Tuesday, June 24, 2008

Seteguh Kasih Aina Najihah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dina Najat
Seteguh Kasih Aina Najihah by Dina Najat
Terbitan Kaki Novel


"Sebuah kisah perjuangan... Sebuah cinta yang menuntut pengorbanan... Sebuah masa silam yang terpaksa dibongkar... Bersama menyelusuri liku derita, Mendengar rintihan jiwa, Mengesat titis air mata seorang Aina Najihah..."


Kisah ini disampaikan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Setiap kejadian disampaikan dengan teratur dan mudah diikuti. Kisah yg tak banyak yang boleh saya komen kerana sejujurnya saya lebih suka Takdir Cinta dari Dina Najat. Kisah seteguh kasih aina najihah ni ada sweet nya terutama kisah Ameer-Najihah yang mengekalkan batas2 dalam agama Islam walaupun saling menyintai. Khairul-Najihah juga ada menariknya walaupun watak Khairul lebih agresif berbanding Ameer. Khairul mengingatkan saya kepada Razak (Takdir Cinta) yang mulanya sangat menjengkelkan namun kemudian kelembutan hati seorg perempuan juga turut melembutkan hatinya. Antara Razak dan Khairul saya lebih suka Khairul namun antara Khairul-Najihah dgn Suraya-Zafran(Takdir Cinta), saya lebih suka Suraya-Zafran. Najihah dan Suraya lebih kurang sama orangnya.. mulanya kedua2 seperti 'drifters' membiarkan takdir membawa jalan hidup mereka, namun pada satu point, diorang mula menentukan perjalanan hidup yg mereka mahu.


Kisah pencarian Najihah utk mengetahui siapa ibunya cuma kelihatan penting di awal cerita, selepas saja pertemuan dgn ibunya, Najihah seperti sudah tak kisah kalau tak bertemu ibunya lagi. Penglibatan semula Najihah dalam dunia perhotelan menemukan dia kembali dgn boss yang menjengkelkan dan menyakitkan hati. walaupun kelihatan sudah insaf namun sikap sinis nya masih kuat. Tak sangka pulak watak Ameer Mulhim dimatikan, ingat ker akan diadun konflik baru setelah Wan Insyirah bercerai dgn suaminya.


Saya paling suka penceritaan semasa pertemuan antara Najihah dgn ibunya. Menyentuh emosi. Saya suka watak Mia yang menyakitkan hati, namun dia muncul sekejap jer sepanjang Najihah di Medan. Scene kematian Ameer Mulhim tidak mengundang air mata seperti scene pertemuan Najihah dgn ibunya. Apa2pun pastinya novel ini mengubat kerinduan peminat2 Dina Najat utk membaca buah tangan terbarunya. :)


sure fine whateverr
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Sebuah kisah percintaan...


Menanti kalimah cinta daripada Ameer Mulhim bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Akhirnya Aina Najihah benar-benar terluka. Namun adakah lukanya akan terus berdarah? Bagaimana pula dgn sijejaka yg mengagumi wanita ini dlm diam? Sanggupkah si jejaka meluahkannya?


Sebuah kisah perjuangan...


Pengorbanannya pd Hotel Mawar Biru tidak dihargai. Ada manusia yg tdk boleh melihat diri org lain senang. Tanpa menilai kredibiliti seorg Ketua Pegawai Pmasaran, dia dipcat dan dimalukan di hdpan rakan2 sekerja. Adakah dia akn berundur?


Sebuah masa silam yg terpaksa dibongkar...


Benarkah Aina Najihah anak yatim piatu? Jika benar, siapa si comel yang berpelesiran di Pasar benut 20 thn yg lalu? Atau mungkinkah dia telah di'yatimpiatu'kan sebelum menjadi penghuni tetap Asrama Anak-Anak Yatim Darul Fikriyah?


Bersama menyelusuri derita, mengesat titis air mata seorg Aina Najihah...


Hidup ini ada manis dan ada pahit. Kematian, perpisahan dan pengkhianatan telah menghiris hati seorg Aina Najihah. Namun adakalanya dia masih boleh bergelak ketawa dan tersenyum mesra bila bunga2 cinta berputik semula dan sahabat setia mula mengenali erti kejujuran.


Tapi, bagaimana harus dilalui hidup ini jika gelombang yg memukul terlalu kuat? terlalu mengujinya! Dia tiada ibu bapa apalagi sanak saudara utk berkongsi segala kekusutan. Agaknya pada siapa Aina najihah berharap?


RM19.00
565 mukasurat

Monday, June 23, 2008

Dekat di Hati

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Eyman Hykal
Dekat di Hati by Eyman Hykal
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


"Sayang tak terkata, rindu tak terhingga"


Cerita ini memfokuskan kepada kisah Johan dan izudin. Anak beranak yang ada cerita hidup dan cerita cinta yang tersendiri. Separuh dari buku ini saya agak susah nak concetrate, mungkin sbb kesibukan kerja yg membuat saya letih dan mengambil sama yang panjang utkmenghabiskannya. Masa part Izu di kampung tu macam interesting tapisaya masih belum menemui beat bacaan yang lancar dan rancak walaupun dgn kemunculan watak Ayu yang ayu itu.


Peristiwa penculikan Dalila menjadi cerita ini mendebarkan dan menarik. Saya seronok membaca scene2 cemas yang dilalui Johan dan Izu utk menyelamatkan si kecil, Dalila. Izu mempraktikkan ilmu silat yang dipelajarinya sewaktu di kampung.


Johan cuba meraih kembali cinta bekas isterinya dan kasih sayang anak2nya yang ditinggalkan 17 tahun yg lalu. Izu pulak dalam delima utk menerima kehadiran seorang lelaki bergelar abah dalam hidupnya. Di kampung dia disapa cinta pandang pertama ketika bertemu Ayu. Watak Izu kelihatan sangat selesa dengan Nurul, sahabatnya. Dia seperti membiarkan Nurul meletakkan harapan cinta padanya, mungkin kata2 Izu sekadar gurauan seorang sahabat. Kesian la kat Nurul.


Hajat abahnya tercapai namun Izu yg kebudak-budakkan dalam bergurau telah membunuh impian kasihnya bersama Ayu hingga sebuah tragedi melempar jauh kasih Ayu buatnya. Namun di satu sudut, Nurul tiap setia menanti dgn lilin cinta yang tak pernah padam.


Hmm lepas ni cari buku sambungannya "ke Mana Hatimu" lah pulak. Rasanya mungkin concentrate kisah Izu-Nurul lah kot. Saya rasa dalam novel ini Nurul lebih matang dan lebih sesuai utk Izu. Tapi Izu labih layan 'cinta mata'. Ayu lebih muda (masih bersekoah) dan keanak-anakan.



sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:




17 tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.


Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.


Susah hidupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah ‘mati’.


Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.



RM 17.00
424 mukasurat

Sunday, June 22, 2008

Shooting Movie Hooperz




Shooting berjalan selama 2 hari di dewan MBSA Shah Alam. Dewan bola tampar tu. Asalnya dah awal2 bagi tau tak dapat datang sbb saya dijadualkan ke Melaka utk kursus, tapi kursus dibatal last minute dan kebetulan masa tu Nurul contact saya dan ajak teman dia ke MBSA on sunday. Thanks Nurul sudi ajak, kalau sorang2 memang akak tak pegi la..


Saya janji jumpa dengan Nurul di komuter shah alam selepas tengah hari. Pagi2 tu sempat la gi beli sayur dan ayam kat k4. Lepas makan barulah saya gerak ke ERL. Dari stesen Tasik Selatan saya amik komuter ke stesen KL dan dari stesen KL sy amik komuter ke Shah Alam. Ha.. firstime naik komuter sorang2 ke shah alam.


Masa sampai kat dewan tu, shooting tengah berlangsung kot, kebetulan then ada lunch break, sempat la makan lepas jumpa izan dan anak2 buahnya. masa tengah makan tu Maxx sampai dan kami tengok shooting sampai malam. Nasib baik ada disediakan tempat solan kat salah satu bilik persalinan.


Thanks Akma sbb meluangkan masa utk kami walaupun tgah sibuk shooting dan lepas shooting nampak letih giler. semoga sukses selalu. Maxx, thanks sudi tumpangkan sampai putrajaya. Terima kasih daun keladi! ;)


Antara pelakon yang ada Anita Baharom, Amy Mastura, Adibah Nor, yg jadi Sariyah dlm Dunia Baru tu, ermm sapa lagi ye? nora danish pun ada kot, ermm melisa maureen err.. yang lain tak familiar sangat lah.


Ganas jer dressing team Warriors tu.. shooting 21 haribulan adalah utk perlawanan separuh akhir, JU yg pegi tengok maxx dgn nazz jer.. 22 hb tu adalah shooting utk perlawanan final.


sure fine whatever
rinn

Pesta buku alaf 21

Start:     Jun 27, '08 9:00p
End:     Jun 29, '08 5:00p
Location:     Alaf 21 Sdn. Bhd, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor
Jangan lepaskan peluang membeli buku-buku dgn diskaun tertinggi 30%! di Premis alaf 21 di alamat Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor. Ni lah masanya nak beli buku2 utk tambah koleksi dgn harga yg murah. Selamat bershopping. Saya tak pegilah.. balik kampung. :)

Friday, June 20, 2008

Tangisan Bulan Madu 4

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Tangisan Bulan Madu 4 by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Khalysa Publishing & Distributors

dalam 4 siri TBM ni buku yang ke4 ni lah yang paling saya suka. Watak2nya matang dan mempunyai kekuatan tersendiri. Watak2 baru juga byk menyumbang kepada jalan cerita dan membaurkan bermacam emosi dalam diri pembaca. nampak Amira yang baik hati tu tak abis2 dihempas gelombang hidup. Bekas isteri Baha menggunakan ilmu halus utk merebut semula Baha dari Amira. Kasih sayang Amira kpd Aliya, anak Baha bercambah dari hari ke hari. Takdir Tuhan dia tak mempunyai anak sendiri. Ibu mertuanya juga sangat baik hati dan sentiasa berpihak kepadanya. Rumahtangga Amira-Baha mula bergoncang hebat berikutan peristiwa kehilangan Aliya. Baha menyalahkan Amira kerana cuai.


Saodah yang putus tunang dlm TBM3 kini bertemu jodoh dgn lelaki yang sangat baik. Alhamdulillah. Saya suka la watak saodah ni, tapi dalam drama TBM kat tv2 tak der lah pulak watak Saodah. Sani pulak makin eksyen sejak berbinikan anak orang kaya. tak sangka yer. Tak kira berapa kerap musim bertukar, cinta Razlan tak pernah luntur. Ni lah ending yg paling best utk kronologi TBM :)

sure fine whatever
rinn

Sinopsis Belakang Buku:


Lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan? begitulah ibaratnya kehidupan Amira dan Bada. Kerukunan bahtera hidup mereka berdua mulai bergoncang akibat beberapa faktor. Amira yg sabar, baik hati dan suka mengalah turut merasakan gegarannya. Akhirnya dia memendam perasaan dan menganggap dirinya ibarat melukut di tepi gantang di mata Bada. Razlan yg sedari dulu menympan kasih padanya sentiasa memberi kekuatan dan membawa sinar ceria dlm hidupnya. Sementelah kenangan bersama arwah Bogatt tetap mekar malah tidak pernah mati.


Persoalannya apakah konflik yang mereka hadapi? Mampukah Amira bertahan? Mampukah Amira menelan segala getir kehidupan? Apakah kesudahan cinta kasih Razlan yg tidak pernah surut buat Amira? Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Allah SWT. Manusia merancang Tuhan yg menentukan.


Ikutilah kisah seterusnya Tangisan Bulan Madu 4 karya Samsiah Mohd Nor selepas Tangisan Bulan Madu (TBM), TBM2, dan TBM3 yg telah diulang cetak berkali-kali sejak 1990. TBM4 sarat dgn nilai-nilai kemanusiaan yg mampu meruntun hati pembaca. Ia merupakan satu hakikat kehidupan yg memberi ikhtibar dan pengajaran utk dijadikan renungan.


RM21.90
501 mukasurat

Tuesday, June 17, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa: Lesen Memandu!

Hari ini (17 Jun 2008) aku dapat sms dari adik bongsu aku yang ceria "ADIK DAH PAS TEST KETA. MUAHAHAHAHA..." huh! saja nak bagi aku jeles.. tau sebab apa? dalam ramai2 dalam famili aku belum ada yang dapat memecahkan rekod aku lepas 5 kali test keta baru lulus! muahahaha..  sorang jer adik aku amik dua kali, yang lain semua amik sekali dah lulus semua.. sms dari adik aku yg bongsu tu mengingatkan aku zaman2 aku dok ulang alik pegi belajar memandu. aku rasa aku la yang paling rajin bayar duit utk extra kelas memandu. cikgu memandu tu pun biler tengok aku mesti kata "ala sarina!!! fail lagi ka?" haha.. aku sengih jer la. aku tak kisah duit aku susut pun, janji aku lulus dengan usaha sendiri dan berbekalkan muka welfare aku nih.. haha.. buatla muka kesian macam mana pun, kalau tak betui bawak mesti fail jugak kan?

 

ujian parking aku tak der masalah.. sekali amik jer dah lulus, walaupun masa latihan berasap tayar keta aku kejakan masa test naik bukit tu. huhu.. semua orang kat situ tutup teling sambil mencangkung.. haha.. ngeri kot bunyi nya. Ujian di jalan raya memang aku ngeri. kalau keta lain semua takder, aku sorang jer bawak keta kat jalan raya tu, mungkin aku tak ketaq sangat. tapi memandangkan jalan raya ni dikongsi ramai manusia yang berbagai2 perangainya masa memandu, membuatkan aku ketaq semacam. Rasa ketaq tu tak hilang dari dulu sampai sekarang. Aku mana mau memandu jauh2, Putrajaya - Bangi pun aku baru drive ke sana tak sampai 5 kali, tu pun berteman (setelah kira2 4 tahun dok di putrajaya). sorang2 memang aku tak pi. kalau nak keluar kL, aku parking jer kat ERL station di putrajaya sentral atau parking jer kat ofis. aku rasa lebih selamat naik kenderaan awam. Ke Dengkil aku terpaksa drive 3 bulan sekali utk servis bulanan kereta aku. Aku terpaksa beranikan diri drive ke sana.

 

Aku rasa orang JPJ yg test aku tu bagi aku lulus sebab dia tiap2 minggu tengok muka aku dok pi amik test berulang-ulang. Dia bagi markah aku cukup2 jer utk pass. aku bersyukur sangat2. Tu pun selepas 2 tahun peram lesen, baru lah aku berani kan diri memandu. Aku belajar keta kancil, sekali nak kena drive proton saga yang bonet panjang tu, lagi la ketaq lutut. memang dalam tempoh setahun pertama tu macam2 aku sondol. pokok, dinding, tiang, keta orang, semua dah merasa la. muka arwah ayah aku pun dah masam kelat dah (sebab kalau rosak ker kemik ker, dia yg bayar. hehe, aku masa tu gaji kecik, memang bergantung jugak pada ayah), tapi apa bleh buat, masa tu aku sorang jer yang cukup umur utk amik lesen keta. Aku sangat2 berterima kasih kpd adik aku Suhara sebab dialah yang memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada aku utk memandu dengan betul. Dia mengajar aku dgn penuh kasih sayang dan sabar. haha.. aku ni cepat gabra kalau drive. Kak Su, thanks so much. Aku tau hang mesti rasa macam nak sekeh aku sepanjang mengajar aku tu. huhu. Kak Su bab teori memang terer tapi kalau drive, dia drive keta auto. Aku tak berani bawak keta auto sebab kalau aku brek nanti jadi brek emergency abis semua tersembam ke depan.

 

Buat adik tersayang. :P tahniah! nanti minggu depan mai amik kat stesen bas tau?

 

sure fine whatever

rinn

Friday, June 13, 2008

Tengok Wayang!

Tengok Wayang!

 

haa aku la ni macam kerap lah pulak tengok wayang! dulu mana ada tengok, sejak GSC bukak kat alamanda, ada saja orang yang pelawa aku tengok wayang. Wayang yang first tengok kat alamanda hari tu adalah citer Indiana Jones yang pi tengok ngan Lynn & Sue.

 

Peh tu last week aku ngan amy jer kena tinggal kat rumah.. hang tengok muka aku, aku tengok muka hang.. so we decided utk pegi alamanda dan jengah2 la kot2 ada citer menarik. Kami dua2 agree utk tengok Kungfu panda. Kitorang dpt seat row kedua dari depan. haha.. pastu panggung tu penuh dengan budak2 sekolah rendah. Aduih.. dah la masuk lambat, segan lah pulak haha.. tapi citer kelakar giler. memang enjoy tengok walaupun aku memang terperosok dalam seat sebab nak melenggak tengok skrin tu.

SEbelum masuk panggung dgn Amy tu, sempat la kitorang bergambar kat poster Narnia tu.. aku tengok pemegang kat kerusi tu berkeluk.. haha ntah dah berapa ratus orang duduk bergambar kat handle kerusi tu (termasukla Sue ngan Lynn)

Citer kedua yang aku tengok errmm citer Narnia! dah lama teringin nak tengok, mula2 ingat ker tak dapat tgk dah, nak tunggu dvd copy jer, tapi last monday (9/6/08) yam contact aku dan kitorang balik opis awai dan tengok show yang pukul 5 ptg. Memang puas hati tengok. lagipun aku memang follow dari first movie, tapi aku lagi suka narnia yang first, yang 2nd ni ok la, best jugak, cuma i prefer the first one.

Aku tengok poster kat2 panggung tu ada poster X-FILES! wah! july ni ada citer movie XFILES: I Want to Believe. Mesti nak tengok ni sbb aku follow citer xfiles di televisyen sepanjang 9 season ditayangkan di Malaysia. TAk sabar nak 'jumpa' mulder & scully lagi.

 

Masa tengok promo movies tu ada tunjuk trailer citer WALLIE. macam cute jer citer robot tu.

 

Ha.. ramai kan yang suka citer 'kawin paksa' atau 'kisah cinta selepas kawin'? masa tengok Indiana Jones haritu, ada trailer citer "I'm Not Single" masa tengok poster mula2 tu tak tau lah pulak citer tu sebenarnya citer kawin paksa. Scene2 yang ditunjukkan dalam trailer memang mirip2 dengan kebanyakan kisah cinta lepas kawin atau kisah kawin paksa yang dipaparkan dalam novel-novel. Tarikh tayangannya 24 Julai 2008.

sure fine whatever
rinn