Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Normaslina Masri |
Penulis: Normaslina Masri
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
617 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
9789675118586
Rasa haru kalau jadi Sofea Saloma. Demi mengelak dikenenkan dengan teman sepermainan, Yusuf, Sofi sanggup menerima saranan genius dari sahabat baiknya, Su, untuk mengiklankan pencarian suami di surat khabar. Uish, betul-betul tak nak kan si Yusuf. Kalau dari segi profil aku rasa Yusuf ni memang calon terbaek dah untuk Sofi. Walaupun orang kampung, Yusuf ni hensem dan kaya. Alasan Sofea tak terima Yusuf adalah kerana Yusuf sudah dianggap bagai abang sendiri dan Sofi tak nak berpindah ke kampung dan meninggalkan kerjaya yang disenanginya. 'Anybody but Yusuf?'
Selepas iklan disiarkan, calon sudah dipilih dan kontrak sudah ditandatangan (diwakili Su), barulah Sofi menerima signal-signal positif dari rakan sekerja yang manis, Hisham. Hisham mempunyai perwatakan yang amat disenangi dan mak Hisham pun berkenan sangat dengan Sofi. Sofi tak pernah menyangka bahawa suami iklannya adalah bekas kekasihnya yang pernah meninggalkannya suatu masa dahulu. Aliff kembali bersama anaknya Ain yang bakal menjadi suami dan anak kepada Sofi. Kontrak yang telah ditandatangani akan menyebabkan Sofi kehilangan sebahagian besar dari gaji bulanannya. Tindakan pantas Aliff juga telah memusnahkan jalan Hisham dan Yusuf untuk memperisterikan Sofi. Hmm bila Sofi dah umur 33 baru lah diorang bertiga tu sibuk nak berebut. Masa dia tengah 'single and available' tu tak dak pulak yang rasa nak berkenan atau nak merisik dia. Diorang saja tunggu nombor bertuah 33 kot.
Walaupun berjaya mengikat Sofi, Aliff belum berjaya memenangi semula hati Sofi yang sudah kecewa. Hanya Ain menjadi penawar pada kedukaan Sofi. Memandangkan Aliff ni pernah meninggalkan Sofi tanpa alasan kukuh, aku pun sokong Sofi. :) hanya selepas ketiadaan Aliff barulah watak Aliff kelihatan sangat-sangat menarik. Luahan perasaannya terhadap melalui diari terasa sangat romantis. Dan... selepas ketiadaan Aliff juga watak Yusuf menjadi lebih menonjol dan pantang mengalah. Kalau di kampung Yusuf tu jirannya, di rumahnya pun Yusuf dah jadi jirannya. Memang berusaha keras betul si Yusuf ni. Masa Yusuf jadi degil dan 'over protective' tu barulah kelihatan wataknya berkarisma. Hisham pulak. Dia berwatak konsisten. Tetap manis... :) Kalau korang jadi Sofi, nak setia pada si 'ex' yang romantis, nak terima pilihan keluarga yang hensem dan kaya atau pun nak pilih si dia yang manis?
sure fine whatever
Rinn
blurb/sinopsis belakang buku:
Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.
Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.
Waktu itu baru aku sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!
Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:
Tarikh Iklan : Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz : 2R x 10cm
Edisi (Keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.
Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33 tahun ke atas
(c) bujang / duda sahaja
(d) beragama Islam
Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.
Bijak sungguh NORMASLINA MASRI membawa anda ke sana ke sini dalam Mencari-Suami@JS.Com. Genius sungguh ideanya, anda ingin mencuba caranya? Dipersilakan!
No comments:
Post a Comment