Sunday, April 13, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 - part 2




12 April 2008, Sabtu. Aku berkesempatan lagi ke Pesta Buku, kali ni dengan Ta. :) thanks sudi temankan saya jalan2 beli buku dan juga sudi amikkan gambar.


Sampai awal pulak hari sabtu tu, dalam lingkungan 9.30 lebih la.. sbb Ta kata nak early bird, aku tak sure burung bangun pukul berapa. haha. sampai2 jer terus tala ke toilet dan kelihatan la kak Lily Haslina tengah touch up tempek2 apa yang patut kat muka.. kan sepanjang hari tu akan bergambar sakan. huhu.


Lepas Rose & Lynn sampai, kitorang breakfast sama2 sementara menunggu Ta sampai. Mcm2 diborakkan, aku makan jer sbb lapo x sempat bekpes kat rumah. then lepas Ta sampai, terus la ke booth Alaf. Sempat la posing pagi2 sementara masih segar bugar, kang petang2 dah layu.


Sempat kena usik 'gebu' dgn kak aisya sofea.. patut aar dia sandar lebih2.. aku tengok ada gak beberapa writers kalau bergambar suka menyandar hehe..


aku memulakan beli buku2 yang kengkawan pesan, sbb mgu lepas aku dah beli most buku yg aku nak, so minggu ni tolong belikan utk orang pulak. Selesai jer yang tu kitorang ke booth Jemari Seni sbb Ta nak beli buku2 yang Sue dah pesan. Waaaah ramai betul kat booth jemari seni! Kak Su kena sewa dua booth la tahun depan! hehe.. Masa dok ushar2 booth tu terserempak ngan ahada n fitrina. Thanks sudi tegur! terharunya :) penulis pun ramai jugak! ada Ruby Hazri, ada Syud, ada Nazurah Aishah, ada John Norafizan and of course Noor Suraya pun ada. Kak yah, thanks sudi kenalkan saya kat Ruby Hazri. segan lah pulak.


Lepas beli buku yang Lynn pesan kat booth fajar pakeer (sebenarnya nak intai2 kot2 bikash dah sampai kat booth karnaDya tapi tak kelihatan), kitorang memusing2 kat tempat tu cari kaki novel nyer booth. akhirnya jumpa dan tak sangka pulak dapat jumpa Izzul Izzati. Aku suggest Ta beli ...dan mimpi pun bersatu.


Peh tu dah tak tau nak jalan mana, kitorang balik ke booth alaf. Aku banyak buat kerja2 fotografi. Sbg seorang peminat novel aku paham perasaan orang yang dok tengok author2 glamer ni. Diorang teringin nak amik gambar tapi segan. so sapa yang kat situ memang aku tanya, "nak amik gambar ke? meh saya tolong". Aku pun kalau jumpa author memang nak bergambar. Bukan senang nak jumpa. lagipun boleh tambah koleksi gambar.


Aku tak tau naper aku maleh nak jalan2. Selalunnya aku ni kuat gak meronda. Then aku tengok muka Lynn excited sambil tunjuk orang kat sebelah aku, "eh! rinn, Rinn!" tu saja dia cakap smbil tunjuk kat minah sebelah aku. "ni kipas besar kau" kata Lynn. Tengok2 Bikash Nur Idris! waaaaaaaaah sonotnya.. lepas tu semangat aku nak merayau rayau dah hilang, rasa dah complete dah pestabuku kali ni.. nasib baik la aku tak pi mana2. ada chance gak nyembang2 dan bagi Bikash sain buku2 dia yang aku bawak. Yg tak bawak pun ada, simpan utk pertemuan di lain kali. Lynn tak caya ni pestaim aku jumpa Bikash. memang pestaim bertontang mato tu lynn.


Lepas packing bag, join diorang makan. Sebenarnya dah laaaaaama nak tanya kak Norzailina Nordin, macam mana dia boleh tau ASMAWI akan kawin dengan NORASHIKIN. haha.. dia pun macam terfikir jugak. mcm mana dia boleh tahu ye? kak lina ada sixth sense. Saya cadangkan kak lina wat relaunch Arca Kasih, minta Mawi ngan Ikin rasmi kan. lagi la meletup letup jualan.


Selesai jer makan & bergambar ngan Dhiya Zafira & Lynn Dayana, aku ngan Ta pun balik la.. aku terus ke bandar tasik selatan sementara Ta turun dgn beg2 plastik di kiri kanan tangannya di stesen masjid jamek.


Esoknya, kalau ikutnya nak temankan cekputeh jumpa Ruby Hazri di booth JS tapi cp demam lah pulak! ala kesiannya.. so aku gunakan hari ahad itu utk merehatkan diri. Org2 yang aku nak jumpa minggu ni spt Bikash, Ruby Hazri, Syud dan Lily haslina dah berjaya ditemui so aku dah jadi tak semangat nak pegi last day tu. Yg lain2 yang sempat aku jumpa, ermm Kak meen zulaikha, damya hanna, ramlah Rashid (thanks sudi tegur saya). Tahun ni novelis alaf byk sedia cenderahati utk fans yg bertuah seperti Rose, Lynn, Norzailina, Meen Zulaikha dan Damya Hanna. Thanks!. Maya, harap2 satu hari nanti kita dapat jumpa ye?


sure fine whatever
Rinn

Thursday, April 10, 2008

Gerhana Hati Lara

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hani Sofea
Gerhana Hati Lara by Hani Sofea
Terbitan Kaki Novel Enterprise

"Hati menjadi lara selagi hidup diselubungi gerhana..."

Awal-awal lagi prolognya telah membuat saya rasa excited nak baca. Ada thriller. Tambah2 bila dah mula masuk bab pertama, watak Adham dan Fatini adalah adik beradik.. macam mana boleh membawa kepada scene dalam prolog. Memang teknik yang bijak utk memancing perhatian pembaca.

Ada satu scene di awal cerita yang mungkin hampir sama dgn prolog membuatkan saya tertipu dan rasa itulah yg dipaparkan di Prolog tapi rupa2nya ada kejutan yang lebih besar menanti di akhir-akhir cerita.

Hani Sofea bijak mengatur cerita dan menyelitkan kejutan yang sukar diduga pembaca. Karya sulung yang menarik perhatian dan penghujungnya sudah menjadikan saya tak akan lupa pada cerita ini dan penulisnya. memang mengejutkan.

Teknik penyampaian yang bagus cuma background cerita sebegini bukan kegemaran saya, namun ia berjaya membuat saya membaca tanpa henti dan menghabiskannya dalam masa tidak sampai 3jam. Terima kasih Hani Sofea.

Serba sedikit tentang kisah ini.

Kisah kemiskinan Fatini sekeluarga memang sedih. Fatini dilanda konflik jiwa bila mendapati dia tertarik kepada Adham, abgnya sendiri yg turut menyimpan perasaan terhadapnya. Larangan2 ibu dan ayah mereka supaya mereka tidak selalu bersama atau bersentuhan menimbulkan persoalan di minda Fatini.

Makin tertekan hidup mereka apabila ayah mereka mati dibaham harimau. Fatini berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, namun berita pertunangan dan pernikahan Adham dgn sahabat baiknya Mastura menghancur leburkan hatinya. Dia cuba mengubah hala cintanya kpd Azuan dan menerima lelaki itu sebagai suami.

Adham memendam perasaan kecewa dgn cinta tak kesampaiannya kpd Fatini. Mastura bahagia di sampingnya namun warkah cinta yg terukir nama Fatini mengejutkan Mastura dan kemalangan yang berlaku meragut nyawa Mastura. Adham semakin tertekan, anak2nya tidak dihiraukan. apabila terbuka kisah yang dia hanya anak angkat, Adham berkeinginan mahu memperisterikan Fatini tetapi Fatini masih isteri Azuan. Kegilaannya makin terserlah dan ibu mereka akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Fatini yg sedang dalam perjalanan utk menziarahi ibunya terlibat dalam kemalangan yang akhirnya menyebabkan dia cacat dan meragut nyawa Azuan.

Adham akhirnya berjaya menggenggam hati Fatini yang masih panas. Literally. Fuh.

sure fine whatever
Rinn



sinopsis belakang buku:

Semenjak usia muda, hidup Fatini diselubungi oleh gerhana yang melarakan hati. kemiskinan keluarganya menjadi umpat keji penghuni kampung Sg Som. Keadan menjadi semakin gerhana saat dia mendambakan cinta Adham yang terlarang.

Demi mengubah masa depan keluarga, Fatini berhijrah ke kota. Kekasih hatinya, Adham telah melamar Mastura, sahabat baiknya sendiri.

Lara Hatinya tuhan yang tahu.

Namun luka di hatinya diubati oleh lambaian kasih Azuan. Malangnya, kebahagiaan itu sesaat cuma. Fatini kehilangan dua insan tercinta sekali gus menjadikan dirinya cacat. Dia terumbang-ambing melawan gelora disisihkan oleh darah daging sendiri. Celaka datang menimpa apabila rahsia diri Adham yang sebenar terbongkar.

RM18.00
440 mukasurat

Sutera-online.com

http://sutera-online.com
Tempat favourite utk shopping batik sutera original dari Kelantan & Terengganu.

.::May Happiness Be Around You Now & Forever::.

http://ardinihumaira.blogspot.com
Tempat Ardini Humaira mengajak rakan2nya melepaskan boring.

Jendela Kusyi Hirdan

http://www.jendelaku.com/
Antara penulis yang sering menampilkan kelainan.

Persis Sebutir Pasir

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Manjlara
Persis Sebutir Pasir by Manjlara
Terbitan Jemari Seni


Nilai bahasa melayu yang terhasil melalui penulisan ini sangat berkualiti dan mengkagumkan. Tahniah buat Manjlara kerana tak ramai penulis yang dapat mengekalkan atau menampilkan penulisan bahasa melayu yang begitu rapi. Setiap bab yang ditutup dgn petikan maksud ayat al-Quran menjadikan buku ini kelihatan Islamic.


Saya kurang setuju dgn pemilihan penceritaan keadaan Widya/Kasih di Darul Atiqah sbg pembuka buku ini kerana ia menggambarkan betapa beratnya situasi cerita ini selanjutnya dan mungkin akan mengendurkan semangat pembaca santai utk meneruskan bacaan. Ia seperti membuka lembaran terakhir novel. oh, ni mengingatkan saya kepada teknik yang sama digunakan oleh Rose Harissa utk novel keduanya CMDH. membaca pembukaan yang seperti membaca penutup.


mungkin kalau ada beberapa buku lagi yang menampilkan prolog sebegini akan menjadikan saya lebih biasa dengan permulaan sebegini supaya tidak terpengaruh dgn tanggapan "inilah akhirnya".


Walau bagaimanapun keinginan utk mengenali Kasih/Widya, persoalan2 tentang kedudukan Syed Irwan dlm hidup kasih, apa kena mengena Abg Jeff dgn cerita ini menarik perhatian saya utk meneruskan pembacaan.


Buku ini dibahagi kepada Bhg I dan II. Sepanjang membaca Bhg I saya tidak dapat merasakan sebarang kelainan dalam cerita ini. ianya seperti mendatar dan kadang2 saya terleka dan terlangkau. Hubungan antara Kasih dan Syed Irwan yang tiada penghalang sangat menjadikan kisah cinta mereka mudah dan membawa kepada ikatan pertunangan. Namun apabila pembacaan Bhg II bermula rentak cerita menjadi total opposite. mata saya yang layu dah terbukak semula. Kalau tadi saya dah terkulai, sekarang saya dah mula duduk tegak dan meneruskan bacaan dengan penuh minat. Saya menyalahkan diri sendiri kerana tak baca betul2 dari mula. So sebaik saja abis baca buku ni saya tak terus taip review, saya ulang baca dari mula supaya tidak ada yang tertinggal.


Dugaan sebenar menanti Kasih dan Syed Irwan di bhg II buku ini. Di situlah ketentuan takdir mereka dan bagi saya ianya adalah pilihan yang terbaik untuk mereka. tentu saja ada yang bertanya kpd saya mcm mana PSP? saya akan kata citer ni menarik, berat dan sedih! ni bukan sedih jenis sob sob.. ni sedih jenis uwaaaaaaaa huhu uwaaaaaaaaaaa. pestaim baca buku yang menyebabkan tangisan terlepas macam tu.. ish.. buat malu jer aku nih. Reaksi yang bertanya? Bercampur aduk, ada yang terus tak fikir panjang dan pergi beli dan ada juga yang taknak baca sbb tak suka citer sedih.


rasa sedih tu mungkin agak lebih2 kerana saya pernah terbaca laporan akhbar tentang penggunaan dadah rohypnol ke atas wanita yang diperkosa supaya wanita itu tidak dapat melawan atau mengingati apa yang berlaku dan dadah progestrex digunakan supaya bukti2 forensik seperti kesan mani akan dicuci dlm rahim oleh dadah jenis ini and once clensed, the woman tak akan boleh mengandung sampai bila2.


Kisah ini ditutup dengan baik dan segala persoalan terjawab seadanya.


Terima kasih Manjlara for Persis Sebutir Pasir.


Serba sedikit tentang cerita ini...

Kasih sudah lama meminati Syed Irwan tetapi malu utk meluahkan perasaannya, sahabat baiknya Farah sentiasa cuba mendekatkan mereka sehingga kadang2 menjadikan Kasih rasa malu dan tertekan. Kasih tidak tahu yang Syed Irwan turut menyimpan perasaan buatnya. Farah yg semakin menekan telah menyinggung perasaan Kasih hingga menyebabkan mereka tidak semesra dulu. Kasih terus diburu rasa penyesalan apabila Farah pergi dijemput Ilahi. Perhubungan Kasih dan Syed Irwan semakin baik dan mendapat restu keluarga. Mereka ditunangkan sebelum Syed Irwan berangkat ke luar negara. Satu persatu dugaan mula menimpa. Kasih sedih dgn terbukanya rahsia bahawa dia anak luar nikah dan pembantu rumah adalah ibu sebenarnya. Warkah dari Bu Darni menyedarkan Kasih yg ibunya tidak bersalah. Dugaan lebih besar menimpa apabila tiba2 saja Kasih tersedar di hospital dan dia dimaklumkan bahawa dia telah diperkosa sedangkan dia sendiri tidak dapat recall apa2 mengenai kejadian itu. Kasih tidak mahu Syed Irwan mengetahui perkara sebenar lalu memutuskan pertunangan. Then lelaki yg bersubahat dengan kumpulan yg bertanggungjawab meragut kesuciannya telah insaf dan setuju memperisterikannya dan di samping itu juga JG yang selama ini dikenali diinternet muncul menghulurkan cinta. Namun cinta Kasih masih buat Syed Irwan yang masih bingung dgn keputusan Kasih. Namun pertemuan dgn sicomel kembar Myrul dan Myra menghalakan Kasih ke arah cinta yang terbaik buatnya.



sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidaklah sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya tersendiri.

Jika tidak kerana bintang
masihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam?
Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantik
mungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap?
Jika tidak ditemani bintang
mahukah bulan muncul bersendirian di dada langit?

...aku hanya ingin menjadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu...

WIDYA
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai 'sijil' buat Kasih"
'Sijil' yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?

IRWAN ZAHIR
Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada 'jalan' lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?

Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.

Sebuah cerita yang begitu indah susunan bahasanya; penuh debar dan sarat teladan... daripada tulisan seorang MANJLARA tentang Widya, tentang Persis Sebutir Pasir.

RM22.00
640 mukasurat

Tuesday, April 8, 2008

Kekasih Standard Vs. Kekasih Sejati

DAPAT NI KAT DALAM EMEL TAHUN LALU... UNTUK DIKONGSI BERSAMA..
 
Kekasih standard selalu ingat senyum di wajahmu
Kekasih sejati juga mengingat wajahmu waktu sedih
 
Kekasih standard akan membawamu makan makanan yang sedap-sedap
Kekasih sejati akan menjamu makanan yang kamu suka
 
 
 
Kekasih standard setiap detik selalu menunggu telefon dari kamu
Kekasih sejati setiap detik selalu teringat ingin menelefonmu
 
 
Kekasih standard selalu mendoakanmu kebahagiaan
Kekasih sejati selalu berusaha memberimu kebahagiaan
 
Kekasih standard mengharapkan kamu berubah demi dia
Kekasih sejati mengharapkan dia dapat berubah untuk kamu
 
Kekasih standard paling bosan kamu menelefon waktu dia tidur
Kekasih sejati akan menanyakan kenapa sekarang kamu baru telefon?
 
Kekasih standard akan mencarimu untuk membahas kesulitanmu
Kekasih sejati akan mencarimu untuk memecahkan kesulitanmu
 
Kekasih standard selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya
sedih?
Kekasih sejati akan selalu mananyakan diri sendiri mengapa membuat
kamu sedih?
 
Kekasih standard selalu memikirkan penyebab perpisahan
Kekasih sejati memecahkan penyebab
perpisahan
 
 
Kekasih standard dapat melihat semua yang telah dia korbankan
untukmu
Kekasih sejati dapat melihat semua yang telah kamu korbankan
untuknya
 
Kekasih standard berfikir bahawa pertengkaran adalah akhir dari
segalanya
Kekasih sejati berfikir, jika tidak pernah bertengkar tidak dapat
disebut cinta sejati
 
 
Kekasih standard selalu ingin kamu disampingnya menemaninya selamanya
Kekasih sejati selalu berharap selamanya dapat disampingmu
menemanimu
 
Bagaimanapun ia terletak pada pendirian masing-masing.
SELAMAT BERKASIH PADA YANG BERPUNYA.....