Friday, January 30, 2009

Seindah Memori

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ilani Mysara
"Debunga cinta masih mewangi di rimba hatiku yang sepi tak bertepi"


Rupa2nya nilah novel Ilani Mysara yg pertama :) akhirnya dpt juga saya membacanya. Saya mula mengenali penulis ini melalui karyanya yg bertajuk Bayu Asmara, kemudian diikuti dengan 'Kuseru namamu'. Dan yang terkini saya baca adalah novel ini iaitu 'Seindah Memori' yang merupakan karya sulung bonda dgn Alaf 21. :)


Nampaknya memang sejak awal bonda menulis kisah yang sedih. kalau tak sedih mula2, sedih ujung2. Paling tragic tu kalau sedih ujung2 smpai sad ending tu lah. Kisah ni memang sedih betul. Tangkap nangis. Saya ingin mengulangi peribahasa yang pernah saya gunakan dulu 'sudah jatuh ditimpa peti ais, baru nak lepas, peti ais pulak meletup'


Kisah ini berlatarkan pertengahan tahun 60-an. ianya bukan menceritakan kerancakan a-go-go tetapi lebih kepada kisah seorg gadis bernama Dayang yang ikhlas mengejar ilmu ukhrawi. dia menaruh harapan tinggi utk menyandang jawatan sbg seorg ustazah yg disegani. Dayang seorg gadis yg sangat merendah diri dan ketenangan dirinya telah mencuri hati Badri. Badri ni jenis memendam rasa. Dia tidak menolak bila dirinya ditunangkan dgn Siti, namun pertunangan putus kerana melengah2kan tarikh pernikahan. SEtelah putus dgn Siti, dia ditunangkan pulak dengan Tipah dan menerimanya dgn diam. Dia tak menyuarakan hasrat hatinya yg sebenar.


Dayang merantau ke utara utk meluaskan ilmu di dada. Di sana Iqbal mencuri oksigennya sehingga terkedu setiap kali bila bersua. Dia cuba mengingatkan diri tentang hasrat sebenar ke situ. Utk menuntut ilmu, bukannya mencari jodoh. Iqbal sudah bertemu suri yg diimpikan namun darjat keluarga dan peristiwa maklongnya disingkirkan keluarga menjadi pengajaran kepada ibu Iqbal utk tidak menerima Dayang. Namun undangan ibu Iqbal utk berjumpa Dayang dan menjelaskan kedudukan sebenar telah membalikkan hati si ibu lalu jatuh sayang pada gadis yang bijak itu.


Tempoh 3 tahun diberikan utk keluarga mereka mengenali Dayang. Dayang dan Iqbal bersetuju sekiranya selepas 3 tahun hati salah seorg dari mereka berubah, mereka harus redha.


Saya tak ada masalah dgn cerita sedih atau sad ending. cuma saya agak terganggu dengan batas2 pergaulan dalam kisah ini. Dayang adalah gadis yang tau batas2 agama, namun ada pulak scene dia memeluk Bak Man yg dianggap spt bapa sendiri, malah membiarkan Iqbal menyentuh tangannya. Sekiranya Dayang bukan dari background yang kuat agama, mungkin saya dpt menerima tindakannya itu.


Apa2pun memang sayulah bila mengikuti kisah hidup Dayang nih. Kenapalah mak Iqbal tu tak berbincang dgn parents Dayang tentang perjanjian 3 tahun tu, kalau tak, tentu mereka tak menerima pinangan Badri. Nasib Dayang mula berubah kehitaman apabila maruah diri dicabul Badar, adik Badri. Dia tak mau kawin dgn Badar lalu melarikan diri. Musnahlah cita2nya. dalam perantauan dia bertemu Pak dolah yg bkerja dgn Iskmal yg membenci wanita kerana pernah ditinggalkan Haryati yg telah dicurahkan segala2nya, harta dan kasih sayang, namun Haryati telah menolak cintanya dan meninggalkan dia pergi. Kebencian yg sama tumpah pada Dayang. Salah faham akhirnya telah membuka mata Isk. Namun bila dia menjumpai semula Dayang, gadis itu sudah terlantar di hospital. Kakinya sudah tidak kuat seperti dulu.


Dayang berjaya memujuk Badri utk menerima Tipah sbg isteri. Hasratnya utk bersama Iqbal sudah terbayang jelas di ruang mata. Ibu Iqbal mahu dia segera ke Mesir tapi permainan takdir menjadikan laluan hidupnya semakin sukar. Dalam menuju Iqbal, ada lelaki2 yang redha menganggapnya sbg adik dan turut mendoakan kebahagian Dayang-Iqbal.


sure fine whatever
rinn
thanks shikin for the book ;)




sinopsis belakang buku:


Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia.


Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan 'Aku cinta padamu' mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya.


Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat!


Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?


RM 16.00
416 mukasurat
ISBN : 983-124-181-9

Monday, January 26, 2009

Jalan2 ke Tmn Putra Perdana




Tak sangka pulak Sue dgn Kak Ima boleh decide nak datang melawat aku pada hari yg sama. so kitorang keluar sekali lah. Thanks ya sue sbb bg tumpang keta engko hehe.. paham2 jer la keta classic aku tuh.


Sue nak gi tempat lain, tapi memandangkan aku pun tak tau tempat tu kat mana, so kitorang end up kat Taman Putra Perdana, Putrajaya. Bagi yg belum pernah ke taman ini, ia terletak atas bukit yg ada Shang Ri La tu. Track jogging nya boleh tahan dan pemandangan nya menarik. Ni ada beberapa gambar yg aku sempat upload semalam sebelum tertido.



sure fine whatever
rinn

Cinta Seindah Madah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Puteri Andalas
Cinta Seindah Madah by Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
Tahun 2008


"Seumpama bayang-bayangku sendiri... ingatan kepadamu kasih... tetap mengekori ke mana sahaja aku pergi"


Ni lah buku Puteri Andalas yg paling aku enjoy baca :) Aku suka cara P.A mengolah scene2 biasa menjadi menyentuh hati dan menghibakan. Especially scene Intan dpt hadiah kura2 dari Rashlan yg hospitalized tanpa pengetahuan ayahnya. Sayunya hati mengenangkan Intan yang sanggup memonopoli ayahnya utk dirinya seorang sehingga Rashlan terbiar, nasib baik ada orang gaji dan jiran yg sanggup tolong hantar Rashlan ke hospital. Emak ngan ayahnya bleh teralpa mengenai birthday nya tapi Rashlan awal2 lagi dah tinggal hadiah utk Intan walaupun dia sangat2 tidak sihat. Byk kali jugak la aku terkelip-kelip tahan air mata.


Kisah janda dan suami orang yg terjatuh hati antara satu sama lain, mungkin kurang 'enak' kedengarannya, tapi setelah membaca kisah ini barulah kita dapat merenangi perasaan Sharina dan Reshidi bagaimana mereka tak dapat menghalang perasaan kasih dari berbunga. Ini lebih kepada kisah cinta terpadam dan tak terlafaz. Namun kalau sudah jodoh, tak ke mana. Lari ke hujung dunia pun bertemu juga.


family Sharina siap nak padankan dia dgn Taufik tapi Sharina bijak membaca perasaan adiknya, lalu dia sendiri memasang perangkap agar cinta Taufik tertumpah buat Shazmin :) lain yg diumpan, lain yang tertangkap. Tapi tak per, dapat jugak mak Sharina tu menantu pilihan hati :) Bali menjadi tempat cinta makin subur di hati, walaupun Sharina dan Reshidi bukannya berada di sana bersama-sama.


Saya suka dengan cara Puteri Andalas menggarap watak kanak2 dalam kisah ini iaitu Rashlan dan Atim. Dialog yg dilafazkan watak memang menggambarkan watak2 ini dalam lingkungan usia pra sekolah. Bukannya apa, kadang2 tu kita baca penulis menggambarkan watak kanak2 tapi dialognya lebih menggambarkan kata2 remaja atau org yg lebih dewasa. Rashlan dan Atim memang pasangan sahabat yg sangat memorable dalam kisah ini dan menjadikan Cinta Seindah Madah lebih 'cute'.


Kalau nak tahu bagaimana Sumi Diah, mertua Reshidi sendiri boleh merisik Sharina utk menantunya, kenalah baca buku ni ye? ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:




Luahan Sharina...


"Aku mencintai Asnawi...
Bagaikan aku memiliki pelangi
Tanpa aku sedari
pelangi mengundang tsunami di hati.


Mengenali Reshidi,
rasa kasih menjelma kembali
Digagahi hati cuba menafi
Kerana Reshidi masih beristeri


Onak melilit hidupku
Duri merodok hatiku


Namun kerana kejora hati
'Atim' amanah Ilahi
Aku bangun menggagahi diri
Tekad di hati
Cahaya akan kuburu dan kucari
Bukan lagi pelangi atau tsunami..."


Berjayakah Sharina?


RM24.00
741 mukasurat
isbn 9789675067044

Tagged by Laila Kamilia & Lynn Dayana

 

1. Tagged by Laila Kamilia

Whoaaa dah lama saya simpan jawapan tag ni kat notepad dlm emel saya, sampai terlupa! hehe. bukannya apa, saya tak sempat online so asyik2 tangguh sampai terlupa. Biler baca tag Lynn Dayana, barulah saya teringat tag ni. Ribuan maaf buat LK *buat muka kesian*. Saya combine jer dua2 tag ni. Yang LK di bhg atas manakala yang latest by LD di bhg bawah. Bagi yang kena tagged, boleh pilih nak jawab salah satu atau kedua2nya skali :D.

Tagged by LK
Rules:
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 3 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog


Starting time: 8.16 am
Name : Rinn
Sisters : 4
Brothers : 1 
Shoe size : 6-7
Height : 150cm


Where do you live : Putrajaya
Have you ever been on a plane : Yes
Swam in the ocean : Pantai kira ocean tak?
Fallen asleep at school : Yes
Broken someone’s heart : Yes
Fell off your chair : Yes

Sat by the phone all night waiting for someone to call : No, i tend to fall asleep :P
Saved e-mails : No, biar saja dlm inbox
What is your room like : Biasa
What’s right beside you: Handphone & buku
What is the last thing you ate : Nasi, masak lemak telur itik, ikan kembung goreng, ulam pegaga.


Ever had...Chicken pox : Yes
Sore throat : Yes
Stitches : Yes. 7 jahitan
Broken nose : No
Do you believe in love at first sight : Yes
Like picnics : Yes

Who was/were...The last person you danced with : tak ingat
Last made you smile : Ami keluar dari bilik saya sambil terbawa penyangkut baju saya
You last yelled at : pemandu kancil putih yg tak berhemah
Talk to someone you like : Yes
Kissed anyone : Yes, on the cheeks and hand.
Get sick : Not recently


Talk to an ex : No
Miss someone : Yes
Who do you really hate: org yg menyakitkan hati
Do you like your hand-writing : sometimes
Are your toe nails painted : No
Whose bed other than yours would you rather sleep in : None
What color shirt are you wearing now : Blue baju kurung

Are you a friendly person : Tak. Saya pendiam. Unless saya kenal org tu.
Do you have any pets : No
Do you sleep with the TV on : Sometimes
What are you doing right now : Answering these questions.
Can you handle the truth : Yes
Are you closer to your mother or father : Mother
Do you eat healthy : ikut selera


Do you still have pictures of you & your ex : No
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Adik
Are you loud or quiet most of the time : quiet
Are you confident : aaaa.. yeah?


5 things I was doing 10 years ago
1-kerja sbg tutor komputer di sekolah dan dari rumah ke rumah
2-sambilan mengajar tuition
3-belajar memandu
4-suka tengok tv
5-pergi job interviews


5 things I would do if I were a billionaire
1-cari pelaburan berpotensi
2-rilex di rumah
3-bagi duit kat adik2
4-bawa famili & friends gi haji.
5-sedia peluang pekerjaan & asrama kpd org miskin


5 of my bad habits
1) berkhayal
2) cepat percayakan orang
3) pendiam & suka buat kerja sendiri
4) takut hantu
5) disorganized


5 places I've lived/living
1) Cherok To'kun, Penang
2) Permatang Tengah, Penang
3) Kampung Bkt Bertam, Perak
4) Kulim, Kedah
5) Putrajaya

 

3 people I tag
1-Yam
2-kucc
3-Cekputeh
time completed :8.50 am (sambil2 buat kerja kat ofis)

24/10/2008 (LAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA DAH!!!) huhu..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

 

2. Tagged by Lynn Dayana (Jawab pada 26/1/2009)

1. Do you think you are hot?
ikut musim lah. kalau musim panas, hot, kalau musim sejuk, cold

2. Upload your favourite picture of you.

Pestaim bergambar, aku pun tak ingat langsung dah.

 

3. Why do you like that picture?
tersenyum tengok 1st family photo

4. When was the last time you ate pizza?
17/1/2009 dengan kak ima ;)

5. The last song you listened to?
Syair Cintaku by Felix bin Agus
"Jarak pemisah cinta hanya sejengkal jari.
Dendam tak sudah kesalnya tak bertali
yang tinggal tangkai berduri di hujung jari.
Hati luka membilang hari."

6. What are you doing right now besides this?
Snacking

7. What name would you prefer besides this?
Na/Kakna/Dekna. nama glamer sejak lahir.

3 people I tag
1-Yam
2-kucc
3-Cekputeh

8. Who is no. 1?
An irreplaceble friend

9. No. 3 is having relationship with?
Zaidi ;)

10. Who is no. 2?
Teman berkongsi kicap.

 

Yay!! siap!!!

sure fine whatever

rinn

Friday, January 16, 2009

Geram Jangan Engkau Geram

Permulaan tahun baru 2009 ni membawa aku ke hari-hari yang menjadikan aku geram. Geram dengan kerja, geram dengan persekitaran, geram dengan berita2 di tv, geram dengan diri aku sendiri, geram dengan mood membaca aku yang makin melayang ntah ke mana. Sapa2 yang ada nak suggest buku2 menarik utk dibaca feel free to leave a message :)

 

Weekend kali ni aku happy sangat. Dapat jumpa kak ima dan sue yang dirindui (err rindu ke?). thanks so much sebab korang membuatkan aku gembira weekend ni. Sorry lah korang terpaksa jalan jauh dengan aku kali ni. tapi you guys look happy! nanti akan ku uploadkan gambar2 kat sini :) tapi biler ye? hari ni macam tak sempat! lepas ni nak gi rumah adik pulak.

 

ni sebenarnya aku hijack kejap laptop kak ima.. kalau tak... makin bersawang la multiply aku nih. hehe.

 

errr model entry ni adalah MOMOT a.k.a adik :) yang kuat menjeling.

 

sure fine whatever

rinn

 

Pesta Buku Alaf21 Pertama utk Tahun 2009!!

Start:     Jan 30, '09 02:00a
End:     Feb 1, '09
Location:     Premis Alaf 21
Diskaun 30% kembali!!! sapa nak cari buku2 alaf yang baru dan lama2 memang ni lah masa terbaik utk dapatkan the best price. Jangan lupa ya tarikhnya pada 30, 31 Januari 2009 dan 1 Februari 2009 (jumaat hingga ahad) haaa ada byk hari utk shopping2 tu. Nanti semak la website alaf kalau nak tau kot2 la ada writers kat situ :)

alamat premis alaf (tempat pesta buku)

Alaf 21 Sdn. Bhd
Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16
40200 Shah alam
Selangor.




sure fine whatever
rinn

Pesta buku Antarabangsa PWTC Kembali!!!!

Start:     Apr 17, '09 10:00a
End:     Apr 26, '09 9:00p
jeng jeng jeng.. event terbesar utk peminat2 buku seluruh malaysia. huhu.. boleh buat book hunting besar besaran :) so boleh la mula menabung. hehe masa panjang lagi tu.


Mulai 17 April hingga 26 april 2009
Isnin hingga kamis waktu urusniaga 10pg sampai 7mlm
Jumaat hingga ahad waktu urusniaga 10pg hingga 9malam

bagi yg nak guna public transport macam aku nih (hehe) boleh la naik STAR LRT dan turun kat stesen PWTC tu.. dekat jer menapak ke situ :)
jumpa di sana! di sana! di sana!


sure fine whatever
rinn