Wednesday, December 16, 2009

Kasih Sedingin Salju

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Amaruszati Noor Rahim
Kasih Sedingin Salju
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Terbitan Dwiwangsa
Cetakan pertama 2005
505 mukasurat
isbn: 983945949
RM19.90


Novel ni mengumpulkan 3 cerita karya Amaruszati Noor Rahim. Thanks DD for the book :).


Kisah 1- Siti Johanna


Siti Johanna adalah kisah yg pernah diangkat ke layar tv sbg drama. Aku tak tau lah pulak, DD yg bagi tau.


Walaupun kisah ini menceritakan perjalanan hidup seorg remaja sekolah (yg aku tak der la suka sangat, kalau kolej tu suka lah jugak), aku tidak bosan melayan kisah ini. Garapan penulis memikat dan membuat kita nak tau apa jadi kat Johanna dan cikgu Taufiknya.


Ini kisah tentang Johanna yg lebih suka dikenali dgn nama Johan atau Jo. Dia paling pantang dipanggil Siti atau Hanna kerana ada ciri2 feminin pada mana itu yg membuat dia rasa lemah dan mudah ditindas. Dia lebih selesa membawa perwatakan tomboy. Dia ada pendirian sendiri tentang pembawakan dirinya, terutamanya setelah sering melihat ibunya didera bapa sendiri dan dia sendiri pun merasa sedas dua penangan bapanya. Bapanya mulanya seorg lelaki yg baik tetapi selepas satu peristiwa, diamenjadi lelaki yg bengis dan pemabuk.


Bapanya menghilangkan diri dan tidak pernah kembali. Johanna tidak mahu menjadi wanita seperti ibunya yg masih menangis mengenangkan suami walaupun perkara itu sudah lama berlalu.


Sindiran dan kata2 sinis org sekeliling telah menjadikan Johanna lali dan tidak menghiraukan lagi pandangan org terhadap dirinya. Cikgu Taufik juga sering menggunakan pendekatan itu utk cuba menginsafkannya tetapi Johanna buat tak reti saja.


cikgu Taufik akhirnya menggunakan pendekatan lain utk menyedarkan Johanna. Dia bagi hadiah buku agama kpd Johanna sampai dia tu termimpi2 akan balasan Allah terhadap org yang berdosa. Sedikit demi sedikit Johanna berubah menjadi Hanna yang manis bertudung. Dia bukan saja menarik perhatian Cikgu Taufik, malah best friend dia, Mus, pun jatuh syok kat dia.


Aku suka chemistry antara JOhanna dan cikgu Taufik. Tapi aku tak dpt menerima sikap Cikgu Taufik yang memang jelas dari mula cuba menarik perhatian Johana dgn cara memikat gadis itu. Dia seolah-olah menghulurkan harapan cinta kepada Johanna tapi last2 kata anggap macam adik sendiri lah pulak n then kawin ngan org lain. Adeh frustnyerrrrrrr (gaya over acting).


Kisah 2: Keranamu Aku Menangis


Tengok tajuk pun dah tau ni kisah cinta tak kesampaian. Kisah ini disampaikan melalui warkah 2 sahabat, Irma & Arfah yg saling berutus surat antara satu sama lain. Kita ni kira baca surat orang lah. :)


Irma dan Arfah berkongsi cita2 yg sama iaitu utk menjadi seorang penulis.


Irma hampir putus harapan dlm mengejar cita2nya setelah dipaksa menerima pinangan keluarga sepupunya. Keresahan jiwanya telah menyebabkan dia hanya sekadar di pangkat 3 SPM. Kesian dia, cita2nya tidak mendapat sokongan keluarga langsung walaupun dia sering dijemput mendeklemasi sajak dia sekolah2. Mak dia kata dia pergi melalak.


Semasa cincin sudah tersarung di jari, hatinya terpaut pada Helmi, lelaki yang berkCongsi cita-cita dan cinta yang sama dalam hidup. Di saat dia sudah berani melawan keluarga dan meleraikan ikatan pertunangan, Helmi pula berubah hati.


Kisah 3: Camar Terbang Senja


Kisah Diba yang sanggup berusaha masuk ke sekolah Menengah Teknik walaupun ia bukan cita2nya. Semuanya kerana dia mahu dekat dgn Azwan. Namun Azwan sudah jadi orang lain dan mengecewakannya. Diba hampa. Zaki yg mulanya jadi guru tidak rasmi utk subjek yg sukar difahaminya, akhirnya menjadi teman rapatnya dan dia mula menyenangi Zek yg mulanya seperti lelaki sombong.


Hutang kakaknya yg terkandas belajar di luar negara sbb berkahwin telah menjadikan Diba sbg galang ganti demi melunaskan hutang. Diba bencikan kakaknya Sofia yang mementingkan kebahagiaan diri sendiri dan membelakangkan keluarga yg telah bergolok gadai utk menghantarnya ke luar negara. Kalau husband nya tu jenis boleh support family tak pe la jugak. Adui memang sakit hati la kalau jadi adik atau mak bapa kepada Sofia ni. Tak fikir panjang.


Tok Empat yg bagi pinjam duit kat family Diba utk menghantar sofia ke luar negara mahu Diba menggantikan tempat Sofia sbg menantunya (nasib baik bukan sbg bini dia, hehe). Taufik menjadi tunangannya.


Siapa sangka pertemuan Diba dengan Taufik yg baik hati telah meleraikan semua kekusutan yg dihadapi Diba dan kini dia boleh berdepan dgn Zaki dengan senyuman. :)


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb:


Siti Johanna - Saat kasihku mulai tertumpah buatmu, aku belajar bagaimana nikmatnya airmata seorg perempuan yg dibiarkan buat lelaki yg dicintai. Cikgu Taufik, terima kasih kerana membimbingku ke jalan yg benar. Sesungguhnya Tuhan itu masih menyayangiku...


Irma Z - Andai laut itu tidak terduga dalamnya, begitu juga hatimu Helmi. Nanarnya aku mencari nilai cintamu, semudah itu juga kau tepis harga cinta yg mula berputik antara kita. Antara kau dan aku wajarkah terbina dinding pemisah?


Adibah - Zek ketahuilah oleh mu, saat cincin tersarung di jari manisku, akulah insan yg merendam segala duka ke dasar jiwa ku yg parah. Andai kau tahu derita yg bersarang di dadaku ini, rungkaikanlah segera agar kita bisa seiring menggapai sinar cita-cita...



Wednesday, December 9, 2009

Sukma Rindu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fariza Zuliana
Tajuk: Sukma Rindu
Penulis : Fariza Zuliana
Penerbit : Alaf 21 Sdn. bhd
Cetakan Pertama: 2002
311 mukasurat
isbn: 9789831241066


"Kau berada di mana-mana dalam layar memoriku"


Aku rasa nak baca buku ni sbb recomended by Syikin. Bukannya apa, syikin tu jenis suka citer2 sedih, tangkap nangis, tapi tekejut pulak biler baca buku ni, tak der lah pulak yg tangkap nangis.


Bagi aku kisah ni hijau sehijau covernya. Antara Azril-Dianza dan Fredie-Dianza aku lebih suka chemistry Azril - Dianza. Tapi penulis dah pilih Fredie sbg hero. Semasa Fredie dgn Dianza, Azril muncul semula tapi tak terasa kemunculannya itu menggugat apa2 antara Dianza dan Fredie. Rasa setara jer antara Azril dan Fredie buat Dianza tu.


Aku tak sangka yg Azril tak mati last sekali. Ada harapan la Tania ngan Azril :)


Kisah ni bermula dgn perkenalan zaman sekolah antara Azril dan Dianza. Perkenalan mereka membuahkan kemesraan namun pemergian Azril ke luar negara memisahkan mereka. Azril mahu menjalin hubungan lebih dari sahabat tetapi Dianza menolak.


Zaman kolej pula menemukan Dianza dgn Fredie yg berjaya mencuit hatinya. Dianza sudah tahu apa beza antara rasa persahabatan dan rasa cinta. Namun Fredie menolak perasaan itu kerana mahu menumpukan pada pelajaran.


Zaman pekerjaan menemukan semula Dianza dan Fredie dan di antara mereka muncul juga Azril.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Pertemuan Dianza dan Azril adalah satu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing-masing terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih, persahabatan dan percintaan.


Bumi kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam, ada rasa kasih yg bertunas. Rindu yang bertandang bila berjauhan, namun bukan mudah utk mendapat kata pasti daripada seorg lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari2 berlalu dgn seribu harapan yg menanti.


Cabarang datang menduga, Dianza bertemu dgn Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Fredie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan di tangan Dianza, ada segala jawapannya.



setakat 2005 sudah 7 kali diulang cetak

Ada Rasa Nak Ngulit Buku Baru?

here are some updates for those yg interersted ya?





Tajuk : Jaja & Din
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Mula Terbit : 15 Disember 2009


Cinta pandang pertamakah ini...


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?


=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya

=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu

=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia

=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar


Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan


cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:

Abah dan uminya rasa



Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?


Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...




Tajuk : Di Mana Terangnya Bulan
Penulis :Bahruddin Bekri
Penerbit : PTS


"Sebuah kisah yang menyimpan senyum"


Dalil Tuhan untuk manusia, hidup ini adalah kepingan yang perlu dicantumkan. Mengambil hikmah daripada dalil itu, Kamarul menjejakkan kakinya ke Sarawak bagi melanjutkan pelajaran, kepingan hidup yang sering diangan-angan.


Tanpa Kamarul tahu, di situ dia menemukan lebih banyak kepingan hidupnya. Bermula dengan teman serumah yang diam dan hanya berpakaian hitam. Kemudiannya diari biru milik perempuan Cina yang berwajah ayu. Sehingga kepada lelaki berambut panjang yang menyimpan dendam.


Kamarul yang berwajah polos dan tidak tahu menahu, mendapati kepingan-kepingan hidupnya itu perlu dicantumkan, hanya untuk menjawab satu persoalan, di mana terangnya bulan....







Tajuk : Dengarlah Duhai Hati
Penulis: Efi Afiza
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009


"Engkaukah itu yang sering hadir dalam mimpi-mimpiku?"


Insyirah selalu menjadi mangsa kebencian emaknya hanya kerana dia tidak sehebat abang-abangnya. Hatinya memberontak dengan sikap emaknya. Hanya ayahnya dan Hadi yang memahami dirinya. Hadi, rakan yang dikenali sejak kecil menjadi tempat dia mengadu. Hubungan rapat antara Insyirah dan Hadi membuahkan satu perasaan aneh dalam diri Hadi namun dipendamkan sahaja. Ternyata Insyirah menganggap Hadi sebagai sahabat apabila memperkenalkan Aiman sebagai teman istimewa.


Perkenalan dengan Aiman merubah semuanya. Pertama kali Insyirah mengenal erti cinta dan pertama kali dia membenarkan hatinya ditakluki. Dengan rela, dia menerima lamaran Aiman tanpa sedar akan perasaan Hadi terhadapnya. Namun, keindahan yang dinikmati hanya sementara.


Insyirah tertekan apabila Aiman menghilangkan diri dan penderitaannya ditambah dengan pemergian ayah yang disayangi. Dugaan demi dugaan membuatkan dia jadi hilang pertimbangan. Dalam menghadapi kemelut itu, Hadi datang menjadi penyelamat. Namun, mampukah dia melupakan Aiman?





Tajuk: Pulut Sakura Serunding Kasih
Penulis: Leysa Shuri
Terbitan Karna Dya
Cetakan Pertama 2009


"Pulut sakura berintikan kemanisan kacang merah, mengeratkan kasih sayang antara 2 insan"


Sinopsis:


Novel ini menceritakan krisis kekeluargaan, pertembungan tradisi Timur dengan unsur-unsur Barat, serta generasi muda di tengah-tengah kemelut kehidupan.


Rafique,
pemuda Malaysia yang pernah kehilangan kekasih, menjadikan penghijrahannya ke Jepun sebagai tempat melepaskan diri dari kongkongan memori itu. Berlatarkan kenyamanan Gunung Fuji, kekosongan di hati Rafique diis semula dengan satu kejadian yang tidak dijangka. Hujan lebat bersama ribut taufan, membasuh saki-baki kenangan yang masih merimaskan hatinya. Takdir menghidupkan semula sumbu kasih sayang itu.


Di Gunung Fuji, sekali lagi Rafique kehilangan sesuatu yang tidak ternilai. Apa terjadi di Gunung Fuji? Dapatkah Rafique mencari kehilangan itu?


Pulut Sakura Serunding Kasih memaparkan nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat Jepun dan Melayu. Pulut sakura menjadi lambang nilai-nilai Jepun dan serunding mewakili lambang orang Melayu dalam adegan watak-watak di dalam novel ini.



Tajuk: My Honey, Hani
Penulis: Fathi Ramli
Terbitan Karna Dya
Cetakan Pertama 2009


"Biar jauh beribu batu, dua hati pasti akan bersatu"


Sinopsis:


“Kamu tahu tak? Seorang teman saya pernah berpesan, jangan pernah takut untuk bermimpi kerana adakalanya mimpi itu adalah cerminan masa depan yang akan mencorakkan perjalanan hidup kita,” ujar Dimas.


“Kenapa kita mesti ada impian? Kenapa tak biarkan saja hidup ini berlalu apa adanya?” soal Hani.


Siapakah Hani, gadis kelahiran Pahang, Malaysia itu? Siapa pula jejaka yang bernama Dimas? Di manakah mereka bertemu? Bagaimanakah terjalinnya pertalian antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berbeza? Adakah hubungan mereka berkekalan ataupun hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?


Marilah kita sama-sama ikuti kisah cinta gadis Melayu ini dalam meniti saat-saat bahagia, suka dan duka dalam kehidupannya di samping jejaka Yogyakarta yang menawan itu.





Tajuk : Cinta Kepala Batu
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ayu Emelda
ISBN: 978-983-124-473-9


Sinopsis:
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.


Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.


Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.


Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...





Tajuk : Cinta Seorang Kekasih
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elee Mardiana
ISBN: 978-983-124-486-9


Sinopsis:


NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa.


Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh.


Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?







"Hangatnya kasihmu menyelimuti hatiku yang dingin"


Tajuk : Jika Kau Tiada
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elin Nadia
ISBN: 978-983-124-479-1


Sinopsis:


SHAKIRA ILYANA kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi. Lantas, dia dibesarkan oleh keluarga angkat. Namun, Shakira bersyukur dengan limpahan kasih sayang, keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari-harinya.


Perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman persekolahan membenihkan rasa cinta di hati Shakira. Biarpun banyak perbezaan di antara mereka, Shakira dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama. Kerana cinta, Shakira tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda.


Tatkala keindahan cintanya dengan Jimmy diusik dugaan, Shakira dikejutkan pula dengan pengakuan Hakim Shahmi, seorang jejaka yang obses tentang cinta. Dia berharap cintanya pada Shakira akan berbalas sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki gadis itu.


Shakira sedar, biarpun sukar dia perlu terus melangkah. Namun, mampukah Shakira melupakan segala kenangannya dengan Jimmy dan membuka lembaran baru dengan Hakim?

Tuesday, December 8, 2009

Yang Sebenarnya

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aisya Sofea
Yang Sebenarnya
Penulis: Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244746
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90


"Aku seperti ombak yang berlari mengejar ilusimu..."


Untuk cerita yg phase nya tidak laju, boleh dikira saya tak stop langsung utk habiskan cerita ini. Jalan ceritanya slow and steady dan sentuhan Aisya Sofea yang ini bagi saya, ada tarikannya tersendiri walaupun kisahnya agak biasa.


Watak antagonis, Nuryn memberi kesan yg baik pada cerita ini dan bagi saya watak ini lebih memorable daripada jalan ceritanya. Watak ini mewarnai mood cerita dgn baik.


Kisah kali ini tentang Dhiya. Gadis bandar yg berpelajaran tinggi tapi mahu bekerja di kwasan yg dekat dengan ibu bapanya. Dari kerja di kedai makan dia beralih angin bekerja sendiri dgn membeli sebuah van buruk utk dijadikan van sekolah, membuatkan mak dia rasa mcm nak pitam. Sampai mak dia kata 'ntah apa la dia akan bawak balik lepas ni' - lebih kurang mcm tulah. korang tau lepas tu Dhiya bawak balik apa? Dia bawak balik FAUZAN! Baby yg comel. haha. Pening mak dia.


Aku tak dapat mengesan sebab konkrit mengapa kakchik kpd Dhiya tu nak kawin ngan duda kaya tu. Nak kata dia mata duitan tu tidak. Nak kata dia kesian kat anak2 duda tu, aku tak sure lah pulak sbb anak2 duda tu memang tak suka kakchik tu. Banyak kali jugak la kakchik tu lari dari rumah sbb tak tahan dgn sikap anak2 tiri dia yg memberi layanan buruk pada dia.


Dhiya seperti tak tetap pendirian plak part terima offer dari pak long dia utk bekerja di ofis. Memang dah lama pak long dia offer, tetapi selepas dia mula business hantar budak2 gi skolah baru dia decide utk terima tawaran pak long dia dan serahkan urusan mengangkut budak2 skolah kpd bapa dia.


Abg Eddie adalah sepupu Dhiya dan kakchik. Eddie ni ada perasaan pada kakchik tetapi kakchik pilih orang lain so Eddie membawa hati yg lara ke London. Ternyata London telah mendekatkan dirinya kepada Dhiya yg sering bertukar khabar berita dgn nya.


Bila pulang dari London Eddie bersemangat utk bekerja di pejabat ayahnya. Mungkin sebab ada Dhiya.


Dhiya ni nampaknya sangat berbakat utk kerja2 korporat dan dia berjaya menyelesaikan byk kemelut kewangan dalam syarikat Pak Long dia.


Kepulangan Eddie memeriahkan hidup Dhiya tapi Eddie tu kalau kerja dia sangat tegas dan suka marah2 especially kalau ia melibatkan Dhiya. Eh dia bukan marah orang, dia akan marah Dhiya tu kaw kaw punya dan akan terus-terusan menuduh Dhiya tanpa usul periksa. Kesian Dhiya.


Banyak kali Dhiya terasa hati dgn sikap Eddie bila di pejabat. Haaaa masa ni lah Nuryn muncul. Gadis yg pernah Eddie kenali ketika di London. Nuryn mengejar cinta Eddie dan berusaha mendekati Dhiya supaya dipilih sbg pengganti Dhiya yg hanya bekerja sementara di syarikat Pak long. Hajat Nuryn tercapai dgn sokongan penuh dari Dhiya yg berhasrat utk mendekatkan dua kasih yang berjauhan tu.


Nuryn mengesan kemesraan antara Dhiya dan Eddie dan berusaha menyingkirkan Dhiya dari hidup Eddie. Tapi kalau kiter tengok, bermula dari kedatangan Nuryn dlm syarikat Eddie yg menjadikan Dhiya dan Eddie lebih menyedari perasaan mereka antara satu sama lain. Lain yg Nuryn nak, lain pulak yg jadi.


Tak sangka Nuryn tu sanggup pura2 tunjuk sotong dlm laut kat Dhiya semata2 nak tolak Dhiya masuk laut. fuh... memang dia ni sah ada masalah mental. (Yg Dhiya tu sotong pun nak tengok! aduih.. mungkin sotong berenang tu menarik kot.) Dah tu si Nuryn tu terpa silap majlis pulak masa nak menghenti majlis akad nikah. haha.. aduih. Buat lawak betui makcik mental nih.


arr ada part yg ym or sms dlm novel ni yg saya tak dapat bezakan sama ada tu dlm bentuk dialog atau tidak. Macam tercampur jer. aku nak komen part ni pon tak reti. heh. aku bukan pakar bahasa.


Haaaa ada lagi satu, benda ni kecil tapi ia merupakan well known fact yg sepatutnya tak terlepas pandang. Kadang2 budak2 skolah pun ada baca jugak novel2 ni dan kadang2 fakta2 dalam buku cerita lebih mudah diingati daripada dalam buku teks, so perkara2 fakta macam ni perlu diambil berat jugak sbb kalau cerita fiksyen tahap mana pun, tak boleh diubah fakta ini melainkan jika lokasi nya kat planet or galaksi lain.


Apa2pun bagi aku kisah ini manis! :)




sure fine whatever
rinn




sinopsis /blurb


Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yg terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.


Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman emel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.


Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta utk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorg abang. Eddie jadi penasaran. Akibatnnya mereka seringkali bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa lelaki itu seperti memusuhinya.


Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Sunday, December 6, 2009

JOM HEBOH Bukit Jalil 6 Disember 2009




Aku redah jer gi jom heboh. Asalnya nak gi awal tapi ada 2 tetamu pulak pagi tu. huhu tak sangka ada org sudi jengah aku :)


Manusia ramai betul! other than food dlm beg RM10 tu aku bli gak t-shirt ngan tudung. huhu... lama tak spend macam nih... ada gak artis yg kelihatan.

Pesta Buku Alaf 21 Kali ke 7




Asalnya aku nak redah jer gi naik KTM Komuter ngan kucc... tapi last2 dapat tumpang Iejay. Dia fetch kitorang kat KLSentral. Thanks sooooooo much Iejay. And also thanks for PRINCESS!!! akhirnya complete jugak koleksi buku2 Bikash aku termasuk novel mini 'Bukan Pilihan Hati' :)


Memang ramai betul org mai hari sabtu lalu, tambah2 ramai novelis popular yg hadir. Tak der la rushing sgt masa kat situ. aku siap boleh beli 3 round lagi ha sbb ada kawan2 pesan buku. malas pulak aku nak usung byk2. so aku beli asing2.


Yg best tu lepas balik dari pesta buku alaf kitorang menjalar gi kedai2 buku lagi. Siap masuk Popular, MPH dan Minverva lagi ha! Beli buku pulak tu! aduih..


Wednesday, December 2, 2009

Samudera Indah Nian

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mazni Darwisya
Tajuk: Samudera Indah Nian
Penulis: Mazni Darwisya
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118289
RM18.00
Sabah /Sarawak: RM21.00
422 mukasurat


Aku rasa buku ni baru sangat2 di pasaran tapi dah tiga pat orang dok rekemen suruh baca sbb diorang dah baca! fuh laju betui diorang2 ni kalau bab baca buku2 baru. Aku ja yg dah makin slow. Tapi terpengaruh jugak la.. so sebaik saja dapat novel ni by post dari Jemari Seni aku terus la baca. Paaaaaaaaaaatutla ramai suka, citer cinta selepas kahwin! hehe, tentula cerita manis lagi.


Mazni Darwisya membawa kita mengenali dunia 'mat selam', hero cerita ini. Memang terasa suasana cerita yang fresh dan sangat informatif. Membuka minda kita melayari prasarana agak asing bagi org mcm saya dalam dunia keluarga TLDM. Ilmu ini disulam dan diselangseli dengan kisah cinta manis yg mula berputik antara Amru dan Yasmin yang berkahwin atas kehendak keluarga.


Yasmin lebih bersedia utk menjalani hidup sbg isteri yg terbaik untuk Amru tetapi Amru tu la pulak yang tak ready. Pada malam pertama diorang dia meletakkan syarat, sekiranya dlm tempoh setahun diorang tak saling menyintai, perkahwinan mereka akan berakhir. Dalam tempoh itu mereka bebas utk keluar dengan pilihan hati masing2. Yasmin tiada masalah nak menerima syarat2 tu walaupun hatinya sedikit kecewa. Amru yg beria-ia meletakkan syarat, dan dia jugakla yg pertama kecundang. Hatinya helplessly fell in love with Yasmin. Yerla.. Yasmin tu baik, pandai masak dan mempunyai senyuman yang membuat hatinya kembang kecut.


Membayangkan ada lelaki lain bekerja rapat dgn Yasmin pun dah boleh buat dia cemburu tapi Amru ni tak membiarkan cemburu menguasai diri, dia pandai control lah. Kesian pulak kat Amru masa Yasmin kena gi Jepun 3 bulan tu, dah macam mamat gila bayang. Kepulangan Yasmin untuk membalas cinta Amru bertukar menjadi kejutan buat Yasmin apabila Amru terperangkap dijerat Maya. Kejadian itu membuatkan Yasmin meragui perasaan Amru kepadanya. Yg bestnya tu Amru bukan hero tipikal yg hanya berserah bila dipaksa kawin lagi satu. Dia siap bela diri lagi dirinya diperangkap Maya. Memang geram betul kat Maya yg obses sgt ngan Amru dan maknya yg ntah hapa2 nak paksa2 orang. Memang takut la org nak berbesan ngan dia.


Aku teringin pulak nak baca kisah lanjut Izhar ngan Aina. Sweet gak diorang tu ;) Izhar yang macho tu pun boleh jadi malu2 biler cakap ngan Aina yg nama tengahnya adalah 'gedik' hehe. BAgi yang sempat baca awal buku ni, boleh la join kuiz Jemari Seni yang terbaru. TArikh tutupnyanya 13 Disember, lambat lagi tu.. sempat lagi kalo korang nak join. :) Soklan pun sonangbaitu.


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb:


Ibarat setianya Ali pada Fatimah
Ibarat kasihnya Muhammad pada Khadijah


Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingannya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima . Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorg sahabat yg baru dikenalinya.


Segalanya berubah apabila Yasminmenapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumur. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan keramahan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yg suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?


Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yg kita kemudi... ~Amru Iskandar


Nukilan pertama Mazni Darwisya
Samudera Indah Nian
berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumur. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati... Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya.