Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Magika

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

.

.

.

 

 

 

 

 

Sempat gi tengok magika ahad lepas :) aku memang suka citer imaginasi mcm ni tapi aku kurang gemar muzikal. Tapi Magika bagi aku ok dan menghiburkan. cuma lakonan watak2 aku rasa nampak sangat berlakonnya mungkin sebab ada nyanyi2 from time to time.


The only person yg membuat aku menangis dan menyentuh perasaan dalam citer ni adalah watak Ogy Ahmad Daud. Memang terbaek dari ladang! (bak kata memanda menteri kpd Gusti Puteri, haha) Watak2 lain semua menghiburkan lah.


 

 

 

 

 

 

 

 

.

.

.

 

 

 

 

 

                                      Awang lembing tu macam mereng la. Hang Tuah and the gang semua dah cakap hang aku. Mahsuri pulak cakap siam dan tak fasih berbahasa melayu. Puteri Santubong dgn Gusti puteri a.k.a puteri gunung ledang dah tua, tapi nasib baik ada ubat mengembalikan usia remaja yg dicipta Nenek Kebayan, dua2 kembali cun. Penunggu Tasik Chini/Naga Tasik chini cuma tau cakap dan nyanyi dua baris ayat saja, so M.Nasir tak payah hafal lirik or dialog panjang, "nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan naga". eh... marsha la lagi best tak der dialog langsung! :) Orang minyak lakonan Nabil adui, geli. Org minyak gila seks. haha. Tapi scene Bad minum muntah dlm botol tu paling maha geli, aku rasa nak temuntah di tempat kejadian. Bad tu nama manja utk Badang. Nak jugak Ayu kat mamat bucuk bacin tu. aduih. Watak yg paling byk dalam citer ni adalah Puteri Bunian (Maya Karin), penuh satu sungai dia saja. Bawang Putih ngn Bawang merah keje juai bawang kat Nenek Kebayan sbb nak bagi budak yg kena kidnap tu nangis byk2.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


.

.

.

 

 

 

 

 

 

                          Filem ni mengingatkan aku kepada lagu "Wishing on a star" dari Mini series channel Hallmark yg femes, The 10th Kingdom. Jenis2 citer mcm ni lah jugak, character dari zaman semasa masuk ke alam cerita2 dongeng popular. Aku sebenarnya dok cari boxset citer 10th kingdom nih. Kalau citer Magika heronya Badang, citer 10th kingdom tu hero dia keturunan Wolf yang makan nenek Little Red Riding Hood. hehe. Scott Cohen dgn Kimberly Williams memang sgt best dalam citer ni.


Filem ni jugak buat aku teringin nak tengok balik cerita Labyrinth yg ada David Bowie tu. si kakak mencari adiknya yg kena culik dgn goblins.

Monday, August 4, 2008

The X-Files: I Want to Believe

movie The X-Files: I Want To Believe


Akhirnya 2nd movie xfiles muncul juga selepas 6 tahun siri ini ditamatkan. Being a loyal fan, memang la aku look forward to the movie. Sejujurnya movie kedua ni agak mengecewakan. I've seen better one hour episodes compare to this 2 hour movie. Fight The Future dulu (1998) jauh lebih best dari I Want To believe (2008). The only good thing about the movie adalah dapat tengok mulder, dpt tengok scully. lepas la jugak kerinduan nak tengok wajah terkini Duchovny & Anderson reprising their roles.


Walaupun mereka di potray kan sebagai 'pasangan serumah' dalam movie ni,  chemistry diorang dah berkurang berbanding masa dalam series dan first movie dulu. Rasanya those yang tengok series saja mungkin akan faham significant nya watak2 Skinner, Samantha dan William kepada Mulder & Scully. Kalau org yang baru nak tengok xfiles mungkin akan tercengang cengang lah part dialog yg melibatkan nama2 ini.


Duchovny never fail to make me laugh la.. tengok dia berjambang tu saja dah buat aku gelak. Tegelak jugak tengok pensel kuning bercacak kat ceiling. Bg yang penah tengok series, mungkin akan ingat balik yg Mulder ni kalau dia boring, dia akan asah pensel tajam2 pastu buat macam main dat tapi target dia ceiling. Kdg2 kalau tengok siri xfiles tu tengok kat bhg ceiling kat atas meja mulder, mesti ada terpacak beberapa batang pensel :) Perkara2 macam ni makes me korek2 balik DVD lama dan tengok semula my favourite episodes :)


Kisah xfiles kali ni tak der alien. ia tentang saintis rusia yang cuba menyambungkan badan manusia. Beberapa orang hilang dan bahagian2 badan mereka dipotong dan dismbungkan ke badan orang lain. Trailer & the making of menarik.


Good to see Skinner appear towards the end. Alamak rindu pulak aku kat Skinner botak tu. huhu..


sure fine whatever
rinn

 

Friday, June 13, 2008

Tengok Wayang!

Tengok Wayang!

 

haa aku la ni macam kerap lah pulak tengok wayang! dulu mana ada tengok, sejak GSC bukak kat alamanda, ada saja orang yang pelawa aku tengok wayang. Wayang yang first tengok kat alamanda hari tu adalah citer Indiana Jones yang pi tengok ngan Lynn & Sue.

 

Peh tu last week aku ngan amy jer kena tinggal kat rumah.. hang tengok muka aku, aku tengok muka hang.. so we decided utk pegi alamanda dan jengah2 la kot2 ada citer menarik. Kami dua2 agree utk tengok Kungfu panda. Kitorang dpt seat row kedua dari depan. haha.. pastu panggung tu penuh dengan budak2 sekolah rendah. Aduih.. dah la masuk lambat, segan lah pulak haha.. tapi citer kelakar giler. memang enjoy tengok walaupun aku memang terperosok dalam seat sebab nak melenggak tengok skrin tu.

SEbelum masuk panggung dgn Amy tu, sempat la kitorang bergambar kat poster Narnia tu.. aku tengok pemegang kat kerusi tu berkeluk.. haha ntah dah berapa ratus orang duduk bergambar kat handle kerusi tu (termasukla Sue ngan Lynn)

Citer kedua yang aku tengok errmm citer Narnia! dah lama teringin nak tengok, mula2 ingat ker tak dapat tgk dah, nak tunggu dvd copy jer, tapi last monday (9/6/08) yam contact aku dan kitorang balik opis awai dan tengok show yang pukul 5 ptg. Memang puas hati tengok. lagipun aku memang follow dari first movie, tapi aku lagi suka narnia yang first, yang 2nd ni ok la, best jugak, cuma i prefer the first one.

Aku tengok poster kat2 panggung tu ada poster X-FILES! wah! july ni ada citer movie XFILES: I Want to Believe. Mesti nak tengok ni sbb aku follow citer xfiles di televisyen sepanjang 9 season ditayangkan di Malaysia. TAk sabar nak 'jumpa' mulder & scully lagi.

 

Masa tengok promo movies tu ada tunjuk trailer citer WALLIE. macam cute jer citer robot tu.

 

Ha.. ramai kan yang suka citer 'kawin paksa' atau 'kisah cinta selepas kawin'? masa tengok Indiana Jones haritu, ada trailer citer "I'm Not Single" masa tengok poster mula2 tu tak tau lah pulak citer tu sebenarnya citer kawin paksa. Scene2 yang ditunjukkan dalam trailer memang mirip2 dengan kebanyakan kisah cinta lepas kawin atau kisah kawin paksa yang dipaparkan dalam novel-novel. Tarikh tayangannya 24 Julai 2008.

sure fine whatever
rinn