bapa Alissa di kmpung. Walaupun berdarah2 diblasah bapak Alissa, dia tetap berkunjung ke teratak tua itu bertanya khabar dan menjaga kebajikan ibu bapa Alissa. Dia berusaha mengenali masa silam Alissa di teratak itu dan jatuh cinta tanpa pernah betul2 berjumpa dgn Alissa.


Selepas 5 tahun, penantiannya bakal berakhir... jeng jeng jeng.... di sinilah kisahnya benar2 bermula. Tapi saingan utk Zaq ada. Badry dgn Iz masih syok kat Alissa walaupun tahu status Alissa. Zaq takkan melepaskan peluang itu begitu saja. Dah lama dia simpan hati dan perasaannya utk Alissa. Lgpun dia juga jatuh cinta pandang pertama dgn anak lelakinya Ameer Zaquan.


Banyak la nama dalam cerita ni. Watak yg muncul sekali saja pun dicerita abis nama penuh bini dan anak2nya. Dan nama2 tu kadang2 mcm terlalu moden.


Aqash dipamerkan sbg watak lelaki yg waras dan bertimbang rasa, tapi kenapa dia boleh amik decision utk nak cuba bunuh diri sdgkan dia beragama Islam, melainkan kalau dia pun tak berapa nak betul macam mak dia.


Penceritaan di hujung2 rasa macam lebih laju, mgkin sbb nak abiskan kisah ini tapi apa2pun, LOVE THE ENDING! ;)


sure fine whatever
rinn






blurb/sinopsis belakang buku:


"...Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Smpai sekrg saya hidup dgn tanda tanya." - Alissa


Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dalam novel. Cinta adalah kebodohan manusia yg tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yg melahirkan daya tarikan sementara. - Zaquan Zachery


"Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yg perasaan ini dah lama bersarang dlm hati aku. aku tau kau mungkin tak suka aku. Tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yg comel, aku jadi separuh gila. Jadi sebelum aku betul2 mereng, aku tau aku patut berterus terang." - Izani


"Aku cemburu, Lis. Sebab selama ini aku sayangkan kau. Tapi ego nak mengaku. Aku layan kau mcm aku layan teman2 wanita aku yg lain. Padahal tempat kau di hati aku. Sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. Aku sayangkan kau lebih dari semua perempuan yg aku pernah jumpa sebelum ini. Walaupun dah terlambat, aku tetap nak beritahu kau. aku sayangkan kan. dan kalau Zaq tak layan kau dgn baik, aku sumpah akan rampas kau dari dia semula." - Badry


-------------

Bygkan seandainya satu episod malang membunuh segala kebahagiaan yg anda miliki dlm skelip mata, melunyaikan sgala mimpi2 indah yg pernah anda cipta kan. Persoalan inilah yg menemukan saya dgn titik permulaan kisah 'Biarlah Ia Pergi'. Saya cuba membygkan betapa rapuhnya titian perjalanan hidup yg harus kita rentasi. saya mahu membawa pembaca meneroka hidup Alissa Othman, gadis yg tidak penah mengenal erti putus asa meski pun hidupnya beronar derita.
~Liza Nur~

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak!

Terbanglah Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Terbanglah Sayang
Penulis: Aina Emir
Terbitan KarnaDya
Cetakan 1 & 2: Tahun 2010
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
568 mukasurat


hmmm jenis novel yg membuat aku terkedu sbb tak sangka penulis akan membawa kita ke satu konklusi yg kita langsung tak jangka di sepanjang pembacaan. Smart! There's a little devil in every soul. And this one is a very very smart one.


Fiya dan Inaz adalah sepupu dan jiran. Diorg ni mempunyai rupa yg hampir sama tapi karakter diorang jauh berbeza. Inaz lebih kepada jenis yg loud dan Fiya lebih kepada jenis yg low profile. Memang Fiya lebih menonjol sbg heroin cerita ini kerana Inaz kelihatan sgt gelojoh dan gedik walaupun dia baik hati.


Pertemuan diorang dan kawan2 dengan Arash dan kawan2 mencetuskan perasaan baru di hati setiap mereka. Inaz memang awai2 dah booking Arash yang menepati citarasanya. Dia nak pasangan yang badan berketul dan hensem. Arash bagaikan bonus terbaik utk nya dah la hensem, muscular, pilot jet TUDM pulak tu.


Fiya kelihatan selesa dgn Faris walaupun sebenarnya dia sendiri ragu2 menerima lamaran Faris. Inaz memang awai2 reject Faris dan tak setuju Fiya kawin dgn Faris. Dia berjaya menggagalkan perkahwinan Fiya di saat2 akhir. Dan tanpa diketahuinya yg sebenarnya dia telah didorong berbuat begitu. Tapi Inaz tak pernah tahu bagaimana dan siapa.


Arash yg mula berbaik dgn Inaz kelihatan lebih tertarik pada Fiya. Ketika mengetahui Fiya tak jadi berkahwin sedangkan tarikhnya sgt hampir, Arash pergi menawarkan diri sbg pengganti Faris sbg pengantin.


Mereka jatuh cinta dan bahagia tapi kembalinya Inaz setelah menghilangkan diri (kerana rasa bersalah menggagalkan perkahwinan Fiya) telah menimbulkan rasa menyesal di hati Fiya. Dia menjauhi Arash dan seperti nak bagi chance utk Arash berbaik dgn Inaz. Arash mencari pengganti terbaik utk Inaz yg sudah dilanda depressi. Fiya pulak hidup dgn pelbagai spekulasi yang berlegar dgan sendirinya dlm kepala otak dia. Walaupun dia cuba menjauhi Arash, tapi dia sentiasa mencari semula Arash apabila rindu sudah tidak tertanggung.


Kisah cinta ini turut diselit dgn pencarian Arash. Dia mencari ibu bapa kandungnya setelah mengetahui dia anak angkat. Pencariannya berakhir dgn sesuatu yg amat membahagiakan :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Best Friends Forever (BFF)... merupakan ungkapan yg sering diucapkan 2 org teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yg sering mendpt gelaran 'kembar'; ke mana-mana shj, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.


Pun begitu, mereka bagaikan sedang dlm satu pertandingan utk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing2 berentap utk berada di depan.


Inaz, suka yg rancak dan kecoh, sedang mencari seseorg yg baik budi, menambat hati. Suka kpd yg bertubuh tegap... asal tidka mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dgn tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yg diimpikan?


Fiya pula, seorg yg pintar, suka kepada 'nature', minat aktiviti lasak, sayang kpd haiwan sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.


Munawarah dan Melissa, teman baik yg cuba menjadi org tengah, penasihat... mungkin juga pembelot?


Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel... dgn 4 org jejaka di atas gunung lagenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai persoalan dan teka teki.


Novel ini akan temukan pembaca dgn pelbagai karakter yg berbeza kerjaya, mendekatkan kita dgn wira-wira negara, yg mgkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yg dirasai oleh seorg anak angkat yg cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yg menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yg akhirnya terpaksa lakukan transformasi?


Sukarkah utk menerima kekalahan dan payahkah utk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yg bergelar insan yg disusun indah dlm novel 'Terbanglah Sayang'.

Monday, August 9, 2010

Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta
Penulis Ahadiat Akashah
Terbitan Ahadiat Akashah Sdn Bhd
RM11.90
237 mukasurat
cetakan pertama 1996


Bab-bab dalam novel ni ada tertulis tahun bagi perkara yg sedang diceritakan. Ada yg tahun 90-an ada yg tahun 2005 dan ada yang tahun 60an - 70an. Mula-mula aku mmg jadi biol sikit. Sbb bila tahun tu di bahagian atas sekali dan tak diserap ke dalam cerita, aku jadi lost sikit. beberapa kali kena flip balik ke belakang utk cek time frame cerita.


Ini adalah kisah Ryan dan Rin. Kedua-duanya mempunyai kisah hitam dalam hidup mereka. Mereka bertemu di sebuah pantai dan di pantai itu juga mereka berpisah sebelum cinta sempat bersemi.


Ryan melarikan diri dari bebanan kerja dan timpaan perasaan dilukakan kekasih. Rin pulak balik balik ke negeri asal setelah sekian lama berpergian. Ryan balik semula ke KL setelah didebik x-pakwe Rin, Rendra, yg masih tergila-gilakan Rin. Derita perasaan Ryan makin menjadi sehingga dia jadi pemabuk. Kisah Rin lebih hebat konfliknya. Dia anak sepasang suami isteri melayu tapi wajahnya sebijik wajah anak mat saleh. Setelah dewasa barulah terbongkar kisah rupa2nya ibunya memadu kasih dgn lelaki inggeris yg juga merupakan sahabat ayahnya. Patutlah ayahnya bersikap dingin terhadap ibunya tapi ayah dia tetap sayangkan dia.


Pertemuan kedua dgn Ryan membawa mereka ke jinjang pelamin. Rendra muncul semula menagih kasih Rin. Pengakuan Rendra mengidap Aids menggamit simpati Rin, entah bagaimana mereka terlanjur lagi. Aduih, dah jadi bini org masih nak bermesra dgn org lain. Walaupun sekali saja dia terlanjur, kesannya amat besar dalam hidupnya. Dia mengandung. Mulanya ingatka anak Ryan, tapi bila anak tu lahir kembar (salah sorangnya meninggal dunia) dan ada lesung pipit sebijik mcm Rendra, Rin yakin itu bukan anak dia dgn Ryan tapi anak dia dgn Rendra. Macam sejarah berulang pulak dlm keluarga Rin.


Bapa kandung Rin datang melawat keluarga mereka. Ayah Rin melayannya dgn baik tetapi dia ada perancangan jahat. Dia sabotaj bot yg bakal dinaiki Douglas dan sudah pasti Douglas akan mati ditelan laut ganas. Tapi takdir Tuhan lebih perit. Anak dan menantu kesayangannya turun menyertai Douglas lalu kesemua mereka lemas di lautan ganas. Adakah anak perempuan yg ditinggalkan Rin akan mengulang sejarah hitam Rin dan ibunya? Bersuami tapi melahirkan anak lelaki lain?


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb belakang buku:


Sekuntum bunga adalah detik mula
Sekeping kad sebagai pengerat
Seraut cinta lambang dua hati menjadi satu
Dan, air mata sebagai penentu...


KL-London

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
KL-London
Penulis: Ahadiat Akashah
Terbitan Ahadiat Akashah Sdn Bhd
RM12.90
248 mukasurat
cetakan pertama 1997


Sejak kecil lagi Irina menyimpan impian utk ke Kota London bersama ayahnya yg penyayang. Tapi sayang ayah dia jadi gila setelah gagal dlm perniagaan.


Impian Irina tetap terlaksana, namun ayahnya tidak dapat bersama dan masih belum menunjukkan tanda2 akan sembuh.


Perubahan Irina telah menarik perhatian jejaka tampan sekolahnya Teddi. Mereka sama2 melanjutkan pelajaran ke London dan di sana mereka menjadi pasangan kekasih yg bahagia. Teddi tu anak orang kaya dan kerap la jugak balik malaysia kalau bercuti. Pertemuan semula dgn bekas kekasihnya, Erni menggugat cinta Teddi terhadap Irina. Teddi jadi lupa dan semakin mabuk cinta dgn Erni. Tindakan Erni yg tiba2 saja sudi menjadi isterinya menggembirakan Teddi namun setelah anak mereka lahir, maka terserlahlah kecurangan Erni.


Teddi cuba meraih cinta Irina kembali. Dia percaya masih ada harapan bersama Irina.


sure fine whatever
rinn





blurb/sinopsis belakang buku:


Irina...
Dari KL ke London aku mengejarmu
Irina...
Setiap saat aku merinduimu
Irina...
Please say you love me too!

Sunday, August 8, 2010

Antara Benci dan Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ida Farisya
Antara Benci dan Rindu
Penulis: Ida Farisya
Terbitan Kaki Novel
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
537 mukasurat.


"Aku benci zaman silamnya tapi aku rindu pada kasih sayangnya."


Buku ni aku baca tanpa meletakkan sebarang expectation kerana secara umumnya aku tahu ni cerita kawin paksa. Mungkin jugak sebab sebulan dua ni, buku2 yg aku capai kebanyakannya membicarakan cerita kawin paksa sehingga aku susah nak differentiate setiap satunya. But this one somehow stood out.


Cerita ini bermula setelah penceraian berlaku antara pasangan yg awalnya berkahwin secara paksa. Ceritanya diselangseli dgn flashback bagaimana tersiksanya Ifa menjadi isteri kepada lelaki seperti Yusrizal. Penceritaan present-past yang dipersembahkan sangat kemas dan tidak mengganggu pembacaan. Malah kisah Ifa sangat menyentuh perasaan dan tangkap nangis lah.


Ifa menghilangkan diri selama kira2 5 tahun. Dan kemunculannya semula telah menarik perhatian Yusrizal dan keluarganya yg mahu dia kembali sbg isteri Yusrizal. Ifa sudah serik dan bertegas tidak sekali-sekali akan menerima Yusrizal semula. Penceraian mereka dulu berpunca dari Yusrizal yg menduakan Ifa, malah memadu asmara dgn kekasihnya, Anne di rumah mereka. Nasib baik lah masa Rizal kantoi tu adiknya ada sekali. Tak dapatlah Rizal nak mereka2 cerita utk memburukkan Ifa.


tempoh 5 tahun nyata telah merubah Rizal yg sudah bercerai dgn kekasihnya Anne. Perubahan itu juga menjadikan Rizal tekad utk menerima Ifa semula demi menebus segala dosanya terhadap Ifa.


Daniel, bekas kekasih Ifa sebelum dia berkahwin dgn Rizal, cuba memikat semula Ifa tetapi Ifa menolak kerana Daniel tu dah bertunang. Dia tak nak melukakan hati tunangan Daniel. So semasa ibunya memerlukan wang segera utk menampung kos pembedahan, Ifa langsung tidak menghubungi Daniel, tapi sebaliknya mencari Rizal utk bantuan kewangan. Bagi aku RM30,000 utk seorg pensyarah spt Ifa bukanlah sesuatu yg membebankan. Rasanya nilai tu agak rendah, lainlah kalau dia memerlukan RM100++ ribu dengan segera. Rizal setuju menyerahkan RM30ribu dgn syarat Ifa menjadi isterinya semula. Ifa terpaksa bersetuju demi menyelamatkan ibunya.


Menjadi isteri Rizal buat kali kedua memang jauh bezanya. Dia dilayan bagai puteri dan Rizal adalah lelaki yg sgt budiman tetapi Ifa masih lagi tidak dapat melupakan Rizal yg dulu. Dapatkah Rizal yg gentleman dan romantis tu mencuri hati Ifa?


scene Ifa kena culik tu aku rasa mcm 'add on' saja, tapi scene tu menambahkan elemen thriller ke dalam cerita ini. Aku lebih suka cerita ini sebelum Ifa dan Rizal berkahwin semula. Lepas diorang kawin tu biasala, Rizal tu terlebih romantik lah pulak.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb belakang buku:


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorg lelaki yg dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.


Dalam masa yg sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorg wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.


dlm usahanya mengelak utk jatuh cinta dgn Yusrizal, semakin banyak sifat positif yg terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dgn kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.


apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.


sinopsis di website Kaki Novel:

Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.


Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?


Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.
Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.


Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.
Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Thursday, August 5, 2010

iCe rOOm




Unplanned betul, tetiba jer aku end up kat Ice Room yg peah kata kat cheras tu. huhu... setelah meredah ujan dan jem, kitorang pekena aiskrim! brrrrrrrrrrrrr sejuk. Tapi worth the trip. mcm2 ice cream ada. kalo korang peminat ice cream, memang wajib mai sini dan rasa sendiri. makanan dia pun sedap la jugak. paling yg aku tk bleh lupa, "laaa megi ke?" hehe... ;)






Sunday, August 1, 2010

Hoorey!

Rating:★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ahadiat Akashah
Hoorey!
Penulis Ahadiat Akashah
Cetakan Pertama 1994
Cetakan ke6 2001
RM8.90
122 mukasurat


Cerita ni telah diadaptasi ke 13 episod drama pada tahun 2002. aku pun tak perasan pulak citer ni. dulu aku kira jenis rajin gak tengok tv.


Kisah ni jenis thriller adventure. pengembaraan 5 remaja utk menghabiskan cuti semester menjadi pengembaraan penuh misteri dan melibatkan harta karun yg menjadi rebutan.


lawak la part diorang kena tipu dgn mamat tattoo udang masa nak amik sampan kat pelabuhan. tambang RM4.00 jadi berganda ganda tuuuu.. haha.


Penyerahan barang2 misteri oleh seorg pakcik yg pernah kehilangan anak isteri di pulau itu membawa remaja2 itu ke kawasan mistik pulau itu dan hartanya menjadi rebutan beberapa pihak. Kehadiran Jali membawa mereka menghampiri penemuan harta karun yg tak pernah diorang termimpikan, namun adventure mereka tidak berhenti di situ...


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb belakang buku:


Di Pulau Ixora yg indah... tersembunyi rahsia yg aneh. Misterinya tiada siapa yg tahu. Sehinggalah 5 remaja mencungkilnya! Siapa yg empunya harta karun itu? Benarkah sumpahan akan melanda... sesiapa saja yg mengambilnya? Berjayakah mereka menemukan harta karun itu?

Gerimis Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Meen Zulaikha
Gerimis rindu
Penulis: Meen zulaikha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
isbn: 9789831244616
494 mukasurat


"Tempias kasihmu sudah cukup menyelimuti nuraniku yang tandus"


Bila sebut gadis cantik yg jadi pemandu, tentulah aku teringat pada karya Siti Zabeha, Diusik sayang dan Cinta Kau dan Aku by Siti Rosmizah. Ailani ada natural background sbg pemandu dan pelumba haram yg pantang dicabar. Dia ada tabiat buruk utk berlumba ketika memandu di jalan raya. Dia terlibat dlm sebuat kemalangan yg meragut nyawa maktok yg dikasihinya. Hidup bersama ayah dan ibu tiri menyiksa hidupnya tambah2 pula dihasut pelbagai cerita negatif dari ibu saudara. dia tak dapat menerima Hamimah sbg ibu tirinya walaupun Mimah telah mencuba sebaik mgkin utk memenangi hati Ailani. Lani terkilan apabila disalahkan keluarga sendiri atas kematian maktok.


Pergaduhan besar dgn ayahnya telah menyebabkan Lani keluar dari rumah dan bermulalah episodnya tinggal bersama Mayang dan Tim. Setelah beberapa bulan gagal membayar sewa rumah, Lani terpaksa mencari kerja. Namun sikapnya yg ego dan memilih kerja menyebabkan dia tidak menjadi pilihan mana2 majikan. Dia terpaksa menerima pekerjaan sbg pemandu airport limo yg membayar gaji harian. Kecekapan pemanduan yg selama ini disalahgunakan, disalurkan dgn betul kali ini.


Pertemuan dgn Dato' Rahim membuka lembaran baru dlm hidupnya. Dia ditawarkan bekerja sbg pemandu. Lani menerima kerana ingin lari dari suami ibu saudaranya yg memburunya utk mendapatkan geran tanah maktok. Farid tu kaki judi, Lani sanggup mati utk mempertahankan harta maktok dari tergadai akibat sifat gila judi Farid.


Anak Dato' Rahim, Fatimi mencurigai niat sebenar Ailani diambil sbg pemandu, malah setelah pemandu mereka kembali bertugas, Ailani diambil menggantikan tempat setiausaha Dato' Rahim yg cuti bersalin. Li memberi idea kpd Fatimi utk mendekati dan melukakan hati Ailani sebelum gadis muda tu menjadi ibu tirinya. Tetapi Fatimi jatuh hati sebelum usahanya menunjukkan sebarang hasil.


Dia mula memahami Ailani. Tetapi keindahan perasaannya tergugat apabila Jasmin menyebarkan fitnah berkaitan Rm10,000 yg pernah dihulurkan kepada Ailani oleh Dato' Rahim. Tidak semurah itu Ailani menggadai maruahnya. Macam mana nak pujuk balik Ailani yg sudah patah hati?



Cemana la bleh terima pinangan and then bernikah tanpa tahu nama pasangan? Cuak jugak bila Dato' Rahim yg muncul di hari pernikahan Ailani.


Li ngan Tim tu cute lah! Tak sangka pulak Sayangku Fatimah tu nama betui Tim. haha.


sure fine whatever
alongside





sinopsis/blurb belakang buku:


Ailani dibesarkan oleh neneknya dgn penuh kemanjaan dan kemewahan. apa sahaja yg diingini akan dipenuhi.
akibatnya dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani berlibat dlm kemalangan yg menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.


Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limosin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan utk menyara diri. Konflik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato' Rahim. Dia rasa terhina dgn sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.


Di mata Fatimi pula, gadis ego spt Ailani hanya berniat utk mengikis kekayaan ayahnya dgn terbongkarnya rahsia sekeping cek. dia makin tercabar bila gadis itu dilantik pula sbg pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia utk menghadapi tindakan Fatimi.


Kini, barulah bertemu buku dgn ruas!



Coke and Sundae

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ilya Abdullah
Coke And Sundae
Penulis: Ilya Abdullah
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
368 mukasurat
isbn: 9789675067518


'Syakir:
"Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh kucari,
mana nak sama dgn Miss Coke ku seorg."


Azyan: "Pak Sameon menoreh getah,
pigidah!!!"


Rasanya baru beberapa minggu yg lalu lynn suruh aku google 'Coke and Sundae' tup tup tengok dah kuar buku. So aku komen kat review ni saja lah ye lynn ;)


Tengok tajuk jer kita dah terasa-rasa keselambaan cerita ini. Dulu aku pernah tengok cerita Thailand yg ada tajuk ala-ala macam ni iaitu "Soda & Ice Tea" :) Heroin yg ditampilkan dalam cerita Coke and Sundae ni memang lain dari yg lain. Dia sangat kuat. hehe. Selalunya bila heroin dirujuk sbg kuat adalah ketika dia tabah menerima dugaan dlm hidupnya. Tapi si Azyan ni kuat as in mencepuk, membelasah dan menghadiahkan lebam2 fizikal kpd org yg cari pasal dgn dia. Rasanya physically dia tak lah kuat, cuma dia mahir teknik2 tertentu utk menjatuhkan lawan so itu menjadikan dia kelihatan kuat.


Alam remaja yg semakin ditinggalkan menjadikan Azyan mahu berubah mjadi lebih feminin hinggakan tiga jejaka (bapa dan 2 abgnya) istimewa dlm hidupnya terlopong. Walaupun perubahan dia macam jadi tak jadi, tetapi dia tetap mencuba.


Syakir ni sejak zaman skolah lagi dah syok kat Azyan. Tapi tak penah rasa takut akan kehilangan Azyan wpun dia tak penah confess cinta dia kat Azyan tapi dia yakin suatu hari nanti Azyan akan jadi isteri dia. Tapi perubahan Azyan yg jadi lebih feminin tu membuat Syakir sgt bimbang kerana rupa cute yg sebelum ni hanya dia sorang nampak sudah terserlah di mata semua org tambah2 jejaka2 saingannya spt Haziq, Zekri, Rizlan, malah Syamir, adik Syakir yg baru masuk 13thn tu pun jatuh hati dgn Azyan.


Jejaka idaman hati Azyan adalah lelaki yg lebih kuat darinya. Azyan jatuh hati dgn luaran Haziq tapi syg Haziq tu lari lintang pukang bila diganggu sekumpulan samseng, last2 Azyan yg kena mblasah diorg semua utk selamatkan Haziq. Reject! Zekri? Romeo tahap tak hengat. Reject! Rizlan? Mamat hensem yg kaya dgn badan macho berketul2. Perfect!


Syakir? Tak masuk list langsung. Azyan bencikan Syakir sbb Syakir selalu memaksa dan setiap kali Syakir berjaya membuat dia melakukan benda2 yg dia sendiri tak terfikir nak buat seperti jadi heroin utk teater dan pegi berkhemah. Syakir tu terer bab mengugut. Tambah2 dia ngam ngan bakal2 abg ipar dan pandai approach bakal pak mentua dia, Mejar Idris yg bermisai melintang tu.


Rasanya kalau Syakir tu tak garang sangat dan gentleman sikit, mesti azyan suka. Wpun dulu masa skolah Syakir ni cicak kobeng, tapi la ni dah macho. Macam mana akhirnya cik gorilla jatuh cinta ngan encik doktor cicak kobeng? Mula2 jatuh lubang dulu lepas tu baru jatuh cinta. heran aku gak mula2 cemana tengah2 utan tetiba ada lubang. memang ganas idea budak2 teater tu. Nak buat cemana, dah hero heroin pun ganas semacam.


Biasanya hero mcm Syakir tu aku tak suka sgt sbb suka buli dan menyakitkan hati heroin, tapi memandangkan heroin nya adalah Azyan yg sama jer tahap buli dgn Syakir so aku rasa diorang sangat perfect 2gether! :) gila-gila la penulis citer ni, nasib baik dia tak pilih tajuk Gorilla vs. Cicak Kobeng! haha... Coke and Sundae adalah tajuk yg sangat catchy ;)


Paling lawak part masa Azyan mengigau dlm hutan tu. Tetiba jer dia bangun dan jerit nak bunuh syakir n then dia tido balik. Bebudak camping tu nak gelakpun tak berani sbb takut kena cepuk dgn Syakir. hehe.


sure fine whatever
alongside


sinopsis/blurb belakang buku:


Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...


Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya.


Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!


Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan.


Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.

sinopsis di web kaki novel
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

Castle Cinta Deaday

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Indah Hairani
Castle Cinta Deaday
Penulis Indah Hairani
Penerbit Buku Prima
Cetakan Pertama 2010
RM18.90
Sabah/Sarawak RM21.90
486 mukasurat


"aku benci sangat! Tapi kenapa aku rindu?"


Jadi seorg Hidayah memang memeningkan. Kita yg baca ni pun tumpang pening utk dia. Maknyer berkeras memanggilnya Oyie manakala bapak dia punya dok panggil dia Deaday. Sepupunya si Meen tu pulak sekejap panggil Oyie sekejap panggil Deaday. Mak Kiah tempat dia bekerja sbg pembantu rumah pulak panggil dia Dayah. Boleh conflict jiwa mcm nih. hehe.


Di awal cerita aku kurang faham kenapa Hidayah yg anak org kaya raya meliana tu nak kerja sbg pembantu rumah sedangkan dia tak ada kemahiran dan memang tak gemar langsung keja2 rumah. Mungkin dia nak melatih diri kot supaya tak terus spoiled di rumah sendiri. Dia menolak utk bekerja di syarikat bapanya dan menolak utk menguruskan butik ibunya tetapi dia secara sembunyi2 memilih utk menimba pengalaman sbg seorg pembantu rumah di rumah org kaya yg lain. Alasan yg diberi pada Datuk dan Datin kat rumah nun adalah dia buat 'kerja amal'.


Di sana Hidayah mengerah tulang 4 kerat membuat kerja2 rumah. segala mcm benda dia basuh dari lantai sampai ke baju tanpa rungutan dan Mak Kiah, org gaji senior kat situ pun sgt2 menyenangi Hidayah.


Cara Raziq interview Hidayah tak macam nak ambil pembantu rumah/pengasuh pun. Hidayah pulak mcm gi interview tu utk berdebat saja. Mgkin penulis cuba menimbulkan perdebatan love-hate tapi kelihatannya spt saja nak cari gaduh sdg kan isunya tak der lah besar sgt. Mungkin diorang ni jumpa jer terus rasa nak gaduh2 kot.


Hidayah semasa diinterview dgn Hidayah semasa bekerja mempunyai attitude yg berbeza. Dia tak derlah kuat berdebat semasa bekerja.


Imran Hadi dan Raziq diceritakan dgn seimbang dlm kisah ini. malah perasaan mereka pada Hidayah juga sgt clear. Tapi aku spt tak dapat merasa sebarang chemistry cinta antara Dayah - Imran atau Dayah - Raziq. Chemistry Alina-Dayah adalah lebih kuat, I mean rival chemistry lah. Bagi aku penceritaan antagonis Alina-Dayah berjaya mencetuskan emosi geram bila membacanya dan sangat puas bila Alina terkena BIG TIME di hujung2 cerita.


Baru terlopong org yg dia tuduh mcm2 tu anak org kaya dan bakal CEO kat syarikat besar.


Hidayah tak menunjukkan protes pulak bila diberitahu dia bakal ditunangkan dgn anak sahabat baik ibu ayahnya iaitu Imran Hadi tapi dia macam lebih tertarik dgn Raziq yg terlebih ego dan suka cari gaduh tu. Mcm pelik pulak Hidayah yg berani sorok2 kerja kat rumah org, pasrah saja bila disuruh menerima lamaran utk anak sahabat baik ibu bapanya. Tapi kenapa yg sarung cincin ke jari Hidayah adalah Mak Kiah dan bukannya Datin Hamimah? jeng jeng jeng....


sure fine whatever
alongside


sinopsis/blurb belakang buku


Sejak kecil Hidayah mengalami krisis nilai identiti. Papa mengajarnya menjalani kehidupan seperti remaja lelaki manakala mama pula menginginkan dia menjadi gadis sejati. Memenuhi kehendak mama dan papa membuat dia pening kepala. krisis kemelut berlanjutan hingga kepada soal hati dan perasaan. Imran Hadi seorg yg berkarisma, tenang dan berkaliber. Dia senang dgn lelaki ini. Raziq pula lelaki ego dan sombong hinggakan mereka sering bertelingkah. Namun, jika Raziq tiada, Hidayah akan berasa rindu... siapakah sebenarnya yg berada di hati Hidayah?


"Memang awak buat salah! Awak buat pakaian saya sudah tidak terurus. Awak buat bilik bacaan saya kembali berhabuk. Awk buat saya sepi dan awak buat saya rindukan awak!" ~Imran Hadi


"Sampai bila awak nak sombong macam ni? Saya tahulah awak anak org kaya, awak nak sombong, itu hak awak. Tapi perogol tidak akan ambil tahu awak siapa bila dia jumpa awak! ~Raziq


Kau tau kan aku ego, degil. Hanya org spt dia yg mampu menundukkan kedegilan dan keegoan aku! ~Hidayah


"Kita terlalu akrab Ziq hingga setiap percakapan hati kau dpt aku dengar dan fahami" ~Imran Hadi


---------------
Karya kali ini agak berbeza dari karya-karya saya yg lepas. Karya ketiga ini telah membawa saya menerokai perasaan remaja. Sewaktu menyiapkan CASTLE CINTA DEADAY saya kerap kali tertawa kecil dan adakalanya saya mengelus dada. Pedih dan ngilu. Cinta mampu mengalahkan segala keegoan. Saya menganggap CASTLE CINTA DEADAY ini sebagai buah tangan kpd peminat novel remaja.
~Indah Hairani~