Showing posts with label ilanimysara. Show all posts
Showing posts with label ilanimysara. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

Fitrah Kasih

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Ilahi Mysara
Tajuk Fitrah Kasih
Penulis: Ilani Mysara (Bonda)
Cetakan Pertama: 2008
Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd
isbn: 9789831243671
463 mukasurat


"Rasa ini menjelma tanpa dipinta menyelinap di kalbu lalu menyelimuti hati"


Bagi yang mencari cerita tangkap nangis yang meruntun kalbu malbu semua, boleh ar baca citer ni. Memang sedih yang amat sangat membaca nasib Murni dalam kisah ini. Ilani Mysara memang dikenali dengan kisah2 alternatif begini yang bukan typikal. Kebanyakan ending kisah2nya aku agak sukar nak terima sbb aku suka happy ending. hehe.. tapi cara bonda end kan kisah ini aku rasa sangat berpuas hati. :)


Bagi aku cerita ini lengkap dan kemas isi dan penyampaiannya. Kita berasa sangat dekat dengan dunia Murni yang penuh cabaran. Dia bukanlah insan yg dilahirkan sempurna atau dalam suasana yg menjadi kebiasaan orang lain. Tapi anak yg tak tau apa2 itu adalah insan yg sangat tabah dan baik hati.


Cerita bermula dengan kelahiran Murni, anak yg dilahirkan Salmah setelah diperkosa bapanya sendiri. Ibu Salmah, Mak Itam malu kerana dia merupakan bidan kampung yg terkenal, dia tak mahu menanggung aib, lalu Murni diserahkan kpd org lain dan Salmah juga dihantar pergi.


Murni bukan sahaja lahir dlm keaiban, dia juga ditakdirkan badan bersisik dan gatal2. Keluarga angkat dia mula2 tak tau. Tapi lepas dah tau tu, mak angkat dia menyisihkan dia. Dia dijaga oleh org gaji. tapi bapa angkat dia baik. Lepas diorang dpt anak lain, Murni dikembalikan kpd Mak Itam. Tapi masa tu Murni dah bleh masuk sekolah la... Tapi kat sekolah Murni dipandang jijik malah digelar anak ular. Memang sedih la keadaan Murni yg sentiasa dipandang serong. Dia decide utk tidak bersekolah dan mula bekerja di ladang sayur Tauke Chong.


Mak Itam menjaga Murni dgn rapi dan menggunakan kepakaran dia dalam perubatan tradisional utk merawat kulit Murni. Menjelang usia 16 tahun, Murni adalah pekebun sayur yg cantik molek. Anak Mak Itam, Omar yg pernah memandang jijik pada Murni pun sudah terpikat dgn kecantikan Murni.


Omar ni la antara watak yg buat aku rasa geram dan berdebar, dah la dia sorang anak lelaki Mak Itam, dan perangai pun ada iras2 suami Mak Itam yg bernafsu binatang tu. Murni dan Mak Itam bekerja utk menyara anak2 Mak Itam yg masih belajar, Saodah, Omar dan Salmiah. Salbiah adalah anak mak itam yg paling rapat dgn Murni.


Suatu hari Murni dikejutkan dgn kepulangan Salmah. Mulanya ia tak tau yg Salmah tu lah ibu kandungnya, tapi lama-kelamaan terbongkar juga kisah sebenar. Salmah mengidap penyakit kelamin dan Murnilah yg menjaganya sehingga dia menghembus nafas terakhir.


Kematian Mak Itam menambah lagi kesengsaraan Murni. Omar menuduh Murni dpt byk harta Mak Itam sedangkan dia dpt duit lebih kurang seribu ringgit sahaja. Apa sangat lah harta yg Mak Itam ada. huh, geram betul dgn watak Omar masa nih. rasa macam nak sumbat masuk dlm blender dan mesen sampai lumat! Dah la Murni yg bersusah payah bekerja utk menyara pelajaran dia, bleh dia tuduh Murni macam2. Dh tu siap bawak balik kawan lelaki sampai 5 orang mai tido rumah dia. Lagi la Murni tak sedap hati. Shah (salah sorang kwn Omar) terpikat dengan kebaikan Murni, tapi Murni sedar keadaan dirinya dan cuba utk tidak menghiraukan Shah. Lepas Murni terpijak parang, Shah yg merawatnya, semakin menyentuh hatinya. Omar mengamuk biler nampak Murni rapat dgn Shah. Dia tuduh macam2. Dalam keadaan luka berdarah, Murni keluar dari rumah dan menumpang di pondok tauke Lim.


whoaaa banyaknya nak citer!! tapi ni baru lebih kurang separuh cerita, banyak lagi yang Murni tempuhi. Cinta Shah pada Murni memang ikhlas, tapi keluarga Shah sendiri tak suka Murni. Sedih betul. Tapi akhirnya diorang bertemu semula dan tanpa disangka-sangka Shah sendiri menyimpan derita dan mereka bersama akhirnya menempuh saki baki hidup dan terbukti Murni adalah menantu yg terbaik.


Aku rasa paling sedih biler Salbiah yg berubah sikap setelah berkahwin dgn org kaya, kalau tak, dia lah yg paling rapat dgn Murni.. Kesian Murni terpaksa membawa diri ke Kundasang.


Tahniah buat penulis, Bonda Ilani Mysara. Semoga cepat sembuh dan teruskan berkarya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Murni ditakdirkan lahir sebagai anak yg tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerima. Hidupnya setiap hari dihiasi dgn cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yg punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih.


Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik utk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yg mula berputik di jiwa. Dengan memegang status anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yg paling hina. Biarlah.. dia rela berkorban andai itu suratannya.


Seandainya dia memng tidak layak utk mengecapi bahagia, mengapa dirinya difitrahkan cinta? Kalau darah ini tidak serupa yg halal, mengapa ada cinta senandung di hati? Biarlah... buat apa hendak diharap burung yg terbang kalau diri merayap di bumi.


"Shah... Apa yg aku buat sekarang adalah sebagai pengorbanan. Aku terpaksa, Shah. Aku gadai cinta aku semata-mata demimu. Ketahuilah, walau apa jua yg berlaku, hati ini tetap milikmu. Aku berharap suatu hari nanti, kau ketemu jodoh yg lebih baik."


Bacalah demi satu keturunan yg bakal anda cipta.


http://www.alaf21.com.my

Friday, January 30, 2009

Seindah Memori

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ilani Mysara
"Debunga cinta masih mewangi di rimba hatiku yang sepi tak bertepi"


Rupa2nya nilah novel Ilani Mysara yg pertama :) akhirnya dpt juga saya membacanya. Saya mula mengenali penulis ini melalui karyanya yg bertajuk Bayu Asmara, kemudian diikuti dengan 'Kuseru namamu'. Dan yang terkini saya baca adalah novel ini iaitu 'Seindah Memori' yang merupakan karya sulung bonda dgn Alaf 21. :)


Nampaknya memang sejak awal bonda menulis kisah yang sedih. kalau tak sedih mula2, sedih ujung2. Paling tragic tu kalau sedih ujung2 smpai sad ending tu lah. Kisah ni memang sedih betul. Tangkap nangis. Saya ingin mengulangi peribahasa yang pernah saya gunakan dulu 'sudah jatuh ditimpa peti ais, baru nak lepas, peti ais pulak meletup'


Kisah ini berlatarkan pertengahan tahun 60-an. ianya bukan menceritakan kerancakan a-go-go tetapi lebih kepada kisah seorg gadis bernama Dayang yang ikhlas mengejar ilmu ukhrawi. dia menaruh harapan tinggi utk menyandang jawatan sbg seorg ustazah yg disegani. Dayang seorg gadis yg sangat merendah diri dan ketenangan dirinya telah mencuri hati Badri. Badri ni jenis memendam rasa. Dia tidak menolak bila dirinya ditunangkan dgn Siti, namun pertunangan putus kerana melengah2kan tarikh pernikahan. SEtelah putus dgn Siti, dia ditunangkan pulak dengan Tipah dan menerimanya dgn diam. Dia tak menyuarakan hasrat hatinya yg sebenar.


Dayang merantau ke utara utk meluaskan ilmu di dada. Di sana Iqbal mencuri oksigennya sehingga terkedu setiap kali bila bersua. Dia cuba mengingatkan diri tentang hasrat sebenar ke situ. Utk menuntut ilmu, bukannya mencari jodoh. Iqbal sudah bertemu suri yg diimpikan namun darjat keluarga dan peristiwa maklongnya disingkirkan keluarga menjadi pengajaran kepada ibu Iqbal utk tidak menerima Dayang. Namun undangan ibu Iqbal utk berjumpa Dayang dan menjelaskan kedudukan sebenar telah membalikkan hati si ibu lalu jatuh sayang pada gadis yang bijak itu.


Tempoh 3 tahun diberikan utk keluarga mereka mengenali Dayang. Dayang dan Iqbal bersetuju sekiranya selepas 3 tahun hati salah seorg dari mereka berubah, mereka harus redha.


Saya tak ada masalah dgn cerita sedih atau sad ending. cuma saya agak terganggu dengan batas2 pergaulan dalam kisah ini. Dayang adalah gadis yang tau batas2 agama, namun ada pulak scene dia memeluk Bak Man yg dianggap spt bapa sendiri, malah membiarkan Iqbal menyentuh tangannya. Sekiranya Dayang bukan dari background yang kuat agama, mungkin saya dpt menerima tindakannya itu.


Apa2pun memang sayulah bila mengikuti kisah hidup Dayang nih. Kenapalah mak Iqbal tu tak berbincang dgn parents Dayang tentang perjanjian 3 tahun tu, kalau tak, tentu mereka tak menerima pinangan Badri. Nasib Dayang mula berubah kehitaman apabila maruah diri dicabul Badar, adik Badri. Dia tak mau kawin dgn Badar lalu melarikan diri. Musnahlah cita2nya. dalam perantauan dia bertemu Pak dolah yg bkerja dgn Iskmal yg membenci wanita kerana pernah ditinggalkan Haryati yg telah dicurahkan segala2nya, harta dan kasih sayang, namun Haryati telah menolak cintanya dan meninggalkan dia pergi. Kebencian yg sama tumpah pada Dayang. Salah faham akhirnya telah membuka mata Isk. Namun bila dia menjumpai semula Dayang, gadis itu sudah terlantar di hospital. Kakinya sudah tidak kuat seperti dulu.


Dayang berjaya memujuk Badri utk menerima Tipah sbg isteri. Hasratnya utk bersama Iqbal sudah terbayang jelas di ruang mata. Ibu Iqbal mahu dia segera ke Mesir tapi permainan takdir menjadikan laluan hidupnya semakin sukar. Dalam menuju Iqbal, ada lelaki2 yang redha menganggapnya sbg adik dan turut mendoakan kebahagian Dayang-Iqbal.


sure fine whatever
rinn
thanks shikin for the book ;)




sinopsis belakang buku:


Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia.


Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan 'Aku cinta padamu' mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya.


Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat!


Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?


RM 16.00
416 mukasurat
ISBN : 983-124-181-9

Sunday, December 2, 2007

Kuseru Namamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ilani Mysara
Kuseru Namamu by Ilani Mysara
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


Sebuah Novel Klasik
"Pabila sinar menjadi sirna terbukalah mata hati menghadirkan dia di dalam diri"


sekali sekala membaca naskah novel purba memang sesuatu yang exciting. lagipun adventure2 yang ditempuh Dewi Sri Wali memang dahsyat. sekali sekala saya tergaru-garu kepala jugak memproses maksud tersirat.. al maklum la saya ni set2 minah blurr jugak kadang2 tu.


Di awal cerita kisah ini dialunkan oleh Pak Anjang Kadir kpd anak cucunya tapi di akhir citer ntah mana la pak anjang kadir dan cucu2nya pegi. Sepanjang pembacaan buku ni memang sekali sekala meremang jugak bulu roma saya. yer la masuk bab2 mistik tu seremmm jugak. Kronologi perjalanan Dewi Sri Wali yang mahu menghapuskan sumpah keturunannya memang teramat panjang sehingga menghabiskan seluruh usia remaja Puteri keramat itu.Yer la masa dia berangkat tu set2 umur sweet seventeen lah, biler dia kembali tengok2 anak menakan dia dah umur patploh tahun!


Dari negara langit dia turun merentas zaman, meniti kisah sebenar sumpahan kental keturunannya. Setiap perjalanannya dlm usaha mengumpul 7 helai rambut emas diiringi peristiwa2 mistik yg menuntut kebijaksanaan puteri terbilang itu.. amboi.. bahasa aku pun jadi skema tahap gaban tingkat 60 jer.


saya paling look forward to scene2 sedih, tapi tak der yang sedih sangat melainkan part yang melibatkan Siti Melor yang difitnah. bejurai2 air mato den. Selalunya kita baca citer pompuan yg kena rogol, ni terbalik pulak, lelaki yg jadi mangsa dlm pembunuhan bersiri ini.


siapa yg nak kawin dengan Dewi Sri Wali kena menjadi lelaki pilihannya dgn cara memisahkan tudung dari kepalanya.. sapa berani buat nak kena penendang buleh aar dgn Dewi garang ni. Namun di satu zaman wujud sorang putera yang disangka lawan yang mudah ditawannya, tapi putera ni panjang akal, dia menang dalam mengalah.


pastinya ni buah tangan istimewa dari Bonda. Terima kasih Ilani Mysara.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Apa ada pada nama? Kalau nama bukan segala-galanya, mengapa ada yang memilih darjat dan keturunan? Sesungguhnya, nama itu bukan sekadar dipertuturkan tapi mempertahankannya adalah satu tanggungjawab.


"Ini adalah cerita nenek moyang kamu. Tapi ingat, yang baik jadikan pedoman. Yang buruk buang jauh-jauh. Apa jua yang berlaku pada diri kita, jangan cepat mengikut hasutan. Padahnya hingga ke liang lahad. Setiap apa jua, mulakan dengan Bismillah."


Maka, tersingkaplah satu cerita dongeng tentang perjuangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang Dewi.


"Akan lahir satu keturunan di antara kamu. Seorang puteri bakal dikurniakan. Jagailah dia. Sesungguhnya ia ingin menebus satu nama yang tercemar. Tujuh sumpah akan dilaluinya. Airmata dan pengorbanan adalah syarat yang pasti ditempuhi. Setiap satu sumpah berakhir dengan sehelai rambut emas berjaya dicabut."


Sumpah begitu senang diucapkan. Janji terlampau mudah diluahkan. Tapi, hakikatnya di atnara mereka berdua telah menanti pelbagai dugaan tanpa dijemput. Mampukah mereka mempertahankannya?


Bacalah demi sebuah nama yang suci.


RM19.90
520 muka surat.

Saturday, July 7, 2007

Pesta Buku Alaf21: 30 Jun 2007




Memang masa mula-mula tau tentang program pesta buku ni saya dah merancang nak pegi, cuma nak kena cari geng.. orang pertama yg terfikir tentulah yam, tapi dia mcm x konfirm sebab dia ada program lain.. last minit baru dia konfirm dapt join.. CP pulak yg x jadi.. takpalah CP , tak der rezeki kita jumpa masa pesta buku :D

Yg paling tak dijangka dapat join adalah Kak Ima yg tiba2 datang all the way from Kuantan! rezeki dia la masa pesta buku ni dpt join. Pesta buku ni kira one of the places kitorang pegi sepanjang rangka lawatan kak ima ke my place.







Dahla dapat diskaun 30%, peh tu dapat pulak jumpa Aleeya Aneesa and Bonda Ilani Mysara.. Masa tau Aleeya Aneesa will be there, the night before sempat ke alamanda cari buku baru dia dgn NHF Media yg menggunakan nama sebenarnya "Marwati Wahab" bertajuk Bertakhta Di Hati.. aduih.. teringat pulak kat geng2 jiwangunited. So dpt la signature dia utk buku tu. A.A sempat tanya "eh, mana dapat ni?"

Tiga-tiga yang pegi ni rabun that part of shah alam, kitorang turun jer kat stesen shah alam, lepaih tu naik teksi, orang yg bawak teksi tu pun tak tau kat mana alaf, so sms la kat rose tanya about the location. hehe nasib baik tak pegi karangkraf, hehe. thanks rose, walaupun aku kena jugak bedal dgn kata2 'tampo' dan 'senget', sampai jugak akhirnya ke lokasi tersebut.. kitorang siap amik no hp uncle teksi tu supaya senang nak balik nanti.

Kak Ima ngan Yam Shopping sakan sampai menyenget bawak buku. Gue pun beli jugak tapi berjaga-jaga sbb takut nanti lom sampai bulan berikutnya dah ada yang kena minum air cicah buku kang. Tapi ada gak terdetik, mana la tau terrrrrbeli buku lebih, siap bwk xtra beg ni tapi last2 kak ima yg lebih memerlukan beg itu.

lepas selesai amik2 signature, kitorang sempat la tangkap gambar kat luar bangunan alaf tu. ada letak gambar saiz besar beberapa penulis seperti Ramlee awang Murshid, Bikash, H.M Tuah, Norzailina Nordin dan Aisya Sofea.

Masa balik tu all three of us went our separate ways. I went to puduraya cari beberapa buku tafsir surah dan doa harian.. yer la beli buku lain sakan, kena gak bagi balanc dgn bahan bacaan kerohanian sikit.. hehe hampirsama gak nilainya dgn buku2 yg beli kat alaf.. sebenarnya kaksu yg pesan.. huhu.. satu lagi jer tak dapat nih.. nanti cari tempat lain pulak.

by 5.30 p.m. i'm already in putrajaya and rehat2 kat rumah.




Kak Ima nampaknya masih teruja dengan buku Ayat2 Cinta masa kitorang diskas2 pasai buku yg best. bila tau jer ada pesta buku kat alaf tu dia memang excited nak pi sama2. Disebabkan dia mencari, i sugest la beberapa buku yg dia tak baca lagi.. especially Kasih yg Suci sbb i know tu memang taste kak Ima la.. Dia ni jeih kena citer sampai habis baru dia convinced nk beli. Masa merayap kat alamanda sempat la tunjukkan buku KYS sbb dia ni memang suko bebenor citer cinta lepas kawin.


Mlm tu terus pinjam KYS yg yam punya and baca sampai subuh.. sabo jer aku.. sanggup bersengkang mata sbb nakt au apa jadi kat elena ngan seth, sedangkan esoknya nak pegi shah alam tu..

bila sampai kat alaf, buku tu la dia sambaq dulu.. memandangkan Aleya Aneesa ada, i suggest la dia beli Kasih Antara Kita, dpt la dia amik signature A.A. Ada la tiga empat tajuk jugak yg kak ima beli yg semuanya jenis2 kisah cinta lepas kawin.. Berikan Cintamu dia beli sebab dia suka baca sms rose! hehe..

LAPORAN DARI LOKASI:

Pejabat Alaf 21, Shah Alam, 30 Jun 2007 - Kelihatan seorang gadis sedang bergambar dengan riang ria dan gembiranya di hadapan premis alaf bersama gambar poster bikash nur idris, tetapi tiba2 beliau telah mencuba utk mencabut gambar tersebut dgn niat utk melarikannya, tapi nasib baiklah paku kat gambar tu kuat, kalau tak tentu roboh sekali dgn khemah2 sekali.. huhu.. aksi2 gadis tu berjaya dirakamkan. keh keh keh..



sure fine whatever
Rinn

Wednesday, March 21, 2007

Bayu Asmara

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ilani Mysara
terbitan alaf 21 Sendirian Berhad
Bayu Asmara by Ilani Mysara

"selagi angin berhembus selagi itulah akan kubisik kerinduan ini."

well kisah ini tidaklah setenang laut yg digambarkan di kulit novel ini.. kisah yang penuh dengan peristiwa demi peristiwa.. ada gembira, ada duka, ada tragedi yang menyayat hati. part yg paling menyentuh hati adalah pertemuan antara Bayu dengan ibu mertua yang membencinya.. tetapi bayu berjaya mencuri hati ibu mertuanya dengan keikhlasannya dan bacaan ayat2 suci al Quran. aduih, terlalu tragis la kisah ni.

mengisahkan Bayu seorang yang dulunya mementingkan keduniaan kembali ke pangkal jalan mengikut cahaya Islam sebaik-baiknya, dia sering mimpikan seseorang yg tidak pernah ditemuinya dan bercinta dalam mimpinya, dia percaya orang itu wujud dan ingin mencarinya.

Shah Asmara seorang pelayar, sudah lama mengidamkan cinderella yang dimimpikannya sejak kecil. dia belayar ke serata dunia utk mencari orang itu.

Mereka ditakdirkan berjumpa akhirnya dan seolah olah saling mengenali berupaya berbicara tanpa perlu berkata-kata. Bayu meluahkan keinginnan melalui sebuah lukisan yang hanya dapat ditafsirkan dengan tepat oleh Shah lalu terus masuk meminang. :) interesting read.

terbitan Alaf21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:

Mimpi-mimpi itu menjelma kembali mengganggu hidupnya. Mimpi yang meresahkan fikiran. Mimpi yang mula menuntut hak untuk berada di hati kecilnya. Puas ditepis dan ditolak, tapi semakin dekat, hingga membuatkan dirinya merantau mencari siapakah gerangan yang ingin mendampingi cintanya. Mimpi dan cinta beriringan meragut usianya stiap tahun. Ah... alangkah peliknya!

"terimalah hakikat kalau itu sudah ketentuan. Kalau hak kita dah mula datang dan kita merasai kehadirannya, mintalah padaNYA. Semoga apa yang dikurniakan adalah yang terpilih dan bukan daripada hasutan syaitan."

Pertemuan pertama Shah Asmara dengan Puteri Bayu Irnani diakhiri dengan perkahwinan, tapi cuma mampu bertahan selama tiga bulan saja. Di situ dia mendapat iktibar. Mampukah sumpah ibu yang tersentuh hatinya bisa menjadi penghalang bagi cinta nan suci? Shah benar-benar takut!

Cinta itu umpama disebalik kabus. Hilang kabus timbullah ia. Namun dalam bercinta, pengorbanan sering saja meragut ketenteraman sekeping hati yang luhur. Di manakah pula hikmahnya bila dia berjumpa dengan Arman yang sanggup berkorban deminya?

"Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis di bibir, tapi ia tertumpah daripada seseorang kepada seseorang dalam doanya."

RM18.00
478 mukasurat