Friday, March 30, 2007

Tak Seindah Mimpi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sharifah Abu Salem

Terbitan alaf 21 Sendirian Berhad
Tak Seindah Mimpi by Sharifah Abu Salem

bila dah abih baca beberapa buku SAS ni i can see SAS very patient dalam men develop watak2. kalau kisah2 cinta antara watak2 rekaan SAS mengambil masa yg panjang utk bersemi. Kadang2 terasa macam diorang ni tak der perasaan antara satu sama lain.

Tak Seindah Impian memaparkan kisah 3 watak utama, Norjinah, Razif dan Salmi.

Norjinah seorang gadis muda, mentah dan baru mengenali hidup. Dia memang tertarik dengan Razif tapi tak layan perasaan tu dan lebih menumpukan perhatian kpd tugasnya sbg pembantu rumah.

Razif mungkin tertarik dgn Norjinah juga sejak awal pertemuan tetapi kerana ikatan dgn Salmi dia menolak perasaan itu jauh2 dan hanya menumpukan rasa kasih kepada Salmi seorang. Razif seorang suami yg sangat prihatin, bertimbang rasa, penyabar.

Salmi pulak seorang yg mementingkan diri sendiri, tak pernah menghargai kasih sayang Razif. dia hanya sedar segala2nya setelah dia mengalami kemalangan dan lumpuh. Razif sanggup mengutip dia kembali ke rumah besar bersama-sama anak2 mereka dan cuba memulakan hidup baru. Tapi penerimaan anak2 mereka terhadap ibu yg tak pernah mempedulikan mereka ni memang mengecewakan Salmi. Mereka lbih rapat dgn Norjinah yg dipanggil ibu. Salmi cuba menolak perasaan cemburunya dan cuba menerima Norjinah seadanya tapi sekali sekali perasaan cemburu mengetuk hati wanitanya.

Bila terkenangkan kebaikan Razif yang tiada tandingnya Salmi mula bersikap terbuka dan tidak mahu terus terusan membebankan Razif. Dia meminta Razif mengahwini Norjinah dan meminang Norjinah utk Razif. Norjinah tekejut dan terus lari dari rumah. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana, Norjinah dan Razif semakin bahagia tapi Salmi makin tenat diburu rasa cemburu walaupun Norjinah tak pernah memburuk-burukkan Salmi malah sanggup mencuba merawat kaki salmi dgn teknik mengurut. Utk mengurangkan rasa cemburunya Salmi meminta Razif membawa Norjinah tinggal di rumah lain, Norjinah keberatan kerana terpaksa berpisah dgn anak2. Konflik yang dimainkan dalam cerita ini mungkin kedengaran biasa tapi garapan Sharifah Abu Salem memang menarik walaupun agak perlahan.

Lepas ni nak baca Tak Semanis Impian, sambungan kisah Tak Seindah Mimpi.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

RM 24.00
655 muka surat

Thursday, March 29, 2007

Exam PTK

Start:     May 3, '07 09:00a
Location:     PICC Putrajaya
study study! pestaim nih nak amik exam PTK

Fiesta Media Idola di Kuantan

Start:     Apr 14, '07 12:00a
End:     Apr 16, '07
Location:     Kuantan, Pahang
Rasa macam nak pegi Kuantan la.. buleh jumpa kak ima, kan? kan? kan?

Gempak Selebriti Astro di Alamanda Putrajaya


Gempak selebriti astro berlangsung selama 2 hari berturut-turut di
Alamanda Putrajaya pada 10 dan 11 Mac 2007 bermula seawal 10 pagi dgn
macam2 aktiviti anjuran astro, artis2 astro muncul jam 2 petang.

the week before kak lina ada bgtau tapi dia tak confirm, so on
saturday tu lepas dpt confirmation dari kak sari barulah i bertolak ke
alamanda.. jumpa suh and geng m2m. Memang lepak giler masa tengok
show.. bersila jer kat lantai ngn budak2 kat depan pentas. masa 2nd
day memulanya tak nak pegi dah sbb mesti ramai orang tambah2 Mawi will
be coming, tapi sebab amy nak pi, ajak temankan.., akak pon pi la..
memang tak rugi pi dua hari, walaupun ada lagu2 yang sama tapi tak der
la boring sbb tengok live kan..

masa 10hb tu lagu pembukaan adalah lagu saya anak malaysia yg
dinyanyikan beramai2 oleh artis2 astro seperti akma, zahid, marsha,
rosma, haziq, edlin, khai, karen, velvet, nurul, kefli.. and the host
ada 4 orang, zainal alam, nana, fitri and reza. memang riuh la diorang
tu. tak bosan la.. persembahan dimulakan dgn zahid nyanyi lagu wo peh
marsha nyanyi lagu 'manusia'.. followed by rosma/haziq lagu asli, peh
tu ada la selang seli games yg menghiburkan those yg datang.. rasa
macam haziq kuar banyak kali utk nyanyi.. lepas khai nyanyi baru la
nampak akma on stage with karen nyanyi lagu Lelaki Buaya Darat.. lagu
rancak. best. then velvet nyanyi lagu baru.. lepas sesi game dengan
penonton Nurul yg dah lama menghilang muncul semula.. kecik molek saja
orangnya.. then ada haziq lagi.. peh tu akma kuar perform solo lagu
Pilihlah Aku jadi pacarmu.. hehe tajuk dia tak tau plak. then kefli,
eliza pon ada.. karen buat persembahan solo utk lagu jejaka idaman.
then marsha ngan nora pon ada duet jugak. Zahid nyanyi dealova sedap
jugak! then zahid ada duet ngan marsha lagu 'my heart' selepas velvet
nyer 2nd performance. utk last lagu Akma ngn Edlin gamatkan ruang
legar alamanda nyanyi lagu Goyang Inul.. begelek sakan la makcik
berdua tu..

penutup semua artis nyanyi lagu kumpulan freedom, sama-sama and last
song of course la lagu 'menuju puncak'. Kalau tak silap baju t-shirt
purple akma pakai tu sama macam t-shirt purple yg dia pakai masa sesi
post-mortem theatre batu belah dulu. comel.

masa akma gi bilik kecik, suh ngan me sempat la pi salam2 ngan akma
and wish happy bday. she was so happy to see us. masa sesi otograf tu
sempat la jugak amik otograf dia.. saja jer sebenarnya nak tengok cara
budak2 astro layan fan like me.. macam2 pesen ada.. ada yang terlalu
pay attention, terlalu chatty, ada yg tak endah langsung main tenyeh
saja.. Velvet, Karen and Edlin very peka dengan those yang nak amik
gambar.. seronok amik gambar diorang.

utk hari ke dua 11/3/07 memang la lebih gamat dan lebih ramai orang,
me and amy pegi lepas zohor.. nasib baik awal sikit, senang la jugak
dapat parking and tempat bersila kat depan pentas.. we were addressed
by the hosts as 'members of the floor' :)

kemunculan mawi memang mendapat sambutan hangat la.. dan show memang
lebih hebat dari the day before, maybe sebab penonton lebih ramai dan
diselang seli dengan lawak2 kelakar dari geng raja lawak yang muncul
sekali sekali memeriahkan suasana. secara ringkas persembahan pada
hari kedua seperti di bawah..

1- saya anak malaysia - semua
2- zahid - wo
3- zahid & kefli - sdg ingin bercinta ft. akma
4- haziq & rosma
5- persembahan geng raja lawak
6- akma - dikocok kocok
7- marsha, idayu & nora - lelaki idaman
8- nurul
9- fitri & haziq - kenanganku
10- mawi & zahid - lagu jiwa lagu cinta
11- game with fans - bola..
12- eliza - betapa bodohnya diriku..
13- akma & nora - lelaki buaya darat
14- khai
15- rosma
16- khai & rosma
17- marsha - mencintaimu
18- marsha & nora
19- akma & idayu - cinta
20- mawi - perempuan
21- zahid - pencinta wanita
21- mawi, zahid & haziq
22- zahid & marsha - my heart
23- Akma - goyang inuL
24- ramai2- lagu sama2
25- ramai2 - lagu menuju puncak
26- sesi sign otograf
abih..

sekian, terima kasih

sure fine whatever
Rinn

Majlis Makan Malam Amal Anjuran UKM


Majlis Makan Malam Amal Anjuran UKM



thanks izan sebab maklumkan kepada JU utk turut sama dalam majlis

makan malam ini yang menjemput akma dan kefli sebagai penyanyi

undangan. memang tertunggu tunggu lah peluang untuk melihat akma

perform live.



majlis ni telah diadakan pada 10 Februari 2007. tengah hari tu baru

konfirm dengan diana to pick me and DM (JU Arab) kat KLSentral.

kitorang konvoi dengan suzi and the gang (izan, kak suzi, kak roy).

melilit lilit jugak la round cari pintu masuk, tapi akhirnya sampai..

lepas solat maghrib baru la kami amik tempat kat dewan.



AFC & JU ada 2 meja termasuk dengan famili akma. Akma's famili greeted

and salam2 with each and every one yg datang utk menunjukkan sokongan

kepada akma. seronoknya dpt jumpa all the regular faces! Izan, Suzi,

kak suzi, dianaaaaaaaaaaa hehe.. kak sari and famili akma and oso yang

dah lama tak nampak muka.. hilang jugak rindu dapat jumpa DM, Biskot

and kak roy.



persembahan mlm tu dimulakan dengan persembahan tarian dari pelajar2

UKM and then kefli buat persembahan dulu.. ada la beberapa lagu yg

kefli nyanyi, tak ingat semua tapi yg terperasan lagu berhenti

berharap, sedang ingin bercinta dan dealova.



Akma muncul berselang seli dengan kefli, selang dua lagu la.. first

akma nyanyi lagu Unfaithful dan diikut dengan lagu Pudar. nampaknya

dua lagu ni akma gemar bebenor.. sudah byk kali dia nyanyi dan memang

best mendapat tepukan dan perhatian penuh penonton walaupun masa tu

orang tengah makan, tepukan tetap gemuruh.



masa second appearrance akma nyanyi part dangdut utk lagu sedang ingin

bercinta dan tak ketinggalan menunjukkan kebolehan gelek dia tu. Then

Akma nyanyi Lagu Rindu.. lepas tu dia sempat mengusik seorang penonton

lelaki yang berani naik ke pentas utk di interview.. akma siap komen

tht guy menepati ciri2 lelaki idaman akma (tinggi, gelap). then

beteman kan tht guy akma nyanyi lagu 'Biarlah Rahsia' perghhh memang

best! DM la jadi ketua sorak sakan.. tak rugi DM datang jauh2 dari

Qatar utk tengok akma nyanyi.. :)



Untuk lagu terakhir, Akma dan Kefli berduet utk lagu Senja Nan Merah.

memang ketara improvement dalam vocal akma.. rasa tak rugi menyokong

akma.. thanks akma. lepas sesi bergambar dengan budak2 UKM (kitorang

tak nak ganggu) baru lah akma turun ke pentas and greet each and

everyone yang datang.. dan tak lepaskan la peluang nak bergambar

dengan akma. dia sabar jer layan semua orang dengan senyuman tak putus

putus. she's happy to see ada yg sudi datang. Salam buat JU semua dan

gambar-gambar akma ada di uploadkan dalam photos.



Kefli kena improve sikit PR dia.. sebut nama kolej pon silap kalau

tersasul sekali tak per ni kalau 10 kali keluar 10 kali salah tu..

Akma was great, rasanya dia at least amik tau jugak siapa yg dia akan

hiburkan dan akan merai kan siapa.. dia siap sebut nama rumah anak

yatim yg diraikan..



thanks izan and bis menjadi teman utk meredah ke depan pentas amik

gambo, kalau tak segan jugak. hehe.. malam tu lepas hantar DM baru la

balik putrajaya.. great weekend.. senyum sepanjang weekend sebelum

menyambung kesibukan kerja minggu berikutnya.. next event, bersiap

sedia utk majlis hari jadi akma yg akan diadakan pada 17 Mac 2007 di

Redbox sogo bermula jam 8.00 mlm. warna tema adalah black and white.

can't wait to meet you all nanti :)



sure fine whatever

Thursday, March 22, 2007

Felix Akma Video - Pecinta Wanita




great video by goboslide :) salah seorang vidders dari jiwangunited.

Felix - Menjelang Hari Raya




felix dlm rancangan hari raya di RTM1. Video ini dirakam dari rangkaian TV1, RTM

sure fine whatever
rinn