Tuesday, July 10, 2012

Betul ke dah Julai 2012???

Woh! cepat betul masa berlalu tahun ni. Memang sejak awal 2012 aku dilanda kesibukan yang luar biasa. Balik rumah bila rileks2 nak baca buku memang terus tumbang dengan buku2 dan sedar2 dah subuh. :) Letih mengalahkan orang kerja buruh binaan! Bukan kena angkat batu batan pun kat opis tu. Adus... atau mungkin usia sudah semakin bertambah dan cepat saja letih. :p Takpa, hati sentiasa muda remaja.

Lepas edit post yang terakhir tadi mata aku mengira-ngira sudah berapa buku yang aku habiskan tahun ni. hmmm dari senarai kat multiply aku ni ada 30. TIGA PULUH SAHAJA. huh! boleh ker capai target 100 macam selalu? macam kabur jer goal tahun ni. haha. bulan jun sebiji buku sahaja? oh gosh! Yang peliknya tu mood membeli buku tak pernah padam. gatal jer tangan ni menyambar buku. Tapi memang sekarang aku had kan pembelian buku kerana masa membaca aku sudah berkurang. Pressure juga bila tengok buku banyak tapi tak boleh baca.

 

Org yg dah tau kita suka baca buku mestilah hadiahkan kita buku lagi kan? lagilah bertimbun nak baca. yang orang hadiah2 tu la nak baca dulu sbb kadang2 tu asyik tanya dah baca belum? best tak? hmm..

 

Sekarang aku latih diri untuk membaca dalam bas / public transport sbb weekends aku penuh dengan travelling. kadang2 dekat2 dan biasanya jauh2. Aku cuba melawan rasa mual dan pening. taknak buang masa hanya dengan tidur. Buku yang banyak itu mesti dihabiskan! barulah boleh mula membeli buku2 penulis kesayangan. Ada juga buku penulis-penulis yang memang aku teringin nak baca tapi aku tak beli lagi. untuk mengelakkan masalah buku menimbun dan hati gundah gulana dapat nak baca. :) ni namanya, tak der conflict jiwa cari conflict jiwa. hehe.

 

Sekarang makin ramai ya bloggers yang tulis review. Alhamdulillah. dulu masa aku mula2 suka baca novel, jenuh mencari review blog. last2 terpaksa buka blog sendiri ;P. sekarang ni senang jer click jer dah ada macam2 review boleh dapat. FB pun banyak grup yang ahli-ahlinya review novel. tapi ada juga yang cilok dan kopipes review dari sini ke sana. walaupun dipendekkan tapi slang utara dan kesalahan ejaan yang aku terrbuat masih terserlah dalam review tu. so, kalau nak kopipes tu TOLONGLAH mention blog novelcinta.multiply ini atau rinntisan.blogspot ya?

 

okey lah! enough ranting entah apa2. just wanna say, i'm still around. thank you for stopping by from time to time :)

 

sekarang ni dalam proses back up reviews di blog lain juga dan printing untuk rujukan sendiri manalah tau tetiba multiply ni hilang macam yahoo 360 dulu. mcm nak pengsan aku bila yahoo 360 tak bleh access. Banyak entry aku hilang masa tu. Okaylah.. nak stop dulu. masa kerja sudah bermula pada jam 7.30 pagi. See you guys next time. Thanks so much for visiting :)

sure fine whatever

rinn

2 comments:

  1. same here rinn.. huhu.. memang rasa masa macam cepat berlalu dan kadar kelajuan membaca tu dah menurun bila usia bertambah... bila tgk buku yg berlambak kat keai mulalah geram rasa nak beli walaupun kat rumah tu banyak lagi x baca.. nafsu tu membuatkan rasa macam semua buku nampak best aje... sudahnya bila dah beli tak terbaca2...

    ReplyDelete
  2. iejay, sekarang segan sangat2 nak jumpa writer sebab buku tak dpt beli or tak sempat nak baca :/

    ReplyDelete