Sunday, June 7, 2009

Cinta Sejati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Azra Aryriesa
Cinta Sejati by Azra Aryriesa
Terbitan Buku PRima
Cetakan Pertama 2008


"Cinta, kau hadir setelah dia berlalu pergi..."


Minggu ni terasa nak baca novel2 penulis baru saja :) dan tak rugi saya menarik 'Cinta Sejati' keluar dari rak :) Kisah yg manis utk dihayati.


Permulaannya saya ada jugak ulang dua kali kerana beberapa watak diperkenalkan di awal cerita. SAya cuma tak mahu keliru dgn watak yang cuba diketengahkan.


Yang paling kita notice tentulah watak Zarif, Yaashman, Zara dan Mia. Penulis menganyam kisah 4 orang ni secara bersulam sebelum kita dpt melihat di mana letaknya watak2 ini dan apa perkaitan di antara mereka.


Zarif dan Zara sudah lama saling mengenali. Sejak kecil. Mereka berkahwin atas kehendak keluarga, namun perhubngan mereka masih lagi seperti sahabat. Mereka mmbuat keputusan utk mengikut haluan sendiri. Tanpa lafaz cerai, Zara pergi dari Malaysia.


Di bumi asing dia bertemu Yaashman yang menangisi dosa semalam, cintanya dihumban ke tepi kerana kesalahan lalu yang siapapun tak mungkin akan memaafkan, tambah2 lagi tuan punya diri.


Zarif cuba membuka hatinya buat insan lain namun bayang Zara memenuhi ruang yg kosong itu walaupun 7 tahun berlalu. Watak Mia seperti tiada, tapi rupanya dia memang sentiasa ada, cuma dia lebih dikenali dgn nama Sarah. :)


Kejadian cubaan bunuh diri di hospital, gara2 terpaksa berkahwin membuat Zarif membuka rahsia hatinya dan turut menjadikan dia lebih berani utk meluahkan perasaan kepada Zara, walaupun hanya melalui emel.


Yaashman ngan Mia nyer kes tu macam citer "Aaa gale laag ja" ajer ek? yg dpt anak nama Rahul yg kena polio tu. huhu.. Terlanjur semasa berpelukan dlm cuaca sajli. Lama tak layan citer hindustan.


Walaupun agak terlewat Zara membuka emel dari Zarif, dia berasa lega kerana cintanya bersahut. Zarif dah frust dah sbb tak der respond. Cinta itu sudah cukup kuat utk membuat Zara kembali ke Malaysia. Diorang ni jatuh cinta bukan sbb selalu bersama, jarak masa dan lokasi yang membuka hati mereka utk menyedari perasaan sebenar mereka antara satu sama lain.


Pertemuan semula dgn Zarif menemukan Zara dgn Sarah yg baik dgn Zarif. Dia akhirnya bertemu dgn pujaan hati Yaashman dan berhasrat utk menyatukan mereka semula.


sure fine whatever
rinn







sinopsis belakang buku:


Zarif. Cintanya terhadap Zara hanya hadir setelah betahun wanita itu meninggalkannya. Bimbang kehilangan cinta membuatkannya memilih untuk mengunci mulut dari meluah kata hati. Namun mampukah dia terus bertahan tatkala rindu semakin menghambat hati?


"Yash, manusia boleh datang dan pergi bersilih ganti dlm hidup kita, tetapi cinta tidak begitu. Cinta sejati adalah cinta yg hanya sekali hadir dlm seumur hidup. Cinta sejati itu datng dari hati yg ikhlas dan suci. Ianya lahir tanpa dipaksa-paksa. Dan cinta itu akan kekal utuh selamanya biar apa jua berlaku," ucap Imran tenang.


Dosa yg dihumban ke atas Mia membuatkan Yashmaan hanyut dalam arus penyesalan. Kekesalan yg akhirnya mengajar lelaki itu erti cinta yg sebenarnya. Namun tiada dirinya utk meraih kembali cinta yg pernah dipandang sepi kerana Mia telah dimiliki sahabat baik sendiri. Lalu, sampai bila dia harus hidup dgn cinta dan rindu yg tak pernah surut?


Cinta. Sesuatu yang sukar utk ditafsirkan. Abstrak dan subjektif. Anugerah Tuhan yg tidak ternilai. Cinta mampu mengubah segalanya. Namun, benarkah cinta sejati akan terus kekal walaupun zaman terus dibenam waktu? Cinta, kau hadir setelah dia berlalu pergi...

---------
Cinta Sejati yang hadir sebagai karya sulung penulis di medan penulisan merupakan sebuah karya yg diangkat dari kisah hidup seseorang. Ketabahannya dlm menanti cinta sejati yg telah diabaikannya suatu masa dulu benar2 menimbulkan rasa kagum penulis. SEgalanya jadi pengajaran y begitu bermakna kpd penulis dlm menempuh perjalanan hidup yg masih panjang. Semoga karya ini mampu memberi hiburan kpd semua yg membaca.

-Azra Aryriesa


RM16.90
Sabah/Sarawak: RM19.90
410 mukasurat
isbn: 9789675234071

Seharum Kemboja

Rating:★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Anis Sofea
SEharum Kemboja by Anis Sofea
Terbitan NHF Media
Cetakan PErtama TAhun 2007


"Cinta setulus ini mampukah untuk mencipta sbuah kebahgiaan yang berkekalan..."


Cerita ini banyak mengenengahkan kisah orang Kemboja, gadis2 Melayu Champa. Sangat informatif mengenai negara dan orang2 sana. Aku agak kurang faham motif besar cerita ini. Mungkin kisah Maimunah dan Razi hanya sekadar hiasan bagi cerita yg hendak dismpaikan. Penulis suka berkongsi cerita tentang kemboja dan Melayu Champa serta sejarah hitam tentera Pol Pot.


Kisah cintanya, tentang Razi, duda yg mahu dipasangkan dengan Maimunah gadis Champa yg cantik jelita. Mereka berkahwin dan Maimunah kemudian balik ke KEmboja utk bertemu keluarganya di sana. Suaminya menyusul tak lama kemudian dan menghayati sendiri kehidupan di sana dan akhir sekali mereka sama2 pulang ke Malaysia. errr.. tu jer kisahnya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


"Ada hal mustahak, bang!" Gelak
Razi faham Sarh cuba melawak. "Ya?"
"Tak...! Agaknya saja nak jumpa. Itulah.. abag tak tah, kita orang d sini semua sayangkan abang. Kalau lama skit tak datang mau pula tak telefon langsung, bukan main gelisahnya kami!"


"Ya? Eh, terima kasih banyaklah...! Tak tahu pula, ada juga org sayangkan abg. Mm... Sarah pun sayangkan abang juga ke?"


"Sayang...!"
"Olamaak...! Sejuk hati abang. Tak sangka ya, Sarah pun sayangkan abang. Tapi sayang-sayang begini, nanti diketahui pakwe Sarah, marah dia" Razi terus melawak.


RM19.90
isbn: 9789833156252
591 mukasurat

NOvel baru BUku Prima & Creative



Masa jalan-jalan kat Read Malaysia, kitorang terserempak dengan 2 buah novel baru di rak.


1. Kupersembahkan Hati by Adra Adlina
Terbitan Buku PRima 2009
isbn: 9789a675234460
RM18.90 Sabah Sarawak: RM21.90


Zahra Liyana telan air liur. Tekaknya terasa kelat. Aduhai makcik. Kita belum kenal pun. Macam manalah boleh sukakan saya? Hidup saya ni jauh berbeza dgn hidup anak makcik. Besar konfliknya makcik. Kami bercinta pun tak. kawin laglah mustahil! Zahra LIyana bermonlog.


Mengapa dia sering diuji begini? hanya Allah yg tahu betapa sesak nafasnya bila melihat keadaan Zahra LIyana yg terbaring lsu. Serasa bagaikan hampir putus nyawa tatkala mengetahui Zahra Liyana berada dlm situasi genting seperti ini.


Tuntutan situasi membuatkan Zahra Liyana terpaksa meleraikan segalanya. Keindahn berkasih dgn suami tersayang tidak lagi menjadi penyeri hidupnya selepas ini. Cinta yg terlalu dalam buat Adib Irfan perlu dipendam jah ke lubuk hati. Zahra Liyana perlu menetapkan pendirian.


Mungkin inilah yg dikatakan jodoh. Walaupun tdak berpanjangan cukup memberi kesan yg mendalam buat Adib. Zahra menddik Adib erti tangungjwb, menghormati wanita dan paling penting Adib sungguh bersyukur dikurniakan isteri yg taat seperti Zahra.


------------
Hobi berangan memag tak boleh dipisahkan dg saya.. Asal terpandang mana-mana gelagat org di sekeliling yg sesuai utk menjadi watak, akan dimasukkan dlm karya. ADakakalanya saya hanya meminjam jasad merka, namun sikap dan karakter akan diolah berdasarkan imaginasi. KEsetian pada cinta, lelaki yg tak mampu membuka hatinya kpd seorg wanita benar-benar memberi saya inspirasi dalam menghaslkan keseluruhan novel. SAya sering memikirkan bahawa setiap pasngan perlu saling melengkap antara satu sama lain. cinta sejati tentu sahj wujud pada merka yg mempercayainya. Ianya lebih indah jika manusia tahu mengemudinya ke haluan yg betul. Hargailah selagi masih ada yg menyayangi.


-Adra ADlina-

-------------------------------------------------------------

2. Tajuk: Rindu Tak Terucap
Penulis: Nurhayati Ishak
Tahun 2009
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
RM32.90
Sabah/Sarawak: RM35.90
isbn: 9789838939388


"Kugagahi kaki ini... walaupun langkahku kian payah"


Indahnya sang bunga pasti layu jua akhirnya. Indahnya cinta kekal hingga ke hujung nyawa. Saat cinta mula berbunga, hati yg layu menjadi ceria.



WA AINI- Terima kasih cinta, utk segalanya kerana mengajarku erti bahagia. Kau berikanku lagi kesempatan utk kusemai cebisan kasihku.


Namun cinta jua membuat aku dihimpit rasa bersalah dan kesal yg sukar difahami oleh sesiapa. Saat cintaku terpaksa dilukai dan dikhianati. Hati yg luka berdarah.. biar kutanggung sendiri.


HAIQAL - Sayang.. tak terucap rinduku padamu. Kau ibart bayang-bayang indah yg sentiasa menemaniku. Tanpamu aku kehilangan arah. Sepi yg tiada penghujungnya... meambah lara di hatiku. SAyang... hadirmu jua membuka ruang-ruang kosong di hatiku walaupun kau tercipta bukan utkku. Namun kutemui jua cinta yg abadi.


WA AIMIN - Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang utkku bersama dgnnya. Nkmat cinta yg KAU anugerahkan tidak ternilai harganya.


Ain... Abg amat menyayangimu. Andai diberi peluang sekali lagi, akan kubahagiakan dirimu selamanya.

Lagu Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iejay Zakaria
Lagu Cinta by Iejay Zakaria
Terbitan NB Kara
Tahun 2009


"Sengketa itu terlalu manis utk diungkapkan"


Delivery yang baik dan lain dari yg lain hasil karya pertama Iejay nih. Lagu yang berkumandang di setiap bab membuat kita seperti menghayati filem muzikal :) Lagu hindustan pun ada! haha. Penyampaian cerita yg unik dan menarik. Lagu feveret den Percaya Pada Cinta pun ada!! hehe sukerrrrr. Bleh buat soundtrack khas utk novel ni lah ye?


Kisah cinta yg dialunkan dalam cerita ini agak biasa tetapi apabila dialunkan dlm bentuk kompilasi, ianya kelihatan manis dan membuat kita tersenyum. Lagu Cinta ini adalah kompilasi lagu2 yg menceritakan perjalanan cinta Aleya dan Idzham. Cinta yg sudah lama berputik mengambil masa yg lama utk berkembang kerana salah faham dan menimbulkan sengketa antara mereka di tempat kerja. Namun bila masing2 tak bertemu mata mereka jadi rindu plak nak bergaduh. So, bergaduh pun bergaduhlah asal kan dpt berjumpa :)


Sentuhan komedi dalam cerita ni pun menarik jugak.. memang tergelak la... especially part Aleya terperanjat disebabkan 'Cik Li' sehingga terpanjat atas Idzham... haha.. terperanjat sampai terpanjat.


Tak berapa suka dgn cara Idzham melarikan diri dari Aleya yg sudah diberi pengharapan yg tinggi utk hidup bersama. Dia meninggalkan Aleya tanpa kata putus. Membuatkan dia seperti lelaki yg tak bertanggungjawab. Kalau dia perlukan masa utk 'heal', berterus terang jer lah.. tapi tu lah... nak dijadikan cerita... Tindakan Aleya memilih Syah pun buat saya geram... huhu.. tu yang lagi tak boleh nak lepas buku ni selagi tak abis baca. Even selepas jumpa family Syah yg eksyen semacam tu pun dia still nak teruskan perkahwinan dgn Syah. Geram jugak memikirkan Arin yg merupakan musuh dlm selimut, kawan yg berkawan utk 'makan' kawan. Bleh insert lagu Yuna "I'm not like you" kat sini. hehe


Jarak masa yg diberikan utk Idzham dan Aleya cukup utk menjadikan mereka insan matang apabila bertembung semula. Banyak persoalan yg perlu dirungkaikan... Aleya nekad mahu meneruskan majlisnya. Dia mahu menjadi isteri yg terbaik utk suaminya. So sapa nak jabat tangan tok kadi? Idzham ker Syah? Aleya tak nak ambil tahu. Dia terlalu gementar hingga tak tahu suara siapa yg melafazkan akad di hadapan kadi. ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja ayat-ayat manis yg dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.


Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yg membara bertukar malap dgn tiba2. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu2 cintanya?


RM21.00
sabah sarawak: RM24.00
isbn: 9789675229039
604 mukasurat
c

Thursday, June 4, 2009

Dua Novel Terbaru Alaf 21


wah.. dua novel baru alaf dari dua penulis yang sudah ada novel yg laris di pasaran! errmm dengar2nya novel damya hanna pun dha kuar.. tapi tak der pun updates kat web alaf...




Novel Baru Alaf 21
Kalimah Jiwa by Haiza Najwa
Terbitan Alaf 21


"Aku menanti janjimu di tengah lautan resah"


sinopsis:

Ifliany sama sekali tidak menduga suami sendiri sangup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat utk dia selama lamanya


Doanya termakbul.. dia diselamatkan oleh Naqlis. Pmuda itu bagi menyuluh sinar bahagian utknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagi peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!


Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifliany masih dara! Lantaran itu apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis utk mendakwa Fahren?

---------------------
cc


Jawapan Yang Pasti by Eka Fahara
Terbitan Alaf 21


sinopsis:


Orang kata, bercinta dgn golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namn Kyra, dia percaya pada Arif kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.


Namun langit tdak selalu nya cerah. Hubungan mereka yg sudah mendapt resut dpd keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yg terpampang di dada akhbar benar2 merobek hatinya. Sanggip lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal meda dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jiranya. Gadis itu lantas membawa diri yg lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dgn lelaki itu.


Namun dunianya yg sudah tenang dikocak pulak dgn berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi. Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus emperisterkan kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun apa yg dibimbanginya adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

Untukmu Hana...

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Salina Ibrahim
Untukmu Hana... by Salina Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise sdn bhd


"Kenyataan tetap kenyataan walau tanpa diundang"


Ini merupakan kali pertama saya membaca karya penulis terkenal ni. Buku2nya sudah banyak di pasaran namun baru kini saya berkesempatan memiliki beberapa buah buku karya beliau masa pesta buku hari tu :) RAsanya ni lepasni saya nak collect lah buku2 penulis ni pulak.. haha ntah brapa byk yg lain aku nak collect jugak.. aduih.. jenuh jenuh :)


Rindu pulak nak menyelak novel yang sarat dgn mesej kasih sayang kekeluargaan seperti ini. Kasih sayang ibu-anak yang terpisah kerana desakan hidup.


Hana Athirah tidak pernah menyangka yg dirinya anak angkt. Assignment nya dijadikan batu loncatan utk menjejaki ibu yang tidak pernah dikenalinya. Seorg novelis yang pernah mencipta nama. Seorg pendidik yg berkaliber. Gambaran ibu dalam mindanya tidak mirip langsung dengan wanita yg ditemuinya. Ibunya seorg yg tabah, baik hati dan cantik sekali!


Tanpa sedar dia makin akrab dan mesra dgn keluarga kecil itu. Kasih sayang semula jadi mengalir antara mereka. Cute betul Zulaikha kena pinang dgn hafiz tu.. hehe.. Zu yg kasar tu pun ada org bekenan. Badrul Mizan tak sangka akan bertemu sahabatnya (yg dicintai dlm diam) di rumah Zulaikha.


Hana Athirah menjadi gusar apabila rahsia yang dipendamnya terbongkar dan siibu mahu menyambung kasih mereka. Di tempat asing Hana Athirah tiada siapa2 utk meluahkan rasa. Badrul Mizanlah jejaka yg paling gembira apabila menerima panggilan dari Hana Athirah...

Yess!!! Seri Khairaton sungguh setia pada Imran Chua :)


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


Pilu dan keliru... segala-galanya bermukim di jiwa. Benarkah dia waris tunggal, penyambung keturunan mama dan ayah? Tetapi kenapa minat mereka tidak serupa... kecenderungan berbeza? Segala-galanya mengganggu, bersatu menjadikan kesempurnaan bagaikan asing tiba2. Diakah yg lupa diri atau sejarah silam yg menjadikannya walang? Dia kalap.


Mentari yang bersinar ceria rupa2nya membawa cerita duka. Dia bukan permata mama. Dia bukan srikandi papa. Dia entah siapa2... entah susur galurnya di mana? Entah keturunannya apa? Lalu Hana Athirah memulakan misinya sendiri2. Namun tatkala berhadapan dgn kenyataan semangatnya bagaikan hilang. Terbang.


Ibu rupa2nya seorg wanita sejati. Ibu rupa2nya seorg sri kandi. Ibu kiranya masi sendiri2... dia kian keliru dgn kasih sayang ibu yang tidak bertepi.


RM20.90
isbn: 978983 8935531
407 mukasurat c

Shopper Side: Twilight Companion (Unauthorised Guide)




1. Kalau ada yang berminat membeli buku Twilight Companion: Unauthorised Guide to The Series, sila emel ke sure_fine_whateverr@yahoo.com untuk urusan pengeposan.
Harga: RM16 termasuk pos ekspress. Buku baru, bukan 2nd hand

------------------
2. KUIH RAYA!! (UNTUK RAYA HAJI DAN DEEPAVALI DAH BOLEH ORDER) macam tahun lepas saya jual Sweet Dust. sapa2 yang berminat boleh la order sekarang melalui emel saya sure_fine_whateverr@yahoo.com.
Sweet Dust 50 pcs harganya RM13.00
kawasan delivery: sekitar kulim, putrajaya, kuala kangsar
pickup: KL Sentral, putrajaya Sentral, ERL Salak Tinggi, Alamanda, LRT/Komuter station yg dekat2 area Shah Alam/KL/Putrajaya.
saya tak pos sebab takut nanti ada yg bersepai.

bentuk kotak sweet dust adalah sejibik sejibon macam dalam gambar yg saya upload ni :)

Tat Buah tu pulak adalah sebenarnya tat nenas yang dibentukkan seperti buah-buahan. bekas dan bentuk buah adalah seperti dalam gambar. sangat colorful dan menarik. Ada bentuk manggis, strawberry, carrot. jambu air, jagung, epal. Sangat cute dan sedap :) harganya RM23 untuk yang kecil, RM28 utk yg besar. Kecil dan besar tu merujuk kepada saiz buah dalam kotak tu ya?

kawasan delivery: sekitar kulim, putrajaya, kuala kangsar
pickup: KL Sentral, putrajaya Sentral, ERL Salak Tinggi, Alamanda, LRT/Komuter station yg dekat2 area Shah Alam/KL/Putrajaya.
saya tak pos sebab takut nanti ada yg bersepai.

--------------------

BUKU MASIH BOLEH ORDER. tapi Ombak Rindu dan Mulanya Satu Cinta sudah sold out. bila aku dapat stok, saya akan update di sini ya? Terima kasih :)

Nak beli buku? ok ni ruangan yg aku wujudkan khas utk menjual novel. Ada novel baru dan masih berbungkus dan ada jugak novel 2nd hand. Segala urusan pembelian mestilah melalui emel sure_fine_whateverr@yahoo.com sahaja. di ruangan sini aku cuma uploadkan gambar2nya saja. Jika berminat, terus hubungi aku di emel yg tertera di atas ya?

Kos pengeposan dan proses penghantaran:
RM6.00 sahaja (tak kira berapa buah buku)
butir2 mengenai buku adalah seperti tertera di gambar buku sendiri.
gambar yg diupload adalah gambar buku yg akan dijual.