Tuesday, September 7, 2010

Tak Secantik Husna

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ainul Hazrah
Tak Secantik Husna
Penulis: Ainul Hazrah
Cetakan Pertama 2010
RM19.90
RM22.90 Sabah/Sarawak
488 mukasurat
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd


"Setiap kali kulihat wajahmu, bergetar seluruh sukmaku"


Jenis cerita yg tak sangka kita akan teruja utk terus membaca hingga ke muka surat terakhir. Mungkin sbb nama penulis di kulit buku ini kelihatan baru. Kalau bukan DD yang rekemen, memang aku tak der lah membacanya seawal ini sbb buku2 yg dah lama aku beli pun belum sempat lagi aku bukak plastiknya.


Pemilihan tajuknya menarik. Mungkin akan menetapkan mindset pembaca semasa membaca tapi pada masa yg sama kita berdebar2 menanti keputusan Hariez dalam memilih seorg dari cucu maktok sbg isteri.


Pilihan yg dibuat Hariez dalam masa yg singkat mgkin membuat kita terfikir, takkan sepantas itu sudah cukup membuktikan cinta Hariez. Ternyata ada dugaan besar menantinya dan menempuhnya dgn semangat cinta yg berkobar-kobar.


Maktok tu memang buat kiter rasa mcm nak tenyeh2 dia biar hilang dari mukasurat2 novel ni. Kesian sgt kat Tija yg byk berkorban tu menjadi mangsa tohmahan Maktok.


Aku nak citer banyak pun kang mengganggu surprise cerita pulak. Secara kasarnya, kisah ni tentang Hariez yg baru pulang dari Dubai. Opah dia nak dia kawin dgn salah sorg cucu maktok sbb diorg penah berjanji dulu. Hariez akur kerana dia tak mempunyai pilihan hati lgpun dia memang ingin mempunyai keluarga sendiri.


Dia dibenarkan memilih seorg dari 7 cucu maktok yg masih single dan available. Wajah pertama yg mencuri hatinya adalah Husna yg mempunyai pakej lengkap sbg isteri pilihan. Maktok pun mcm confident saja Husna, cucu sulungnya, akan menjadi pilihan Hariez sehinggalah Tija muncul. Tija adalah cucu bongsu maktok. Dia cantik dan ceria tetapi dia tidak secantik Husna. Perhatian Hariez yg 100% kpd Husna sudah terbahagi persen nya. Tija masih terlalu muda, lulusan SPM yg sudah bekerja dan berpewatakan ceria riang ria, manja. Husna guru lepasan ijazah yg bijak dan bersopan santun.


Hariez digambarkan seorg jejaka kacak yg menjaga solatnya, malah menjadikan solat sunat sbg hiasan amalannya. Tetapi bila dlm pergaulan, dia tidak kekok mendekati dan memegang tangan gadis pilihannya yg belum dinikahinya. Seperti ada yg tak selari pulak character ni.


Malah dlm cerita ni spt menghalalkan hubungan antara sepupu yg seperti adik beradik. bergurau senda bertepuk tampar seperti adik beradik kandung. Memang antara mereka hanya wujud kasih sayang adik beradik tetapi hakikatnya mereka sah berkahwin jadi saya rasa kurang wajar kemesraan antara sepupu lelaki dan perempuan yg sudah baligh yg bebas bersentuhan.


SElain daripada itu, saya suka cerita ini yg saya rasakan sangat lain daripada yg lain. Cerita yg membuat kita ketawa dan menangis. Penulis bijak menzahirkan emosi watak2nya membawa kita turut merasa kegembiraan dan kesedihan mereka. Tahniah buat penulis.


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Luqman Hariez disuruh memilih salah seorg daripada tujuh cucu perempuan maktok utk dijadikan isteri, sementelah untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan maktok.


Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bhw Husna, gadis yg paling cantik dan lemah-lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yg sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yg bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dgn kasih sayang dan keceriaan.


Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihan hatinya telah mendapat tentangan hebat. Bagi hariez, itulah pilihan yg paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.


Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yg singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya?


"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab utk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yg membuatkan aku rasa bahagia..."
-Luqman Hariez-


20 comments:

  1. sbb pertama beli bk ni : Husna nama anak-saudara yg disayang sgt2... ayu mcm nama dia jgk... hehehe
    sbb kedua beli bk ni : tajuk yg unique
    sbb ketiga beli bk ni : cover pic yg ceria
    "Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab utk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yg membuatkan aku rasa bahagia..."
    -Luqman Hariez-
    >>>>>bila "pak Arab" meluahkan perasaan..phuh!!! terkejot kejap!! hahaha...ni la org kata....true love knows no boundaries... **wink2**

    ReplyDelete
  2. adik... nk "tak secantik husna" or "biarkan ia pergi" ???
    cepat pilih..nanti dpt advance b'day gift.... hahahah

    ReplyDelete
  3. adik...nk "tak secantik husna" or "biarkan ia pergi" ????
    cepat pilih...nanti bleh dpt advance b'day gift!! hehehe

    ReplyDelete
  4. ti, memang enjoy baca citer nih. ingat ker lepas bulan posa smpat baca byk lagi buku. tapi tahap kemalasan lagi meningkat nampaknya. *sighs

    ReplyDelete
  5. "....tapi tahap kemalasan lagi meningkat nampaknya"...
    woooopsss!!! welcome to the "Capital M" Club !!! hehehe...Ti ade geng rupe2nyer yer...

    ReplyDelete
  6. huhu... geng M! sungguh tak berfaedah. haha. ada buku yg dah baca masa bulan posa hari tu pun tak review lagi. dilanda M jugak.

    ReplyDelete
  7. cun pun sama dilanda M... byk novel dah baca semua lum riview...aduh...

    ReplyDelete
  8. klu dua2 boleh x hehehe...tamak lak cun ye...
    alah kak ti xyah susah2 la...
    tp klu nak bg gak terpulang pada kak ti....eerrr... leh lak kena buat pilihan ye...hehehe

    ReplyDelete
  9. hahaha....insya-allah October nanti tiba la tu... :))

    ReplyDelete
  10. segan btul cun ngan kak ti heee...

    ReplyDelete
  11. kalau rinn dah bagi 4 bintang kena masuk list.... skrg ni banyak crita yang mcm sama jer.. boring nk baca... kot skrg musim mls membaca... ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  12. dah btul la tu alice. mmg skang musim malas membaca hehehe

    ReplyDelete
  13. betul tu Rinn sonbae--saya ngan sepupu lelaki mana ader camtu --dah ilang akal ? mau kene tenyeh ngan umpat ngan mak2 sedara..hu..hu..inikan lagik nak dukung2..x der maknernyer labu...

    ReplyDelete
  14. tak mustahil ada yg rapat mcm tu tapi tu lah, tak wajar.

    ReplyDelete
  15. pesta buku apa? tak tau lah pulak.

    ReplyDelete
  16. uik? xtau ke yg alaf ada wat pesta buku.
    29-31/10

    ReplyDelete
  17. baru tau lepas tengok web alaf 21. skrg ni memang dah jarang surf web utk info buku baru.

    ReplyDelete