Sunday, March 8, 2009

Drama TV2: Dari Mata Arisa

Start:     Mar 2, '09 7:00p
End:     May 7, '09 8:00p
Bermula 2 Mac hingga 7 Mei 2009 drama ini ditayangkan di TV2 RTM pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Frust la bagi those yang waktu keja 9-5 macam kiter nih hehe. tapi bagi yg boleh go online boleh saksikan di website http://www.rtm.gov.my dan boleh juga search videos 'Dari Mata Arisa' di youtube (thanks to wankhairulhafiz) atau click playlist url nya: http://www.youtube.com/view_play_list?p=DE0E3CA040421093


sure fine whatever
rinn

Monday, February 23, 2009

Mini Karnival

Start:     Feb 27, '09 10:00a
End:     Mar 1, '09 8:00p
Location:     Premis KarangKraf, Seksyen 15 Shah Alam (depan Volvo)
Salam semua :)
Tadi saya dapat call dari sapa ntah tak sempat la pulak nak tanya. Orang karangkraf lah kot. Dia memaklumkan yang satu mini karnival akan diadakan di premis KarangKraf kat Seksyen 15 Shah Alam (depan Volvo) bermula dari Jumaat ini hingga Ahad. Buku ada jugak dijual pada harga diskaun.


Hari Jumaat tu bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan pada hari Sabtu dan Ahad tu dari 10 pagi hingga 8 malam.


ni alamat karangkraf yang saya ambil dari website Karangkraf:

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Off Persiaran Selangor Seksyen 15,
40200 Shah Alam Selangor
Tel:- 03-51013888


boleh lawat website karangkraf http://www.karangkraf.com.my/v6/default.asp


Sure fine whatever
Rinn

Friday, February 20, 2009

Sandaran Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aini Marisha
"Tanyalah hati ini dan ketahuilah... penantianmu ada penghujungnya"


Dah lama tengok buku ni dlm senarai queue utk aku membacanya.. haha.. dahsyatkan? sampai kena buat queue. kalau tak makin byk la buku lama yg aku tak baca. Akhirnya aku capai jugak buku ni.


Awal-awal cerita aku rasa agak kurang lancar dan dialog2 kurang convincing. Memandangkan mood membaca aku tengah bagus aku berjaya melepasi separuh novel ini. Amazingly, selepas pertengahan cerita, Aini Marisha mendapat rentak dan memanipulasi chemistry Amalia-Farhan dengan amat baik dalam kisah ni. Sebu dada biler cinta mereka membuak-buak tapi jodoh Farhan dengan orang lain. Memang terasa-rasa rontaan jiwa Amalia-Farhan ni yang saling memendam perasaan kerana masing2 pernah menyuarakan penolakan apabila dicadangkan supaya berkahwin pada mulanya. Tapi biler dah lama2 tu diorang jatuh cinta dalam diam dan serba salah pulak nak mengaku.


Raihana yg sudah lama mengidamkan Farhan sbg suami memasang perangkap dan menuntut janji dari Farhan. Farhan mulai sedar, dgn Raihana dia mengikut kehendak nafsu semata-mata tapi dia ni jenis menjaga adab pergaulan lah. Tapi kehadiran Amalia mendorong dia utk melihat kecantikan dari sudut yang berbeza, yg melibatkan jiwa, emosi dan perasaan.


Ending yg membuatkan kita tersenyum puas :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.


Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.


Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.


Puas berdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.


"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"


RM 18.00
480 mukasurat
isbn: 978-983-124-368-8


Secantik Anugerah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sarnia Yahya
"Derita hati itu tidak berpanjangan"


Aku beli buku ni masa Rumah Terbuka NB Kara tahun lepas! whahaha.. dah lama dah baru ni sempat baca. Sebenarnya nak baca "Bunga Syurga" tapi aku cari buku tu tak jumpa. Mana pi taktau... aduih.. lepas ni operasi menggeledah lah pulak. hehe.


Sebenarnya tergerak nak beli buku sbb byk jugak mendapat emel cadangan utk membaca novel ini. Agak laris di pasaran untuk penulis baru seperti Sarnia Yahya.


Sarnia seperti sudah berpengalaman dalam penulisan. Ceritanya kemas dan teratur. Isunya agak biasa, namun misteri yg disembunyikan Azri dan juga Farid yang berperanan menyulitkan lagi peluang Azri utk kembali bersama Aisya. Takdir seolah-olah tidak menyebelahi mereka. Kalau diikutkan peluang, Azri dan Aisya mempunyai peluang yang amat2 baik utk kembali bersama dan pastinya mereka akan bahagia, namun takdir sudah tersurat ada jodoh yang lebih baik utk mereka.


Memang kesian la kat Azri dan Aisya yg menderita kerana kesilapan org lain. Tapi kehadiran Firdaus mengubat hati Aisya. Azri yg terpahat di ingatan tak mungkin dilupakan terus namun Firdaus sabar membina bahagia dlm hidup Aisya. Kebenaran yg terbongkar membuatkan Firdaus serbasalah kerana Azri dan Aisya terpisah suatu masa dahulu adalah kerana angkara adiknya, Fahrin. Azri menanggung kesilapan yg dilakukan Fahrin sehingga menjadikan Firdaus seisi keluarga terhutang budi yg besar pada Azri. Tiada harga yang dpt membayar jasa Azri kepada mereka.


Scene Aisya-Firdaus adakalanya sweet dan adakalanya merimaskan sbb over romantic dan mcm tak der keja lain lah pulak biler bersama.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Ditinggalkan tanpa pesan ketika cinta sedang mekar berbunga, membuatkan Aisya menutup hatinya terus untuk cinta. Tetapi... bkn kehendak Azri melepaskan Aisya. Dia juga turut merana, malah lebih menderita kerana cinta itu bukan miliknya lg.


Sesungguhnya kegagalan itu secantik anugerah buat mereka.


RM19.90
502 mukasurat
isbn: 978-983-43473-7-6

Ku Usir Lara Ini

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aminah Mokhtar
"Derita dan sengsara itu memberi makna dan warna di setiap liku kenangan"


Amazingly aku boleh hooked baca buku ni sampai ke muka surat terakhir. Mungkin sebab keadaan semasa yang byk diceritakan dlm buku ini contohnya keruntuhan aqidah di sekitar kita dan juga kesengsaraan saudara2 Islam kita di Palestine.


Novel ini lebih merupakan rintihan penulis melalui watak Nilam yang melihat sendiri robeknya pekerti muda mudi yang keluar masuk hospital tempat praktikalnya. Tak ketinggalan juga si tua bangka yang meragut masa depan pemudi-pemudi yg bakal menjadi tiang negara. Buku ni membuat aku berfikir. Selamatkah lagi persekitaran kita? Yang nampak baik tak semestinya baik, berkopiah, bertudung litup pun tak malu melakukan dosa. Yang kerosakan dalam negara, penulis byk menceritakan masalah maruah anak2 muda yang tercemar akibat pergaulan bebas dan desakan nafsu yang tak mahu dikawal. Byk realiti yang dikisah dlm novel ni yg membuat kita turut susah hati memikirkan nasib masa depan negara. Mcm mana la jadi negara yang bakal dipimpin oleh generasi rosak seperti ini. Barakah yg kita perlu semakin nipis, dan sekarang ni pun macam dah tak kelihatan.


Membaca novel ni membuatkan aku teringat pada suatu situasi yg aku saksikan sendiri. Walaupun bukan secara keseluruhannya tapi aku rasa aku tau keadaannya masa tu. Hari Jumaat yg semakin senja, selepas solat kat stesen ERL Bdr Tasik Selatan, aku seretla beg balik kampung melintasi jejantas yg merentasi rel KLIA Transit/ekspress dan KTM Komuter. Semasa menghampiri bhg tengah jejantas langkah laju aku jadi perlahan sbb ternampak sorang budak lelaki ber T-shirt dan jeans serabai. Nampak jenis kaki sidai tepi2 jambatan sambil mengorat awek2 yang lintas depan diorang. Mamat tu aku tengok menunduk sambil menguis apa ntah dgn ujung kaki. Sesekali dia menoleh ke belakang memerhatikan kawannya yg sdg mendengar seorg gadis bertudung sopan bercakap. Terdetik hati aku. "eik? mamat mcm ni dating ngan awek yg nampak mcm ustazah?" Aku agak kurang senang memikirkan gadis mcm tu nak berborak borak ngan pakwe kat tepi jejambat Maghrib2 mcm tu. Nyesal aku berprasangka pada gadis tu. Rupa2nya dia bukannya berdating ngan orang tu. Dia tengah bagi tazkirah free kat mamat tu yang terkulat2 tapi tersengih sinis sambil menjeling kawannya yg berdiri tak jauh dari dia. Gadis tu membahasakan dirinya 'akak' semasa berceramah dgn budak tu. Kalau tak salah aku dia menegur budak tu sbb buat bersiul-siul sambil nak ngorat tu lah. Mentang2 awek tu jalan sorang, diorang berani lah kot nak kacau. Tapi aku risau jugak sbb diorang berdua, gadis tu sorang so aku berdiri la tak jauh dari situ kot2 la diorang nk blasah pompuan tu ker apa, bleh gak aku tolong jerit mintak tolong.. hehe. Aku tak dengar la apa dia tu ckp masa dok tunggu tu. biler aku tengok org makin ramai aku pun blah la dn menyambung perjalanan ke Puduraya. bila fikir balik risau jugak memikirkan perempuan tu. kang nanti kena dia tertegur atau terceramah kat orang yg jenis tak dengar ckp dan melawan. Mcm mana? dah la dia sorang2.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Terkesan dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur.

Bersama MUAZ, TARIQ DAN SHUHAIBA anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhwah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari dana membantu anak-anak mangsa perang dan mencari penyelesaian emosi dan sokongan anak-anak mangsa pembangunan teknologi.

Bersama ABANG HAN yang penyayang dan MIRUL yang dinamik, anak-anak yang ditinggalkan ayah akhirnya menemui kehidupan yang berperibadi di bumi yang mewah dengan aman. Projek BUKAN DOSA BANGSAKU dijalankan untuk merawat penyakit anak-anak remaja di Kuala Lumpur supaya berjaya merealisasikan impian berkat kekentalan semangat anak-anak yang cintakan sebuah negara sakinah dan berjaya mengharungi ranjau kehidupan.

KUUSIR LARA INI merakamkan pahit getir anak-anak remaja Islam dunia menghadapi golak dan olak dunia mencari jati diri yang lebih bermaruah. Akan terusirkah lara itu?


RM14.00
330 mukasurat
isbn: 9789831243220

Tanya Pada Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iman Xara
Tajuknya aku suka. Membuatkan kita rasa nak segerakan membaca novel ni. Tapi biasala, kalau baca novel penulis yg namanya kelihatan agak baru, aku tak meletakkan harapan yg tinggi. Namun Iman Xara memang tidak mengecewakan dalam kisah ini. Aku belum pernah membaca bukunya "Sepohon Rindu Terlerai" sebelum ini tapi aku rasakan Tanya Pada Hati sangat menarik dan penyampaian sgt kemas dan berkesan walaupun terlalu berhati-hati.


Gelora hidup Farisya tak selalu bergolak, cuma apabila umurnya dan status bujangnya dipersoalkan, terbit riak jugak di permukaannya. Fitri sudah lama melatari hidupnya dan mereka adalah sahabat yg paling baik. Gurau senda menghiasi persahabatan mereka yang makin utuh. Namun apabila Fitri mula membuka hati buat seorg wanita bernama Idayu, Farisya mula merasai getaran cemburu. Dia cuba membuka hati buat Iskandar yang bijak dan baik hati demi utk melupakan Fitri. Tatkala itu, Fitri sudah kehilangan Idayu yg mula memberi perhatian kpd lelaki lain yang lebih lepas laku menunjukkan kasih sayangnya. Hati Fitri pulak dijentik cemburu melihat Iskandar tersenyum bahagia di sisi Farisya.


Sudah terlewat kah Fitri? Kasihnya buat Farisya hanya disedari setelah gadis itu disunting orang. Namun dugaan datang menguji kasih sayang Iskandar buat Farisya. Satu malam durjana Farisya yg terkandas di jalan raya hampir2 diragut kesuciannya oleh 2 lelaki yg tidak dikenali. Iskandar terus merasa jijik terhadap Farisya yang tubuhnya sudah pernah disentuh lelaki lain. Dia segera memutuskan pertunangan walaupun mendapat halangan keluarga kerana bukan senang utk mendapat calon isteri sebaik Farisya. Namun Iskandar nekad. Farisya kecewa namun Fitri sudah nampak jalan bahagia utk dirinya. Dia harus segera bertindak supaya Farisya tidak terlepas lagi.


Kisah ini lebih merupakan pengajaran buat insan2 seperti Idayu dan Iskandar yang membuat keputusan terburu-buru. Insan yang menjadi jodoh yang paling baik utk mereka sudah berada di genggaman, namun mereka menolaknya dan pencarian mereka akan berterusan entah berapa lama lagi utk berjumpa lagi dengan insan-insan bertanggungjawab seperti Fitri dan Farisya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang jodoh pun kena dicari...
kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...
kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...


Banyak betul kata orang. Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?


Farisya Ibrahim! Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini?


Apa yang menyukarkan dia memilih? Dia bukannya tidak cantik dia bukannya tidak menarik dia gadis periang yang sangat disenangi!


Jadi, kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup?


Tanyalah pada hati... lalu apa jawabnya hati?

---------------


Tanya pada Hati, bukannya tulisan pertama IMAN XARA. Kematangan IMAN XARA terserlah pada keupayaannya membina watak utama yang mantap dalam novelnya ini.


RM20.00
480 mukasurat
ISBN 978-967-5118-14-2

Sunday, February 8, 2009

Nama Aku N

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Nama Aku N by Aina Emir
Terbitan KarnaDya solutions
Tahun 2008


"Kau bagaikan bintang di langit... Tak berdaya untuk kucapai!"


gaya penceritaan mesra begini mengingatkan aku kepada 'Plain Jane' by Nurul Syahida terbitan buku prima :) Nyata kisah begini menjadikan pembaca akrab dengan watak 'aku'. Aina Emir mampu menyelami jiwa remaja kota yang sedang menginjak dewasa. Bila disebut gadis kota, mesti kita terbayangkan gadis yang serba moden mengharung arus kota, tapi ini adalah sebaliknya. N adalah gadis dari golongan miskin di kota. Perjalanan hidupnya berbeza dgn kebanyakan gadis kota yang lain. Pertemuannya dengan mak tok telah membawa dia ke satu level yang tak pernah disangka akan dikecapinya.


Pertemuan itu juga menemukan dia dgn Aunty Yam yg penyayang serta Abg Z yang mencuit hatinya.


Eric adalah sahabat yang sentiasa bersama2nya dan tidak malu2 mengakui menyayangi N. N serba salah kerana walaupun Eric semakin handsome, hatinya tidak pula tertarik kepada jejaka berdarah campuran itu. Ingatan kpd Abg Z dibawa merentasi garis2 hidupnya, menjauhi Mak Tok dan menjauhi Aunty Yam. Namun pertemuan semula telah ditakdirkan. Taraf hidup N sudah semakin baik berkat usaha dirinya sendiri dan bantuan Eric. Dia nekad utk memajukan keluarga yang serba kekurangan. Usahanya tidak sia-sia.


N bukan saja menarik perhatian Eric & Dr. Z tapi juga salah seorang pensyarahnya yang dlm misi mencari ibu utk anaknya. Kesian N gelabah nak cari 'tunang instant'. hehe.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.


N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Dia mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.


N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.


Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z.


Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi… sesuatu telah berlaku.
N cekalkan semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar ‘teman tapi mesra’.


Ikutilah kisah gadis kota ini... novel ala chick lit yg sangat sesuai bagi pembacaan mereka yg suka gaya santai dan brjiwa remaja.


RM17.00
330 mukasurat
isbn: 9789833316724