Monday, April 14, 2008

Bengkel APJ

Start:     Apr 18, '08 08:00a
End:     Apr 22, '08
Location:     Sutera Inn Kota Bharu
jadi urusetia lagi. aduih macam nak pengsan.
Novel pilihan: Lili Buat Najah by Nazurah Aishah

Kau Yang Tercinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Rafishah Md. Hassan
Kau Yang Tercinta by Nor Rafishah Md. Hassan
Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd

"Kaulah yang paling aku cintai di dalam riwayat hidup ini..."

Luka sekeping hati membuatkan saya sedikit kecewa tetapi dengan membaca Kau Yang Tercinta, it cures everything. best! saya rasa penceritaan Nor Rafishah lebih matang dan watak2 Naufal dan Kencana juga matang dan more likeable tak kiralah macam mana diorang masa dalam 'Luka Sekeping Hati'. Rashdan, is still Rashdan, memang sejak 'Luka Sekeping Hati' lagi dia memang seorang lelaki yang matang.

Bila mula saja kisah ini saya dpt merasakan Kencana akan kembali kepada Naufal dan Naufal tentu ada sebab yang paling kukuh utk meninggalkan Kencana beberapa tahun sebelumnya. Kencana melahirkan kembar Yana dan Imad, dlm pada itu dia juga terpaksa menghadapi masyarakat yang memandang rendah kpd gadis yang kahwin lari lalu ditinggalkan suami dan kemudian melahirkan 2 orang anak. sekelip mata saja dia sudah jadi janda beranak dua.

Rashdan masih setia menanti persetujuan Kencana utk menerima cintanya. Naufal yang kembali juga cuba merebut cinta Kencana, tetapi perebutan mereka adalah secara gentleman dan fair play. Tak sangka Kencana akan menerima Rashdan sbg suami tapi nampaknya mana2 pilihan Kencana tetap akan menemukan dia dgn watak ibu mertua yang tak suka janda beranak dua sbg menantu. Kesian kat Imad dgn Yana. Namun takdir menyulam hidup Kencana dan mengembalikan semula sinar hidupnya.

Geramnya bila Naufal sengaja tak citer naper dia tinggalkan kencana dulu. kalau dia citer awal2 kan senang. yg KEncana pulak biler naufal nak citer dia pulak tak nak dengar.. aduih.. yang membaca ni yang geram ni, rasa macam nak tenyeh2 jer diorang dgn bebola tumit.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Dikhianati oleh lelaki yang dicintai membuatkan rasa dendam menggunung di hati. Bukannya dia tidak cuba memujuk hati, berharap agar Naufal muncul di ruang mata semula. Tetapi penantian yang tidak kunjung tiba, membuahkan hampa yang mendera sukma. Naufal yang pergi itu, sedikit pun tidak mengingati diri yang setia menanti. Harapan yangkian pudar, membuatkan warna cinta di hati Kencana semakin samar.

Tatkala ingin melepaskan segala memori, lelaki itu kembali. Antara cinta yang menagih tempat di hati dan budi yang mengikat diri, dia tersepit antara dua lelaki.

Antara Naufal dan Rashdan.

Antara kenangan silam yg memilukan dan masa hadapan yang belum tentu gemilang.

kdua-dua mereka adalah lelaki yang dicintainya... lelaki yang disandarkan harapan untuknya meraih bahagia buat kali kedua. Biarpun siapa pilihannya, nyata akan ada hati yang terluka.

Tetapi dia yakin, pilihannya tepat.

Dan keputusannya muktamad.

RM20.90
660 mukasurat

Luka Sekeping Hati

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Rafishah Md. Hassan
Luka Sekeping Hati by Nor Rafishah Md. Hassan
Terbitan Rhythm
(diterbitkan semula oleh Fajar Pakeer)


"Segunung cintaku tidak akan pudar dengan selaut nista"


Tak terniat pun nak baca buku ini pada mulanya. Saya bli buku ni di pestabuku yg lalu kerana suka dgn gambaran cover novel ini.. dedaun gugur bertaburan di permukaan bumi yang lecah selepas hujan. Lagipun nama Nor Rafishah tidak asing lagi di mata saya kerana saya suka dgn karyanya seperti 'Tiada Lagi Cinta' dan 'Sutera Biru' saya dah baca beberapa kali. SEbenarnya saya berhajat utk membaca "Kau Yang Tercinta" oleh penulis yang sama terbitan Fajar Pakeer sebab buku tu Yam pinjam dari library so nak la baca yg tu dulu.. then masa baca pembukaan kisah itu yang bermula dgn "Luka sekeping hati yang kau beri ini terpaksa aku rawat sendiri. Kau pergi bagaikan tak akan kembali" Tertera nama Kencana dan Naufal di situ, saya terus semak sekali lalu sinopsis di belakang buku "Luka Sekeping Hati" yang saya beli tu (utk mengelak terbaca cerita ringkasnya) dan mendapati ada nama Kencana dan Naufal. Maksudnya dua2 buku ni ada kesinambungannya antara satu sama lain.. so next step saya semak tahun pertama ianya diterbitkan dan mendapati LSH diterbitkan pada tahun 2005 manakala "Kau Yang Tercinta" diterbitkan pada tahun 2007. So saya baca LSH dulu lah sebelum saya mula membaca KYT.


Perkara pertama yang saya sedar selepas membaca buku ini adalah, watak utama cerita ini bukannya perfect walaupun dikurniakan kejelitaan dan kesempurnaan fizikal. Dia seorang yang mengundang derita utk dirinya sendiri dan keputusan yang dibuatnya sentiasa tidak tepat utk dirinya walaupun menurut kata hati yang dibedung rasa cinta.


Kencana bukanlah watak yang saya gemari dan dia tak sesuai sbg role model. tetapi pengajaran kpd perkara yg menimpa dirinya harus diambil ikhtibar dlm menghadapi dunia sebenar sekarang ini. Masalah moralnya tidaklah seteruk memperdagangkan tubuh atau hidup terlalu bersosial tetapi sikapnya yang membalas dendam dgn cara yang terpesong menyebabkan rasa hormat saya kpd watak ini hilang. Tak kira kesedihan atau kedukaan sebesar mana yang menimpa Kencana, saya sudah tidak bersimpati lagi malah merasakan semua itu patut menimpa dirinya.


Serba sedikit tentang kisah ini. Kencana sudah lama bertunang dgn Soffian sepupunya. Keadaan itu menjadikan dia kurang berkenalan dgn lelaki lain. Namun penghijrahannya ke kota utk melanjutkan pelajaran menemukan dia dgn Rashdan dan Naufal. Dua lelaki yang jauh berbeza sikap nya. ntah mengapa Kencana lebih terpikat dgn lelaki yang kurang ajar spt Naufal sedangkan Rashdan itu berkilometer lebih baik dari Naufal. Sebab rupa? hmm ntah la. kalau hati sudah suka, nak buat mcm mana kan?


PErkenalan dgn naufal yang bermula dgn ejekan 'orang hulu' menimbulkan kebencian Kencana kpd lelaki itu yg merendah rendahkan keadaan dirinya yg dikatakan kekampungan. ejekan itu sangat keterlaluan ntah la macam mana hati kencana boleh tercuit syg dgn sikap Naufal yg begitu.


Kecurangan Soffian yang menjalin hubungan sulit dgn Mel menimbulkan sakit hati Kencana. KEncana ni byk melafazkan kata2 sepatutnya dlm hati dan tidak meluahkannya terang terangan rasa tidak puas hatinya yang rasanya most of the time lebih memihak kepada dirinya. Kenapa tak disampaikan berita kecurangan Soffian kpd keluarganya yg mahu mempercepatkan perkahwinan mereka. Sudah tentu penyelesaian begitu lebih mudah. Tetapi Kencana mengambil jalan utk membuka tudung yang tesalut di kepalanya dan tampil dgn imej yang jauh berbeza dgn keadaannya sebelum itu dan ketika itu barulah Naufal membuang egonya dan melafazkan cinta tidak berbelah bagi utk dirinya. Niat Kencana mahu membalas perbuatan Soffian dan tak sangka pulak Naufal boleh terpikat dgn dirinya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kerana asal usulnya, Kencana, seorang mahasiswi, sering dipandang rendah oleh pelajar-pelajar senior, terutamanya Naufal dan Tasha. Pada masa yang sama, dia juga didekati oleh seorang senior lain, Rashdan. Namun, adanya Soffian, sepupu yg juga tunangannya, Kencana tidak memberi harapan kepada Rashdan walaupun kadangkala di hatinya turut berbunga kasih. Soffian ternyata curang kepadanya. Demi merawat luka di hati, Kencana bertekad untuk melakukan perubahan kepada dirinya, membuatkan Naufal mulai memberikan perhatian kepadanya. Sekalipun cuba mengelak, namun Kencana sedar dia juga mencintai Naufal. Hubungannya dengan Naufal ternyata tidak disenangi oleh keluarga Naufal. Malah keluarganya dan Soffian juga memutuskan utk mempercepatkan perkahwinan mereka apabila mengetahui akan perubahan diri dan perhubungannya dgn pemuda lain. Menyedari Soffian masih mencuranginya, Kencana nekad berkahwin lari dgn Naufal. Bagaimanapun bahagia yg dibina tidak seindah yg diimpikan apabila Naufal tiba-tiba menghilangkan diri. Kencana terpaksa kembali ke sisi keluarganya. Rashdan pula cuba kembali dlm hatinya. Namun bagi kencana, dia tidak layak utk cinta Rashdan. Adakah cintanya ternyata bukan utk rashdan atau tetap setia menanti Naufal kembali mengubati derita hatinya?


RM22.90
530 mukasurat

Helang Bebas Di Angkasa

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Helang Bebas Di Angkasa by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Pelangi digapai buat mainan, cahayanya jatuh menimpa badan"

Buku SMN lagi! teruja nak baca.. bukannya apa lepas beberapa hari mengulit buku tebal2, nak gak baca buku nipis2 sekali sekala.

Randi Ayani seorang lepasan STPM yg sudah punya kekasih hati, Imran. Imran berhijrah ke kota utk meneruskan pelajaran sementara Randi Ayani yang mulanya enggan meninggalkan kampung halaman terpaksa bersekolah di ibu kota utk mengambil semula peperiksaan STPMnya. Sebenarnya dia terpaksa menyetujui cadangan ibu bapanya kerana risaukan sikap kakaknya yang curang di belakang suami yg sedang berada di luar negara. Dia mahu menghentikan sikap kakaknya yg membawa lelaki lain pulang ke rumah. Dia berharap dgn kehadirannya kakaknya akan berubah sikap. Simpati menggunung buat abg iparnya Iskandar, seorang lelaki yang baik dan setia.

Randi Ayani kecewa apabila melihat Imran yang Sejahratul berbual mesra dan hilang semua kepercayaannya kpd Imran. Iskandar cuba memujuk Randi Ayani dan kakaknya terkejut melihat mereka berpelukan. Kakaknya meluahkan kecurangan suaminya kpd ibu bapanya dan ini memaksa Randi Ayani membuka kisah kecurangan kakaknya yang lebih dahsyat.

Penceraian kakaknya membuatkan Randi Ayani dan Iskandar kekok tetapi perasaan cinta mereka makin berbunga.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Sebuah cinta boleh mewarnai seribu keindahan. Sejalur kasih mampu melilit segumpal kesetiaan. Kasihan lelaki itu... setianya tergugat oleh satu kecurangan. Lalu persoalannya... apakah yang dilakukan oleh para isteri pada saat suami mereka tiada di sisi?

RM6.90
171 mukasurat

Tangisan Bulan Madu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Tangisan Bulan Madu by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

"Mereka berjerih ke pelamin, di sana mereka terpisah."

haa.. bertambah lagi koleksi buku SMN saya. Dlm pestabuku yang lalu saya beli lagi TIGA! huhu teruja pulak biler nampak nama SMN. TBM ni antara buku kegemaran Diana di Kuala LIpis sana nun sampai pesan utk beli kat pwtc tempoh hari. Tnpa membuang masa, saya terus baca buku ni. adeh la! *pegang pala* sedihnya.. byk la pulak citer sedih yang saya baca kebelakangan ni. Tagline di kulit buku ni sudah jelas menceritakan bukan senang pasangan ini nak mendapat restu keluarga utk bersama tetapi giler dah diijabkabulkan mereka terpaksa mengalah kepada ketentuan Ilahi yang maha Besar.

Bagaimanapun kesan positif buat Amira, dia mendapat kasih seorang mertua yang mulanya asyik melepaskan panahan jelingan sinis kpdnya. Mcm tak sabar lah pulak nak membaca sambungannya yang sudah mencecah Tangisan bulan madu 4. Dah cari2 kat booth creative tapi saya diberitahu Tangisan Bulan Madu 2 dan kehabisan stock. aduih.. lepas ni hunting TBM2 lah pulak. Diana! pinjam TBM 2&3 boleh? hehe.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Menganggur setelah memerah tenaga dan membuang usia utk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yg menyakitkan. Amira tidak dapat memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta utk mengahwini gadis lain, percintaannya dgn Bogatt dihalangi oleh Pn. Marina yg memilih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangannya ke pelamin, mereka tidak sempat berbulan madu. Mengapa?

RM11.90
182 muka surat

Mega-Mega

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Abd. Talib Hassan
Mega-Mega by Abd. Talib Hassan
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

"Dosa bukanlah Warisan yang menagih pengorbanan"

Bila tengok nama 'abd talib hassan' saya ingat ka citer thriller. citer ni lebih kepada konflik keluarga dan percanggahan emosi watak2 utama. Kelihatannya Tura lebih menyintai Sofian, anak orang gajinya tetapi status keluarga memaksa dirinya akur dgn pemilihan Zakuan sbg suami walaupun Zakuan tu terlalu bebas pergaulannya dan sering bertukar pasangan.

Terbongkar rahsia bahawa dia anak angkat dan perlu mencari wali utk menikahkannya. Rupa2nya dia anak seorang lelaki yang dihukum penjara setelah dituduh membunuh. Keluarga lelaki mula menimbangkan utk membatalkan perkahwinan kerana Tura keturunan lelaki pembunuh. Tapi rupanya ada rahsia yg lebih besar mengapa Zakuan tidak boleh berkahwin dgn Tura. Dan rahsia ini membuka peluang yang besar utk Sofian memiliki Tura secara mutlak.

Sinopsis belakang buku:

Perbezaan status yang mereka warisi memaksa Tura dan Sofian mengkaburkan perasaan yg wujud dlm hati. Kerana status Tura dan Zakuan mahu disatukan walaupun matlamat dan perasaan tidak sehaluan. Namun dosa ayah melupuskan status dan menghalang segala-galanya. Tura, Zakuan dan Sofian terkapai-kapai dalam status dan dosa yang dipusakai sbg warisan keluarga.

RM6.90
152 mukasurat

Hadirmu Satu Kurnia

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fariza Zuliana
Hadirmu Satu Kurnia by Fariza Zuliana
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Kini... diriku sempurna dgn kehadiranmu"

Kisah Fidelya & Jazlan di awal cerita ini saya rasa jauh berbeza dan cara penceritaan penulis utk kisah Jazlan-Jasmin-Nathalia. Semasa mengalunkan kisah Fidelya-Jazlan saya dpt rasakan penceritaan yang kurang menarik dan agak perlahan seperti dipanjang-panjangkan. dan selepas kematian Fidelya dn kembalinya Jazlan beberapa tahun kemudian, penceritaan menjadi lebih lancar dan situasi cerita menjadi lebih menarik.

Jazlan masih meletakkan Fidelya di hatinya walapun pertemuannya dgn Jasmin dan Nathalia membawa perubahan besar kpd dirinya. Jasmin dtg bersama mimpi yang penuh misteri manakala Nathalia menyentuh hatinya tanpa perlu berkata-kata. ADakah Jasmin cinta yg ditakdirkan utknya sedang Nathalia membuatkan dia rindu sepanjang hari. Jazlan keliru.

Jasmin merasakan dia sayangkan Jazlan tetapi kehadiran Ecbal menyebabkan hatinya tunggang terbalik menahan debaran cinta. Jasmin keliru. Nathalia? dah sah sah syok kan Jazlan.. apalagi.. jeles jeles jeles dgn adiknya Jasmin! hehe. segalanya terurai dgn terbongkarnya kisah lama. Nathalia adalah kunci segala-galanya yg membawa kebahagiaan kepada insan-insan dalam cerita ini.

cerita yg membuatkan kita menutup buku sambil tersenyum. :) terima kasih Fariza Zuliana.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Tiada kata secantik bahasa yang dpat menggambarkan betapa indahnya percintaan 2 hati yang akhirnya disatukan dalam perkahwinan.

Kebahagiaan yg diharap agar kekal abadi. namun dugaan yang datang membadai hati dan menggoyahkan ketabahan mereka.

Cinta Jazlan teruji bila fidelya disahkan menghidap sakit kronik. sbg suami yg setia, dia tetap mencurahkan kasih sayangnya tanpa batasan. Namun, takdir penentu segalanya. Pemergian Fidelya membawa separuh dari hidup Jazlan. Sejak itu hidupnya sengsara. Bayangan Fidelya sentiasa menghantuinya. Lantas, Jazlan membuat keputusan ke luar negara bagi mengubat luka.

Beberapa tahun kemudian dia kembali dgn doa dan harapan. namun, mimpi misteri yang sering menggamit lenanya membuatkan dia keliru. Apakah maksud di sebalik mimpi itu? Dlm pencarian ini, dia mengenali Jasmina dan Nathalia. Kedua-dua gadis itu begitu istimewa di hatinya.

"Bila bersama Min, abang rasa selesa. Senang abang nak berkongsi apa aje. Walaupun kita baru kenal, abang rasa mcm dekat dgn Min."

Dan bila bersama Nathalia, hilang sifat kaku dlm dirinya.

"Cinta itu hadir tatkala hati ini berdebar-debar walau hanya memandang wajahnya."

Namun.. hati Jazlan hanya satu. Kepada siapa harus diberikan? Adakah mimpi itu yg meleraikan gelisah di jiwanya?

RM17.00
425 mukasurat