Monday, October 18, 2010

Magika

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

.

.

.

 

 

 

 

 

Sempat gi tengok magika ahad lepas :) aku memang suka citer imaginasi mcm ni tapi aku kurang gemar muzikal. Tapi Magika bagi aku ok dan menghiburkan. cuma lakonan watak2 aku rasa nampak sangat berlakonnya mungkin sebab ada nyanyi2 from time to time.


The only person yg membuat aku menangis dan menyentuh perasaan dalam citer ni adalah watak Ogy Ahmad Daud. Memang terbaek dari ladang! (bak kata memanda menteri kpd Gusti Puteri, haha) Watak2 lain semua menghiburkan lah.


 

 

 

 

 

 

 

 

.

.

.

 

 

 

 

 

                                      Awang lembing tu macam mereng la. Hang Tuah and the gang semua dah cakap hang aku. Mahsuri pulak cakap siam dan tak fasih berbahasa melayu. Puteri Santubong dgn Gusti puteri a.k.a puteri gunung ledang dah tua, tapi nasib baik ada ubat mengembalikan usia remaja yg dicipta Nenek Kebayan, dua2 kembali cun. Penunggu Tasik Chini/Naga Tasik chini cuma tau cakap dan nyanyi dua baris ayat saja, so M.Nasir tak payah hafal lirik or dialog panjang, "nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan naga". eh... marsha la lagi best tak der dialog langsung! :) Orang minyak lakonan Nabil adui, geli. Org minyak gila seks. haha. Tapi scene Bad minum muntah dlm botol tu paling maha geli, aku rasa nak temuntah di tempat kejadian. Bad tu nama manja utk Badang. Nak jugak Ayu kat mamat bucuk bacin tu. aduih. Watak yg paling byk dalam citer ni adalah Puteri Bunian (Maya Karin), penuh satu sungai dia saja. Bawang Putih ngn Bawang merah keje juai bawang kat Nenek Kebayan sbb nak bagi budak yg kena kidnap tu nangis byk2.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


.

.

.

 

 

 

 

 

 

                          Filem ni mengingatkan aku kepada lagu "Wishing on a star" dari Mini series channel Hallmark yg femes, The 10th Kingdom. Jenis2 citer mcm ni lah jugak, character dari zaman semasa masuk ke alam cerita2 dongeng popular. Aku sebenarnya dok cari boxset citer 10th kingdom nih. Kalau citer Magika heronya Badang, citer 10th kingdom tu hero dia keturunan Wolf yang makan nenek Little Red Riding Hood. hehe. Scott Cohen dgn Kimberly Williams memang sgt best dalam citer ni.


Filem ni jugak buat aku teringin nak tengok balik cerita Labyrinth yg ada David Bowie tu. si kakak mencari adiknya yg kena culik dgn goblins.

3 comments:

  1. yep. dah start tayang since bulan lepas. semalam tu saja2 jer gi cek sbb ingat ker dah abis show nya. rupanya ada lagi. tu pun dapat seat yg tak jauh dari layar. hehe.

    ReplyDelete
  2. kalau citer Do Re Me...rasa sedap gak tengok....

    ReplyDelete