Friday, October 31, 2008

Menghilang?

Lama ker aku menyepi? hehe.. aduih.. musim2 perayaan ni kerja aku makin banyak. Tak sempat sangat nak update blog. Lagi pun access dari office memang susah kebelakangan ni, kadang2 kena block terus. adus..  sayang lak multiply ni dah ramai kawan ;) thanks to those yang sudi menjengah ke sini.

 

Balik cuti deepavali hari tu pun tak dapat online sangat, bizi jalan ke sana ke sini. nak buat tu nak buat ni.. peh tu internet kat rumah plak tak leh guna. mak kata "arial komputer kena lintaq!" hehe.. dah lama aku tak dengar perkataan 'lintaq'. so balik kampung hari tu kitorang buat satu trip khas ke sungai petani utk beli modem wireless yg baru.. malam tu pakat online sampai subuh. huhu... tu yang sempat post review "Panggil Aku Dahlia" the next morning aku dah bergegas ke bus station sebab nak balik KL dah.

 

minggu ni kat opis multiply masih lagi tersedu sedu nak bukak. kejap2 hanged. thanks yam and adik sudi jadi moderator aku :) harini aku luangkan masa khas utk melayan multiply ni. Bagi yang nak baca review segera, boleh lah berkunjung ke alternate blog aku di yahoo 360 yang memang kerap jugak la aku update sbb tak kena block ;) full addressnya :

http://blog.360.yahoo.com/sure_fine_whateverr

blog biasa ja di mana aku stor back up review yg aku buat. Ok lah tu saja buat kali ni :) hope aku dapat online dengan lebih kerap selepas ini. Thanks pada those yang sudi bertanya khabar. Terharuu... syahdu gitu.

 

sure fine whatever

rinn

Potluck Gengkicap & Ulat Buku

Start:     Nov 2, '08 10:00a
Location:     Taman Jaya
Julung2 kali dapat join :) thanks kucc & kak yah sudi jemput saya. thanks kak nottie :) susah2 aja. terharu...

Rembulan Pujaan

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Antasya Balkis
Rembulan Pujaan by Antasya Balkis
Terbitan Buku Prima
Tahun 2008


"Aku umpama bulan yang menyinari hidupnya. Begitu besarkah maknanya? Kenapa tiba-tiba aku rasa ada lingkaran bulan di atas kepala?"


Terhibur rasanya membaca kisah yg disampaikan dgn rentak santai dan jenaka ringan. Ringan kepala dan laju mata saya meniti setiap baris dalam novel ini. Sekejap saja dah habis. Unsur thriller di akhir2 cerita jugak tak terasa heavy nya. mungkin sbb perasaan terbuai dan terhibur melebihi rasa thrill. :)


Watak Mr Gentleman yg cuba dimisterikan di awal cerita tak membuat appearance yg memeranjatkan bila tersingkapnya Mr Gentleman itu adalah Safwan. Mungkin sebab tak banyak suspect yang wujud dlm citer ni.


Riez seperti tak sungguh lari dari Julia Hana. Geram juga dgn sikap Riez yg berdiam diri saja biler Hana tanya pendapat dia mengenai cadangan Puan Sofea utk menyatukan mereka.


Dua kali Aireen pengsan disebabkan Riez. Pertama kali dia pura2 pengsan di katil Riez sebab nak sembunyikan rasa malu. dan kali kedua dia betul2 pengsan sbb betul2 malu dgn kata2 romantis Riez. Kali ni bukan kat katil tapi terus ke dakapan Riez. ntah brapa juta malu yg Aireen tanggung tiap kali bertemu mata dgn Riez. Rasanya maskot yg sesuai utk citer ni adalah cicak manakala lagu temanya tentulah "Engkau Laksana bulan" :)


Aireen dan Riez terjebak dalam rancangan membalas dendam Puan Sofea terhadap suaminya sendiri, DAtuk Rusdi kerana lelaki itulah yg menyebabkan dia terjebak sbg perempuan simpanan yang memberi kejutan kepada ibubapanya sehingga meninggal dunia. Dia sanggup melakukan apa saja walaupun nyawa Riez akan terkorban.


Aireen melarikan diri ke kampung utk menghentikan ugutan dan gangguan Julia Hana. Namun perjalanan tanpa hala Riez telah membawanya terus ke rumah Aireen dibesarkan. Nenek yg tua tu pun sudah dapat menangkap gelora antara dua jiwa itu.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Karya terbaru Novelis Citra Cinta & Bila Hati Berbicara


Ikhlaskah? Aku umpama bulan yang menyinari hidupnya. Begitu besarkah maknanya? Kenapa tiba-tiba aku rasa ada lingkaran bulan atas kepala? Ada bintang-bintang yg sedang tersenyum padaku dan...


"Saya akan teruskan juga rancangan saya. Memiliki awak sebagai teman hidup umpama cahaya bulan di malam yang gelap, Reen. Saya tak akan lepaskan cahaya itu. Reen, hidup saya tak seringkas hidup awak. Bertemu dgn awak seolah-olah semua masalah saya hanya seringan kapas".


Aireen... Aireen... Aireen, di mana kau sayang? Di mana kau, bulan? Jangan tinggalkan aku, sayang! Aku mencintaimu... Argh, sakitnya! Terasa ada lelehan darah yang keluar dari luka di dadanya. Bau hanyir darah menyesakkan!


Aireen tersenyum terharu. Perumpamaan bulan yg Riezwan berikan kepadanya cukup membuatkan hatinya bahagia. Cahaya bulan mampu membuatkan pengembara tidak sesat jalan lagi. Kehadirannya membawa seribu erti bagi seorg lelaki bernama Riezwan Rusdi.


Bulan tegak di langit malam memberi sinaran yg cukup indah dan cantik sekali. Aireen senyum bahagia. Riezwan ketawa bahagia. Bunyi laut begitu tenang sekali. Kilau cahaya bulan memanah dada laut memberi satu panorama di mana berlian sedah tumpah ke bumi. Warnanya kemilau sekali.


Ilham kisah Rembulan Pujaan terhasil apabila saya mendengar lagu Engkau Laksana Bulan, nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Liriknya membawa makna yg mendalam tetapi cerita ini dipersembahkan dgn cara yg menghiburkan supaya pembaca tidak bosan.


RM16.90
375 mukasurat
isbn: 978-983-3669-67-7

Biar Rindu Berlalu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sharifah Abu Salem
Biar Rindu Berlalu by Sharifah Abu Salem
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2007


"Sanggupkah kau biarkan sekuntum bunga resah terdampar di tepian pantai kasih?"


Ada terasa seperti penyampaian kisah ini agak terburu-buru dan laju. Mungkin perubahan sikap tiba2 watak Nasrul yang mulanya tiada halangan perkahwinan kedua ibunya, tapi kemudian bila saat2 hari perkahwinan tiba dia lantang membantah. Memang geram dengan Nasrul nih. FAtiha yg asalnya tak membantah turut menjadi geram dan bertindak membantah juga ayahnya berkahwin dgn ibu Nasrul. Nasrul terlalu biadap.


Lagi sorg yg saya geram dlm citer ni adalah Tok Wan, mak mertua Khalil (bapa Fatiha). Dia nak Khalil setia kepada anaknya (isteri Khalil) yg telah meninggal dunia 5 tahun yg lalu. 2 anak Khalil dilarikan bila mengetahui Khalil bakal beristeri baru. Kalau Khalil tu nak madukan isterinya tu, kot la boleh buat macam tu. Ni pilihan Khalil adalah yg terbaik utknya. Biler last2 khalil tunjuk bini dia kat mak mertua dia, terus dia faham kenapa Samirah yg Khalil pilih dan dia tumpang gembira :)


Konflik Nasrul-Fatiha diburukkan dengan kehadiran Malina yg salah faham dengan hubungan mereka. Fatiha menerima dugaan besar sehingga hilang keupayaan berjalan. Dia benci dgn hakikat bahawa darah Nasrul mengalir dalam tubuhnya.


Khalil terpaksa mengikat perjanjian rahsia dgn Nasrul demi memenuhi hasratnya utk memperisterikan Samirah. Cinta yg mula berputik antara Nisha-Iskandar terbantut apabila mendapati mereka kini adik beradik tiri. Lagipun mereka melihat hubungan Nasrul-Fatiha seperti ada sesuatu, kalaulah Nasrul-Fatiha berkahwin, apa kata orang lain pulak bila Nisha-Iskandar juga berkahwin. Jadi, persoalannya rindu siapakah yg dibiarkan berlalu?


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji utk sehidup semati. Dan kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.


Janji Khalil dgn Samirah utk membina istana bahagia, bagaikan Sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dgn kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup org asing muncul dlm hidup ibunya.


Masing2 menafikan hak bahagia kedua org tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yg membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata2.


Mengenalimu merupakan kenangan pahit dlm hidupku, namun ia juga adalah saat terindah yg tak mungkin dpt kutemui sampai bila2...

Di saat kemelut dn persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan... apabila musibah datang menimpa. Nasrul didera rasa bersalah, Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yg sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.


Kerinduan... ia indah, ia resah. Ia melukakan, ia juga membahagiakan.


RM19.90
584 mukasurat
isbn: 978-983-124-305-3


Belaian Jiwa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Eka Fahara
Belaian Jiwa by Eka Fahara
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2007


"Ku tak jemu menanti mentari turun beradu tujuh hari seminggu asal kau di sisi ku"


Ganti diri aku dan penceritaan orang ketiga yang diguna berselang seli dalam perenggan dan bab yang sama membuatkan pembacaan terasa janggal tetapi tidak mengelirukan. Dua buku E.F sebelum ni membuat saya rasa detik2 menarik muncul di akhir2 cerita, tapi dalam Belaian Jiwa, perjalanan hidup Fizi & Eisya dalam cinta rahsia menarik utk diikuti. Bagi saya Fizi & Eisya ni lebih jiwang la :)


Biler ada mention iras wajah2 hero & heroin citer ni dgn Ary Wibowo dan Nasha Aziz, imaginasi saya agak terhad. Imaginasi tu! Apa2pun dua2 tu memang sama cantik dan sama padan ;)


Eisya dan Fizi saling jatuh cinta tetapi awal2 lagi Tengku Amnah sudah menentang kerana Eisya tidak tentu keturunannya dan sebatang kara. Fizi dan Eisya meneruskan cinta rahsia dan berkahwin dengan restu adik beradik Fizi.


Tengku Amnah tu memang control betul Fizi sbb takut terjebak dalam cinta Eisya. Sampai nak cakap di telefon dgn org yang kuar dgn Fizi. Aku pun penah jadi tukang konfirm betul ker tunangannya berada dengan aku dan bukan dgn org lain. Aduss kesian pulak kat budak tu.


Berita gembira kedatangan ahli baru dalam perkahwinan rahsia mereka dicemari pengumuman pertunangan Fizi dgn Dalila. Eisya kecewa dan Fizi termangu dgn pertunangan yg tidak diketahuinya itu. Ini memaksa Fizi utk mengumumkan perkahwinan mereka yg sudah melewati usia satu tahun. Fizi menerima kejutan lagi apabila Zahri, sahabat baiknya, mengenali Eisya dan kemesraan mereka membuatkan Fizi cemburu. Zahri pernah bercerita yg dia pernah ditinggalkan tunangnya semalam sebelum perkahwinan mereka. Adakah org itu Eisya? Makin sesak nafas Zahri.


Kehilangan kandungan Eisya memberi sedikit sentuhan duka dalam kisah ini namun restu Tengku Amnah adalah pelengkap ending kisah ini. A pleasant read :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Indahnya cinta yg membelai jiwa tatkala kau berada di sisi. Manisnya madah bila dicita tatkala kau ucapkannya. namun, sering pula aku resah bila ada saja penghalangnya. Pedih dan sedih dihina hanya aku yg merasainya. Rasa sakit kerana dibohongi hanya aku yg mengerti. Terkapai-kapai kukelemasan utk merungkaikan suatu kejujuran. Hanya ALLAH yg tahu betapa parahnya aku menanggung. Maka, perlu lagikah aku merahsiakan gelodak hati ini?


Syed Danial Hafizi... di manakah harus kuletakkan harga diri ini bila Tengku Amnah mempersoalkan keikhlasan hatiku? Persoalan yg terus memburu dan mengacau damai kasih tika cinta suci kita telah kukuh tersemat di sanubari. Ah... aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini.


Zahri... kasih sayangku terhadapmu hanyalah syg seorg adik terhadap abg. Aku tidak mahu meneruskan perkahwinan ini kerana aku belum bersedia ke arah itu. Walaupun pahit dan penuh duka, aku nekad menoktahkan hubungan ini. Maafkan aku...


Adim... sikap ambil beratmu membuatkan aku terharu. Bergetar jiwa ini bila panahan matamu menikam jantungku. Namun bila mendari siapa diri ini, rasa bersalah bercambah di hati.


Alisya rimas mendambakan cintanya. Antara 3 lelaki itu, yg manakah harus dia menyemai kasih? Di saat cinta bersemi, perhatian lelaki itu amat dinantikan. Lantaran, dia berasa damai menumpang teduh di bawah payung kasih yg menjadi hak mutlaknya.


RM19.90
503 mukasurat
ISBN: 978-983-124-313-8

Majlis Tika Rindu Berlagu - Lily Suriani

Start:     Nov 1, '08 11:00a
Location:     KL
Majlis pelancaran novel terbaru Lily Suriani dan novel Laila Kamilia- Saat Kau Hadir

Sunday, October 26, 2008

Panggil Aku Dahlia

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni Publishing
Tahun 2008


Sudah tentulah ni antara novel yang saya tertunggu-tunggu utk tahun 2008 ni. Akhirnya lahir juga setelah berhempas pulas di 'labour room'. Tahniah buat Kaksu :) sudah tentu peminat2 kaksu dah berpusu-pusu ke kedai2 buku utk mendapatkan hasil karya penulis kesayangan ramai ni.


Secara keseluruhan, kisah ini memang padat dan menarik. Wadi-Dahlia sentiasa hadir dalam interaksi yang segar dan memikat tumpuan pembaca. Mereka dilahirkan utk bermusuhan dan itulah yang mereka lakukan semasa di bangku sekolah. Part sarbat berudu tu memang meng'uwek'kan, haha. Ganas jugak aksi2 serangan balas Wadi-Dahlia ni masa zaman sekolah.


Setelah sekian lama Dahlia pergi, kini dia kembali. Wadi dan Dahlia sudah tidak seperti dulu lagi. Akal menjadikan mereka tidak samseng seperti dulu, tapi Dahlia sentiasa sangsi dengan kehadiran Wadi yang masih kelihatan nakal di matanya. Namun Wadi kelihatan sgt serius meluahkan perasaannya, setiap kali Dahlia cuba membuat Wadi pergi dari hidupnya, Wadi semakin menjadi sebahagian dari hidupnya. Masalahnya adakah Wadi masih membawa misi serangan terbesar ke atas Dahlia? Masih kreatif dan inovatif lagikah Dahlia utk merangka serangan balas terhadap Wadi? Dlm usia 24thn mereka adalah 'rival' dalam business teh di Cameron Highlands. Bapa Wadi mahu menguasai segala2nya, manakala bapa Dahlia akan cukup bersyukur sekiranya mereka dpt bertahan di dalam business ini.


Sedikit sebanyak kisah ini mengingatkan saya kepada Tanah Andriyana, jatuh cinta pada musuh keluarga. Tapi part yg lain tu tak derlah sama. yang ini lebih segar lebih romantis, lebih mencuit hati.


Misteri yg dibawa pergi Lorrinda Anilov Orbida membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Berjayakah seorg arkeologist (Dahlia) mengorek rahsia aib yg berkubur dalam keluarganya? Bagi yang pernah membaca karya2 kaksu sebelum ni tentunya berdebar-debar melayari kisah ini kerana adanya watak Farhan yang mungkin berjaya merebut Dahlia dari Wadi. Memang terasa evolusi perasaan seorg Dahlia yg memusuhi Wadi kepada Dahlia yang semakin menyenangi Wadi. Kehadiran Neem dan Mia Zara menyerikan lagi kisah ini.


Dlm novel ni banyak kali gak menggunakan ayat "Wadi ni la." comel! Memang byk perbuatan Wadi yg tak disangka2 membuatkan Dahlia selalu mengeluarkan kata2 "Wadi ni la".


Penerangan lukisan karya Dahlia tu membuatkan saya teringat subjek lukisan saya yang selalu dpt warna merah dulu.. yer la.. masa sketch lukisan tu nampak macam orang, biler bubuh water color semua, jadi pokok lah pulak. Memang kerastangan bab2 melukis nih.


2nd Review by Rinn

Tajuk Novel: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tahun 2008
ISBN: 978-967-5118-09-6


Ceritanya: Cerita benci jadi cinta. Musuh jadi kekasih. Memang saya suka genre yang begini. Yang paling saya suka dlm novel ni, bukan sebelah pihak menjadi mangsa dalam kisah ini. Ada sesetengah kisah, bila menceritakan genre ini, watak heroin selalu terkena dan sentiasa geram dan tertekan. Lain pulak dengan Wadi dan Dahlia. Ada saja serangan balas antara mereka. mereka seperti pahlawan ke medan perang. setiap kali menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah, mereka hadir dengan strategi, dengan persiapan untuk serangan balas yg hebat. hehe.. mcm citer perang pulak.


Cerita ini tidak terasa kosong. Ada ilmu disisipkan mengenai sejarah arkeologi malaysia terutama di perak dan johor. Dahlia penah cuba memboring kan Wadi dengan cerita2 lama ini. owh, dan kenali jugak jenis2 teh :)


Permusuhan berpunca dari perusahaan teh yang asalnya satu menjadi dua. Datuk Ma'rof dan Megat Qais meneraju Sykt Teh Sutra dan Syarikat Teh Timor. Datuk Ma'rof mahu memiliki segalanya dari Megat Qais. Even Lorrinda, ibu Dahlia pun dia nak jugak.


Misterinya: Misteri kisah ini melibatkan kes kematian. Kematian Lorrinda, adakah bunuh diri atau dibunuh? kelihatannya dia seperti membunuh diri dengan meminum susu beracun. Dahlia menjumpai ibunya dlm keadaan yg menyayat hati. Lalu dia dihantar ke Australia utk menyambung hidup. Di sana dia menjadi lebih dewasa, menjadi seorg wanita. Misteri Lorrinda dibiarkan sepi. Dahlia juga tak merancang utk kembali, namun panggilan dari bapanya tidak dapat ditolak. Dia kembali dan misteri Lorrinda bakal dibongkar. Dahlia tahu ibunya menjadi mangsa tapi keadaannya telah disalahfaham, sehingga suami sendiri meminggirkan dirinya.


Deliverynya: hmm apa kelayakan saya utk komen cara penulisan seseorg penulis. Namun dari mata saya yang hampir kosong ilmu penulisan (tengok cara saya tulis review pun tau kan?), cara penyampaian Noor Suraya menyerap ke dalam perasaan. membuat kita rasa friendly dgn Dahlia. Bersama-sama dia menghadapi Wadi dan kehidupannya di kawasan tanah tinggi tu. Keresahan Dahlia menjadi keresahan kita.


Penulisnya: Noor Suraya? Dia tahu apa yang nak disampaikan. Teratur bahasa & ceritanya dengan luahan rasa yang membuat kita terangkap dalam ceritanya.


NOvel ini mengingatkan saya kepada: abe dan amek di kg kuala boh. ekspedisi memancing dgn abe laiyin (kitorang yg ikut dia basah dari ujung rambut sampai ujung kaki, abe layin tu ujung kain yg dia pakai jer basah). Saya juga teringatkan bunga2 di Hotel Equitorial Cameron Highlands.


Wadi Hannan - masa sekolah dia ni budak lelaki yg nakal. Dia paling suka mengacau Dahlia. Kalau Dahlia tak datang sekolah, dia jadi tak keruan. Pernah gurauannya menyebabkan gadis itu mendpt parut seumur hidup di bhg bawah wajahnya. Dia panik sehingga pernah berkata pada dirinya sekiranya tak dak orang nak kawin ngan Dahlia disebabkan parut tu, dialah yg akan menjadi lelaki yg mengahwini Dahlia. Di usia 24 tahun dia bertemu semula dengan Dahlia. Parut itu masih di situ dan Dahlia tidak berusaha utk menyembunyikannya. Namun Dahlia yg biasa2 saja tu tak payah buat apa2 utk membuat Wadi jatuh cinta padanya. Tengok Dahlia menguap pun Wadi dah jatuh cinta tergolek-golek. Sabo jer aku.


Dahlia - dia bencikan Wadi hannan yang sentiasa membuat hidupnya kucar kacir. Parut angkara Wadi dijadikan peringatan mengenai lelaki jim-alif-ha-ta tu. harta yg tergadai menjadikan Dahlia kecewa dgn diri sendiri yang tak berusaha menyelamatkan harta keluarganya. Wadi muncul dengan lamaran yg mengejutkan, dia bukan saja menawarkan diri sbg suami, malah harta dahlia yg tergadai sanggup djadikan mahar. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa, binasa. jadi nak ikut yang mana satu? Hatinya dijentik cemburu bila terserempak Wadi dengan gadis lain. Kenapa pulak macam tu? Wadi melamar dirinya tapi masih mendampingi wanita lain. Cemburu tandanya sayang? Saya dapati Dahlia yang kembali selepas ke Australia lebih matang berbanding Dahlia zaman sekolah yang cepat melenting. Dia seorg yg pemaaf dan sanggup melupakan, mengabaikan kenangan lalu kerana lebih mementingkan masa hadapan. Ciri ini dalam Dahlia menjadikan Wadi seorg yang bernasib baik di dalam cinta namun ada syarat Dahlia yg wajib Wadi penuhi.


Farhan, Neem, Mia Zara, King Shah - watak-watak sampingan yang menyeri dan memantapkan lagi kisah ini. Ibu Farhan berkenan kat Dahlia. Neem dihantar bersama Farhan dgn misi utk menyatukan Dahlia dan Farhan. Namun hati mereka telah dicuri oleh org lain. Lagipun Neem lebih sibuk memasak daripada menjalankan amanat ibunya. Mia Zara adalah partner in crime si Dahlia, manakala King Shah pulak perancang strategi Wadi. Tak sangka la pulak Shah Botak bekenan kat Neem! :)


Cameron highlands menjadi medan 'pertempuran' mereka. Namun pertemuan kali ini semakin hari semakin mendamaikan. Mereka mungkin menjadi pelerai permusuhan yg diwarisi turun temurun. Namun bapa Wadi makin tamak. Dia tak mahu keluarga Dahlia survive di Cameron Highlands. Malah dia tak kisah sekiranya Wadi mengahwini Dahlia utk mengikis harta bendanya. Idea kahwin tu memang Wadi suka, tapi bab kikis tu, dia ada agenda tersendiri. Dia mahu mengahwinkan Teh Timor dan Teh Sutra dlm ikatan abadi. Dia takkan biarkan Dahlia sengsara. Ibunya kesiankan gadis sebaik Dahlia menjadi mangsa Wadi. Dia suka Dahlia jadi menantunya tapi dia tak mahu Dahlia menjadi mangsa Wadi yg terkenal dgn romeonya. Sejuk hatinya melihat keikhlasan Dahlia melayan bapanya. dia mahu anak yg seperti itu dan dia tak pernah mendapat semua itu dari Wadi.


sure fine whatever
Rinn



sinopsis belakang buku:


“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.


Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?


Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!


Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.


Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?


Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!


RM21.00
542 mukasurat
ISBN: 978-967-5118-09-8