Friday, December 26, 2008

Sejuta Nafas Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Shanika Latisha
Sejuta Nafas Cinta by Shanika Latisha
Alaf 21 Sdn Bhd
Tahun 2008


"Hadirlah kau ke dalam hidupku, meskipun sebagai mimpi"


Novel ni aku capai masa bercuti kat kampung. biasala kalau balik kampung aku rasa rilek sikit utk baca buku especially pagi2. Bagi aku novel ini merupakan Pilihan yang terbaik utk aku baca dengan penuh tumpuan pagi JUmaat ini :).


MEmang sengaja saya mengejar baca "Selamat Tinggal Memori" sebelum membaca "Sejuta Nafas Cinta". Shanika Latisha adalah penulis yang berani mengetengahkan novel kisah yang agak berat dan ada kelainan. Jika dalam "Kasihku Abadi" beliau membuka kisah HIV/Aids serta angkara guna2, dalam "Selamat Tinggal Memori" dia berkongsi kisah thriller seorang pengedar dadah. Kali ini Shanika Latisha memilih kisah pasangan suami isteri yang lama menunggu kelahiran cahaya mata sehingga sudah mula disindir org sekeliling.


Buku ni taklah setebal mana, namun terbit kepuasan membacanya. Shanika Latisha kelihatan seperti penulis yang sangat matang dalam karyanya ini. Susunan bahasanya lembut dan mendalam. Gelora jiwa-jiwa dalam watak2 "Sejuta Nafas Cinta" dilakarkan dengan baik sekali sehingga sukar utk melepaskan buku bila membacanya.


Bagi saya kisah sebegini jarang dilakarkan oleh penulis2 kisah cinta yg muda. Tahniah buat Shanika Latisha kerana meneroka ke genre yang sebegini. Ada nilai yang patut dibanggakan dalam novel ini.


Saya dapat rasakan Shanika sangat akrab dengan watak2 dalam dunia "Sejuta Nafas Cinta". Setiap watak, tak kira kecil atau besar, mempunyai jiwa dan sangat real dalam cerita ini. Bait-bait rasa yang diluahkan dalam perkataan sangat mengesankan buat saya dan membuat saya turut berada dalam dunia "Sejuta Nafas Cinta". Saya masih ingat Wana, arwah Risyam dan anak2 mereka, Rania & Rayyan :) Good to see them back. Wana masih lagi kuat mengharung hidupnya tanpa Risyam.


Sekalung tahniah buat Shanika Latisha atas kelahiran "Sejuta Nafas Cinta" ini. Saya sangat puas menatap kisah ini. Kepiluan Carisha dan Ayu dapat saya selami sepenuh hati. Kedua-dua wanita ini bergelut dlm kemelut yang sama; anak. Mimpi menemukan mereka dan baby2 mereka yg belum lahir. Bagi Carisha mimpi itu bagai satu kemusnahan manakala bagi Ayu mimpi itu adalah suatu pengharapan. Sentuhan scene mimpi tu membuat saya semakin sebak dan menitiskan air mata.


Selain itu turut diselitkan konflik hubungan ayah-anak antara Sean Mukhriz dgn ayahnya dan juga konflik perasaan Aril yang terduga cintanya buat Ayu apabila Marsya muncul dalam hidupnya. Walaupun byk kisah disulam dalam novel ini, ianya sangat kemas dan memberi signifikasi kepada cerita.


Bagi saya ini adalah happy ending. Walaupun Imrana pergi, namun sebahagian kecil dari dirinya membesar dalam Zahin dan pertemuan Zahin dgn seorg budak perempuan dalam mimpinya membuatkan saya meremang bulu roma dan menitiskan air mata. huhu... Bacalah novel ni utk menghayati naluri seorg bakal ibu yang hebat diuji.


Kehilangan itulah yang mencetuskan satu nafas baru yg menjadi satu-satunya permata dalam hidup insan lain. Ternyata ALLAH membalasnya dengan ganjaran yang amat besar. :) Carisha mendapat kasih bapa mertua yg pernah membencinya dan permata baru dalam hidupnya, Imran.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sabar itu separuh daripada iman. Itulah rentetan sebuah kehidupan Nurul dan Aril. Kesabaran mereka diuji apabila permata hati yang bertahun-tahun dinanti disahkan mengalami komplikasi jantung. Terasa luluh dan remuk redam hati apabila impian yang bertahun-tahun dianyam, dicarik tanpa rela.


Di saat getir beginilah, terjadinya satu keajaiban. Pertemuan Nurul dengan Carisha... ibu muda yang disahkan menghamilkan bayi yang tidak dapat dijangka hayatnya. Bukan menyerah kalah, bukan cepat pasrah, tetapi Carisha nekad ingin mendermakan jantung si anak buat mereka yang lebih memerlukan. Tapi, bolehkah? Semudah itukah?


SEJUTA NAFAS CINTA... menyelami erti sebuah kecekalan. Kekuatan hati sepasang wanita melalui segala kemelut... mengenepikan gelojak perasaan semata-mata untuk membahagiakan hati sendiri, juga hati lelaki bernama suami yang adakalanya sukar dimengerti.


Kesabaran apalagi yang diharapkan andai segala pengorbanan telah dipertaruhkan? Segala kesetiaan telah dicurahkan? Segala doa telah dititipkan?


RM18.00
412 mukasurat
ISBN: 978-983-124-366-4

Black Widow

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Raja Azmi
Black Widow by Raja Azmi
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
Tahun 1992


"Walaupun melukakan aku juga yang dilukai"


Kalau tak salah buku ni aku beli kat gerai 2nd hand. Ada movie kan citer ni? aku tak penah tengok lah pulak.


Novel ni tentang kisah mistik rupanya. Tentang seorang wanita yang dilahirkan kembar dgn labah-labah. Genre yang bukan dalam senarai favourite aku. Aku ingat ker citer ni ada seram2 tapi tak lah pulak. Sedih pun tak jugak. Biler baca citer ni tak derlah pulak rasa geli kat labah2 berbulu tu.


Kisah ini tentang Ayu yang lahir dari hubungan terlarang antara ibunya dan Agus yang mempunyai keistimewaan berkomunikasi dgn labah-labah. Menjelang remaja, naluri labah2 menguasai dirinya. Dia cenderung utk memikat lelaki supaya dia dapat kecewakan mereka. Namun hatinya tertawan kepada Murad tetapi kepercayaan kepada lelaki itu lebur biler lelaki yg telah menjadi tunangannya itu meragut kesuciannya. Tanpa menceritakan kisah sebenar, dia memutuskan tali pertunangan. Akibatnya dia dianggap curang dan menimbulkan benci di hati neneknya.


Naluri nak mempermainkan lelaki hanya wujud semasa dia remaja saja rasanya. Sebab biler dewasa dia mudah jatuh cinta pada lelaki seperti Jalil dan Imran. Dia menaruh harapan pada Imran namun Jalil yg menyuntingnya terlebih dahulu. Setelah melahirkan anak Jalil, dia ada menjalinkan hbungan sulit dengan Imran (lepas bercerai dgn Jalil). Anak itu memiliki keistimewaan seperti dirinya- boleh berkomunikasi dgn labah2. Rasanya hanya anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan jer dpt power tu kot.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Aku sering menginginkan lelaki gagah...
Bukan gagah yang dilimpahi ringgit, atau
cahaya emas, atau saku penuh
kerongsang delima.
Aku tak perlukan lelaki utk kepuasan.
Aku mahukan lelaki yg luhur.
Aku mahu lelaki yg jujur membentengi.
Mungkinkah akan kutemui...


RM11.90
305 mukasurat
isbn: 893-893-101-2

Wednesday, December 24, 2008

Kala Mimpi Bersatu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Emma Maizura
Kala Mimpi Bersatu by Emma Maizura
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Tak akan kurela impianmu menjadi igauan lagi"


Ni kali kedua penulis ini mengetengahkan percintaan berlainan bangsa dalam karyanya. Kali pertama dalam novel "Tiada Noktah cinta" dan kali ni dalam "Kala mimpi bersatu" pula. Kalau dalam TNC antara gadis melayu dgn lelaki cina, kali ni gadis india dengan lelaki melayu pula. Bagi saya, penulis ini sangat konsisten dalam cerita2 yang disampaikannya. Dia mampu membina rangkaian peminat setia dengan gaya penulisan yg konsisten dan menarik begini. Tidak dinafikan saya memang ternanti2 karya2 penulis ini.


Kisah ini tentang Asha yg dibuang bapa sendiri kerana kepercayaan kepada ramalan. Malang tidak berbau, dia tercampak ke sungai berarus deras. Zaiffudin (Budin) membantunya dan beranggapan Asha cuba membunuh diri walaupun Asha menidakkan. Cerita itu tersebar dan Asha sentiasa dipandang serong, namun Ismail dan Nuriah ikhlas dan gembira menerimanya sbg ahli baru dalam keluarga mereka. Mereka mengasihinya seperti anak sendiri. Budin tak dapat menahan hatinya dari jatuh cinta pada Asha. Amanat Asha dilaksanakan lalu menjadikan dia lelaki yang lebih baik tahap ekonominya. Pemergian Asha ke London meragut kegembiraan Ismail, Nuriah dan Budin.


Setelah 5 tahun menyepi tanpa berita, Asha kembali sebagai Dr. Aisyah, kembali menceriakan dunia 3 insan yang paling mengasihinya. Namun ada juga hati yang tidak senang dengan kehadirannya dan sentiasa memburuk2kan dirinya. Pertemuan dgn boss Budin, Nasha memungkinkan Asha kembali kepada keluarganya namun bapanya masih menganggap dia membawa sial dalam hidup mereka sekeluarga. Nasha membuang perasaan cintanya terhadap Budin kerana dia tahu Budin lebih menyintai adiknya, Aisyah. Selain Nasha, Marlia juga menyintai Budin dan sanggup melakukan apa saja asal dapat berkahwin dengan budin tambah2 lagi biler mendapat sokongan penuh dari ibu tiri Budin.


Laluan hidup Aisyah bukannya mudah.


Budin ni pada pendapat saya mcm cintakan Aisyah sebab kecantikannya. Dari segi kepercayaan pada Aisyah agak kurang sbb dia lebih percayakan kata2 orang lain. Dia berat mulut utk mendapatkan kepastian dan cerita sebenar dari mulut Aisyah sendiri.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kelahiran Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yg sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dgn kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya utk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.


Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dlm hidupnya. Bkn saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dlm denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dgn sendirinya.


Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yg tergantung selama ini harus disandarkan. apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini nama Asha juga telah tiada, yg ada adalah sebuah nama yg cukup indah... Aisyah.


Detik waktu yg berlalu menjadikan Aisyah seorg pencinta yg setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dlm sekelipan sahaja. Bakal ibu mertua yg diharap dpt menyirami hatinya yg ketandusan kasih sayang rupa2nya meracun diri.


Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak kaki ibunya?


RM19.90
500 mukasurat
isbn: 978 9831243930


Kau Yang Istimewa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Alifah Juhaida
Kau Yang Istimewa by Alifah Juhaida
Terbitan buku prima
2008


Ayat pertama dalam bab pertama kisah ini sudah jelas menunjukkan kpd kita yang ini adalah kisah kawin paksa. :) mesti ramai suka nih. hehe.


Kisah romantis ini berlaku dalam sebuah kapal Star Cruise dan satu pulau asing di mana pasangan tersebut terdampar selepas satu cubaan menculik.


Zarul dan Sarah dipaksa berkahwin kerana perjanjian dua sahabat yang sudah lama dimeterai. MEreka tidak mahu memungkiri janji. Majlis akad nikah berlangsung dengan jayanya namun sebelum majlis persandingan pengantin perempuannya telah melarikan diri ke utara tanah air utk bersembunyi. Zarul cuba menjejak Sarah dengan mencari rakan2 dan kenalan rapat Sarah.


Sarah mengikut sahabatnya bercuti dalam sbuah kapal cruise. Di situ dia bertemu Riezman yang mempunyai kepakaran membakar perasaan Sarah. Kalau diorang bersembang memang akan menjurus kepada pergaduhan. Pembaca akan dapat meneka siapa Riezman dan itulah yg menjadi tarikan untuk mengikuti kisah itu bagi memastikan sama ada tekaan ini benar atau salah (provided tht you don't skip to the last page lah).


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


"Tapi itu zaman mama dan papa dulu. dlm zaman moden ni, Sarah tak mungkin bahagia dalam perkahwinan tanpa cinta. Lebih-lebih lagi sarah tak pernah jumpa dan kenal siapa lelaki tu," sangkal Sarah Darleena. Dia cuba mengawal nada suaranya agar tidak berkasar.


Sudah hampir kering air matanya kerana menangis mengenangkan nasib diri sejak papa dan mama mengkhabarkan tentang berita perkahwianan paksa itu kepadanya semalam.


Namun Sarah Darleena menurut jua meskipun hatinya membantah sepenuhnya. Dia akur meskipun di hati tiada kerelaan walaupun secubit.


Jauh di sudut hati terdapat sedikit gusar. Haruskah dia berterusan melarikan diri daripada Zarul? atau perlukah dia bersemuka dgn Zarul utk menyelesaikan masalah antara mereka supaya mereka sama-sama dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan aman? Tapi... mahukah Zarul melepaskannya? Jika Zarul tidak mahu menceraikannya, mana mungkin dia boleh berkahwin dgn lelaki lain.


--------------

Pulai Manukan memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan novel Kau Yang Istimewa ini. suasa yang tenang dan damai mencetuskan idea utk saya melakar gambaran cerita ini. Selain itu, keseronokan sewaktu menaiki kapal Star Cruise bersama teman2 sekerja turut saya selitkan sebagai rencah di dalam novel ini. Semoga anda terhibur. - Alifah Juhaida -


RM16.90
400 mukasurat
isbn: 978 983 3669 42 4

Kau Tetap Di Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Liza Zahira
Kau Tetap Di Hati by Liza Zahira
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
Tahun 2008


"Dalam hati tiada sepi andai dikau hadir dalam memori"


Nama penulis ini terpahat dalam ingatan saya kerana masih lagi mengagumi karya beliau dalam 'Bahtera Kasih'. Fiksyen dan Fakta yang diadunnya sangat menarik. :)


Dalam 'Kau Tetap Di Hati' watak utamanya ialah Sophia. Saya suka dengan separuh pertama kisah ini, liku2 perjalanan hidup Sophia di Auckland bersama keluarga kakaknya yg mempergunakan tenaganya utk kepentingan sendiri. Disangkanya New Zealand akan membawa sinar baru dlm hidupnya tetapi dia terpaksa kembali ke Malaysia bersama 3 orang anak2 kakaknya dan menggalas tanggungjawab menyampaikan berita yang paling sedih utk disampaikan kepada keluarganya.


Perasaan cintanya pada Benjamin sudah lama berbunga sejak pertemuan di New Zealand namun, disebabkan tiada kepastian, Sophia pasrah menerima menantu pilihan ibunya, Nasmizan. Dia sudah nekad utk tidak lagi melukakan hati orang tuanya. Benjamin kesal tak sudah kerana langkahnya yg terlalu berhati-hati sehingga terlambat.


Ada plot yang seperti tidak dimanipulasi dengan sepenuhnya utk membina tarikan cerita contohnya seperti kedatangan bapa kandung anak2 kakak Sophia yang mahu membalas dendam pada Sophia dan juga kematian suaminya Nasmizan yg dikatakan berpunca dari dirinya sehingga menyebabkan Nas terkena kejutan elektrik.


kedua-duanya seperti terawat oleh perjalanan masa. Masa baca tu macam excited jugak tahu apa tindakan Ahmed ke atas Sophia. Takkanla datang jauh2 dari New Zealand sekadar nak menunjukkan muka garang dan kemudian menghilang kerana takut dgn tindakan mahkamah. Ibu Sophia yg menyalahkan dia atas kematian Nas, menantu kesayangannya, pun akhirnya dpt menerima hakikat yg itu takdir Ilahi dan menerima Ben sbg menantu. Tak sangka lah pulak Benjamin sanggup menunggu lama sehingga mendapat restu ibu mertuanya sebelum menyentuh isterinya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Terperangkap di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya.

Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akirnya menjadi suami.

Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya. Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri. Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh.

Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?


RM19.90
512 mukasurat
978 983 124 394 7

Gelora Asmara

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Haryani Kamilan
Gelora Asmara by Haryani Kamilan
Terbitan buku prima
Tahun 2008


Kisah cinta antara seorg lelaki rebutan ramai dgn seorang gadis jelita yang tidak suka dengan lelaki kerana sikap ayahnya yg memberi layanan buruk kepada ibunya dan kini dipenjarakan.


Kisah yang menarik untuk dibaca tapi agak sukar nak dibezakan dgn beberapa citer yang mungkin saya pernah baca.


Ryan ni pantang jumpa perempuan cantik memang semua dia nak ngorat, termasuklah Jelita yg jelita dan baik hati tu, tapi perangkapnya tak mengena dan dia terlebih dahulu terperangkap dgn perasaan sendiri yg sudah mula menyintai Jelita. Namun perangkap yang jauh lebih besar sudah dipasang oleh ibu saudara dan sepupunya utk membolot segala harta kekayaan peninggalan ayahnya. Ryan perlu cepat sedar dari keseronokan yg melekakan. untuk maklumat lanjut baca jer sinopsisnya yang banyak mendedahkan isi cerita.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Tengku Ryan, si mata keranjang. Juga digelar playboy profesional. Dgn rupanya yg kacak dan peninggalan pusaka yg banyak sudah cukup membuatkan dia digilai ramai wanita. Linda anak hartawan dan Nora gadis GRO adalah mangsa mainan perasaannya.


sikap ryan yg selalu leka dgn nikmat duniawi itu juga membuatkan Engku Zabedah dan Lokman cuba mengambil kesempatan utk merampas segala hartanya. Dengki & dendam telah lama bersarang dlm diri dua beranak itu.


Namun di suatu ketika, Ryan telah bertemu dgn Jelita, si gadis ayu yg tidak mempercayai perkahwinan. Jelita telah menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana lelaki yg hadir dlm hidupnya. Bagi Jelita, lelaki hanya utk menyakiti. Pengalaman ibunya, Puan Eliza sedikit sebanyak mempengaruhi rasa hatinya. Kegagalan perkahwinan ibunya dulu telah menjadi punca Jelita meminggirkan soal rumah tangga.


Ryan berasa tercabar bila cintanya ditolak Jelita. Dia mencuba sedaya upaya yg mungkin utk memikat Jelita. Tapi malang tidak berbau, suatu malam disebabkan Jelita, Ryan telah ditimpa kemalangan yg secara langsung telah mengubah kehidupannya.


Sejak itu, Jelita diserbu rasa bersalah dan sentiasa membantu Ryan utk memperbaiki kesilapan yg pernah dilakukan dulu. Mungkinkah keakraban mereka itu bakal mewujudkan satu rasa cinta yang tulus dan ikhlas?


"Mata bertentangan, menautkan satu rasa. Rasa yang sukar untuk diungkapkan."


RM18.90
520 mukasurat
isbn: 978 983 3669 37 0

Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Erny Othman
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai by Nor Erny Othman
Terbitan Ghostwriter
Tahun 2004


Tersesak jugak nafas tengok betapa tebalnya buku nih. ala2 saiz kamus oxford aku jer. hehe. Thanks Kak Yah.


Seboleh-bolehnya elaklah membaca sinopsis di belakang buku ni kalau nak merasa surprise citer ini. Saya rasa summary belakang buku ni adalah antara yang paling lengkap pernah ditulis :) Penceritaan kisah ini memang penuh drama dan menghibakan. Simpati melimpah ruah buat Qasima dan ibunya. Walaupun Qasima dipenuhi sejarah hitam, kita tak dapat menolak rasa simpati buatnya. Tapi tula... byk pilihan jalan hidup yg dibuat Qasima yg menjadikan kita sakit hati dan geram dgn dia. Dia seorg yang cerdik dan bijak tetapi tidak berfikir panjang, terutamanya semasa meninggalkan anaknya, memilih Jefri dan menjadi perempuan kaberet. Qasima bukanlah contoh teladan yg baik tetapi pengalamannya perlu dijadikan ingatan dalam meredah dunia cinta sbg seorg wanita. Qasima ni mungkin bijak dalam pelajaran saja kot, tapi dalam cinta dan kehidupan dia seperti seorang yg sangat2 lah tidak bijak nya. Geram tahap nak tonyoh2 buku tu biler melibatkan scene2 Qasima dan Bidin. Nasib baik lah buku pinjam. kalau tak memang lunyai aku kerja kan. Geram yg membuat kita berkobar2 nak baca sampai habis. hmm memang susah nak cari buku ni di pasaran.


Memang puashati biler dapat baca kisah seorg insan dari saat dia dilahirkan hinggalah ke saat dia menghembuskan nafas yang terakhir ketika meniti hari2 tuanya. Qasima adalah wanita peneraju kisah ini. Kita dibawa menyusuri kisah hidupnya yang penuh kedukaan dan dugaan. Dia seorg gadis kacukan yang cerdik pandai. Kelahirannya diragui halalnya kerana ibunya pernah melarikan diri bersama seorang lelaki Inggeris.


Lafaz cinta yg pertama didengarinya adalah dari Suhaimi yg menjadi idaman ramai wanita. Lafaz itu telah membuatkan dia terbuai hingga pengsan. Ibu saudara yang pendengki menjadi penyebab utama derita dalam hidupnya. Demi utk memastikan anak gadisnya dapat berkahwin dgn jejaka idaman, dia sanggup memerangkap Qasima bersama anak bujangnya lalu dipaksa berkahwin. Qasima terpaksa berhenti sekolah dan menghambakan diri kepada keluarga ibu saudaranya hingga ibu sendiri terpaksa ditinggalkan. Seharian dia didera dan dihina, namun dia tetap sabar dan tabah sehingga menyentuh hati hitam suaminya, Budin. Budin cuba berubah namun hanya sementara. Dia melahirkan anaknya setelah dicerai Budin dan akibat angkara khianat, ibunya rentung dalam rumah sendiri.


Bakhtiar membela nasibnya yg malang lalu menerima kehadirannya dan anaknya, Luqman. Qasima tak mau melukakan hati Saadiah yg baik hati yg sudah lama menyimpan cinta buat Bakhtiar, lalu anak kecilnya ditinggalkan bersama amanat agar Bakhtiar tidak mempesiakan Saadiah dan Luqman.


Jefri menjadi punca maruah kewanitaannya tercalar. Janji manis ditabur hingga tubuh Qasima tergadai. Byk kali dia menggugurkan anak sebelum membuat keputusan utk melahirkan Rusnani. Anak itu turut ditinggalkan kpd Jefri dan isterinya sebelum menjadi perempuan kaberet. Bagi saya, keputusan utk tidak memilih Ali adalah bijak. Sir Albert merupakan satu2nya lelaki yang berjaya membuatnya bahagia selama 20 tahun. 20 tahun itu merupakan tempoh bahagia dlm hidupnya dan sekembalinya ke Malaysia, kisah dukanya bersambung. Cinta Andika yg cuba ditolak singgah juga di hatinya tapi fuh.. memang mengejutkan lah biler tau sapa Andika tu sebenarnya. double kejutan tu. Yg bestnya datin Azizah tu mesti tekejut beruk tengok anak dia bekenan kat sepupu yg dihinanya satu masa dulu, hingga suaminya sendiri, Suhaimi tu pun berhajat nak memperisterikan Qasima. Qasima mengambil keputusan menjauhkan diri dari lelaki muda itu bila mendapati anak yg dilahirkannya sendiri lebih 20 tahun dulu sudah ada ikatan dgn Andika. Antara mak ngan anak Andika nak pilih siapa? Qasima hendak mengalah namun takdir sekali lagi mendera jiwanya dan meninggalkan luka yang paling dalam sepanjang hidupnya. bagaimana Qasima meneruskan sisa hidupnya yg melebihi 5 abad tu? kena baca la buku yg padat dan tidak membosan kan ni. tapi sebelum tu, good luck la dlm pencarian buku nih. and jangan tersalah beli buku 'Untuk Semua Wanita Yg Pernah Kucintai'. tu citer lain oleh penerbit yg sama tapi penulis lain. ahadiat akashah kalau tak silap.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku


Berlatarbelakangkan tahun 50-an hinggalah kini, lima dekad, Qasima menyulam bibit kehidupan, meniti dari dunia silam menyusuri kehidupan hari ini. dia menginginkan kehidupan terpelajar tetapi terhalang gara2 fitnah dan dipaksa kahwin dgn sepupu sendiri.


Perkahwinan yg gagal itu telah mengurniakannya seorg anak lelaki. Dia membawa diri ke Kuala Kangsar, lalu bertemu seorg pelukis potret bernama Bakhtiar. Mereka jatuh cinta tetapi Qasima tidak sampai hati melukakan Saadiah yang sangat baik terhadapnya. Dia memberi peluang kepada Saadiah untuk memenangi Bakhtiar.


Dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan meninggalkan anaknya kpd Bakhtiar. Di sana dia bertemu dgn Jefri; lelaki kota kasanova yang suka berfoya-foya. Qasima terperangkap dan akhirnya tewas menjadi perempuan simpanan. Dia hamil dan melahirkan seorg anak perempuan. Terpedaya dan lesu, setelah Jefri meminggirkan diri, Qasima meninggalkan kota duka ini membawa diri ke Singapura dan menjadi perempuan kaberet.


Di Kota Singa itu dia menggapai gemilang dan digilai ramai lelaki. Namun, dia lebih mengenali cinta suci dan lebih menyenangi Ali walaupun hanya seorg penarik beca. Ketulenan cintanya tercabar apabila dia sendiri jatuh hati pada seorg hartawan Inggeris, Sir Albert Spring. Kemiskinan dan kehinaan mengajar dirinya menolak kesucian cinta lalu memilih Sir albert Spring dan menolak cinta Ali. Dia nekad mengikut Albert pulang ke England.


Selepas kematian Albert 21 tahun kemudian, dia kembali semula ke tanah air dengan hasrat ingin menjejak semula dua org anak yg pernah ditinggalkannya. Dan di dalam pencarian ini dia sekali lagi jatuh cinta dgn seorg lelaki yg jauh lebih muda darinya. Kali ini perasaannya lebih dicabar, lebih dionar, lebih dibakar dan lebih dicalar.


Qasima; wanita separuh umur yg telah melalui pelbagai kepahitan hidup, kini menghadapi satu lagi kisah cinta yg lebh panas dari lahar. Andika yg dicintainya itu telah bertunang dgn Ayu Rusnani. Tetapi ia bukan sekadar itu.. tetapi lebih dari apa yang pernah difikirkannya. Utk semua lelaki yang pernah dicintainya... cinta kalian tidak lebih dari kemusnahan.


RM30.90
945 mukasurat
isbn: 983-2629-23-3