Sunday, April 22, 2012

Ilusi Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Haiza Najwa
Ilusi Hati
Penulis : Haiza Najwa
Editor: Patonah Chai Choh
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831245224


"Mengapa mesti rasa kehilangan walaupun tidak pernah memiliki?"


Gara-gara buku nilah aku ditangkap gambar sedang menangkung di tengah panas dengan Sil. Terima kasih Sil, tolong belikan :) Haha. Berbaloi walaupun tersalai di tengah panas! :)


Cerita ini boleh dikategorikan sebagai romantik triller yang boleh aku ulang baca bila-bila masa :) aku suka dengan cerita yang agak luar alam ini dan kadang-kadang bagi sesetengah orang mungkin tidak logic, tapi secara teorinya,kisah telepati memang sangat menarik. Dulu aku sangat suka menonton cerita penyiasatan 'Profiler' tetapi sayang episodnya tak panjang kerana rating tak tinggi. Begitu juga dengan siri "Millenium" yang habis selepas satu season sahaja. :(


Membaca kisah ini memang membuat rasa ingin tahu aku membuak-buak. Tak sabar nak abiskan sampai ke subuh aku tak tido. Nasib baik aku memilih membaca novel ini pada malam hujung minggu :)


Hubungan antara Joshua dan Jasmine yang terbina ketika berhubungan secara telepati semasa sedang koma berubah menjadi sangat akrab dan melekat di jiwa masing-masing walaupun mereka tidak pernah bertemu muka apatah lagi saling mendengar suara. Hanya suara hati tanpa bunyi yang menghubungkan mereka. Haiza Najwa berjaya membina chemistry yang kuat antara kedua-dua watak ini ketika mereka sedang koma. Watak Marlia berjaya mengujudkan suasana yang mendebarkan dalam proses pertemuan semula Joshua dan Jasmine.


Aku paling suka endingnya. Kita sangka telunjuk lurus, tapi rupa-rupanya kelingking yang berkait. :)


Kisah ini bermula dengan Jasmine dan Joshua yang saling tidak mengenali. Mereka menghadapi kemelut yang sama dalam keluarga lalu membawa diri dengan memandu tanpa hala tuju. At last, they met by accident. LITERALLY! They collided and kedua-duanya terus koma. Batista dan Irene adalah dua watak cupid yang menemukan Joshua dengan Jasmin yang terbujur kaku. Batista dan Irene bereksprimen dengan aura perhubungan telepati Joshua dan Jasmin kerana apabila kedua-dua tubuh kaku itu diletakkan secara sebelah menyebelah, berlaku pergerakan mata di sebalik kelopak yang tertutup rapat, seolah-olah kedua-duanya sedang berinteraksi dalam mimpi.


Ada janji yang terbina ketika di alam koma itu lalu apabila mereka tersedar dari lena yang panjang, mereka cuba menjejak antara satu sama lain. Diorg ni boleh berhubung secara wayarless, kalau bercinta atau kawin ni memang jimat bil telefon lah. haha.


Marlia adalah gadis yang mementingkan diri sendiri. Jasmine adalah penyelamat maruahnya tetapi sanggup dia mengkhianati kepercayaan dan kasih sayang Jasmine hanya kerana terpaut dengan kekacakan Joshua. Dia tahu segala kisah mimpi/telepati Jasmine, tapi apabila dia menemui Joshua, dia mengaku bahawa dialah Marlia a.k.a Jasmine yang berinteraksi dengan Joshua ketika koma. arghhhhhhhhhhhh *tarik rambut*. Memang dasar tak kenang budi lah Marlia tu. Terlalu banyak yang dia tahu tentang janji Jas-Josh sehinggakan dia boleh memanipulasi keadaan Joshua dan Jasmine. Walau bagaimanapun Joshua ragu-ragu dengan Marlia kerana dia tidak merasa apa-apa tindak balas dalam mindanya apabila bersama Marlia. Tetapi dia merasa tarikan yang kuat apabila melihat sahabat Marlia yang dipanggil 'Min' walaupun gadis itu berada nun jauh di hujung sana dan dia tahu, Min pun merasai sesuatu...


Helah Marlia terbongkar namun Jasmine tidak mahu menghancurkan hubungan Marlia dan Joshua yang sudah ada ikatan. Namun alam tidurnya sentiasa menerawang mencari Joshua. Walaupun sudah ketemu Marlia (yang mengaku dirinya Jasmine) Joshua masih lagi didatangi mimpi dari Jas. Apabila rahsia sebenar terbongkar di depan mata Joshua, dia jadi pendendam. Dia berdendam dengan Marlia dan Jasmine dan dia mahu membalas dendam terhadap kedua-dua wanita itu. Tetapi suara-suara rayuan meminta maaf dari Jasmine membuat Joshua bersimpati juga. Tapi bagi Joshua, Jasmine mengkhianati kasih sayang mereka, membiarkan dia terikat dengan Marlia tanpa menceritakan hal sebenar.


Thriller dan cinta yang diselitkan dalam kisah ini menjadikan ianya kisah yang berentak rancak dan mendebarkan. :) Tapi kan, aku rasa Joshua mengambil masa yang terlalu lalu untuk perasana bahawa Min itulah Jasminenya. Org-org yang tolong cover line tu semuanya asyik tersasul jer takkan tak perasan kowt. Tapi apa-apapun, closure yang terbaik untuk kisah menarik ini :) thumbs up to the writer, editors and publisher.


sure fine whatever
Rinn


meRinnTis Blurb/Sinopsis:


Tulisan takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmin terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipand merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya pemandu itu juga koma sepertinya.


Sesuatu yang ghaib terjadi...


Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine berbicara dgn bayangan seseorg. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar utk bertemu sesudah sedar daripada koma.


Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari lelaki yang kini muncul pula dlm lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yg diseru sebagai Joshua.


Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri.



--
Sure fine whatever
Rinn

Saturday, April 21, 2012

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Acik Lana
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis: Acik Lana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel
947 mukasurat
RM34.00
sabah/sarawak RM37.00
9789675067983


"Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata,
tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa,
namun kini kupasti ia akan kekal ke penghujung nyawa..."


Dalam karya kedua ini Acik Lana masih memilih watak hitam-kelabu yang melalui proses pemutihan. Melina gadis yang gemar keluar malam untuk berpesta di kelab bersama rakan-rakan. Keadaannya yang semakin teruk ditelan pelukan syaitan membuatkan ibu bapanya risau dengan keadaannya. Kepulangan Luqman, anak kawan baik bapa Melina dilihat sebagai jalan untuk menyelamatkan Melina yang semakin hanyut. Luqman dilantik sbg driver yang dibayar gaji yang sangat tinggi untuk mengawasi gerak geri Melina. Walaupun lemas dengan kehadiran Luqman, terselit juga rasa bangga kerana dapat driver hensem.


Datuk Zakaria, bapa Melina terlibat dalam sebuah tragedi lalu meninggal dunia, tapi dia sempat meninggalkan amanat penting untuk ditunaikan oleh Melina dan Luqman. Amanat yang tak dapat ditolak. Kisah seterusnya tentu korang boleh teka, :) berlakulah perkahwinan dan proses perkenalan sebenar antara dua watak yang saling membenci itu. Keadaan negatif yang terlalu banyak akhirnya bertindak balas secara semula jadi menjadi positif, namun sejarah silam Melina banyak mengundang keraguan di hati Luqman. Manakala kehadiran Sarah yang sudah lama menaruh hati terhadap Luqman menjentik rasa cemburu di hati Melina.


Mungkin apa yang kita jangka dalam cerita kahwin paksa akan ada dalam kisah ini. Kronologi cerita kahwin paksa yang agak tipikal. Namun Acik Lana berjaya mewujudkan chemistry antara Luqman dan Melina yang boleh dibariskan sebagai couple yang jiwang. ahemmm ahemmm acik dlm mode jiwang bakal pengantin ke?


Aku rasa naskah ini sangat tidak sesuai utk bacaan golongan bawah umur. Adegan percintaan Luqman-Melina diceritakan dengan terang dan banyak. Mungkin antara faktor yang menyebabkan buku ni menjadi sangat tebal dan buat mata aku berpinar. Bukan senang nak usung buku tebai ni masa bookfair :)buku yg tak bleh masuk katergori 'umum'. tak semua parents pantau apa yg anak belasan tahun diorg baca. asalkan tgk baca buku, dah dikira sesuatu yg ilmiah tanpa meneliti apa yg anak2 ni baca.


sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis belakang buku:


Di saat itu...

Luqman: "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dgn awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la..."


Melina: "Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"


Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam suatu ikatan yg tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yg berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yg menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yg tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yg bisa membuka jalan ke pintu syurga?


Di saat ini...


Luqman: "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."

Melina: "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."

Thursday, April 19, 2012

Sisa Sebuah Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ian Juliana
Sisa Sebuah Cinta
Penulis : Ian Juliana
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM30.00
Sabah/Sarawak: RM33.00
9789675067891
916 mukasurat


'Pelangi, harap hadirnya meninggalkan bahagia di hati, bukan sisa cinta yg tidak lagi dihargai'


Bab-bab awal kisah ini sangat menarik dan mendebarkan. Renda dan Ahmad Firasz yang terjebak dalam agenda angkara orang lain, telah bertemu dalam keadaan serba tak kena, saling berprasangka dan dipenuhi dendam. Penerimaan keluarga Ahmad Firasz terhadap kemunculan Renda sangat berbeza dengan apa yang kita bayangkan. Mereka lebih bersimpati dengan Renda berbanding Ahmad Firasz lalu kedua-duanya dinikahkan demi menjaga maruah Renda. Ahmad Firasz meletakkan dirinya sebagai mangsa dan Renda sebagai pengatur kesengsaraan hidupnya. Dorongan keluarga Ahmad Firasz seolah-olah menyuntik semangat ke dalam diri Renda untuk membina hubungan dengan lebih baik dengan Ahmad Firasz namun setelah perkahwinan itu berlaku aku rasa Renda seperti tidak menunaikan harapan keluarga Ahmad Firasz. Malah dia seperti mengutamakan kepentingan diri apabila merapatkan diri dengan Airel Yuki Hagiwara sedangkan Ahmad Firasz dibiarkan terus berburuk sangka terhadap dirinya. Malah keluarga Ahmad Firasz pula tak nak ceritakan hal sebenar mengenai keadaan Renda kerana nak Ahmad Firasz tahu sendiri dari Renda. Rasanya kalau diorang jelaskan awal-awal tentulah salah faham Ahmad Firasz tidak berpanjangan.


Perkenalan dengan Airel Yuki Hagiwara membuat aku lemah semangat untuk meneruskan cerita itu. Namun kugagahi juga demi nak mengetahui penghujung cerita. Renda seperti hilang hala tuju. Mungkin keputusannya menikahi Ahmad Firasz terlalu terburu-buru. Ahmad Firasz pula, dia lebih selesa berprasangka terhadap Renda daripada cuba mencari cerita sebenar. Ikatan tanpa hala tuju itu terlerai akhirnya dan Renda membawa diri ke kota fesyen, Perancis. Di sana Raihan Hasyri hadir mengubat luka. Walaupun penerimaan keluarga Raihan Hasyri negatif terhadap Renda, mereka berjaya bertahan dan menempuh alam perkahwinan. Laluan ke pelamin mereka penuh dugaan dan kehadiran Aisy mengubat duka.


Suntikan elemen thriller di penghujung cerita terasa pemilihan penamat yang mudah dan tak pening kepala. Namun penceritaan elemen thriller di bab-bab awal jauh lebih menarik daripada penamatnya. Ending yang akan menggembirakan penggemar Ahmad Firasz tetapi tuduhan-tuduhan dahsyat rakan-rakan Ahmad Firasz terhadap Renda terasa seperti tidak berpenghujung.


sure fine whatever
rinn

meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:


Pelangi hati... datang dalam 7 warna bersilih ganti, namun destinasi di hujungnya, dia tetap mencari pelangi yang disukai.

Renda Ghazali: Seorg gadis yg bermula dari bawah untuk menuju puncak impiannya. gadis yang sering dihujani dgn rasa sakit bila dia hampir-hampir mengecap rasa bahagia.

Ahmad Firasz Omar: Dipertemukan dalam keadaan tidak terduga. Pasrah bahawa pernikahan itu terlerai angkara salah faham. Bumi Perancis itu menjadi destinasi dia melihat gadis itu membawa lara di hati sama.

Airel Yuki Hagiwara: Perkenalan sebelumnya hanyalah atas dasar persahabatan sebelum bercantum menjadi rasa sayang. Silap gadis itu hanya satu; menyukai lelaki itu kala diri menggalas status isteri buat seorg suami.

Raihan Hasyri: Seorg lelaki yg tulus, baik dan berbudi pekerti. Hadirnya membawa kebahagiaan dalam diri Renda menempuh suka duka mendatang. Dia cuma berdoa, kehadiran lelaki ini bukan sekadar persinggahan kerana hadirnya Aisy menambahkan kekuatan.

Sehingga akhirnya, siapakah yg benar-benar menjadi pelangi hati dan tidak meninggalkan dirinya pergi?

Wednesday, March 28, 2012

Cinta Si Ikan Buntal & Kambing Liar

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Muliati Abdul
Cinta Si Ikan Buntal & Kambing Liar
Penulis: Muliati Abdul
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM18
Sabah/Sarawak: RM21.00
431 mukasurat
9789675067938


"Aku bukan Hawa yang diciptakan utk Adam.
Aku hanya Kamilia. Tapi tidak salahkan,
kalau kali ini Kamilia diciptakan utk Adam?


Kisah zaman sekolah yang telah lama dittinggalkan menyebabkan Adam Ahmad lupa pada Kamilia Si Kambing Liar yang sering diusiknya di zaman sekolah. SEmangat nya melayang sehingga pengsan ketika itu apabila si Kambing Liar lah yang menyelamatkan nyawanya ketika lemas di kolam. Pengsan black out si Ikan Buntal tu bila tau Kambing Liar yg bagi cpr kat dia.


Pertemuan semula sepuluh tahun kemudian... Mereka saling tidak mengenali kerana kedua-duanya berubah 100% dari keadaan dulu. Adam Ahmad merupakan jejaka pujaan wanita, manakala Kamilia pula cintanya diburu doktor Khairyzan. Pertemuan demi pertemuan telah menimbulkan persepsi buruk Adam Ahmad terhadap Kamilia. Jiwanya bertambah serabut apabila ibu dikampung telah menguruskan pertunangannya dengan si Kambing Liar. Disebabkan Kambing Liar pernah bagi CPR kat dia, maka dia terpaksa berkahwin dengan Kambing Liar? Adam Ahmad mula membina strategi untuk meleraikan ikatan pertunangan tanpa kerelaannya.


Kamilia pula menyangka pertunangannya dengan si Ikan Buntal telah mendapat persetujuan tuan punya badan. Ibu si Ikan Buntal sudah memberi confirmation yang sangat meyakinkan.


Kisah ini lebih kepada kisah komedi ringan yang mencuit hati. Kisah dari zaman skolah PMR membawa ke zaman dewasa memang comel. Walaupun kisah Dr Khairyzan yang memburu cinta Kamilia kelihatan memberatkan sedikit kisah ini namun Dr. Khairyzan adalah watak yang menggegarkan perasaan Adam Ahmad. Lagi cemburunya membara bila sahabat baik sendiri menaruh hati pada tunangannya.


Lawak la part Adam tu sampai pengsan dan muntah2 tengok darah.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku


Ikan Buntal bulat. Sudahlah bulat, jauh sekali sekacak Nabi Yusof A.S Tidak ada yg istimewa melainkan NAKALNYA yang nauzubillah! Tapi jgn terkejut, si Ikan Buntal ini ramai peminat. Kambing Liar bau seperti kambing gurun. Suka marah-marah. Cermin mata dia BESAR mengalahkan makcik-makcik. Kerjanya cuma menghadap buku. Anak emas sekolah lah katakan. Tapi itu semua kisah sepuluh tahun yg lalu. Bertahun-tahun terpisah akhirnya mereka bertemu semula. Tambah parah bila ada hasrat utk melihat mereka berdua disatukan. Musuh tradisi bakal bersatu? Umpama mimpi di dalam mimpi.


Terlalu banyak cerita yg tersimpul dan kusut sejak dulu lagi yg berlarutan hingga kini. Tapi siapa berani merungkai kalau kedua-duanya punya ego setinggi langit tua? Yg seorg penuh dgn rasa curiga. Yg seorg keras kepala. Lalu terjadilah isu SMS yg berbunyi begini:


"Awak dah buat hidup saya mcm roller coaster.
Esok saya akan jumpa awak. Kita putus tunang!"


Duhai Adam Ahmad dan Kamilia, sila selesaikan masalah anda berdua secepat mungkin ya! Jangan sampai melarat. Lagipun tidak elok susahkan hati org tua. Nanti hidup tidak berkat.

Semakin Rindu Semakin Sayang

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Umaira Dzul Widad
Semakin Rindu Semakin Sayang
Penulis: Umaira Dzul Widad
Editor: Radiah Baharin & Norhafedah Jamiyil
Penerbit: Fajar Pakeer
RM22.90
Sabah /Sarawak : RM25.90


'Semakin dikenang, rindu tambah mendalam
Semakin dipandang, hati bertambah sayang'


Puteri Elisya menyintai Khyrul tapi pada masa yang sama dia jatuh hati pada Syahmi. Elis seperti menduakan Khyrul (walaupun Khyrul tu bukanlah jejaka pilihan terbaik sebagai suami). Elis tidak pasti dengan perasaan sendiri dan membiarkan Khyrul berharap. Khy tu memang bersungguh-sungguh nak kahwin dengan Elis tapi keadaan diri dia tu tak menunjukkan dia seorang lelaki yang sudah bersedia utk beristeri. Syahmi kelihatan lebih stabil dan bertanggungjawab walaupun tidak kaya raya.


Khy dari keluarga yg berstatus tinggi. Kadang2 ibu Khy seperti memperlekehkan status Elis yg bekerja menghantar bunga utk kedai ibunya. Sepupu Khy, Badri pun bencikan Elis kerana Elis menyebabkan Khy sudah jarang keluar bersuka ria dengannya. Syahmi lebih humble dan bertimbangrasa, malah pandai mengambil hati dan bergaul mesra dengan ibu dan nenek Elis. Tapi Syahmi ni plak, pergaulan dia dengan Zafira yang dikatakan sahabat rapat tu dah macam pasangan bercinta. Zafira terang terangan menaruh hati terhadap Syahmi tetapi Syahmi anggap dia sebagai kawan malah cuba pasangkan sahabat baiknya itu dengan pakciknya yg bujang terlajak. Lebih mengelirukan apabila Syahmi penah menyebut dia lebih rela kehilangan Elis sebagai kekasih daripada kehilangan Zafira sbg sahabat. Syahmi ni macam saja2 nak bagi harapan palsu kepada Zafira.


Kisah yang lebih menarik untuk dibongkar adalah rahsia perpisahan bonda dan ayah Elis, Maizurah dan Megat Fattah. Elis membesar tanpa kasih seorang bapa. Dia amat akrab dengan bonda dan neneknya. Meningkat dewasa, dia semakin ingin mengenali Megat Fattah. Maizurah merestui hasrat anak tersayang walaupun dia berat hati dan cuba menutup kesalahan Megat Fattah agar Elis tidak kecewa dengan kisah sebenar di sebalik perpisahan mereka dahulu.


Kalau Elis dah tak cintakan Khy, kenapa biarkan saja ibu dan ayahnya berjumpa dengan ibu dan ayah khy utk membincangkan hal perkahwinan, tambah-tambah pula kejadian ini adalah selepsa Elis dan Syahmi dibelasah samseng yg kamcing dengan Badri, sepupu Khy. Gila ngeri nak kawin dengan lelaki yang ada sepupu rapat yg beri pengajaran guna samseng kaki pukul.


Rasa mcam mudah sangat pula Maizuran beri peluang kedua kepada Megat Fattah. Kesalahan Megat Fattah terasa terlalu besar untuk diampunkan semudah itu. Tambah-tambah pula sikapnya tak banyak berubah dari masa mudanya dulu.


watak2 Elis, Khyrul dan syahmi kadang2 kelihatan tidak matang dan sangat kebudak-budakkan. tidak serius.


sure fine whatever
rinn



meRinnTis Blurb/sinopsis:




Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bagi saat cinta itu bakal disatukan dgn sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkan rindunya sudah kehilangan bisa?


"Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh hati pada Elis, tapi abang tak paksa Elis utk cintakan Abang."


"Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang."


Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindan di jiwa membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.


"Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni. Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali."


Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?

Lagu Cinta Buatmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Qaseh Qaisara
Lagu Cinta Buatmu
Penulis: Qaseh Qaisara
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009
RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
9789833880324
491 mukasurat


"Hati kian bernada bila cinta memenuhinya"


Cerita ni citer kawin paksa. Tema agak biasa, sebab2 yg agak biasa juga digunakan utk mengahwinkan dua watak utama cerita ini. Ada dialog2 menarik dan refreshing yg diselitkan penulis dan membuat kita tersenyum. Joke tak basi la. :)


Kisah ni tentang Anis dan Daniel. Daniel ni sepatutnya berkahwin dgn Nadia. Lagi dua minggu majlis, Nadia tarik diri. Daniel tu nampak sgt dia paling bara dgn kawan2 dia yg bersungguh2 pujuk dia kawin dgn Nadia tapi last2 Nadia buat hal. Demi maruah keluarga, Daniel setuju menerima Anis yg tidak pernah dikenalinya. Dia menganggap Anis sbg wira yg menyelamatkan maruahnya.


Anis terlalu sayangkan ibu tirinya dan tak sanggup mengecewakan harapan wanita itu. Perkahwinan itu diterima dgn hati terbuka. Anis ni beruntung, mak mertua dan kak ipar dia memang sah2 menyebelahi dia, kalau jadi apa2, memang teruk ar Daniel tu kena sbb diorang semua menghargai jasa Anis.


Masalah besar antara Anis dan Daniel ada komunikasi. Dua2 berat mulut. Anis tu tak berat mulut sgt, bila dgn org sekepala dgn dia, dia akan jadi riuh. Biler dpt mamat senyap sunyi mcm Daniel tu, rumah diorang pun jadi sunyi sepi lah jugak.


Diorang buat hal masing2. Hajat Anis nak mengenakan Daniel akhirnya terpantul ke batang hidung sendiri dan akhirnya mulalah kuar bunyi dalam rumah diorang. Walaupun bunyi macam nak gaduh, tapi meriah la sikit dari sebelum ni.


Seperti diduga, Nadia muncul kembali dan cuba memenangi hati Daniel. Tapi Daniel tu buat dek jer. NAdia bagi alasan nak uji Daniel, sbb tu dia buat keputusan meninggalkan Daniel dulu. Biler tengok Daniel mesra dan memanjakan Anis, NAdia jadi jeles pulak sbb sebelum ni Daniel tu stone jer, tak pernah nak melayan dia mcm tu. Daniel tu memang ngan sapa2 pun dia tak byk cakap. Tapi sejak mengenali Anis yg manja semacm tu, Daniel jadi spesis suka mengusik pulak.




sinopsis/blurb:


Dlm menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan pertunangan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan utk meneruskan juga perkahwinan itu.


Anis terpaksa menjadi 'pak sanggup' apabila terpaksa menjadi pengganti pengantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.


2 minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yg ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yg dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. Sehinggalah satu kejadian yg memalukan Anis berlaku, bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.


Sikap Daniel yg dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit2 cinta kian bercambah dalam diri masing2. Namun kemunculan Nadia, menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yg mereka bina.


Berjayakah Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?