http://novelizzulizzati.blogdrive.com/
Blog 3 Penulis Izzul Izzati
Showing posts with label izzulizzati. Show all posts
Showing posts with label izzulizzati. Show all posts
Friday, October 12, 2007
Bukan Itik Biasa
http://itikcute.blogdrive.com/
Blog 2 Izzul Izzati, ada e-novel Bukan Itik Biasa :)
Blog 2 Izzul Izzati, ada e-novel Bukan Itik Biasa :)
Thursday, October 11, 2007
Kuseru Kasihmu
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Izzul Izzati |
Terbitan Kaki Novel
"Dalam desiran rindu yang terpendam, ada seru membisikkan... kaulah kekasih hingga ke akhirnya."
pastinya peminat2 izzul izzati tertunggu-tunggu buah tangan baru dari penulis ini. Tajuk buku ni memang menarik. dari segi penyampaian, saya rasa buku ini tidak dapat lari dari kebiasaan novel2 melayu, begitu juga dari segi genre cerita tetapi endingnya bagi saya agak tidak disangka :) and i like ending tu :)
mengisahkan Afrina yg sudah lama menaruh hati kepada Hakimi. SEgala permintaan hakimi tidak dapat ditolaknya, kerana hakimi selalu mintak tolong sbg sahabat kat AFrina ni. Hakimi menyerahkan hatinya kepada Natasha sedangkan semua orang tahu girlfriend dia adalah Haliza. Natasha pulak memang bercinta sembunyi2 dengan Hakimi dan semua orang tahu dia adalah kekasih Azlan. Afrina dijadikan medium oleh Hakimi utk menyampaikan cerita sebenar kpd Haliza dan Azlan. Dia seolah2 sengaja meletakkan AFrina di tengah2 dilema. Hakimi ni jenis suka nyusahkan orang la. dia yang buat pasal suruh orang lain pulak settle. hampeh.
Afrina seolah olah diberi peluang bersama Hakimi apabila dia dan Hakimi terpaksa dinikahkan utk menjaga maruah AFrina. Rasanya lagi malang Afrina bersama Hakimi, bukan rahmat. Hakimi sentiasa berdalih dan makin nekad utk mengahwini Natasha tanpa mempedulikan Haliza dan Azlan yg merupakan sahabat2nya, malah hati Afrina tidak pernah diambil tahu. Afrina makan hati sendiri tambah2 apabila Haliza salah faham kedudukan dirinya dalam hidup Hakimi. Hakimi sentiasa lepas tangan.
Afrina tetap cuba menyeru kasih Hakimi, tapi disedarinya dari satu sudut ada seseorg yang lebih hensem dan berkerjaya yang sedang menyeru kasih Afrina malah bersedia bila2 masa utk memiliki Afrina bila Hakimi melepaskannya kelak.
Hati Hakimi terpaut jua akhirnya kat Afrina tetapi Afrina ni bukan macam hakimi yang tak mempedulikan hati orang lain. Giliran Afrina pulak utk jual mahal. Senang2 jer Hakimi tu nak madukan Natasha dgn Afrina. swinging bowl punya mamat.
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku:
Dari mana datangnya kasih? Dari mata turun ke hati. Dalam diam cinta itu hadir. Tanpa sedar rasa rindu berbunga jua akhirnya. Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorg drpd mereka.
Namun sejauh mana kasih yang bersemi dapat dihindari, biarpun dia cuba untuk menjauhi. Sedangkan wajah Hakimi sentiasa hadir di ruang mata. Dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar utk ditafsirkan. Tetapi apa yg pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan & disimpan kemas drpd pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kesulitan yang menjelma itu turut membuat Afrina tersepit antara diri, maruah keluarga & sahabat baik sendiri. Hati siapakah yang perlu diutamakan?
Hati siapa pula yang perlu dijaga? Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran AFrina, kasih Hakimi harus dimiliki dgn apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai "muka tembok" demi menyeru secebis kasih? Persoalannya... mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi? Sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati.
Karya terbaru Penulis 'Best Seller' Bukan cinta biasa.
RM19.00
Wednesday, March 21, 2007
Bukan Cinta Biasa
| Rating: | ★★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Izzul Izzati |
wawah.. ujung2 citer ni sedihla.. termenangis juga rasanya hehehe.. mcm ni baru best :) cerita yg ditulis dengan susunan ups and downs yang menarik.. tak der la rasa mendatar saja bila membacanya. yg bab sedih memang sedih, tapi rasa rimas jugak dengan ego yang keterlaluan yg ditunjukkan oleh Azlisyam dan Shahira. masalah utama depa dorang ni adalah KOMUNIKASI!! dah bertunang dah kawin pon still ada communication problem. all they have to is talk utk clear things up but they have to know from someone else. aduih.. macam mana tu.
dlm marah2 benci2 pon ada ruang utk jatuh cinta diorang berdua ni and memang ada jodoh diorang sbb pilihan orang tua mereka rupa2nya menemukan mereka dlm pertunangan dan perkahwinan.
kisah ni cuba mengundang rahsia kesian kepada seorang yg dilahirkan cantik tapi menjadi tumpuan utk orang menyalah tafsir dan menabur fitnah. rasa cemburu dan sayang yg tak pernah diluahkan memburukkan lagi keadaan. Resepi yg bagus utk menghasilkan buku yg menarik tambah2 oleh seorang penulis yg berbakat. I wonder if the writer ada buku2 lain.
Tak hairanlah buku ni sampai 8 kali diulang cetak sejak diterbitkan buat kali pertama pada bulan jun 2005. buku ni aunty meenachi kedai buku kat puduraya yg sungguh2 rekemen.. hehe.. best katanya. tengkiu aunty meenachi.
terbitan Kaki Novel Enterprise
Sinopsis belakang buku:
Sifat sabat dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang mengharap. Namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.
Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain. Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus terang biarpun rasa rindu ternyata sendat di hati. Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam.
Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.
Takdir dan suratanNya tiada siapa dapat menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba? Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya? Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?
RM18.00
538 muka surat
Subscribe to:
Posts (Atom)