Showing posts with label kenanganku. Show all posts
Showing posts with label kenanganku. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Syawal makin suntuk...

Baru aku perasan... tahun ni sibuk sangat ker aku sampai entry selamat hari raya pon aku tak sempat post di sini. Kalau dulu aku paling kerap update blogging dan review. Sekarang ni dah semput semput. Mungkin sebab multiply pun dan beransur-ansur nak tutup. Aku pun tengah nak belajar migrate kan blogs dari sini ke tempat lain. tapi tak reti lagi. nak back up blog macam tak reti sbb kita blogging kadang2 ikut tarikh kan?

Apa-apapun aku harap kawan2 di sini had a great FULL MONTH OF SYAWAL. Sempat lagi nak kejar cukupkan puasa enam dua tiga hari ni. Jangan tak cukup pula, bukan selalu kita dapat offer dari ALLAH enam hari berpuasa bersamaan berpuasa sepanjang tahun!

seminggu dua ni aku sangat busy dgn jadual kerja dan personal yg sangat packed. Last week balik saja outstation terus bergegas balik kampung, hangus annual leave aku dua hari. this weekend nak balik lagi ke? ala... gatal jer tangan ni nak gi cari tiket last minit. :) Apa2pun monday ni cuti! so ada janji dgn a few friends nak gi hunting buku! Yaaa sementara semangat membeli masih membara! (membaca tu belum tentu). Sekarang ni tengah update list nak beli buku apa :)

Oklah, have a great weekend bagi yg start cuti esok :) Aku kena keja lagi satu hari! Semoga Allah lapangkan minda dan jiwa kita semua. Semoga yang kita sama-sama mendapat petunjuk dan hidayahNYA dan kekal dalam kandungan hidayah ALLAH untuk menempuh bulan-bulan mendatang. AMIN YA RABBAL A'LAMIN. Dalam mengejar buku duniawi, jangan lupa buku akhirat kita :) .

nak ambil sedikit ruang ini untuk mengucapkan happy birthday to my beloved sister, kaksu. Semoga ALLAH memberkati umur mu. Amin...

(p/s: kaksu, strawberry tu kalau close up ada rupa hidung kita. hahaha. Gambar kek di tangkap sendiri tapi kek kat rumah orang :) tq lynn)

sure fine whatever

rinn

Tuesday, July 10, 2012

Betul ke dah Julai 2012???

Woh! cepat betul masa berlalu tahun ni. Memang sejak awal 2012 aku dilanda kesibukan yang luar biasa. Balik rumah bila rileks2 nak baca buku memang terus tumbang dengan buku2 dan sedar2 dah subuh. :) Letih mengalahkan orang kerja buruh binaan! Bukan kena angkat batu batan pun kat opis tu. Adus... atau mungkin usia sudah semakin bertambah dan cepat saja letih. :p Takpa, hati sentiasa muda remaja.

Lepas edit post yang terakhir tadi mata aku mengira-ngira sudah berapa buku yang aku habiskan tahun ni. hmmm dari senarai kat multiply aku ni ada 30. TIGA PULUH SAHAJA. huh! boleh ker capai target 100 macam selalu? macam kabur jer goal tahun ni. haha. bulan jun sebiji buku sahaja? oh gosh! Yang peliknya tu mood membeli buku tak pernah padam. gatal jer tangan ni menyambar buku. Tapi memang sekarang aku had kan pembelian buku kerana masa membaca aku sudah berkurang. Pressure juga bila tengok buku banyak tapi tak boleh baca.

 

Org yg dah tau kita suka baca buku mestilah hadiahkan kita buku lagi kan? lagilah bertimbun nak baca. yang orang hadiah2 tu la nak baca dulu sbb kadang2 tu asyik tanya dah baca belum? best tak? hmm..

 

Sekarang aku latih diri untuk membaca dalam bas / public transport sbb weekends aku penuh dengan travelling. kadang2 dekat2 dan biasanya jauh2. Aku cuba melawan rasa mual dan pening. taknak buang masa hanya dengan tidur. Buku yang banyak itu mesti dihabiskan! barulah boleh mula membeli buku2 penulis kesayangan. Ada juga buku penulis-penulis yang memang aku teringin nak baca tapi aku tak beli lagi. untuk mengelakkan masalah buku menimbun dan hati gundah gulana dapat nak baca. :) ni namanya, tak der conflict jiwa cari conflict jiwa. hehe.

 

Sekarang makin ramai ya bloggers yang tulis review. Alhamdulillah. dulu masa aku mula2 suka baca novel, jenuh mencari review blog. last2 terpaksa buka blog sendiri ;P. sekarang ni senang jer click jer dah ada macam2 review boleh dapat. FB pun banyak grup yang ahli-ahlinya review novel. tapi ada juga yang cilok dan kopipes review dari sini ke sana. walaupun dipendekkan tapi slang utara dan kesalahan ejaan yang aku terrbuat masih terserlah dalam review tu. so, kalau nak kopipes tu TOLONGLAH mention blog novelcinta.multiply ini atau rinntisan.blogspot ya?

 

okey lah! enough ranting entah apa2. just wanna say, i'm still around. thank you for stopping by from time to time :)

 

sekarang ni dalam proses back up reviews di blog lain juga dan printing untuk rujukan sendiri manalah tau tetiba multiply ni hilang macam yahoo 360 dulu. mcm nak pengsan aku bila yahoo 360 tak bleh access. Banyak entry aku hilang masa tu. Okaylah.. nak stop dulu. masa kerja sudah bermula pada jam 7.30 pagi. See you guys next time. Thanks so much for visiting :)

sure fine whatever

rinn

Friday, September 9, 2011

Mari Mewarna




Pada suatu hari aku rasa rimas tak tau nak buat apa. bukan tak ada kerja tapi aku just tak boleh nak buat apa2. tiba2 jer aku rasa this... urge to buy pencil colors, crayon and color magic. Aku print coloring book and start coloring. and then i feel so much better :)

aku memang tak pandai melukis, selain matematik tambahan, subjek lukisan merupakan subjek yang tak pernah tertulis dgn pen biru dalam buku rekod aku masa zaman2 skolah dulu. haih... aku memang jeles dgn org yg pandai melukis. Aku pernah lukis gambar orang (semasa dlm kelas lukisan) tapi bila aku warnakan dgn water color, aku terpaksa adjust jadi bentuk pokok sbb horrible giler lukisan itu. haha.

aku suka warna-warni. and recently aku beli water color pen utk menambah koleksi alatan mewarna aku. I LOVE IT! sbb aku tak pandai guna water color yg kena bancuh dari tube tu. :) Kalo korang tengok hasil kerja mewarna aku ni memang lah still fail mcm dulu, hehe tapi aku suka :) aku pun tak tau kenapa aku post menda ni kat multiply aku :D

sure fine whatever
rinn