Thursday, November 24, 2011

Valentina Nervosa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nurul Syahida
Valentina Nervosa
Penulis: Nurul Syahida
Editor: Norhawanis Othman
Senior Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.90
Terbitan Buku Prima
9789670184371
muka surat


"Saya rasa wanita paling matang bila putus cinta. Mereka tahu diri dan sedar tentang realiti"


Luka ditinggalkan menyebabkan Mariyyah berduka setiap kali menjelang Valentine's Day. Duka bercampur fobia membuat dia berdebar apabila tarikh yg ditunggu ramai pemuda pemudi semakin dekat. Dia dipanggil Valentina Nervosa disebabkan itu oleh rakan baiknya.


Aku rasakan Mariyyah terlalu memikirkan kedukaannya sehingga enggan melihat segala yang terjadi dari sudut yang positif. Dia sesat dalam kesedihannya sendiri. Nampaknya masa pun belum boleh menyembuhkan dia walaupun 3 tahun sudah berlalu. Aku bosan dengan sikap Mariyyah itu yg turut membuat aku bosan membaca tentang dia. Aku kagum dengan Yaya yg boleh bertahan dengan Mariyyah walaupun 3 tahun telah berlalu.


Yaya terpaksa merahsiakan kisah cintanya dari Mariyyah kerana orang itu adalah abang kepada bekas kekasih Mariyyah. Alarm yang paling kuat berdentum dalam hidup Mariyyah adalah apabila mendapati jejaka yg sudah mula mengalihkan perhatiannya dari Din rupa-rupanya tunangan teman serumahnya. Ketika itu barulah aku suka membaca kisah Mariyyah. Din bukanlah segala-galanya. Dunia ini luas tapi terasa sempit apabila Mariyyah seperti melihat segalanya musnah bersama pemergian Din.


Aduh kesiannya Mariyyah. Alasan si dia kembali kepada tunangannya adalah kerana Mariyyah lebih tabah dan lebih kuat. Memang tak sangka dengan cara Nurul Syahida twist kan kisah Faizah dalam hidup Mariyyah. Terus rasa tak boleh lepaskan buku ini hingga ke helaian terakhir.


Tidak susah untuk meneka peranan Razif kalau anda memang selalu baca hasil karya Nurul Syahida. Dia akan mengangkat watak yang anda paling tidak sangka sebagai hero terbaik utk heroin kita :)

Cover novel ni sangat cantik. Utk tahun ni aku pilih cover ni lah sbg cover paling cantik. hehe.. sweet soft colors :)



sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Mariyyah tidak meminta banyak. Dia cuma mahu meluaskan perniagaannya dan mengahwini teman lelakinya, Najmudin yg telah bersama dengannya selama tujuh tahun. Namun apabila Najmudin meminta mereka berpisah pada Hari Valentine, Mariyyah menyedari banya yang perlu dia mulakan kembali. Sendirian menghadapi fobianya dengan Hari Memperingati Kekasih, dia harus menyelesaikan masalah temannya Faizah yang putus hati, Abang Aziz yang putus tunang dan Amer yang putus harapan. Menambahkan pening kepalanya, dia juga berdepan dengan pengkhianatan kawan baiknya, Soraya dan pekerjanya, Razif yang sukar difahami apatah lagi dikawal. Dengan semua kegilaan dlm hidupnya, dia tidak pasti sama ada dia putus cinta, jatuh cinta lagi atau hanya mahu bersendiri?


"Abang tanya saya okey atau tidak? Saya dah berumur 27 thn, saya masih single, bekas teman lelaki saya nakkan saya balik tapi saya dah tak ada hati dengan dia, lelaki yang saya suka pulak balik kampung dan tak jawab panggilan sampai sekarang, kawan baik saya khianati saya dgn abang kepada lelaki yang saya paling tidak suka dan saya stuck di sini dengan abang membuat kerja yang sia-sia berjumpa seorg jutawan yg tak tahu nak kahwin dengan wanita sebaya dgn diri sendiri!" - Mariyyah


"Well, kalau nak main 'jigsaw puzzle' biasanya kita tak jumpa piece yang sesuai. Kena 'try' banyak kepingan untuk 'piece' dan sesuaikan dengan yang dah siap, kan?"


"Point being?"


"Hubungan pun macam tu, Maya." - Amer (note: dlm novel ayat ni disebut Abg Jeb, bukan Amer)


----------------------------

Suatu masa dulu, seorang teman pulang dari sambutan Hari Memperingati Kekasih dalam keadaan yang teruk. Dia menceritakan kepada aku apa yang telah berlaku dan mengapa dia dan teman lelakinya berpisah pada hari tersebut. Aku terkejut dengan perkataan yg lelaki itu ucapkan dan sejak itu aku fikir mahu menjadikannya sebuah cerita. Bukan semuanya indah pada sambutan tersebut, dan ia bukanlah segala-galanya. Aku tujukan novel ini buat Khairunnisa Kamarudin sahabatku yg tidak pernah berhenti percaya kepada cinta dan kehidupan walau apapun keadaannya.
~Nurul Syahida

2 comments:

  1. Ha..ha saya tergelak sorang-sorang dalam flight maser bacer buku nih.Kawan saya kata saya giler :) . Thanks Rinn for the wishes. Selamat menyambut tahun baru jugak. Saya di Beijing masa received msg tuh. Anyway buku nih mmg best kalau anda suka Nurul Syahida like I do ;p

    ReplyDelete
  2. "Mariyyahyayayaya...nak ke mana yaya"
    hahahaha. cam blh bygkan situasinya mcm mana...

    ReplyDelete