Seminggu dua ni aku kurang selesa. Kepala kadang2 berdenyut sbb gigi geraham bongsu yg paling bongsu tengah nak membesar. Aduih. Dah la masa tu musim openhaus, memang cari makanan yg jenis tak yah kunyah2. telan jer terus. Keadaan mcm ni buat aku rasa nak berehat jer. Mood membaca pun merudum sikit. Yg dah baca sebelum2 ni pun byk lagi yg aku tak sempat nak review. ntah2 dah lupa, kena baca 2nd round.
Org kata masa tak brapa nak sihat macam ni lah baru nak spend lebih masa kat sejadah, usap2 al Quran (memang pon!) muhasabah diri. Aku ada baca buku tentang petanda kiamat. Dari dulu kala lagi petanda2 kiamat sudah diwar-warkan kepada kita dah sekarang memang sudah banyak yg menjadi nyata. Tapi tak ramai yg peduli. Aku tertarik dgn salah satu petanda kiamat iaitu Al-Quran akan ghaib dari mushafnya. Mushaf tu apa? mari kita google!
dari wikipedia english: Mus'haf is a codex or collection of sheets
dari wikipedia melayu: "Mushaf" ialah perkataan bahasa Arab yang secara harfiah, bermaksud "kulit", iaitu kulit buku, tetapi digunakan dalam konteks ini untuk merujuk kepada senaskah kitab al-Quran.
Aku terfikir kenapa salah satu petanda kiamat adalah al-Quran akan ghaib dari mushafnya sedangkan Allah telah memberi jaminan yang al-Quran akan terpelihara hingga hari kiamat. Kadang2 aku pasang mp3 al-Quran sambil aku menyemak bacaan dalam al-Quran. Masa tu aku terfikir, memang al-Quran dalam bentuk mushaf akan ghaib sedikit demi sedikit. Zaman teknologi macam ni al-Quran dah ada dalam versi maya. Bukan dalam versi buku. dah ada versi mp3, versi VCD, versi CD interaktif, versi elektronik. Mungkin suatu masa nanti di rumah2 bukan menyimpan senaskah al-Quran tetapi simpan CD-CD al-Quran atau mungkin hanya fail dalam komputer. bukan kah ini sudah menunjukkan al-Quran ghaib dari mushafnya? Sudah tiada lagi helaian-helaian yang ditutup dua kulit depan dan belakang. Yg ada cuma isinya tapi tiada utk dipegang. ada tapi ghaib. Allah Maha Besar, sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui.
Wallahualam.
true....thts what happening now....zaman technology serba canggih..mostly everything u can access thru cyberspace..
ReplyDeletelain orang lain pendapat tentang kaedah ini...everyone's entitle to their own opinion kan..
but to me personally, senaskah AL-Quran itu lebih berharga dari yg lain2 dialam cyber..
call me old-fashion...i don't mind...sbb kita dulu bermula dari senaskah AL-Quran..so insya-allah...it'll be wif me hingga ke akhirnya...
yep... al Quran tu sebenarnya simbol agama Islam jugak. tapi as we improvise memang lama kelamaan al-Quran versi baru akan take over. Mungkin sekarang kita masih mampu memelihara yg versi buku ni, tapi nanti zaman anak cucu cicit kita, tak mustahil versi buku ni akan diganti sepenuhnya dgn versi digital. Kiamat sudah dekat. Sangat dekat. Al Quran dalam proses ghaib dari mushafnya.
ReplyDeletehmmm.....time to go back to our basic ya....
ReplyDeleteya betul tu Ti.
ReplyDeleteKadang2 kalau kita takut, seram, kita letak al Quran atau sekurang kurangnya surah Yasin dekat dengan kita, atau di hujung kepala kita semasa tidur. Kalau al-Quran versi modern tu, kita nak junjung apa? laptop? mp3 player? dvd player? ntahla macam mana future umat akan datang.
Salam Rinn.. apa khabar? Dah sembuh ke sakit yang berdenyut sbb gigi geraham bongsu Rinn tu? Semoga cepat pulih ye Rinn.. banyakkan bersabar menahan kesakitan tu k..
ReplyDeleteItulah dia zaman sains dan teknologi Rinn.. semakin maju, semakin canggih sehinggakan al-Quran pun dalam versi digital sekarang ni.. kak sofia setuju dengan Ti, walau apa pun.. kita akan sentiasa memegang al-Quran.. menyentuh, membaca dan menyelaknya sehelai demi sehelai... dan yang canggih itu hanyalah sebagai rujukan kita bila perlu...
dah beransur pulih kak sofia :) thanks for asking.
ReplyDeleteyep, saya pun prefer al Quran yg klasik tu. cuma sekadar mengaitkan apa yg sedang berlaku dgn apa yg bakal berlaku pada masa yg akan datang.