Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

 

Salam Aidilfitri buat semua yang sudi menjengah teratak buruk aku yg semak samun ini. Memandangkan most of us saling mengenali melalui tulisan, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya coretan aku menyinggung perasaan. Semoga Ramadhan yg meninggalkan kita membawa sejuta keberkatan dan semoga Ramadhan tawaran hebat di bulan mulia ini telah berjaya kita rebut sebagai pengiring amalan kita di akhirat nanti.

Selamat tinggal sayangku, Ramadhan. Semoga Allah mempertemukan kita lagi di tahun hadapan. Aku sudah mula menganyam rindu buatmu. Terima Kasih kerana menemani hari-hariku dan menyerikan malam-malamku. Tangisanku mengiringi pemergianmu dan kedatanganmu akan kunantikan dgn penuh syahdu demi meleraikan rindu yg setahun terbendung. Ya Allah, temukanlah kami semula ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin.

3 comments:

  1. "Selamat tinggal sayangku, Ramadhan. Semoga Allah mempertemukan kita lagi di tahun hadapan. Aku sudah mula menganyam rindu buatmu. Terima Kasih kerana menemani hari-hariku dan menyerikan malam-malamku. Tangisanku mengiringi pemergianmu dan kedatanganmu akan kunantikan dgn penuh syahdu demi meleraikan rindu yg setahun terbendung. Ya Allah, temukanlah kami semula ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin."...

    .......Insya-Allah....Amin Ya Rabbal Alamin....

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. Amiin. Salam Aidilfitri pada kak Rinn skeluarga.. mohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita.. smoga ceria slalu.. hati2 djln.. ;)

    ReplyDelete
  3. :) raya tahun ni tak rushing. budak2 pun tak der la ramai sangat. Jumaat 17hb dah kena masuk keje. elok gak balik awai. jalan pun tak sesak, kepala pon x pening. thanks na, ti. :) Syawal dah banyak hari, posa 6 pun tak langsai lagi. huhu. chaiyok! chaiyok! harap2 dapat completekan sebelum syawal berakhir.

    ReplyDelete